Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, sekarang dah masuk minggu ketiga saya posting di department surgery. Memang sangat berbeza dengan posting yang sebelum ni, iaitu medicine posting. Kalau dulu kitorang akan ada kelas dengan doktor hampir setiap hari (tak termasuk hujung minggu ye!). Tapi sekarang, kelas kadang-kadang terpaksa dibatalkan sebab doktor kitorang yang jugak merupakan seorang pakar bedah kena attend to surgeries.
Jadi, konklusinya, ada beberapa hari yang kitorang free tanpa sebarang kelas. Tapi, tak bermaksud kita tak perlu pergi ke wad untuk belajar something new.
Meh saya ceritakan perkara yang berlaku semalam. Semalam, hari rabu, bersamaan dengan 11 Disember 2013 merupakan hari cuti am bagi negeri Selangor sebab semalam adalah hari keputeraan Sultan Selangor. Sama pulak dengan birthday adik saya. Huhu. Ok, saja nak buat iklan jap.
Tapi, disebabkan doktor kitorang tak dapat datang hari selasa, makanya, kelas kitorang ditetapkan akan berjalan seperti biasa pada hari rabu tersebut... (Makanya, tiada cuti bagi kami hari rabu tu.)
Kelas sepatutnya bermula pada pukul 10. Saya dengan semangat wajanya pergi ke wad sejam lebih awal untuk clerk patient dan cari kes untuk dibincangkan dalam kelas. Alhamdulillah, saya dapat jumpa sorang pak cik yang bagi izin untuk kitorang check dia dan bincangkan pasal kes dia.
Tengah-tengah elok dok bersembang dengan pak cik tersebut, alkisahnya, datangla dua orang kawan saya yang jugak dalam kumpulan yang sama dengan muka yang tak dapat saya tafsirkan.
"Awalnya datang."
"Awal ke? Bukan kelas mula kejap lagi ke?"
Tak semena-menanya dua orang di depan saya tu tersengih-sengih.
'Dah kenapa mamat dua orang ni?' Pelik saya dengan reaksi diorang.
"Kelas batal la. Tadi Kai Xian ada post kat fb."
"Ha? Apa??" Saya dengan refleksnya ternganga luas.
Maka, lagilah deme tersengih-sengih.
Saya terdiam sekejap. Yang dua orang tadi dah mula pergi mencari patient. Tetiba terlintas kat kepala.
"Apa kata kita pi bilik prosedur? Pi tolong apa-apa yang patut?" Cadangan dimuntahkan.
"Hmm.. Ok la, jom la."
Dalam perjalanan ke bahagian emergency, terserempak pulak dengan sorang lagi kawan kitorang yang jugak tak tau kelas kitorang cancel. Makanya, kami berempat pun menapak pi emergency department.
Sesampainya di bilik prosedur, sorang medical assistant (MA) tengah memasukkan catheter dalam pundi kencing ( urinary bladder) sorang patient ni.
'Oh, macam ni rupanya masukkan catheter.'
Kami berempat berdiri je kat sebelah sebab tak tau nak buat apa. Tapi, prosedur tu sekejap je, dalam masa beberapa minit. Lepas tu, disebabkan takde prosedur yang lain, maka langkah diatur ke tempat amik darah.
Tok! Tok!
Masuk-masuk je bilik tu, nampak ada sorang MA tengah amik darah sorang pak cik ni. Ada sorang lagi tengah amik darah sorang baby comel. Menangis-nangis baby tu, sakit agaknya.
"Assalamualaikum, kami ni medical student. Boleh tak kitorang tolong apa-apa yang patut?"
Salah sorang MA menjawab, " Ok. Boleh je. Dah biasa dah medical student datang sini. Nak amik darah ke?"
" Kalau boleh, kitorang nak try amik darah."
"Boleh, tapi tunggu patient tinggal sikit. Takut lambat nanti prosedur. Saya kena observe kalau korang nak amik darah. Sementara tu, tolonglah apa yang patut."
Fuh.. Memang ramai patient yang datang untuk amik darah. Tak kira yang muda atau tua. Rasanya babies yang umur 5 ke 10 hari pun ramai. Rasanya ada jugakla mencecah 10-12 orang dalam masa 3 jam.
Macam-macam ragam boleh saya lihat. Ada yang menangis-nangis sebab takut kena cucuk, ada yang tunduk je, dan ada jugak yang dok tengok je MA tu masukkan jarum dalam vein dia.
Best sebenarnya observe orang-orang kat bilik prosedur ni. Baru kita nampak realiti dan praktikalnya. Macam mana nak cari vein, macam mana cara nak cucuk, macam mana ragam patient. Yang paling pentingnya, dapat pengalaman (walaupun akhirnya saya tak amik darah pun.)
Most of the time waktu saya kat situ, saya lebih banyak tengok dan tolong MA yang amik darah babies. Selalunya, mak dan ayah baby tersebut diminta tunggu kat luar sebab ramai yang tak sanggup tengok anak diorang yang masih merah dicucuk dengan jarum.
Lagi-lagilah bila anak tu mula menangis. Saya dapat melihat kerisauan terlukis di muka deme. Saya cuba meletakkan diri saya di kasut mereka. ( baca : put myself in their shoes). Hati ibu bapa mana yang tahan melihat bayi mereka melalak sebegitu rupa. Sungguhlah, kasih ibu bapa tu memang tak dapat dinilai. Kebanyakannya, bila disuruh tunggu di luar, diorang akan tunggu betul-betul di depan pintu. Nampak sangat kerisauan tu.
Ada pulak sorang baby ni, dah banyak kali cucuk pun, still tak dapat amik darah dia. Tangan dia yang comel lagi mulus tu dah nampak bengkak. Bukannya senang nak amik darah baby sebenarnya. Dengan tangan yang masih merah dan vein yang halus, kadang-kadang, jarum boleh ter'miss'. Baby pulak menangis-nangis ditambah pula ada yang meronta-ronta.
Akhirnya, doktor sendiri yang amik darah baby tersebut (yang banyak kali dicucuk tadi). Selalunya darah baby diamik dari kaki. Heel prick nama dia.
'Oh, macam tu rupanya.'
Selepas tu, datang lagi beberapa baby yang lain. Macam babies yang sebelum ni, diorang menangis dengan lantangnya. Saya dan sorang lagi kawan pun cuba untuk menenangkan baby tu dengan menepuk-nepuk sikit badan dia dan kadang-kadang berselawat. MA kat sebelah pun memulakan operasi.
Bismillah.
Sebelah tangan baby diikat sikit dengan glove di bahagian pergelangan tangannya. Vein mula dikesan. Alcohol swap disapu ke tangan baby. Jarum pun mula diambil dan... cuk!! Darah mula mengalir keluar. Botol kecil berpenutup oren dibuka dan diisi dengan darah. Tangan baby tersebut ditekan sikit untuk mengeluarkan darah. Maka, dengan itu, makin kuatlah tangisan baby tersebut.
Rasa kesian timbul dalam hati. Tapi, semua tu perlu untuk diagnosis penyakit. Jangan dek kerana kesian, kita tak buat perkara yang sepatutnya kita buat.
Banyak pilihan yang perlu ditimbang tara dalam bidang ni rupa-rupanya. Pilihan yang mungkin membawa perubahan dalam diri orang. Sama ada makin baik ataupun makin teruk. Tapi, apa-apapun natijahnya, tu sume terletak pada Allah. Kita hanya berusaha. Kuasa mengubat tu hanya pada Allah.
Terdetik dalam hati saya. 'Aku belum jadi doktor lagi. Medical student je pun. Patient pulak, bila aku lalu dengan berbaju labcoat dan stetoskop kat dalam kocek, mesti memandang dengan penuh harapan. Ada yang buat muka macam puss in the boots yang mengharap aku buat sesuatu.'
Banyak kali saya terfikir. 'Losernya aku ni. Macam tak dapat tolong apa-apa pun pada patient.'
Tapi bila dikorek-korek, digali-gali, sebenarnya ada je mende yang saya yang hanya sebagai medical student ni tolong. Contohnya, kalau diorang ada apa-apa yang diorang tak sure pasal penyakit diorang, boleh je kalau saya tolong explain. Macam orang yang ada diabetes. Kalau diabetes tu tak terkawal, mata dan buah pinggang boleh rosak. Yang lagi teruk, boleh dapat sakit jantung dan strok. Kebanyakkannya disebabkan gula yang tak dapat dihadam tu berkumpul dalam salur darah dan menyebabkan berlakunya blockage.
Sebab tulah, salah satu cara mengawal diabetes adalah dengan mengurangkan pengambilan gula dan makanan berkarbohidrat dalam diet kita.
Tu cuma salah satu contoh dia. Kita kena selalu tengok patient tu as a whole. Diorang pun ada kehidupan macam kita. Diorang pun ada keluarga, diorang pun ada yang ada anak, kakak, abang, adik yang lebih kurang baya-baya saya. Kalau tak dapat tolong rawat pun, kita boleh bersembang dengan diorang. Kadang-kadang, dengan medical student la tempat diorang mengadu, tempat diorang bersembang.
Pada awalnya, saya agak segan jugak untuk bersembang memandangkan diri saya ni memang sorang yang pemalu dan pendiam pada nature. Tapi, saya gagahkan jugak diri saya untuk memulakan perbualan. Lama-lama, jadi seronok pulak. Ada jugak beberapa kali, pak cik dan mak cik kat wad tu memberi nasihat yang berguna untuk saya. Ada juga yang berkata, "Mak cik doakan anak ni jadi doktor yang baik dan hebat. Belajar elok-elok ye."
Amin.. Moga doa tu akan termakbul dalam beberapa tahun akan datang.
Jadi, konklusinya, saya kena sentiasa positif dan sentiasa cari peluang untuk memperbaiki diri supaya dapat jadi seorang Muslim yang kompeten dalam urusannya, terutama dalam bidang yang saya ceburi ni. Saya teringat dengan kata-kata doktor pada doktor saya.
"May your knowledge be a blessing to your patients."
Apa-apapun, masih banyak yang saya kena tempuhi dalam perjalanan ni. May Allah bless.
Wallahua'lam.
P/s : rasa macam panjang berjela je. Maklum la lama tak menulis. Huhu.