Jumaat, 24 Februari 2012 0 ulasan

Don't be sad, my friend.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi barakatuh.

Dah lama rasanya tak menulis. Tak berkesempatan. Alhamdulillah, hari ni masih diberikan kesempatan untuk mengadap laptop ni untuk update blog.

Baru je masuk sem baru. Banyak mende yang menanti. Dan, kami baru je dapat result kami minggu ni. Result untuk Part A Exam. Alhamdulillah, saya pass exam saya walaupun taklah secemerlang mana. 

Pada hari kejadian, Isnin, pada tepat pukul 2.30 petang, notis pengumuman result terpampang di hadapan pejabat dekan. Macam-macam reaksi yang dapat dilihat. 

Ada yang excited terlompat-lompat.
Ada yang senyum sampai ke telinga.
Ada yang menangis tak berlagu.
Ada yang diam je.
Ada yang tension.

Melihatkan suasana tu, saya terfikir, macam mana satu huruf yang terpampang kat sebelah nombor matrik kami tu boleh mengubah emosi kami sampai macam tu sekali?

Exam-oriented?

Saya akui, waktu zaman muda-mudi remaja riang ria dulu, saya adalah seorang yang exam-oriented. Belajar sebab nak lulus pekse. Study bagai nak rak semata-mata untuk mendapatkan satu keping slip dengan deretan A yang akhirnya kita simpan dalam album, buat pekasam.

Dan, natijahnya...
Saya tak ingat pun apa yang saya belajar lepas habis je pekse. Selama 11 tahun saya belajar di sekolah bagaikan terbuang begitu saja. Just like that. Sayang, kan?

Alhamdulillah, Allah masih sayangkan saya. Dia buka mata saya. Dia tunjukkan jalan.
(Latar belakang : Cahaya menembusi bilik, menerangi keseluruhan bilik.)

Sejak menjejakkan kaki ke bumi UM ni pada 4 September 2011, banyak mende baru yang saya belajar. Setiap hari adalah hari untuk saya belajar. 

BELAJAR. LEARN. ADRUSU. 

Very big words, ain't they?

Belajar. Tak semestinya kita belajar daripada kuliah-kuliah, kelas-kelas tambahan dan kelas tutorial je. That's a BIG NO. Cuba kita lihat sekeliling. Cuba buat mende2 ni :

1) Perhatikan orang-orang di sekeliling kita.
2) Dengar dengan penuh perhatian setiap percakapan dan tutur kata kawan-kawan kita.
3) Perhatikan semut-semut yang tengah angkat sisa-sisa makanan kita.
4) Lihat dan perhatikan cara-cara kawan kita handle masalah.
5) Libatkan diri dalam aktiviti bersama komuniti.
6) Dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

Cubalah buat. Nanti anda akan faham maksud saya. Banyak perkara pasal kehidupan yang masih kita tak tahu. Ya, saya akui, ilmu saya taklah sebanyak mana. Dan saya akan sentiasa cuba untuk memperbaiki diri. 

Dan pelajaran terbaru saya dapat daripada sahabat saya yang juga merupakan ketua biro akademik batch kami. 

"Tiada istilah persaingan dalam bidang perubatan ni. Kita belajar bukan untuk membuktikan siapa yang lebih handal merawat pesakit. Kalau ada sahabat kita yang dapat merawat seseorang pesakit tu, tak sepatutnya ada rasa hasad dengki dalam hati terhadap sahabat kita tu. Sepatutnya, kita patut rasa gembira sebab pesakit tu dapat dirawat."

Memang ayat sentap. 

Dan sepanjang saya berada di sini, saya sedar yang exam-oriented takkan membawa kita ke mana-mana. Lulus peperiksaan tak semestinya menjanjikan kita untuk jadi doktor yang baik. Dan gagal dalam peperiksaan tak semestinya kita tak boleh menjadi doktor yang baik.

Ilmu tu mesti didalami. Belajar dengan hati yang ikhlas. Selalu ingat, ada sebab Allah letakkan saya dalam bidang ni. Ada apa pada sijil tu? Apa matlamat saya sebenarnya? Setakat lulus MBBS dan dapat segulung ijazah? Dapat kerja? Dapat duit banyak? Dapat beli rumah besar?

There's a lot more to it, seriously. 

Kagum dengan semangat sahabat.

Setelah dianalisa, rupa-rupanya ada beberapa sahabat kami yang dapat F. Bila difikirkan balik, ditanya balik pada diri sendiri, apa perasaan aku kalau aku yang dapat F? Mesti rasa kecewa. Salah konsep ke? Salah diri sendiri ke?

Tapi, saya sangat kagum dengan seorang sahabat batch saya ni. Apa yang dia kata?

(Sebenarnya, dia tulis dalam Bahasa Inggeris. Saya terjemah je.)

"Satu lagi kegagalan. Aku dapat F. Jadi? Allah dah bagi banyak kejayaan pada aku sebelum ni sampailah aku dapat masuk kursus ni.Jadi, layak ke aku marah Dia sebab bagi aku result macam ni? Mestilah tak, sebab ia membuatkan aku lebih mengingatiNya. Memohon kejayaan akan datang daripadaNya. Ia membuatkan aku sedar yang aku tak mungkin berada di atas selamanya. Alhamdulillah untuk sebuah kegagalan yang manis. Wahai Allah, Engkau sayangkan aku kan? Sebab tulah Kau bagi keputusan macam ni kat aku. Bukan untuk aku belajar je, tapi untuk lebih mengingatiMu."

ni yang versi asal :

another failure.i got F.so what?Allah gave me so much success before this until i got this course.so am i going 

to scold him for this result?no of course,it reminds me of Him more.begging Him for success later.it makes 

me realise that i'll never b at the top forever.Alhamdulillah for such a sweet failure.Dear Allah,u like me 

right?? that's why u gave me this result,not only bcoz i was not studying,but U want me to always remember

 U :')

Sweet, kan? 
Mesti ada yang dah meleleh air mata. Betul tak?

Bersedia untuk melelehkan air mata lagi? Tengok video ni.




Tangkap leleh, kan? Saya tahu.
Ok la, setakat tu je untuk hari ni. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Recent Comments

 
;