Selasa, 25 September 2012 1 ulasan

Mereka yang bernama...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sempat lagi saya berjumpa balik sahabat-sahabat seperjuangan di SMKAS dulu baru-baru ni. Setelah bertahun-tahun lamanya tak berjumpa. Sungguh, rasa sangat manis untuk dikenang. Agenda utama kami hari Sabtu yang lepas bersamaan 22 September 2012 adalah untuk menghantar salah seorang sahabat kami yang akan berangkat ke United Kingdom.


Gambar terakhir sebelum Piah berangkat masuk.
Sebenarnya, agak kelakar bila diingat balik. Disebabkan kami terlambat bertolak dari tempat masing-masing, kami hampir-hampir tak dapat sempat berjumpa dengan Syafiyyah. Penerbangan dijadualkan pada pukul 7.30 malam. Tapi pada pukul 6.10 petang, dia perlu check in awal (penerbangan antarabangsa memang kena check in awal!) padahal kami belum sampai lagi!

Kami yang masih di dalam perjalanan waktu itu, rasa sangat berdebar-debar dan masing-masing menunjukkan muka ayam berak kapur (sangat keruh muka sume orang waktu tu!). Jadi, untuk menjimatkan masa, Faiz (drebar waktu tu) pun memulakan operasi memecut kereta memotong segala jenis kenderaan yang berada di atas jalan. Fuhh.........

Sesampainya di KLIA, kami dengan semangatnya berlari-lari anak ke aras 5 (macam kami yang tertinggal flight). Destinasi yang dituju : balai perlepasan antarabangsa. Alhamdulillah. Ternampak kelibat Syafiyyah dari jauh. Sempat juga kami bersalaman. Namun, seminit cuma pertemuan kami. Selepas bersalaman dan mengambil gambar beberapa kali, kami terpaksa melepaskan sahabat kami dengan berat hati.


Tengok macam tak nak lepaskan Piah pergi.

Pose terakhir sebelum check in.
Nampaknya, drama ala-ala Korea tak terhenti di situ. Kami mengiringi dan mengekori Piah dari koridor atas sambil melambai-lambai dan memanggil nama Piah dengan semangatnya (terutamanya Sakinah dan Fatin ).Dramatik sungguh. Hehe. Drama swasta ni berterusan sampailah kelibat Piah tak terlihat lagi. 

Gambar yang di'snap' dari koridor atas.

Menunggu flight untuk take off
Pukul 7.30 malam. Terlihat kapal terbang berlepas. May Allah ease her life there. InsyaAllah, she'll become a Muslim engineer whom we can be proud of. Hope to see her again next time, insyaAllah.

Sebenarnya, rasa agak terkilan sebab cuma boleh berjumpa sekejap saja. Tapi, apakan daya. Hmm.. walau apa-apapun, perjalanan harus diteruskan. KLIA ditinggalkan dan akhirnya kami bergerak menuju ke Bandar Baru Bangi untuk makan malam.

Kebetulan pula, hari tu merupakan hari jadi salah sorang kawan kami, iaitu Faiz (drebar yang memecut tadi). 

Birthday boy kontrol macho

Pening tengok makanan?

Nak order apa ye?

Nak kek yang paling besar!
Gambar terakhir sebelum balik.
Alhamdulillah. Harap ukhuwwah ni berkekalan hingga ke akhir hayat. Terima kasih yang tak terhingga pada sume ; yang datang menjemput dan menghantar, yang sediakan kad touch n go, yang ajak pergi KLIA, yang datang dari jauh, yang tukang amik gambar, yang sumbangkan kek dan pada sume yang ada. 

Harap dapat buat reunion yang melibatkan lebih ramai orang lagi, insyaAllah. (^_^)

Recent Comments

 
;