Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Apa khabar iman? Harap-harapnya masih diutuhkan dan dikukuhkan dengan keizinan Allah hendaknya. Ya, iman manusia biasa seperti kita ada naik turunnya, oleh itu,, sentiasalah renew iman kita. Oh ya, topik kita pada hari ini adalah Ramadhan al-Mubarak.
Pejam celik, pejam celik ( Alhamdulillah boleh celik lagi), Ramadhan tiba. Teringat zaman kecik dolu-dolu, time masih berhingus lagi ( macamlah sekarang ni tak berhingus pulak). Selalu saya dengar orang cakap camni.
“Kalau tak puasa, tak boleh raya tau!”
“Kalau adik puasa penuh sebulan, nanti dapat duit raya banyak-banyak.”
Sampul duit raya yang sentiasa ditunggu-tunggu waktu budak-budak |
Happy betul dapat duit raya! |
Mesti anda semua pun selalu dengar kan kata-kata begitu dan juga kata-kata yang sama waktu dengannya kan? Dolu-dolu, ada jugak istilah puasa ‘yangyok’ ( tak tau la korang pernah dengar ke tak, tapi ni selalu digunakan oleh famili saya ) ataupun puasa olok-olok.
Bila teringat balik, rasanya macam terkilan sangat sebab dulu puasa sebab benda lain. Kata orang, puasa adat gitu. Bila ditanya kenapa puasa, dijawabnya sebab ni bulan Ramadhan, bukan sebab Allah. Tertarik saya pada istilah yang digunakan oleh Ustaz Syed Hisyam dalam program Al-Kuliyyah baru-baru, iaitu istilah bertuhankan Ramadhan. Katanya dalam program tersebut lagi,
“Kenapa berpuasa? Kebanyakan orang menjawab, kerana ini bulan Ramadhan. Kenapa bersedekah? Mereka menjawab lagi, kerana ini bulan Ramadhan. Kenapa baca Al-Quran? Kerana ini bulan Ramadhan.
Memang kita digalakkan memperbanyakkan amalan pada bulan Ramadhan tetapi ada sesetengah orang hanya melakukan amalan-amalan ini hanya pada bulan Ramadhan. Jikalau benarlah kita bertuhankan Allah, kita akan melakukan amalan ini pada bulan-bulan yang lain juga.”
Beliau juga ada mengatakan tentang kata-kata seorang sahabat yang meminjam kata-kata Saidina Abu Bakr lalu diolah dalam konteks Ramadhan.
“Kalau kamu menyembah Ramadhan, sesungguhnya Ramadhan itu akan berlalu. Tapi kalau kamu menyembah Allah, sesungguhnya Allah itu kekal abadi.”
Nah, kat sini kita boleh simpulkan bahawa kita tidak seharusnya hanya beramal pada bulan Ramadhan sahaja, bahkan bulan-bulan lain juga. Namun, Ramadhan adalah bulan di mana kita boleh top up amalan kita memandangkan ganjaran yang diberi oleh Allah pada bulan ini berganda-ganda.
Ramadhan dan Sains
Ok, jom kita tengok pula apa hasil kajian sains tentang puasa dan Ramadhan. Jangan terkejut ya, tuan puan ( macamlah orang yang baca ni dah kahwin kan.. hehe) puasa ini suatu bentuk rawatan yang pernah digunakan oleh Hippocrates, Socrates dan Pythagoras! Jom kita tengok sama-sama!
1. Menurunkan kadar glukos darah, tekanan darah khususnya tekanan darah sistolik dan lipid darah. Kesimpulan ini telah dibuat di Kongres Antarabangsa bertemakan Ramadhan dan Kesihatan yang diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996.
2. Dalam satu lagi kajian yang dilakukan ke atas 32 lelaki yang berpuasa Ramadan, peratus kolesterol secara keseluruhannya didapati menurun 7.9% dan lemak trigliserida (triglycerides) juga menurun sebanyak 30% (Rujukan: Annals of Nutrition and Metabolism, 41: 242-249, 1997)
3. Detoksifikasi iaitu menyahkan toksin yang terkumpul dalam badan kita selama 11 bulan. Puasa membolehkan sistem pencernaan kita berehat dan mengaktifkan mekanisme detoksifikasi yang membantu penghasilan hormon yang merangsang system imun kita. ( Sebab tulah bau mulut orang yang berpuasa ni ‘wangi’ je)
Wow! Banyak juga ya manfaatnya pada kesihatan kita ya. Sebenarnya ada banyak lagi kajian yang telah dilakukan dan hasilnya kita boleh simpulkan bahawa puasa itu bukan untuk menyeksa kita, tapi untuk menyihatkan kita.
Tapi ingat tau, puasa bukan setakat tak minum tak makan, tapi puasa 5 pancaindera sekali. Terutamanya buat diri saya sendiri yang selalu alpa. Selalu bagi nasihat kat orang, tapi kadang-kadang diri sendiri tak buat. Memanglah lemah iman ni rasanya.
Ya, memang saya akui, diri ini tidak sempurna dan masih dalam proses mencari. Ya, saya sangat mengharapkan Ramadhan kali ini menjadi lebih bermakna. Dan ya, saya berazam ingin memantapkan jati diri sendiri.
Tapi ingat tau, puasa bukan setakat tak minum tak makan, tapi puasa 5 pancaindera sekali. Terutamanya buat diri saya sendiri yang selalu alpa. Selalu bagi nasihat kat orang, tapi kadang-kadang diri sendiri tak buat. Memanglah lemah iman ni rasanya.
Ya, memang saya akui, diri ini tidak sempurna dan masih dalam proses mencari. Ya, saya sangat mengharapkan Ramadhan kali ini menjadi lebih bermakna. Dan ya, saya berazam ingin memantapkan jati diri sendiri.
Renung-renungkan dan selamat beramal!
0 ulasan:
Catat Ulasan