Ahad, 21 Oktober 2012

Beratnya 'bahu' ni.


Credit
Tanggungjawab.

Taklifan.

Amanah.


Semuanya memerlukan komitmen. Semuanya menuntut perhatian. Dan semakin meningkat umur seseorang itu, semakin meningkatlah tanggungjawab yang dipikul. 

Seorang adik mungkin boleh menjadi seorang abang/kakak bila ibunya melahirkan seorang lagi anak.

Seorang kawan bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan kawannya.

Seorang mahasiswa perlu  dengan pelajarannya.

Seorang ayah perlu menjaga ahli  keluarganya.

Seorang doktor bertanggungjawab merawat para pesakit.

Sungguh. Hidup ini tak lari dari tanggungjawab dan taklifan. Siyes. Tak tipu. Kalau tak percaya, sila buat cohort study, case study ataupun cross-sectional study. Ataupun lagi best, experimental test. InsyaAllah dapat data yang sejibik macam yang dinyatakan tadi.

Dan, dalam menjalankan taklifan tersebut, maka banyaklah rintangan yang datang melanda. Ribut,pasir jerlus, banjir, kena baham dek pemangsa rakus, kena tembak dek peluru berpandu dan bermacam-macam lagi.

Biasa la tu. Lumrah kehidupan.

Itulah yang saya sendiri alami selama saya hidup 20 tahun di atas muka bumi ni. Tapi, tak perlulah saya membuka cerita yang panjang berjela tentang hal ni.

Bagi yang bergelar pelajar ataupun mahasiswa macam saya ni, ingatlah, kita ada tanggungjawab yang besar. Baik dari segi tarbiyah, akademik, dakwah, menjaga silaturrahim, pengislahan diri dan yang sama waktu dengannya.

Di sini, saya nak berkongsi cerita sepanjang saya memegang title seorang siswi MBBS.

Credit
Terus-terang saya katakan, jadual kelas saya agak padat (walaupun tak sepadat dental student). Kelas bermula seawal 8 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 atau 5.00 petang, bergantung pada hari tersebut. Waktu petang selalunya diisi dengan meeting persatuan ataupun usrah sampailah pukul 7.00 malam (kebiasaannya.).

Waktu malam pulak diisi sama ada dengan meeting projek @ persatuan ataupun study group. Belum dikira lagi gerak kerja projek dan assignment yang perlu dibuat plus revision sendiri. Masa tidur memanglah sangat minimum. Fuhh... kadang-kadang, 24 jam yang diberi tu macam tak cukup.

Kadang-kadang, sampai tak sempat nak study dan akhirnya tersengguk-sengguk dalam dewan kuliah dek kurangnya tidur. Memang sangat-sangat merugikan. Saya selalu terfikir, 'Patut ke aku terus-terusan macam ni? Tak boleh macam ni, aku kena buat something!'

Jadi, solusinya?

Credit
Firstly, betulkan niat. Sentiasa perbaharui niat. Review balik sebab kita buat sesuatu tu. Mesti ada sebab yang kukuh kenapa kita buat benda tu. Contohnya, belajar Pathology. Untuk apa belajar Pathology? Tau tak Pathology tu amat penting untuk buat diagnosis nanti? Kalau salah diagnosis macam mana? Patient jugak yang jadi makin kronik. Bukan ke tu tanggungjawab seorang doktor?

Bukankah Allah dah beri peluang pada kita, beri kepercayaan pada kita untuk pegang tanggungjawab tu? Kalau tak, Allah takkan letakkan kita kat bidang-bidang tertentu. Allah lebih tahu tentang keupayaan dan kemampuan kita. 

Prioritise. Utamakan yang utama. Kadang-kadang, dalam satu masa tu, banyak sangat benda yang kita nak buat.  Yang ni tak siap, yang tu panggil meeting, yang situ ajak keluar. Cuba timbang tara baik buruknya kalau kita buat sesuatu tu.

Contohnya, pada satu malam tu, kita ada 3 hal yang berbeza. Satu, study untuk test 2 hari lagi. Dua, gerak kerja untuk projek yang akan berlangsung seminggu je lagi dan korang adalah ketua biro protokol yang akan menentukan flow majlis. Tiga, family datang dari jauh dan ajak korang keluar makan.

Macam mana nak buat tu? 

Ok, kita lihat dari sudut kebaikan dan keburukan dari jangka masa pendek dan panjang. Yang saya nampak kat sini, study untuk test tu adalah most important and urgent. Projek tu important dan urgent jugak tapi kureng sikit dari test tu. Family pulak important tapi tak urgent. 

So, konklusinya kat sini, untuk tak mengecewakan family yang datang dari jauh, boleh keluar dengan diorang tapi dalam masa terhad, contohnya, sejam. Bincang dengan deme elok-elok dan fahamkan deme yang korang ada test dan korang kena study. InsyaAllah deme faham dan deme akan support kome. Pasal projek tu, mungkin boleh pass pada ahli-ahli yang tiada apa-apa komitmen pada malam tu.

Hmm.. ini pendapat saya. Kalau ada solusi yang lebih bagus, bolehlah guna solusi yang lain. Ok?

Cari kebaikan dalam setiap benda yang dibuat dan sentiasa positif. Kalau rasa terbeban, kalau rasa sangat-sangat penat, berhenti sekejap. Gali balik dalam-dalam. Minta pada Allah kekuatan dan rasa cinta dalam setiap pekerjaan yang kita buat. InsyaAllah, Dia akan bantu. Percayalah, kita tak keseorangan.

Perhubungan dan pergantungan pada Allah.
Inilah yang paling penting dan sangat-sangat perlu diberikan perhatian. Sebab Allahlah yang memberikan kita taklifan tu. Dialah yang paling faham dan paling ambil berat pasal kita. Ada sebabnya kita diletakkan di sini. Ada sebabnya kita diciptakan. Kasih sayang yang dicurahkan melimpah-limpah sampaikan kita tak ambil kisah pun pasal sekecil-kecil nikmat yang diberikan.

Dan kita kena ingat, segala urusan akan dikembalikan pada Allah. Itulah matlamat akhir kita.

Kata-kata terakhir :
Jom review balik diri kita. Muhasabah diri dan cuba perbaiki diri sendiri sebelum cuba memperbaiki diri orang lain. Sama-samalah kita berusaha menjadikan masyarakat ni menjadi lebih baik. Wallahua'lam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Comments

 
;