Sabtu, 24 Disember 2011

Cadaver itu..

In the name of Allah, the Most Gracious and Most Merciful

wah, kecik2 lagi dah jadi doktor!

bagusnya adik ni kan..

Dah lama rasanya tak update blog. Apakan daya, masa tak mengizinkan. Busy memanjang. Eh, bunyinya cam orang penting pulak, busy memanjang. Hehe. 

Ok lah, post kali ni saya nak ceritakan pasal pengalaman pertama saya dissect cadaver.

Dissect? Cadaver?
Apa tu?
Nak tau? Jeng..jeng.. jeng...

Dissect = Bedah
Cadaver = Mayat

Hah? Apa? What?
I did what? 
Takkan baru first year dah mula dissect cadaver?
Mesti mulut korang dah ternganga, mata terbeliak. n mesti ada yg terjerit.


Hehe.. terlebih sudah. Hiperbola la saya ni.

Sebenarnya, tak semua orang dapat dissect cadaver ni. So, macam mana saya boleh dapat peluang ni? Maka alkisahnya... 

Satu hari, Prof Jun (lecturer anatomy) buat announcement kat lecture hall,

"Untuk bahagian lower limb (bahagian kaki), saya mencari beberapa volunteer untuk menjadi PAL. Sistem PAL ni sebenarnya adalah untuk melatih pelajar untuk mengajar dan belajar anatomy dengan lebih berkesan. Dan pelajar-pelajar ni juga berpeluang untuk dissect mayat."



Menarik, kan?

Belajar mengajar + dissect mayat + pengalaman = best!

Tapi, maybe satu je yang tak seronok.
Sepanjang kami (PAL) ada kat dalam dewan diseksi, kami kena pakai topi merah!
Malu jugak.

Apa yang kami kena buat?
Sebelum kami terangkan kat kawan-kawan tentang segala struktur tulang dan joint kat lower limb, kami diberi briefing oleh Dr. Sheikh. Huhu. Macam mana nak tentukan tulang tu bahagian kanan ke kiri. Mana satu bahagian anterior and mana satu bahgian posterior. Bla..bla..bla..

Lepas tu, barulah kami terangkan kat kawan-kawan. Fuh! Berpeluh jugak la nak ajar orang ni. Macam-macam diorang tanya.Kenapa macam ni, kenapa macam tu. Tapi saya jawab mana yang saya tahu je. Yang lain tu, tanya balik Prof Jun.

 Memang experience yang menarik.
Dan yang lagi menarik adalah dissection time.
Seriously, it's a NEW experience to me!

Keesokan harinya...
Perasaan bercampur-baur.
Takut. Excited. Berdebar-debar. 

Masuk je dalam bilik tu, bau formalin dah mencucuk hidung.
Mask dan glove disarung. Apron plastik dipakai.
Fuh, sebijik macam orang dalam cerita CSI.
Kami diberitahu bahawa cadaver tu dah pass away dan diawet selama 30 tahun!
Dan cadaver itu bukan dibeli oleh pihak UM, tapi didermakan untuk tujuan pembelajaran kami.

Now, I've a better perspective towards the cadaver. We should respect them for they have donored their bodies for us.

Ok, sambung balik cerita.

Waktu tu, kulit cadaver tu dah dibuka oleh student PAL hari semalamnya. Jadi, sekarang ni kami perlu memotong bahagian fascia. Mula-mula, scalpel dan forceps diambil. Dan, operation starts. Tengok Dr Bharti dan Dr Sheikh rileks je dissect.

Bila sampai kat kitorang, habis cadaver tu. Ada muscle yang terkoyak. Ada nerve and vein yang terputus. Tapi tak la sampai hancur. Biasa la tu. Kami budak baru belajar.

Waktu tu, banyak jugak structure yang kami kenalpasti :

1) Saphenous vein
2) Femoral artery
3) Femoral triangle : femoral sheath, femoral nerve, femoral artey and vein, femoral canal yang ada lymph node
4) Sartorius muscle
5) Quadratus
6) Gracilis

Oh ya, lupa nak mention. Ada jugak sorang senior 2nd year yang join kitorang time tu. Sape? Kak Aishah namanya. Dia banyak jugak ajar kami pasal structure yang ada kat lower limb.

Dan yang paling tak boleh lupa, masa nak tarik fascia tu. Memang kena tarik kuat-kuat sebab fascia tu sangat kuat. Muka masing-masing sume risau. Takut muscle terkoyak sekali.  

Well, dan kelakarnya, yang koyakkan muscle tu saya! hehe.. Ishk..ishk.. ganas betul..Kesian kat cadaver tu... But that's ok, we learn from mistakes, right?

Rasanya lagi senang dan efektif belajar macam ni. 

Yeah, it's a nice experience.
Balik je daripada dissection tu, rasa lagi seronoknya tu..

Hope dapat lagi pengalaman macam ni.
Hmm... tu je untuk kali ni..
Assalamualaikum.. (^_^)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Comments

 
;