Tetiba saya terkenang zaman kanak-kanak ribena dolu-dolu, specifically, masa kat bumi SMKA Segamat atau lebih senang dipanggil SMKAS (baca : semekas). Sebenarnya, banyak kenangan yang terukir sepanjang 5 tahun saya kat situ. Tapi, kali ni, saya nak berkongsi pasal cerita hati yang mungkin kawan-kawan saya sendiri tak tahu dan tak sedar (sebab saya pun tak citer.)
Kenapa ya tetiba saya nak berkongsi pasal kisah hati saya ni? Jeng.. jeng..jeng.. ni gara-gara tempias baca buku Love in a Headscarf by Shelina Jammohamed.
credit |
Cinta. Suka. Love. Ai. Pyaar. Mahabbah.
Cinta itu sifatnya universal. Bahasanya, ertinya dan perasaan cinta itu sendiri boleh difahami oleh rata-rata orang walaupun kita berasal dari agama, bangsa, negara dan budaya yang berbeza.
Setiap orang tak lepas dari merasakan cinta dan perasaan suka. Saya juga tak terkecuali. Ya, saya mengaku bahawa saya pernah sukakan seseorang semasa saya belajar di Semekas. And it went on for years, but nobody knows, including him..
OMG! BETUL KE? BIAR BETIK?
Ya, betul. Siyes. Mungkin ada antara kawan-kawan saya yang tak tau dan terkezut bila terbaca entri ni. Ye la, waktu tu, bila disebut je pasal cinta dan mende-mende yang bersangkut-paut dengannya, saya akan cepat-cepat tukar topik ataupun buat tak tau je. Dan bila saya terima hadiah, dedication @ coklat dari so-called admirer (kata diorang la), saya akan makan sikit je dan lepas tu, saya akan bagi pada kawan-kawan saya. (Ceh, bajet macam ramai admirer je. hee...)
Pelik, kan saya ni? Sampaikan akak saya sendiri kata saya ni alergik dengan lelaki!
Ishk.. ishk.. teruk betul bunyinya tu. Ok, back to the story. Mesti korang tertanya-tanya kan?
Siapa lelaki tu? Camne boleh kenal? Kenapa mesti dia?
Who is the Prince Charming? |
Dia sebenarnya senior saya, umurnya sebaya dengan abang saya yang tua beberapa tahun dari saya. Semuanya bermula selepas saya dan dia ditugaskan untuk mengendalikan satu majlis di sekolah. And that being said, we just handled it smoothly without much conversation and communication between us. I don't even know what to call him.
It began since that day. And it went on for years until I was 19 when one day the so-called Prince Charming announced that he was engaged.
And there's never been a story between us. We barely even talk. Just one time when he congratulated me for getting good results in SPM (itupun dalam mesej je). That's about it.
It began since that day. And it went on for years until I was 19 when one day the so-called Prince Charming announced that he was engaged.
And there's never been a story between us. We barely even talk. Just one time when he congratulated me for getting good results in SPM (itupun dalam mesej je). That's about it.
Perasaan saya masa dapat berita tu? Kecewa. Terkilan. Terkezut tahap gaban. Tapi saya tak menangis (Percaya tak?) Roommate saya perasan perubahan saya hari tu. Sebab saya diam je sepanjang hari (tapi still ada selera nak makan).
Masa tu, saya still belajar kat Kolej Matrikulasi Perak (KMPk). Masih muda dan mentah lagi. Tak kenal lagi dunia luar. In fact, I don't even know what is the difference between to love and to like someone. There's so much things ahead of me. I shouldn't be this weak, right?
Mungkin ramai akan cakap, cinta sebelum nikah itu salah. Tapi bagi saya, perasaan cinta itu adalah fitrah. Tidak salah ada perasaan cinta, tapi yang salahnya adalah cara kita menguruskan perasaan itu. Penjelasan lebih lanjut boleh baca blog Dr Maza.
Kalau benar-benar cinta, persiapkan diri dari segi ilmu, perancangan, kewangan, perbaiki diri supaya lebih bersedia untuk ke peringkat seterusnya, iaitu perkahwinan. (Bacalah buku motivasi Sebelum Aku Bernikah oleh Hilal Asyraf)
Kalau benar-benar cinta, persiapkan diri dari segi ilmu, perancangan, kewangan, perbaiki diri supaya lebih bersedia untuk ke peringkat seterusnya, iaitu perkahwinan. (Bacalah buku motivasi Sebelum Aku Bernikah oleh Hilal Asyraf)
Perkahwinan itu bukannya terbina atas dasar cinta sahaja. Ingat itu. Perlu ada perancangan agar baitulmuslim yang terbina itu bukanlah sekadar another marriage. Perlu ada matlamat, dan yang pentingnya, dengan terbinanya baitulmuslim ini, akan lebih memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling, inshaAllah.
Bila saya kenang balik masa tu, saya rasa bersyukur sangat. Alhamdulillah. Terima kasih Allah sebab still bagi saya peluang. Peluang untuk memperbaiki diri. Peluang untuk menjadi yang terbaik. Peluang untuk mencari the other half of me. Mungkin ada orang lain yang lebih baik untuk saya. Allah knows best, and I believe that my Prince Charming will come one day, insha Allah.
As for the guy, maybe he's already married .I'm not sure as I've removed him from my friends' list in fb. He also had made his blog private, so I really don't know. Anyway, he's found the one for him. Alhamdulillah. Maybe this is for the best. I hope that I'll also find my Prince Charming someday.
Wallahua'lam.