Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warhmatullahi wabarakatuh
Sebenarnya saya takde idea nak tulis apa untuk kali ni. Jadi, saya just nak recap balik apa yang dah terjadi minggu ni.( skema betul ayat ni kan!)
Oklah,sebenarnya minggu ni saya taklah sebusy minggu-minggu sebelumnya. Sempatlah jugak petang-petang tu saya keluar dari kolej (bukan pi mid valley ya!). Percaya @ tak, saya yang kaki bangku ni masuk pertandingan bola tampar. Jadi wakil orang2 medic um pi lawan dengan orang-orang medic uitm.
Saya sendiri pun pelik dengan diri sendiri. Maybe nak hilangkan stress?? Hm... takde komen.
Oklah, bukan itu yang saya nak coretkan sebenarnya. Sebenarnya saya nak cerita pasal PSIPUM. Hmm.. PSIPUM tu apa?
PSIPUM tu nama panjangnya Persatuan Siswa/i Islam Perubatan UM. Kiranya PSIPUM ni sebenarnya satu persatuan kat UM di mana semua ahlinya adalah siswa siswi perubatan yang beragama Islam. Best tau ada persatuan camni kat sini!
Macam-macam aktiviti yang dianjurkan under PSIPUM ni. Antaranya program usrah, seminar (maybe) n rehlah. Ha, baru je hari Rabu minggu lepas, kitorang join rehlah bersama PSIPUM kat Padang Varsiti (depan kolej je).
Sepatutnya kitorang main banyak game, macam funny debate, baling selipar n kayak. Tapi disebabkan kekangan masa, kitorang cuma sempat buat funny debate je. Kenapa tak sempat? Sebabnya, ada sahabat2 yang baru balik dari dewan diseksi, tempat kitorang belajar anatomy ( ada tulang segala bagai n cadaver).
So, kitorang pun mula lambat. Tapi takpe, yang penting, dapat merapatkan ukhuwwah antara sahabat-sahabat dan jugak antara senior n junior. Kan Allah suka kita saling berkenal-kenalan dan menghubungkan silaturrahim?
Apa-apa pun, janganlah kita sombong dan jadi kera sumbang. Nanti kita jugak yang merana sorang-sorang. Ok, kat sini saya ada sisipkan gambar waktu rehlah tu...
Panasnya gelanggang debat ni! |
Gaya apa tu? |
Eh, bincang apa tu? |
Nka buat apa ni? |
Payung vs baju hujan?? |
Mana lagi bagus : pen @ pensel?? |
Tersengih-sengih nampak! |
buat apa tu kak? |
khusyuknya kawan-kawan kita ni! |
we are the future doctors!! |
kitorang kat sini la... |
Tu je untuk kali ni... insyaAllah kalo panjang umur, saya update lagi..
Assalamualaikum.. (^_^)
0 ulasan:
Catat Ulasan