Isnin, 12 November 2012

'Pentingnya' sakit.

Assalamualaikum n selamat sejahtera buat sahabat-sahabat, kakak-kakak, abang-abang dan adik-adik yang disayangi.

Alhamdulillah, selamat menjejakkan kaki ke Labuan hari Sabtu baru-baru ni (semalam sebenarnya.) Kali ni, saya pulang untuk bercuti selama seminggu sempena cuti pertengahan semester. Tangan terasa gatal untuk menulis memandangkan ada waktu terluang di rumah. 

Baru-baru ni, anak saudara saya, Faris yang baru aje berumur setahun 7 bulan dimasukkan ke dalam wad. Kata abang saya, Faris muntah-muntah, cirit-birit dan demam yang teruk. Kenapa agaknya? Terkena jangkitan virus Rotavirus rupanya. Maka, abang saya (ayah Faris) pun menyoal saya dengan bertubi-tubi tentang Rotavirus ni.

Kesian tengok tangan Faris berbalut
Antara soalan-soalan yang dikemukakan pada saya :

1) Macam mana boleh terkena jangkitan virus?
2) Apa treatment dia?
3) Macam mana doktor boleh diagnosis Faris terkena jangkitan virus?
4) Apa tujuan IV drip? 

Dan.. macam-macam lagi. Tak ingat soalan-soalan yang lain. 

Dan reaksi saya? 

Berpeluh-peluh dibuatnya, seolah-olah sayalah doktor yang bertanggungjawab merawat Faris. Jawab sajalah apa yang termampu. Rasa nak aje tengok balik notes yang bertimbun waktu tu. Rasa geram pada diri sendiri. Disebabkan perasaan yang bercampur-baur waktu tu, saya pun dengan semangatnya mencari info pasal jangkitan Rotavirus.

Mungkin ada yang nak tau jawapan-jawapan pada soalan di atas. Jadi, saya sediakan jawapan berdasarkan kefahaman saya. (Tapi untuk dapat lebih kepastian, boleh bertanya pada yang lebih arif)



1) Macam mana boleh terkena jangkitan virus?

Jangkitan virus ni boleh berlaku melalui makanan dan minuman yang terdedah pada Rotavirus. Boleh juga didapati kalau mendekati objek yang dicemari oleh virus ini. Oh ye, kita boleh dijangkiti jika virus ini masuk ke dalam badan melalui mulut kita.

Kebiasaannya, kanak-kanak sering diserang jangkitan virus ini sebab kebanyakan kanak-kanak suka untuk memasukkan objek ke dalam mulut.

2)  Apa treatment dia?

Setakat ini, rawatan yang diberi adalah dengan memberikan oral rehidrasi, ataupun lebih dikenali sebagai air garam (mengandungi NaCl) untuk menggantikan kekurangan air dalam badan akibat muntah-muntah dan diarrhea yang teruk. 

Ada juga vaksin yang dicipta beberapa tahun yang lepas bagi merangsang sistem imunisasi badan.

3)  Macam mana doktor boleh diagnosis Faris terkena jangkitan virus?

Diagnosis dibuat lepas menganalisis sampel tahi melalui stool examination.

4) Apa tujuan IV drip? 

Tujuan IV drip adalah untuk mempercepatkan proses penghidratan semula berlaku dengan lebih cepat memandangkan air garam itu terus disalurkan ke dalam pembuluh darah.

Struktur Rotavirus di bawah mikroskop elektron

Fuh... waktu tu, barulah saya sedar, agak penting untuk saya belajar pasal virus, bakteria, fungi dan parasit dengan tekun lagi rajin. Walaupun banyak fakta yang perlu dihafal macam mode of transmission, morphology, life cycle, diagnosis, treatment and diseases, mende alah sume tu la yang penting untuk rawat kes-kes macam ni.

Siyes, sebelum ni saya agak terkial-kial untuk memahami dan mengingat fakta-fakta ni sebijik demi sebijik. Dan adakalanya, penyakit MALAS datang menyerang dek kerana banyaknya benda yang perlu dibaca dan dihadam.

Nak menyebut nama bakteria saja dah tergeliat lidah. Contoh nama :

1) Fasciolopis buski
2) Diphyllobthrium latum
3) Pseudomonas aeruginosa
4) Klebsiella pneumoniae

Tergeliat lidah nak sebut, kan? Tell me about it.

Hmmm... bila terjadi mende ni depan mata baru nak appreciate apa yang diajar. Barulah rasa bersemangat untuk mendalami. Sungguhlah manusia memang amat rugi. *Tergeleng-geleng kepala dibuatnya.* 

Lesson of the day :

Appreciate life. Appreciate love. Appreciate knowledge. And most important, be grateful to Allah for He knows what's best for us. This is one of the ways for Him to remind us.

Tak sure nama dia apa tapi ni mesin untuk IV drip

lagi mesin IV drip
p/s : Alhamdulillah, sekarang Faris dah keluar dari wad. Semoga cepat sembuh. Syafakallah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Comments

 
;