Rabu, 24 Oktober 2012

Bila tertautnya hati.


Usrah. 

Bulatan gembira.

Smart circle.

Halaqah.

Indahnya bila bertemu dan berpisah keranaNya.

Ya Allah, tautkanlah hati-hati kami.

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
 telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
bertemu untuk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,

hati-hati ini telah mengikat janji setia
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
akan jalan-Nya yang sebenar.
Penuhkan piala hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu
yang tak kunjung malap.

Lapangkan hati-hati ini dengan
limpahan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu.
Hidup suburkan hati-hati ini
dengan makrifat (pengetahuan sebenar) tentangMu.

(Jika Engkau mentakdirkan mati,
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.

Engkaulah sebaik-baik sandaran 
dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan kami.

Doa Rabitah.

Epik. Terasa syahdu. Best untuk dihayati.


teman-susah-senang. (^_^)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Comments

 
;