Ahad, 31 Julai 2011 0 ulasan

Ahlan Ya Ramadhan!



Assalamualaikum warahmatullahi  wabarakatuh.
 Apa khabar iman? Harap-harapnya masih diutuhkan dan dikukuhkan dengan keizinan Allah hendaknya. Ya, iman manusia biasa seperti kita ada naik turunnya, oleh itu,, sentiasalah renew iman kita. Oh ya, topik kita pada hari ini adalah Ramadhan al-Mubarak.

Pejam celik, pejam celik ( Alhamdulillah boleh celik lagi), Ramadhan tiba. Teringat zaman kecik dolu-dolu, time masih berhingus lagi (  macamlah sekarang ni tak berhingus  pulak). Selalu saya dengar orang cakap camni.

“Kalau tak puasa, tak boleh raya tau!”
“Kalau adik puasa penuh sebulan, nanti dapat duit raya banyak-banyak.”

 
Sampul duit raya yang sentiasa ditunggu-tunggu waktu budak-budak
Happy betul dapat duit raya!


Mesti anda semua pun selalu dengar kan kata-kata begitu dan juga kata-kata yang sama waktu dengannya kan? Dolu-dolu, ada jugak istilah puasa ‘yangyok’ ( tak tau la korang pernah dengar ke tak, tapi ni selalu digunakan oleh famili saya ) ataupun puasa olok-olok.

Bila teringat balik, rasanya macam terkilan sangat sebab dulu puasa sebab benda lain. Kata orang, puasa adat gitu.  Bila ditanya kenapa puasa, dijawabnya sebab ni bulan Ramadhan, bukan sebab Allah. Tertarik saya pada istilah yang digunakan oleh Ustaz Syed Hisyam dalam program Al-Kuliyyah baru-baru, iaitu istilah bertuhankan Ramadhan. Katanya dalam program tersebut lagi,

“Kenapa berpuasa? Kebanyakan orang menjawab, kerana ini bulan Ramadhan. Kenapa bersedekah? Mereka menjawab lagi, kerana ini bulan Ramadhan. Kenapa baca Al-Quran? Kerana ini bulan Ramadhan.
Memang kita digalakkan memperbanyakkan amalan pada bulan Ramadhan tetapi ada sesetengah orang hanya melakukan amalan-amalan ini hanya pada bulan Ramadhan. Jikalau benarlah kita bertuhankan Allah, kita akan melakukan amalan ini pada bulan-bulan yang lain juga.”

Beliau juga ada mengatakan tentang kata-kata seorang sahabat yang meminjam kata-kata Saidina Abu Bakr lalu diolah dalam konteks Ramadhan.

“Kalau kamu menyembah Ramadhan, sesungguhnya Ramadhan itu akan berlalu. Tapi kalau kamu menyembah Allah, sesungguhnya Allah itu kekal abadi.”

          Nah, kat sini kita boleh simpulkan bahawa kita tidak seharusnya  hanya beramal pada bulan Ramadhan sahaja, bahkan bulan-bulan lain juga.  Namun, Ramadhan adalah bulan di mana kita boleh top up  amalan kita memandangkan ganjaran yang diberi oleh Allah pada bulan ini berganda-ganda.




Ramadhan dan Sains

Ok, jom kita tengok pula apa hasil kajian sains tentang puasa dan Ramadhan. Jangan terkejut ya, tuan puan  ( macamlah orang yang baca ni dah kahwin kan.. hehe) puasa ini suatu bentuk rawatan yang pernah digunakan oleh Hippocrates, Socrates dan Pythagoras! Jom kita tengok sama-sama!

1.     Menurunkan kadar glukos darah, tekanan darah khususnya tekanan darah sistolik dan lipid darah. Kesimpulan ini telah dibuat di  Kongres Antarabangsa bertemakan Ramadhan dan Kesihatan yang diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996.

2.     Dalam satu lagi kajian yang dilakukan ke atas 32 lelaki yang berpuasa Ramadan, peratus kolesterol secara keseluruhannya didapati menurun 7.9% dan lemak trigliserida (triglycerides) juga menurun sebanyak 30% (Rujukan: Annals of Nutrition and Metabolism, 41: 242-249, 1997)

3.     Detoksifikasi iaitu menyahkan  toksin yang terkumpul dalam badan kita selama 11 bulan. Puasa membolehkan sistem pencernaan kita berehat dan mengaktifkan mekanisme detoksifikasi yang membantu penghasilan hormon yang merangsang system imun kita. ( Sebab tulah bau mulut orang yang berpuasa ni ‘wangi’ je)


Wow! Banyak juga ya manfaatnya pada kesihatan kita ya. Sebenarnya ada banyak lagi kajian yang telah dilakukan dan hasilnya kita boleh simpulkan bahawa puasa itu bukan untuk menyeksa kita, tapi untuk menyihatkan kita.

Tapi ingat tau, puasa bukan setakat tak minum tak makan, tapi puasa 5 pancaindera sekali. Terutamanya buat diri saya sendiri yang selalu alpa. Selalu bagi nasihat kat orang, tapi kadang-kadang diri sendiri tak buat. Memanglah lemah iman ni rasanya. 

Ya, memang saya akui, diri ini tidak sempurna dan masih dalam proses mencari. Ya, saya sangat mengharapkan Ramadhan kali ini menjadi lebih bermakna. Dan ya, saya berazam ingin memantapkan jati diri sendiri.            

Renung-renungkan dan selamat beramal!
0 ulasan

Siapa itu Safiyya?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Kalau dibaca tajuk post ni, mesti orang ingat saya nak memperkenalkan diri bukan? Ha, meleset sama sekali sangkaan anda itu. Sebenarnya saya ingin menceritakan tentang seorang Ummul Mukminin yang mungkin ada di antara anda  yang tidak pernah mengetahuinya. Kebanyakan orang hanya mengenali Ummul Mukminin seperti Saidatina Khadijah dan Saidatina 'Aisyah. Sepertimana yang anda semua sedia  maklum, Saidatina Khadijah adalah isteri pertama baginda dan beliau tidak pernah dimadukan oleh sesiapapun sepanjang beliau menjadi isteri Rasulullah. Wah, begitu istimewanya  Saidatina Khadijah ini di hati Rasulullah s.a.w!

  Anda sudah rasa mengantuk? Bosan? Eh, janganlah begitu. Saya amat berharap anda boleh mencelikkan mata anda dan membuka dada anda ( hmm, bukan belah dada, operate hati macam cerita P. Ramlee tu ya!) untuk meneruskan bacaan. Baiklah, sebenarnya saya pun baru tahu tentang Ummul Mukminin yang bernama Safiyya binti Huyayy ini beberapa tahun yang lepas. Teruja lagi tambah excited bila dapat tahu bahawa saya diberi nama sempena Ummul Mukminin. Memanglah teruja tapi  taklah sampai kembang hidung ya! ( Melalut pulak)...  Minta maaf ya, saya ni memang macam ni.

   Sambung balik cerita. Jangan terkejut ya, sebenarnya Saidatina Safiyya binti Huyayy ini sebenarnya berketurunan Yahudi! Beliau merupakan anak kepada pemimpin Bani Nadir, Huyayy ibn Akhtab, seorang manusia yang sangat bencikan Rasulullah. Beliau dilahirkan di Madinah  oleh ibunya, Barra binti Samawal, seorang wanita dari Bani Qurayza.

    Hah, mesti anda terfikirkan, macam mana seorang wanita berbangsa Yahudi boleh menjadi Ummul Mukminin? Mesti anda semua penasaran kan? Kalau  nak tau, kenalah baca lagi. Baca, jangan tak baca. Rugi kalau tak baca. Bak kata kumpulan Snada dalam lagunya, Membaca.. Yuk.. mari membaca.. ( Kalau nak dengar lagu dia, carilah kat 4shared @ youtube ya!)

  Pernah anda dengar @ terbaca tentang perang Khaybar? Nah, inilah peristiwa yang membawa kepada perkahwinan antara Nabi Muhammad s.a.w dengan Saidatina Safiyya. Ketika  itu, Safiyya baru sahaja berusia 17 tahun. Perang Khaybar menyaksikan pertarungan antara kaum Yahudi dan umat Islam pada tahun 7 Hijrah. Perang itu telah dimenangi oleh kaum Muslimin dengan izin Allah.

    Saidatina Safiyya yang telah kematian ayah dan suaminya dijadikan tawanan. Ketika itu, Saidatina bersama sepupunya dibawa menghadap Rasulullah. Awalnya, Saidatina Safiyya seharusnya bernikah dengan Dihya Ibn Khalifa, namun akhirnya beliau ditakdirkan untuk bernikah dengan baginda Rasulullah. Ketika itu, baginda berusia 60 tahun. Manakala, Dihya dinikahkan dengan sepupu Saidatina Safiyya.

    Maka, Saidatina Safiyya pun memeluk agama Islam. Hmm... sebenarnya, ada suatu yang menarik telah berlaku sebelum pernikahan mereka. Kalau anda semua mahu tau, semasa Saidatina masih menjadi isteri Kinana ibn Al-Rabi, beliau pernah bermimpi bahawa bulan telah jatuh ke ribanya. Mendengarkan perkara ni, Kinana menjadi sangat marah kerana ini menandakan bahawa Saidatina Safiyya bercita-cita untuk berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.

   Oh ya, kalau diselusuri keturunan Saidatina Safiyya ni, beliau merupakan  keturunan 'direct' daripada Nabi Harun Alaihissalam. Sebenarnya, banyak benda lagi nak cerita, tapi masa tak mengizinkan pulak..Takpe, anda boleh search kat mana-mana search engine tuk mengetahui kisah beliau dengan lebih lanjut..  

Jadi, anda semua dah tau serba sedikit tentang Saidatina Safiyya bukan? Ya, itulah antara kisah hidup beliau. Tapiiiiiii................ ( panjangnya tapi, hehe) anda belum mengenali saya yang juga seorang Safiah. Banyak benda yang teman nak tulis,nak kabo kat kome. Hah, tu dia, kan dah keluar slang Perak tu... Jadi, kalau rasa tulisan saya ni bermanfaat untuk anda semua, bolehlah follow blog saya ye.....

amacam? ada gaya tak macam blogger?

     




  

Recent Comments

 
;