Rabu, 30 November 2011

Gemok?? Obes??

Baru je balik dari PSS ( Problem-Solving Session) Biochemistry..
Hmm...
PSS tu ape?
Well, PSS tu lebih kurang macam kelas tutorial la... just jawab soalan yang berkaitan dengan lecture content n ada la sikit clinical case.

Ok lah...
Tadi saya belajar tentang lipid metabolism.
Lipid tu adalah lemak dalam bahasa mudahnya.
Metabolisme tu maksudnya beberapa tindakbalas kimia yang berlaku dalam badan kita untuk meneruskan hidup.

Cuba tengok equation ni..

Banyak lemak = Obesiti = Bahaya = Bawa penyakit

Ok, dalam keadaan rehat, kita akan menggunakan glukosa sebagai sumber utama tenaga kita.
Glukosa tu datangnya daripada karbohidrat ( nasi, roti, bijirin dll).

Kalau kome nak tau, bila kita berpuasa @ kebulur @ bersenam, kandungan glukosa kita akan berkurang.

Kenapa?
1) Badan kita gunakan glukosa untuk hasilkan tenaga.
2) Kita tak top up sumber glukosa kita (tak makan)

Jadi, untuk dapatkan tenaga, kita akan gunakan lemak yang tersimpan (triacylglycerol) dalam badan kita.
Proses ni dipanggil gluconeogenesis.

Bila ini berlaku, takdelah banyak sangat lemak yang terkumpul dalam badan. Takde simpanan lemak yang berlebihan dalam badan. Lemak tu penting sebenarnya. Untuk sumber tenaga selain daripada glucose. Tapi kalau berlebihan, akan bawa padah cam obesiti.

Orang yang obes berisiko tinggi mendapat darah tinggi, diabetes (ketoacidosis) dan sakit jantung tau!


Ok, kalau tak paham diagram kat atas, takpe..
Mende yang penting kat diagram atas adalah acetyl-CoA.
Cuba tengok...
Acetyl-CoA tu boleh disintesis (dibuat) daripada glucose dan fatty acid, glycerol kan..
And then, acetyl-CoA akan masuk ke Citric Acid cycle n electron transport chain (oxidative phosphorylation)... kat 2 step nilah kita akan menghasilkan tenaga dalam bentuk ATP.

Actually, dalam glycolysis pun akan menghasilkan energy, tapi glycolysis hanya untuk glucose aje. 

Camne pulak kalau kita terlebih makan?
Kenapa kalau terlebih makan, jadi makin gemuk?



Tak paham??
Takpe...
Actually, diagram kat atas just nak bagitau, lemak yang berlebihan (dari makanan) akan disimpan di tisu otot dan tisu lemak. Anda sume tau kan ape jadi kalau banyak sangat lemak kan?

Tapi, kalau terlalu banyak glucose (sebab makan banyak sangat), glucose tu akan ditukar ke acetyl-CoA tadi n akan ditukar menjadi lemak jugak. Sebab tu la, kalau makan banyak, kita jadi makin gemuk dan akhirnya obes.

Lepas tu, mula la macam-macam penyakit datang.

Betul tak?

Sekarang, cuba relate pulak dengan ad-deen kita.
Bukan ke kita diwajibkan untuk berpuasa pada bulan Ramadhan?
Bukan ke kita juga disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu?
Bukan ke kita juga digalakkan untuk bersederhana dalam pemakanan kita?

MasyaAllah...
Patutlah waktu zaman Rasulullah dulu, para sahabat sihat-sihat belaka.
Siap boleh pi berperang lagi time Ramadhan.
Tengok..
indahnya syariat Allah ni..
Betul tak?



Setakat tu je untuk kali ni.
Renung-renungkan dan selamat beramal. (^_^)




0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Comments

 
;