Ahad, 31 Julai 2011

Siapa itu Safiyya?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Kalau dibaca tajuk post ni, mesti orang ingat saya nak memperkenalkan diri bukan? Ha, meleset sama sekali sangkaan anda itu. Sebenarnya saya ingin menceritakan tentang seorang Ummul Mukminin yang mungkin ada di antara anda  yang tidak pernah mengetahuinya. Kebanyakan orang hanya mengenali Ummul Mukminin seperti Saidatina Khadijah dan Saidatina 'Aisyah. Sepertimana yang anda semua sedia  maklum, Saidatina Khadijah adalah isteri pertama baginda dan beliau tidak pernah dimadukan oleh sesiapapun sepanjang beliau menjadi isteri Rasulullah. Wah, begitu istimewanya  Saidatina Khadijah ini di hati Rasulullah s.a.w!

  Anda sudah rasa mengantuk? Bosan? Eh, janganlah begitu. Saya amat berharap anda boleh mencelikkan mata anda dan membuka dada anda ( hmm, bukan belah dada, operate hati macam cerita P. Ramlee tu ya!) untuk meneruskan bacaan. Baiklah, sebenarnya saya pun baru tahu tentang Ummul Mukminin yang bernama Safiyya binti Huyayy ini beberapa tahun yang lepas. Teruja lagi tambah excited bila dapat tahu bahawa saya diberi nama sempena Ummul Mukminin. Memanglah teruja tapi  taklah sampai kembang hidung ya! ( Melalut pulak)...  Minta maaf ya, saya ni memang macam ni.

   Sambung balik cerita. Jangan terkejut ya, sebenarnya Saidatina Safiyya binti Huyayy ini sebenarnya berketurunan Yahudi! Beliau merupakan anak kepada pemimpin Bani Nadir, Huyayy ibn Akhtab, seorang manusia yang sangat bencikan Rasulullah. Beliau dilahirkan di Madinah  oleh ibunya, Barra binti Samawal, seorang wanita dari Bani Qurayza.

    Hah, mesti anda terfikirkan, macam mana seorang wanita berbangsa Yahudi boleh menjadi Ummul Mukminin? Mesti anda semua penasaran kan? Kalau  nak tau, kenalah baca lagi. Baca, jangan tak baca. Rugi kalau tak baca. Bak kata kumpulan Snada dalam lagunya, Membaca.. Yuk.. mari membaca.. ( Kalau nak dengar lagu dia, carilah kat 4shared @ youtube ya!)

  Pernah anda dengar @ terbaca tentang perang Khaybar? Nah, inilah peristiwa yang membawa kepada perkahwinan antara Nabi Muhammad s.a.w dengan Saidatina Safiyya. Ketika  itu, Safiyya baru sahaja berusia 17 tahun. Perang Khaybar menyaksikan pertarungan antara kaum Yahudi dan umat Islam pada tahun 7 Hijrah. Perang itu telah dimenangi oleh kaum Muslimin dengan izin Allah.

    Saidatina Safiyya yang telah kematian ayah dan suaminya dijadikan tawanan. Ketika itu, Saidatina bersama sepupunya dibawa menghadap Rasulullah. Awalnya, Saidatina Safiyya seharusnya bernikah dengan Dihya Ibn Khalifa, namun akhirnya beliau ditakdirkan untuk bernikah dengan baginda Rasulullah. Ketika itu, baginda berusia 60 tahun. Manakala, Dihya dinikahkan dengan sepupu Saidatina Safiyya.

    Maka, Saidatina Safiyya pun memeluk agama Islam. Hmm... sebenarnya, ada suatu yang menarik telah berlaku sebelum pernikahan mereka. Kalau anda semua mahu tau, semasa Saidatina masih menjadi isteri Kinana ibn Al-Rabi, beliau pernah bermimpi bahawa bulan telah jatuh ke ribanya. Mendengarkan perkara ni, Kinana menjadi sangat marah kerana ini menandakan bahawa Saidatina Safiyya bercita-cita untuk berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.

   Oh ya, kalau diselusuri keturunan Saidatina Safiyya ni, beliau merupakan  keturunan 'direct' daripada Nabi Harun Alaihissalam. Sebenarnya, banyak benda lagi nak cerita, tapi masa tak mengizinkan pulak..Takpe, anda boleh search kat mana-mana search engine tuk mengetahui kisah beliau dengan lebih lanjut..  

Jadi, anda semua dah tau serba sedikit tentang Saidatina Safiyya bukan? Ya, itulah antara kisah hidup beliau. Tapiiiiiii................ ( panjangnya tapi, hehe) anda belum mengenali saya yang juga seorang Safiah. Banyak benda yang teman nak tulis,nak kabo kat kome. Hah, tu dia, kan dah keluar slang Perak tu... Jadi, kalau rasa tulisan saya ni bermanfaat untuk anda semua, bolehlah follow blog saya ye.....

amacam? ada gaya tak macam blogger?

     




  

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Comments

 
;