Bismillahirrahmirrahim.
Pada hari Isnin dua minggu yang lepas, saya berpeluang untuk masuk ke Operation theater (OT) waktu posting ke Jabatan Ortopedik (walaupun just berpeluang tengok minor surgery). Alhamdulillah.
Sebelum masuk ke OT, kami ditanya dengan satu soalan yang simple je. Tapi kebanyakan kami tak dapat memberikan jawapan yang memuaskan hati doktor.
Soalannya?
"How to prevent infection? I know you guys learned this in your lectures right?"
Ada salah seorang yang menjawab, "Use autoclave."
Doktor tu pun mengangguk-angguk. "Ok, explain more about that."
Dan dia pun menerangkan dengan panjang lebarnya. Bla.. bla.. bla.. Lepas tu, doktor pun tanya lagi.
"What else is there?"
Seorang lagi kawan saya menjawab, " Erm.. handwashing?"
Angguk lagi. Dan doktor pun buka soalan ni pada semua orang, "Why do we have to wash our hands? What is the importance of it?"
Macam-macam jawapan ada...
"To sterilise our hands."
"To disinfect our hands."
"To reduce the risk of infection to the patients."
"To reduce the amount of bacteria in our hands."
Bla.. bla.. bla.. dan macam-macam lagi jawapan yang diberi.
Tetiba, doktor tu pun menggeleng-geleng.
"You should get your facts right. The purpose of handwashing is to disinfect our hands, we cannot sterilise our hands. Sterilisation can only be done on instruments. Unless you guys want to be irradiated. But then again, you'll be the one who's going to be lying on the bed."
Ketawa meletus.
'Aah la. Betul jugak tu.' Kataku dalam hati.
"We should take precautions before touching the patients. The mortality rate are going much less now since the doctors practice prevention measures such as handwashing, autoclave, special OT settings, prophylactic antibiotics etc. We are here to save lives, not to endanger them."
"Anyway, you guys SHOULD KNOW this. We are not teaching you guys these things for nothing. After this, please go back and study."
Terdiam kitorang dibuatnya. Ingatkan lecture yang satu tu tak berapa penting. Hmm.. tapi kalau difikir-fikir balik, kalau tak penting, kenapa lecturer nak ajar kan?
Dan..
Bila difikir-fikir balik, direnung-renung balik, macam mana seekor mikroorganisma yang sekecik-kecik alam tu boleh mendatangkan bahaya pada kita, makhluk yang diciptakan sebaik-baik kejadian ni? Subhanallah. Mungkin inilah yang Allah katakan dalam kalam suci :
[Al Baqarah:117]
Memanglah ada penjelasan saintifik, pathogenesis macam mana sesuatu penyakit itu boleh terjadi akibat jangkitan bakteria. Tapi, sesuatu perkara itu takkan terjadi tanpa izin-Nya. Hmm.. kalau korang nak tau, kat badan kita ni memang ada bakteria yang hidup kat kulit kita, kat dalam mulut dan macam-macam lagi tempat. Tapi, kenapa ada masa kita sihat, ada masa kita sakit padahal takkan ada masa yang badan kita memang bersih 100% daripada mikroorganisma?
Jawapannya senang.
Sebab semuanya berlaku atas kehendak Allah.
Ada masanya Allah bagi sistem imuniti kita berfungsi dengan baik, boleh terus melawan bakteria jahat yang cuba untuk melemahkan sistem badan kita.
Ada masanya jugak Allah tarik sikit nikmat sistem immuniti kita.
Dan.. kita jatuh sakit.
Tapi, Allah tak biarkan kita macam tu je. Dia bagi kita pilihan untuk mencari inisiatif untuk berubat.
Ceftriaxone untuk septic arthritis dan bacterial meningitis.
Paracetamol dan aspirin untuk demam.
Chemotherapy, bleomycin dan methotrexate untuk kanser.
Bisacodyl dan senna untuk sembelit.
Probenecid dan sulfinpyrazine untuk gout.
Lepas beberapa ketika, Allah bagi balik nikmat kesihatan tu pada kita.
bergambar sebelum dr sampai |
Ada masanya kita terlalai dan ada masanya kita beringat. Semua tu adalah dalam pengetahuan-Nya. Kalau kita tak amik langkah berjaga-jaga, boleh jadi hati kita akan terinfeksi dengan jangkitan! Kalaulah jangkitan tu boleh dihilangkan dengan antibiotik yang sedia ada.
Al-An`aam:110
وَنُقَلِّبُ أَفْـِٔدَتَهُمْ وَأَبْصَٰرَهُمْ كَمَا لَمْ يُؤْمِنُوا۟ بِهِۦٓ أَوَّلَ مَرَّةٍۢ وَنَذَرُهُمْ فِى طُغْيَٰنِهِمْ يَعْمَهُونَ
Dan (begitu pula) Kami memalingkan hati dan penglihatan mereka seperti mereka belum pernah beriman kepadanya (Al Quraan) pada permulaannya, dan Kami biarkan mereka bergelimang dalam kesesatannya yang sangat.
Astaghfirullah.
Bila timbul satu bintik hitam dalam hati, dia boleh metastasize (spread) dengan mudahnya kalau kita tak ambil prophylaxis (pencegahan). Sebab itulah diri selalu terasa kosong. Selalu mengeluh. Selalu menjauh.
Di saat diri ni menulis, rasa banyak lagi titik hitam yang bersarang di hati. Betapa susahnya nak buang, betapa susahnya nak sucikan hati ni.
Diri ni terlalu tertarik pada kebendaan sampaikan terlupa pada matlamat yang satu. Kadang-kadang terasa diri ni bagaikan seorang hipokrit. Selalu berhujah itu dan ini, sering berbulatan gembira mengajak pada Yang Satu, tapi hati ni sendiri gagal menundukkan diri.
Ya Allah, kuatkanlah hati hamba-hambaMu ini Ya Allah.
Berikanlah kekuatan kepada kami untuk terus membaca dan menghayati ayat-ayat cintaMu serta mengamalkannya.
0 ulasan:
Catat Ulasan