Dia
menjenguk ke luar tingkap. Kepalanya mendongak sedikit melihat bintang-bintang
bertaburan di dada langit.
Southern
cross.
Subhanallah!
Cantiknya…
Angin
sepoi-sepoi bahasa membelai muka. Selendang di kepala dibetulkan kedudukannya.
Ya Allah, rindunya pada family!!
“Hunny
bunny? Buat apa kat tepi tingkap tu?”
Tersentak
Hani dibuatnya. Lantas memusingkan badannya menghadap suami tercinta.
“Takde pape
la. Teringat kat ayah dengan ibu kat kampung. Rindu rasanya.”
“Ye ke?
Bukannya teringat kat pakwe lama?”
Hani
tertawa. Manalah dia pernah ada pakwe. Macamlah suaminya tak tau. Betapa dia
menjaga dirinya sebelum bertemu Zahin. Saja je la tu.
“You’re the
first and the last for me, inshaAllah. Until jannah.”
Zahin
tersenyum ceria. Bukannya dia tak tau, tapi saja mengusik sang isteri. Zahin
menapak mendekati isterinya dan menariknya ke luar bilik.
“Dahlah tu.
Jom!”
Jom ke
mana? Hani menunjukkan muka blur sambil tergaru-garu kepala yang jelas tak
gatal.
“Jom ke
mana? Balik kampong?”
Terangkat
kening Zahin. Takkan dah lupa kot? Amnesia much? Ishk.. ishk.. ishk.. Macam
mana la hunny bunny aku ni boleh lupa?
“Hmm..
Bukan kita dah janji nak pi Bait Mahabbah ke? Lupa ke?”
“Ohhh… baru
ingat. Sori, terlupa,” Balas Hani sambil menayangkan muka comel ala-ala Puss in
the Boots. Hehe.
Zahin
menggelengkan kepala saja melihat keletah isterinya tu. Sejak akhir-akhir ni,
banyak betul benda yang dia lupa. Tak patut betul.
Akhirnya, kedua-duanya
memandang sesama sendiri sebelum tersenyum.
(^_^) (^_^) (^_^) (^_^)
“Assalamualaikum
sume! Sori sangat lambat. Hunny bunny sorang ni lambat sangat siap.”
Merah pipi
Hani dibuatnya, dah macam udang dibakar. Terus dia melajukan langkah ke dapur. Tak boleh berlama di situ, nanti makin ramai yang menyakat. Di dapur, Hani tercari-cari bayang Amirah, sahabat rapat dan juga naqibahnya yang sweet lagi terchenta.
"Wah, Hani. Awat dah sampai tak habaq? Terkejut cheq."
Hani tersentak. La, baru nak buat surprise, alih-alih dia yang terkejut. Lantas, sahabatnya yang amat dirinduiya itu dipeluk seerat mungkin.
"Amirah! Lamanya tak jumpa hang! Cheq rindu la."
"Tau pun rindu. Hang tu la, sibok dengan laki hang ja, dah lupa kat cheq."
"Hehe. Biasalah, pengantin baru kan."
"Amboi, bukan main lagi."
"Eh, diorang dah nak mula tu. Jom kita ke depan."
Dengan terkocoh-kocoh mereka menuju ke ruang tamu.
(^_^) (^_^) (^_^) (^_^)
Hani tertunduk merenung lantai. Matanya sedikit berair. Tertusuk hati, menikam jiwa.
"Kadang-kadang kita terlupa tujuan hidup kita di dunia. Kita alpa. Terleka. Terlampau memikirkan tentang AKU, AKU, dan AKU. Tapi terlupa pasal KAMI, DIA dan KITA. Kita selalu rasa, masa muda ni masa untuk enjoy. So, kita enjoy la puas-puas."
"Ya, memang kita tak mencuri. Memang kita tak minum arak. Memang kita tak berzina. Dan ya, kita solat 5 waktu, kita puasa dan kita jugak bersedekah. Tapi cukupkah setakat tu? Pernah tak kita nilai semula akhlak kita? Pernah tak kita nilai semula solat kita? Adakah solat yang kita lakukan tu cukup efektif untuk kita jauhkan diri dari benda yang sia-sia? Ataupun kita cuma solat pada fizikal je, hati tidak pernah masuk ke dalam solat, fikiran terawang-awang mengingatkan assignment, "
Zahin berhenti sebentar. Melihat satu persatu wajah sahabat tercinta.
"Kadang-kadang, kita rasa diri kita ni dah cukup baik. Selalu rasa kitalah orang-orang beriman yang selalu disebut-sebut dalam Al-Quran. Dah berpuas hati dengan apa yang kita buat. Tapi, hakikatnya, kita belum capai lagi tahap tu. Kita masih dalam zon selesa. Selesa dengan apa yang kita ada. Selesa dengan keadaan kita yang macam ni. Tapi, bila datang ujian Allah, macam mana pegangan kita? Firman Allah s.w.t :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
Al-Ankabut 29 : 2-3
"Sahabat-sahabatku,
Berapa ramai antara kita yang tinggalkan facebook bila dengar azan? Berapa ramai antara kita yang sanggup tolong pak cik kat tepi jalan yang terkandas sebab kereta dia rosak? Berapa ramai antara kita yang sanggup terima teguran dengan positif walau datangnya dari seorang budak kecik? Berapa ramai antara kita yang sanggup mengaku kesalahannya di khalayak ramai? Berapa ramai yang sanggup ajak kawan dia buat baik?"
Hani tersedu-sedu. Ya, dia masih bertatih lagi. Dalam sendu, dia mengakui kebenaran kata-kata suaminya.
" Bukan tu je, kadang-kadang hati kecil kita terdetik perasaan yang kita lebih hebat dari orang lain. Contohnya, bila jumpa dengan mak cik cleaner. Kebanyakan kita buat tak peduli je dengan mak cik tu. Padahal, mak cik tulah yang bersusah payah membersihkan kawasan tempat kerja kita. Boleh jadi amalan mak cik tu lebih mulia daripada kita yang asyik dok rawat patient ni. Dan boleh jadi mak cik tu lebih ikhlas berbanding kita ni.
Pernah tak terdetik untuk berterima kasih pada mak cik tu yang secara indirectly tolong kita jaga kesihatan kita dan patient kita. Yela, bila kawasan persekitaran kita bersih, kita akan terhindar dari jangkitan kuman dan bakteria kan?"
Zupp! Tersentak seketika.
' Astaghfirullah.. Aku pernah maki-maki mak cik Saedah sebab stres sangat hari tu. Padahal aku bukannya tak tau yang mak cik Saedah tak salah apa-apa pun.' Hati kecil Amirah berbicara.
'Nampaknya, lepas ni aku kena minta maaf.' Sekali lagi hati kecilnya berbicara.
Amirah menoleh ke kiri. Terlihat bahu Hani terhinggut-hinggut menahan tangisan. Lembut sungguh hati Hani ni. Mudah tersentuh dan senang menerima nasihat. Sekarang, banyak perubahan yang dilihatnya pada sahabatnya itu sejak perkahwinan Hani dengan Zahin.
Alhamdulillah.
(>_<) (>_<) (>_<) (>_<)
"Hani, jomlah keluar weekend ni. Kitorang ingat nak jalan-jalan pi Jalan TAR. Boleh shopping baju baru ke, tudung baru ke. Nak ikut tak?"
Mendengarkan perkataan shopping, terus je Hani bangkit dari pembaringannya.
"Eh, shopping? Nak.. Nak.. Lama dah tak shopping. Provided kau yang bawak keta ye. Hehe." Kata Hani sambil menunjukkan tanda peace.
"Ye la. Yela. Tau la perangai kau tu. Malas nak bawak keta." Amirah mula menyakat.
"Excuse me. Bukan malas ye, tapi tak berani je. Hehe."
Amirah menjulingkan matanya, "Whatever..."
(>_<) (>_<) (>_<) (>_<)
"Huh... Penatnya. Ada nak ke mana-mana lagi ke ni?" Hani bertanya.
Tiga kawannya yang lain tersenyum-senyum.
'Eh, kenapa diorang tersengih macam kerang busuk ni? Macam ada udang di sebalik mee je.'
Baru je Hani mahu membuka mulut, Amirah bersuara. "Jom, kita lepak kat Taman Suria KLCC."
Berkerut dahi Hani. 'Sejak bila Amirah, si ustazah bertudung labuh ni suka melepak? Ish, musykil aku. Takpe la, ikut je la.'
Di Taman Suria KLCC...
"Jom kita makan! Sebelum tu, baca doa makan dulu. Yati, tolong bacakan."
"Okie dokie. Bismillehirrahmanirrahim. Allahumma bariklana fiima rozaktana wakina a'zabannar." Tersenyum Amirah dibuatnya. Amirah memang murah dengan senyuman.
'Yeah! Makan jangan tak makan. Perut pun dah lapar ni.' Hati kecil Hani berbicara.
Tetiba ada satu tangan yang menyuakan makanan padanya. Hani mengangkat mukanya, melihat siapa gerangannya yang baik hati nak suapkan dia ni. 'Oh, Sarah rupanya.'
Hani sedikit teragak-agak untuk membuka mulutnya. Segan barangkali. "Bukaklah mulut tu luas-luas. Sarah kan nak suapkan kau tu." Yati menegur Hani yang kelihatan kaget.
Bismillah. Aah... "Hmm.. Sedapnya! Nak lagi! Nak lagi!"
Aduhai.. Manjanya la anak Pak Cik Hassan ni. Hehe.
Sebenarnya Hani tersentuh dengan perbuatan Sarah tadi. Dah lama dia tak makan bersuap. Kalau tak silap, paling latest pun masa umur dia Darjah 1. Lama jugak tu. Dah berbelas tahun jugak la.
Dan.. Lepas tu, upacara suap-menyuap pun diteruskan. Kali ni, Hani pulak yang menyuap Sarah, Amirah dan Yati. Sweet kan deme ni?
Selesai makan, Amirah pun memulakan agenda seterusnya. Kali ni dia mengeluarkan Ipad mininya yang kiut miut tu. Sambil tersenyum, Amirah berkata, "Jom, kita tadabbur Al-quran."
Mendengarkan statement tu, dengan refleksnya mulut Hani ternganga. 'Hah? Nak baca Al-quran kat tengah-tengah taman ni? Biar betul?'
Melihatkan kawan-kawannya mengeluarkan Al-quran masing-masing, Hani teragak-agak mengeluarkan iPhone 5 dan membuka app iQuran. Mata dijalarkan ke sekeliling.
"Jangan la buat muka camtu. Takdenya pak guard nak halau kita. Hehe." Seperti mengerti maksud pandangan Hani, Sarah pun bersuara.
Tersipu-sipu Hani dibuatnya.
"Ok, sekarang sume tengok ayat 78 surah an-Nahl."
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur.
An-Nahl 16 : 78
Awan pun berarak tenang. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Terasa nyaman di bawah langit yang tercipta luas.
(^_^) (^_^) (^_^) (^_^)
Minggu berikutnya...
"Amirah, minggu ni ada lagi tak.. apa mende yang korang selalu buat tu.. hmm, apa ke namanya.. surah?"
Amirah tertawa kecil. "Usrah lah. Bukan surah. Hehe. Ada, inshaAllah. Nak ikut ke?"
Hani mengangguk. "Nak join. Best pulak aku ikut korang hari tu."
Alhamdulilah. Amirah tersenyum.
"Jom siap. Jap lagi kita pergi ye."
"Hah! Sekarang ke? Kali ni nak pi mana pulak?"
Sekali lagi, Amirah tersenyum. "Ikut je la. Tak surprise la nanti kalau aku bagitau. Hehe."
"Hmm.. Yela. Jap eh, aku nak iron baju sat. Jangan tinggalkan aku sudah."
(^_^) (=_=) (>_<) ($_$)
Hani memandang wajah polos kanak-kanak yang berada di hadapannya tu. Comel! Lantas, bungkusan makanan di tangan dihulurkan pada kanak-kanak tersebut. Diselitkan juga beberapa keping not RM50.
Terkejut kanak-kanak tersebut menerima 'hadiah' tersebut. Air matanya mengalir. Selama ni, semua orang menghina dia cacat, OKU, budak bisu dan macam-macam lagi. Tak sangka, ada lagi rupanya orang yang baik hati begini. Sangkanya, orang-orang macam ni dah pupus ditelan bumi.
Tersentuh hati Hani melihat air mata kanak-kanak tersebut. Dikesatnya air mata di pipi.
"Ambillah. Ni untuk adik. Nanti kongsi dengan adik-adik ye."
Kanak-kanak tersebut mengangguk-angguk banyak kali. Sebagai tanda terima kasih, dia memberikan sebuah harmonika lama miliknya pada Hani.
"Untuk akak ke?"
Adam mengangguk-angguk sambil tersenyum.
"Terima kasih."
Adam pun berlalu mendapatkan adik-adiknya yang menunggu di seberang jalan. Pandangan Hani turut mengikut arah pergerakan Adam.
Dari jauh, tingkah laku Hani diperhatikan seseorang. 'Cute!' Ujar Zahin dalam hati. Kelibat Amirah yang muncul tiba-tiba mengejutkan Zahin. Lantas langkah dicepatkan ke booth makanan.
"Hani, sini kejap. Ada banyak lagi makanan ni. Jom pi sana pulak." Suara Amirah menyapa.
"Okie dokie. Kejap."
Hari tu, Amirah mengajak Hani dan teman-teman usrahnya untuk membuat kerja sukarela, iaitu memberi makanan pada homeless people sekitar Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh pihak MERCY.
Sungguhlah Hani tak menyangka, rupa-rupanya ramai lagi yang menderita dalam kemiskinan sedangkan dia bersenang-lenang menghabiskan duit ibubapanya. Selama ni, Hani hanya memikirkan tentang kesenangan dirinya saja.
'Teruknya aku ni. Asyik pikir pasal diri sendiri je. Asyik rasa tak cukup je. Rupa-rupanya ujian untuk orang lain lagi besar. Tak boleh macam ni. Aku kena buat something ni.'
Mulai hari tu, Hani menanam azam untuk lebih menghargai apa yang dia ada dan juga berazam untuk menyumbang kepada masyarakat dalam apa jua bentuk. InshaAllah.
Hani menoleh ke arah rakan-rakannya. Terima kasih Allah sebab temukan aku dengan mereka.
(@_@) (+_+) (~_~) (T_T)
"Hunny bunny?"
Terkejut bukan main Hani bila dipanggil. Jauh sangat mengelamun tu.
"Abang ni. Terkejut kita tau."
"Tu la. Sapa suruh termenung. Abang panggil 2,3 kali pun tak dengar. Teringatkan nostalgia lama kita la tu."
Hani terdiam.
"Betulla tu. Abang tau, abang ni kan handsome lagi kacak. Tu yang sampai hunny bunny sorang ni angau sampai sekarang kan. Hehe."
"Hee.. perasan betul."
Ketawa Zahin meletus. Seronok betul kacau hunny bunny dia sorang ni. Hani pun turut mengukir senyuman.
Alhamdulillah, terima kasih Tuhan atas segala yang Engkau berikan. Arigatou!
TAMAT.
p/s : cerita ni hanyalah fiktif belaka. Kalau terdapat persamaan pada mana-mana cerita atau kisah, tu hanyalah secara kebetulan semata-mata. Peace.