Sabtu, 10 Disember 2011

Ini kisahku....

Nak dengar satu citer?

Oppss... sori, nak baca satu citer?

Citer ape?
Cer citer... cer citer...

Tanggal 6 November 1998, lahirlah sepasang kembar di Hospital Banting, Selangor. Habis keringat si ibu untuk melahirkan anaknya. Tapi....

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un...

Salah sorang dari kembar itu telah meninggal dunia dek kerana lemas dalam rahim. Manakala yang sorang lagi terpaksa dimasukkan ke dalam incubator selama beberapa hari...

Check punye check, doktor mengesahkan bahawa terdapat komplikasi yang terjadi pada baby tu.
Apa yang terjadi sebenarnya? Rupa-rupanya kedua-duanya mengalami hypoxia (kekurangan oksigen).

Akibatnya, sorang meninggal dunia manakala sorang lagi disahkan menghidap Cerebral Palsy. Sedih, kan? Tapi, family diorang terima dengan redha.

So, the question is, who are these twins? Why do I mention them? Sebelum tu, tengok gambar kat bawah ni.

Nampak familiar?




Actually, these twins are my younger sisters. Yang dah meninggal dunia tu dah selamat dikebumikan kat Tanah Perkuburan Masjid Sungai Manggis, Selangaor..

Anyway, budak perempuan dalam gambar ni namanya Hanisah dan sekarang umurnya dah mencecah 13 tahun. Berat baru mencecah 18 kg. Sekarang kerap berjumpa pakar fisioterapi, lebih kurang sekali seminggu. 

Antara simptom yang ada pada adik saya :
1) Penglihatan kabur
2)Scoliosis ( tulang belakang membengkok)
3)Tak boleh bercakap
4)Limb semakin keras
5)Tak boleh berjalan dan berdiri

Dan, yang paling penting, 'keistimewaan' ini permanent... tak boleh disembuhkan dengan ubat dan pembedahan...

Hmm... mesti timbul tanda soal yang besar...

? ? ? ?

Kenapa saya mention pasal diorang? 
Adekah saya nak meraih simpati orang? 
Adekah saya nak tarik perhatian orang?

Hmm.. jawapannya bukan..
Sebenarnya saya nak bukak mata orang kat luar sana untuk....

1) Cuba faham situasi golongan istimewa ini
2) Cuba faham situasi ahli keluarga dan sahabat golongan ni
3) Menerima mereka seadanya
4) Sedar bahawa mereka ada kelebihan di sebalik kekurangan


Kawan-kawan...
ini kisah saya dan family saya..

Waktu adik saya dilahirkan, saya baru je berumur 6 tahun. Saya tak faham lagi dengan keadaan adik-adik saya. Waktu tu, lepas balik dari hospital, mak cik saya bawak balik adik saya (yang dah meninggal) ke rumah.

And then, ramai orang datang ke rumah.Waktu saya tengok baby tu, warna dia dah jadi biru! Lepas tu,baby tu dibalut (dikapan) dan diletakkan kat tengah-tengah ruang tamu. Kenapa dia tak nangis? Saya pun pelik. 'Tido' aje keje dia.

Hanisah pulak diletakkan dalam satu kotak (incubator) kat hospital. Lama dia dok kat dalam tu. Lepas tu ade banyak pulak wayar bersambung kat badan dia.

Memang saya tak tau apa-apa waktu tu.

Bila saya dah makin membesar, barulah saya tau, adik saya adalah orang yang 'istimewa'. Ya, saya tau dan saya hidup dengan fakta tu.In fact, kitorang sume terima keadaan Nisah seadanya.  Family saya, especially mak dan abah memang bagi banyak attention pada adik saya. Memang tabik spring kat mak n abah.

Antara pandangan orang yang dapat saya rasakan ketika berjalan dengan adik saya :
1) Pandangan simpati 
2) Pandangan pelik
3) Pandangan jelik

Dan saya dah lali dengan pandangan tu sume. Kadang-kadang, terlintas di fikiran saya,

" Nape sume orang tengok Nisah macam dia tu alien sedangkan dia pun manusia biasa? Dia tak mintak untuk dilahirkan macam tu."

Hmm... biarlah apa orang lain nak pikir... yang penting, Hanisah tetap family member kitorang... 

Family means nobody gets left behind.(credit to a friend)

Kalau dia takde, tak dapat kitorang nak bayangkan hidup kitorang camne...
Sebab dialah pengarang jantung and hati sume orang..

Bila tengah serabut, hilang rasa serabut bila tengok muka dia...
Bila tengok dia ketawa n happy, kitorang pun happy sekali...
Bila dia tak nak makan, kitorang pun jadi risau sangat...
Bila dia kena sawan, kitorang cepat-cepat peluk dia....

Hmm... tetibe pulak saya touching kali ni...
Maybe sebab baru balik....

Apapun, this is a take home message:

Janganlah kita memandang rendah kepada golongan istimewa ni sebab mereka ni adalah manusia biasa seperti kita juga. Bahkan, mereka lagi hebat sebab mereka tabah dan sabar menempuh dugaan yang diterima.

Setakat ni je... Assalamualaikum....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Comments

 
;