Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Ego.
Bangga diri.
Takbur.
Semua benda ni ada dalam diri semua manusia biasa. Tak percaya? Pernah tak terlintas dalam hati:
'Hebatnya aku ni. Semua benda boleh buat.'
'Orang tu tak boleh lawan aku. Dia kan lembik.'
'Banyak amalan aku dah buat ni. Confirm masuk syurgalah!'
'Aku buat kerja ni sorang-sorang pun takpe. Nak harap orang lain, nanti lingkup kerja aku.'
'Dia tu siapa nak nasihat aku. Aku punya ilmu lagi banyaklah dari dia.'
Ha, pernah tak terlintas dalam hati sahabat-sahabat sume? Mesti pernah kan. Macam mana saya tahu? Biarlah rahsia.. hehe.. Ok, balik pada topik kita hari ni.
Manusia tak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Kita kena akui itu. Tapi kita mestilah belajar dari kesilapan itu supaya ia tak berulang lagi. Dalam konteks ni, kita kena akui bahawa kita bukanlah sempurna. Hanya Allah sahaja yang bersifat begitu.
Siapa kita untuk menilai diri kita sendiri? Kalau kita sendiri yang buat penilaian, mesti kita akan menilai yang baik-baik sahaja pada diri kita. Pada pandangan kita, orang lain sume salah, kita je yang betul. Kita lebih banyak condemn orang lain daripada condemn diri sendiri.
Benda ni tak patut berlaku. Tanya balik pada diri sendiri. Adakah kita ini terlalu sempurna untuk menilai orang lain? Muhasabah diri kita balik. Takkan takde sedikit pun kelemahan? Kita lengkap serba serbikah? Oh, ataupun kita terlalu ego untuk mengakui kelemahan kita.
Ego.Perkataan tu yang timbul apabila kita tak nak mengakui kelemahan kita. Kita fikir diri kita hebat sangat sampai kita tak ambil endah dengan pandangan orang lain.
Cuba ambil contoh:
Katakanlah anda baru sahaja masuk universiti. Daripada banyak-banyak kawan-kawan anda kat kampung @ sekolah dulu, anda sorang je yang dapat masuk satu universiti terkemuka ni. Adakah anda berasa selesa dan bangga bahawa anda dapat diterima masuk?
Mesti ada perasaan tu kan. Perasaan bangga tu tak salah tapi apabila berlebihan hingga merendahkan orang lain, tu yang salah. Ok, sambung balik cerita.
Mungkin keputusan anda yang cemerlang membolehkan anda memasuki universiti tersebut.Mungkin sebelum ni anda adalah antara pelajar terbaik di sekolah. Mungkin juga sebelum ni anda adalah pelajar kesayangan cikgu. Mungkin juga sebelum ni anda pelajar yang aktif. Jadi, anda mula fikir anda hebat kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain.
Tapi, anda lupa pada 1 perkara. Orang lain yang masuk ke universiti itu juga adalah antara pelajar-pelajar terbaik dari seluruh pelusuk negara. Anda perlu bersaing dengan mereka. You're not the only one with straight A's and you're not the only one who's intelligent.
Dan yang paling penting sekali, Allah itulah yang Maha Besar. Dialah yang paling hebat, bertrillion kali gandanya daripada daripada kita.
Sahabat-sahabat,
Muhasabah diri kita balik. Perbaiki diri dulu sebelum perbaiki orang lain. Bak kata saya, x-ray dirimu!
Renung-renungkan dan selamat beramal!
Renung-renungkan dan selamat beramal!
0 ulasan:
Catat Ulasan