Selasa, 12 Jun 2012 0 ulasan

Exam. exam. dan exam lagi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (^_^)

Lama rasanya tak menulis. Dah berhabuk pun blog ni. hehe. Alhamdulillah, masih bernafas pada hari ni. Masih diberikan kesempatan untuk menulis. Dalam beberapa bulan ni, tak sempat nak update blog sebab saya sibuk menjadi busybody. Hehe. Sejak masuk Sem 2, macam-macam ragam yang saya jumpa, macam-macam yang saya tempuhi. 

Dan...
Banyak yang saya belajar. Alhamdulillah. 

Jadi, sempena study week yang baru menjelang ni, saya nak ajak kawan-kawan untuk revise satu tajuk yang sangat penting. Jeng.. jeng.. jeng...(sound effect : bunyi dram berdengung)

Tajuk : Hambalogy

Satu equation yang sangat menarik dan sangat PENTING :

Nikmat input > Syukur output
Ciri-ciri unik equation :

  • Tak akan pernah sama ; Nikmat input = Syukur output  
  • Syukur output perlu ditingkatkan agar tak berlaku hyper'leka'mia.
  • Variable bagi setiap orang.
Menurut sumber rujukan saya,

"...sungguh, Allah benar-benar memiliki kurnia yang dilimpahkan kepada manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur."

(Al-Ghafir 40 : 62) 


Astaghfirullahal 'azim. 
Cuba tanya diri sendiri balik. Sudahkah aku menjadi hamba yang bersyukur? Apa benda pertama yang aku ucapkan lepas bangun tidur tadi? Pernah tak aku cakap, 

"Alhamdulillah, mata aku elok lagi. Tangan aku kuat lagi. Kaki aku boleh berlari lagi."

Hmmm.........

Teringat kisah Rasulullah S.A.W. Walaupun baginda dah dijamin masuk syurga, dah diiktiraf sebagai kekasih Allah, baginda masih solat di waktu malam sampai bengkak-bengkak kakinya. Bila ditanya, baginda hanya menjawab, "Salahkah aku hendak menjadi hamba yang bersyukur?"

Rasa malu menerpa. Saya tidaklah begitu hebat dalam usaha untuk bersyukur padaNya. Saya tau tu. Alhamdulillah, Dia masih sayangkan saya. Dia datangkan banyak peringatan pada saya, banyak melimpahkan kasih sayangNya pada saya dan banyak menyedarkan saya.

Ya, kita memang manusia biasa. Hakikatnya, lumrahnya dan fitrahnya, kita perlukan Allah. Tanpa Dia, siapalah kita. Tapi, di mana tempat Dia di hati kita?

"Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah: dan Dialah Allah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji."

(Al-Fatir 35 : 15)

Dan kadang-kadang, hati kita pun mula berbisik :

"Lecehlah sume benda ni."
"Aku pass exam sebab aku dah usaha betul-betul."
"Aku dah cakap alhamdulillah tadi. Kira dah bersyukurlah tu."

Hmm.. syukur tu bukan sekadar di bibir. Syukur tu merangkumi dari perbuatan, tingkah laku, akhlak kita denganNya. Dan ingatlah, apa-apa kejayaan yang kita dapat tu takkan tercapai kalau Dia tak izinkan. Jangan pernah merasa tidak cukup dengan apa yang ada. Dalam tidak sedar, sebenarnya kita sangat beruntung dapat nikmat yang tak terhitung selama beberapa tahun kita hidup ni. Dan siapa kita untuk membandingkan  dan mempertikaikan nikmat yang Allah bagi pada orang lain.

Ingatlah, Dia Maha Mengetahui apa yang kita tak tau. Dan nikmat yang terbesar yang Dia bagi, nikmat Islam dan nikmat iman. Syukurilah dua nikmat terbesar tu sebab kita takkan pernah tau pengakhiran kita macam mana nanti.

Jadi, sama-samalah kita usaha untuk jadi hamba yang bersyukur. Jom jadi Super Muslim!

Jom jadi Super Muslim!

Final exam nak dekat dah!


Oklah, berbalik pada topik utama kita hari ni.

Sekarang kebanyakan siswa siswi universiti tengah dalam exam mood. Dalam kes saya, sekarang ni kitorang tengah berstudy week. Baru je habis Conass 2.3 ataupun Kuiz 2.3 semalam.

Fuhh!! Sepanjang waktu ni, pandang kiri, orang study, pandang kanan orang tengah buat soalan tahun-tahun lepas, pandang depan, orang tengah berstudy group. Serius. Sume orang macam tu.Tapi tak kurang jugak yang keluar untuk lepaskan tensen, termasuklah saya. Baru je keluar dengan kawan-kawan semalam. Hehe.

Jom study!

Nak kongsi beberapa tips ni dari seorang doktor yang datang memberi pengisian pada kitorang hari tu. Dr. Latiff Mohamed dari CUCMS ada pesan :

1)  Study kena mula dari awal. Kalau lecture hari ni, kena revise balik topik tu hari ni.
2)  Doa tu penting. Dan dalam doa tu, minta Allah kurniakan kejayaan kepada kita bukan untuk kepentingan diri sendiri tapi supaya kita dapat memberi manfaat pada orang lain, boleh memberi sesuatu pada orang lain.
3)  Jadikan stress tu sebagai nikmat.

Sebenarnya, banyak lagi yang dia pesan, tapi saya tak berapa nak ingat. Hmm... terkena penyakit amnesia sekejap. hehe.

Satu lagi tip yang saya nak kongsi, kita kena ada satu diari. Bukan diari untuk luah perasaan segala bagai tu ye. Tapi diari yang memuatkan jadual harian kita. Kira macam planner lebih kurang. Kita kena susun masa dengan betul, bila nak study, bila nak makan, bila nak pegi jogging, bila deadline assignment. Barulah teratur masa. Betul tak?

Betul... betul.. betul... (^_^)

Banyaknya lagi tak baca!
Stres???? Ishk.. ishk.. ishk.. Manusia dan stres memang tak boleh dipisahkan. Setiap orang ada tahap stres yang berbeza-beza. Tak percaya? Nanti pergi check cortisol level setiap orang ye. Hhehe. Sebenarnya cara orang atasi stres tu yang penting. Bak kata Dr. Latiff, jadikan stres tu sebagai nikmat. Kalau hidup ni takde problem, tak best lah hidup ni kan?

Masalah dan dugaan tu pun nikmat sebenarnya. Dia beri pada kita stres, dugaan segala bagai tu untuk melatih diri kita, untuk tarik kita balik ke arahNya. Jangan pernah bersangka buruk denganNya ye. Ingat satu fakta ni, Allah sayangkan hamba-hambaNya, Allah cintakan hamba-hambaNya. Tapi kita? Cinta bermusim. Ishk.. ishk..ishk..

Seriously???
Tetiba teringat pesan senior semalam. Kadang-kadang kita rasa, kita tak ingat apa yang kita dah baca padahal kita ada long list benda yang tak dibaca lagi. Takpe, kita teruskan dengan list kita tu. Sebab kalau kita tertumpu pada satu-satu topik je, memang akan tertinggal yang lain tu. Jadi, janganlah stres sangat ye. Ingat ayat ni:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."


(Al-Baqarah 2 : 286)

Dan, yang paling penting, niat. Kita kena selalu betulkan niat. Sumenya berbalik pada niat. Kalau niat kita nak lulus exam sebab kita memang nak lulus, kita akan dapat  lulus tu, insyaAllah. Tapi kalau niat kita lulus ataupun berjaya dengan harapan kita boleh jadi bermanfaat pada orang lain, insyaAllah itulah yang akan dia dapat. Kalau dengan belajar, kita dapat tanamkan rasa izzah (bangga) dengan Islam, why not?





Ok, sebelum mengakhiri tinta saya hari ni, jom tengok video ni :


Renung-renungkan dan selamat beramal. (^_^)

Recent Comments

 
;