Ringtone ipin menandakan ada satu mesej yang masuk dalam inbox. Nombor yang tak dikenali. Saya pun macam biasa, baca mesej dengan muka takde perasaan.
Dia : Assalamualaikum dr.
Saya : Waalaikumussalam. Sapa ni?
Dia : Saya ****. Harap tak mengganggu dr tengah hari ni.
Saya : Hmm.. rasanya saya tak layak lagi nak pegang title dr tu. Kalau sakit, nak mintak MC atau nak buat check up, better pi PPUM, hospital atau klinik terdekat. Rasanya saya tak boleh nak tolong.
Dia : Sebenarnya saya bukan nak mintak tolong. Nak berkenalan je. Boleh tak?
Erk?? Tersentak kat situ. Terdiam sekejap. Tak tau nak jawab camne. Akhirnya....
Saya : Firstly, saya nak mintak maaf kalau mesej saya bunyinya kasar sikit. Selalunya saya bagi no pada orang yang saya kenal je. n saya tak biasa berkenalan camni. Selalunya saya contact orang yang berlainan jantina kalau ada keperluan je. So, saya nak tanya, ada keperluan ke kita nak contact? Kalau takde, rasanya tak perlu kita nak mesej lagi camni. Sekali lagi saya mintak maaf kalau saya terkasar bahasa.
Azan Zohor pun berkumandang. Langkah diatur ke bilik air untuk berwudhu'. Baru je nak sarung telekung, handset saya berbunyi lagi.
Dia : It's ok. Saya faham. Kagum dengan pendirian awak. Lepas ni saya takkan ganggu awak lagi. Semoga berjaya dalam kerjaya.
Fuhh... lega. Nasib baik la dia faham. Tapi sebenarnya nak je saya balas, "Tak payah kagum dengan saya, saya orang biasa-biasa je." Hmm.. tapi untuk mengelakkan mesej yang berpanjangan, saya amik keputusan untuk membiarkan je mesej tu tergantung macam tu.
Sungguhlah saya tak sangka ada jugak yang sedar existence saya kat kolej tu (selain student course saya). Hehe.
Ok. Mesti korang tertanya-tanya kenapa tetibe saya citer pasal ni kan?
Semestinya bukan nak menunjuk yang saya ada admirer. Poyos sangat, kan? Hehe.
Mesti korang rasa saya ni dah macam Ustazah Fatimah Syarha kan? Hehe. Oh, taklah camtu. Saya bukanlah baik macam tu.
Saya cuma rasa, tak proper untuk saya berkenalan dengan orang menerusi mesej (terutamanya orang yang berlainan jantina.) Sebabnya, saya rasa, kalau berkenalan saja-saja macam tu tanpa ada sebarang urusan ataupun hala tuju, takut-takut akan jadi suatu yang sia-sia dan akhirnya membawa fitnah.
Lagipun, Allah kan dah bagi guideline pada kita dalam menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan kan? Bukannya tak boleh berhubung langsung, sume kena duduk asing-asing ke apa. Oh tidak. Islam tak melarang sampai macam tu sekali.
Boleh je kita berurusan dengan orang yang berlainan jantina dengan kita dalam beberapa perkara :
1) Muamalat - contohnya urusan perniagaan, urusan pos, urusan pejabat, urusan projek, study group, assignment
2) Perubatan
3) Ilmu - hubungan antara guru dan murid
4) Perundangan - meminta fatwa/ proses perbicaraan.
Hmm...rasanya ada satu lagi, tapi saya tak ingat.
Tapi untuk urusan perkenalan sebelum mendirikan baitulmuslim itu saya tak boleh nak komen dan ulas panjang-panjang sebab saya sendiri tak pernah lalui lagi proses-proses tu. Sori ye.
Ok.. sambung balik cerita. Terus-terang saya cakap, sebelum ni, saya memang agak kekok untuk bergaul dengan orang yang berlainan jantina (since saya dah terbiasa dengan suasana kat sekolah yang biasa mengasingkan muslimin dan muslimat). Well, sebenarnya sampai sekarang pun masih kekok lagi tapi taklah seteruk dulu, langsung tak boleh nak cakap face-to-face.
Teringat waktu dulu-dulu. Kalau terserempak dengan mana-mana muslimin, kepala mesti tunduk gila-gila sampai tak nampak jalan kat depan. Oh, tapi takdela sampai terlanggar tiang ke apa ye.
Hmm.. jangan salah faham pulak ye. Kita still kena tundukkan pandangan kita sebab itu perintah Allah. Allah sendiri ada berfirman :
An-Nur : 30
Apa yang saya maksudkan sebenarnya adalah jangan pulak kita menundukkan kepala sampai tak nampak jalan yang mana akhirnya boleh membawa mudharat pada kita. Cukuplah sekadar menundukkan pandangan mata kita untuk menjaga hati kita yang memang sudah berkarat ni. (Rasanya kena clorox selalu ni!)
Sebenarnya, bila dah masuk alam universiti, nak tak nak, kita kena berurusan dengan orang lain, tak kiralah orang tu perempuan ke, lelaki ke, Melayu ke, Cina ke, India ke, pangkat besar ke, pangkat kecik ke, tak kisahlah. Lagi-lagilah bila dah pegang title Dr. nanti, saya tak boleh memilih patient saya. Mana-mana patient yang datang jumpa saya untuk dapatkan rawatan perlu dilayan dan perlu dirawat.
Dalam suasana sebagai pelajar macam saya ni, ada banyak assignment, projek dan kerja yang memerlukan kerjasama dalam ahli kumpulan. Dalam kumpulan tu semestinya ada orang yang pelbagai agama dan bangsa, dan semestinya akan ada pelajar lelaki dan perempuan dalam kumpulan tersebut.
Jadi, macam mana nak bergaul dalam kelompok yang macam tu?
Jawapannya senang je. Ikut guide Islam, lihat dan nilai pergaulan tu dari kaca mata Islam. Selagimana tak menimbulkan fitnah dan selagimana tak melanggar rules yang digariskan, teruskanlah.
Tidak berdua-duaan, sekurang-kurangnya bertiga.
Tidak bertepuk tampar.
Bercakap tentang perkara yang berfaedah.
Tak bergurau berlebih-lebihan.
Menjaga jarak antara bukan muhrim.
Menutup aurat.
Dan... banyak lagi kalau nak disenaraikan. Best kan Islam ni kalau kita betul-betul jadikannya as our ad-deen @ cara hidup kita kan? Ada je guideline untuk sume benda. Kita je yang tak mencari atau mengkaji betul-betul ad-deen kita ni.
Janganlah kita memayahkan agama. Dan yang paling penting, janganlah pulak kita terlalu memudahkan agama itu mengikut acuan kita. Yang terbaik adalah bersederhana. Sesungguhnya orang yang paling sederhana adalah Rasulullah, maka seeloknya ikutilah dan contohilah baginda.
Jadi, pesan saya pada diri saya dan sahabat-sahabat sume :
Fahamilah, hayatilah, praktikkanlah ad-din dan sentiasalah bersederhana dalam apa jua yang kita buat.
Senyum gumbira.
May Allah guide us all the way. Peace be upon all of you. =)
0 ulasan:
Catat Ulasan