Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
“ Di dalam tubuh manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggotanya. Tetapi jika buruk daging itu, maka buruklah seluruh anggotanya.”
Anda mesti tau apa itu catalyst ( pemangkin )? Jika dalam subjek kimia ataupun biologi, catalyst dikatakan dapat mempercepatkan dan meningkatkan efisiensi sesuatu tindak balas kimia ( chemical reaction ). Kalau dikaitkan dengan perkara di atas, bolehlah kita analogikan hati kita sebagai catalyst.
Jom ambil contoh mudah. Mesti anda pernah mendengar tentang enzim bukan? Enzim adalah sejenis protein dalam badan kita yang menjadi catalyst untuk mencernakan makanan. Dari konteks hati pula, hati kitalah yang akan menjadi catalyst kita dalam membentuk peribadi seorang muslim yang mukmin. Mahu tahu bagaimana hati kita boleh menjadi catalyst?
Pernah dengar tentang konsep lock and key? Dalam konsep ini, enzim bertindak sebagai lock dan substrate (makanan yang hendak diuraikan) bertindak sebagai key. Enzim mempunyai bentuk yang spesifik dan mempunyai 2 ‘site’, iaitu ‘active site’ dan ‘allosteric site’.
‘Active site’ pada hati kita adalah bahagian hati yang selalu ingin menerima dan mencerna substrate kebaikan, kebenaran dan diserap masuk menjadi darah daging lalu membentuk sebuah peribadi mukmin yang cemerlang. Nah, bila produk kebaikan telah dicerna, maka virus nafsu dan bacteria amarah dapat dikawal. Beginilah catalyst hati membantu membentuk keperibadian mulia.
Manakala ‘allosteric site’ pada hati kita boleh dianalogikan sebagai bahagian hati yang menerima inhibitor kegelapan dan kejahilan lalu menyebabkan ‘active site’ tadi berubah bentuk. Ini menyebabkan substrate kebaikan tidak dapat attach pada ‘active site’ lalu menyebabkan catalyst hati tidak berfungsi.
Ilustrasi bagaimana catalyst membantu untuk mencerna substrate |
Ilustrasi menunjukkan bagaimana inhibitor mengganggu proses pencernaan. |
Tetapi catalyst juga perlu diaktifkan. Enzim yang tidak aktif dipanggil apoenzyme. Apoenzyme ini memerlukan bahan bukan protein yang tertentu seperti coenzyme dan cofactor untuk diaktifkan. Samalah dengan catalyst hati kita yang perlu diaktifkan dengan cofactor taqwa dan coenzyme zikrullah agar catalyst hati kita mencerna substrate kebaikan dengan lebih efisien. Sekiranya tidak, catalyst hati kita akan menjadi apoenzyme sahaja dan ini boleh membantutkan system keperibadian kita.
Ilustrasi menunjukkan bagaimana cofactor mengaktifkan enzim |
Jadi, konklusinya, kita haruslah bersama-sama menyuburkan catalyst hati kita dengan cofactor taqwa dan coenzyme zikrullah agar dapat membentuk system keperibadian mulia dalam sebuah organisma mukmin.
Renung-renungkan, dan selamat beramal!
0 ulasan:
Catat Ulasan