Memaparkan catatan dengan label medic life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label medic life. Papar semua catatan
Khamis, 12 Disember 2013 0 ulasan

Cucuk situ sini...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, sekarang dah masuk minggu ketiga saya posting di department surgery. Memang sangat berbeza dengan posting yang sebelum ni, iaitu medicine posting. Kalau dulu kitorang akan ada kelas dengan doktor hampir setiap hari (tak termasuk hujung minggu ye!). Tapi sekarang, kelas kadang-kadang terpaksa dibatalkan sebab doktor kitorang yang jugak merupakan seorang pakar bedah kena attend to surgeries. 

Jadi, konklusinya, ada beberapa hari yang kitorang free tanpa sebarang kelas. Tapi, tak bermaksud kita tak perlu pergi ke wad untuk belajar something new. 

Meh saya ceritakan perkara yang berlaku semalam. Semalam, hari rabu, bersamaan dengan 11 Disember 2013 merupakan hari cuti am bagi negeri Selangor sebab semalam adalah hari keputeraan Sultan Selangor. Sama pulak dengan birthday adik saya. Huhu. Ok, saja nak buat iklan jap.

Tapi, disebabkan doktor kitorang tak dapat datang hari selasa, makanya, kelas kitorang ditetapkan akan berjalan seperti biasa pada hari rabu tersebut... (Makanya, tiada cuti bagi kami hari rabu tu.)

Kelas sepatutnya bermula pada pukul 10. Saya dengan semangat wajanya pergi ke wad sejam lebih awal untuk clerk patient dan cari kes untuk dibincangkan dalam kelas. Alhamdulillah, saya dapat jumpa sorang pak cik yang bagi izin untuk kitorang check dia dan bincangkan pasal kes dia. 

Tengah-tengah elok dok bersembang dengan pak cik tersebut, alkisahnya, datangla dua orang kawan saya yang jugak dalam kumpulan yang sama dengan muka yang tak dapat saya tafsirkan.

"Awalnya datang."

"Awal ke? Bukan kelas mula kejap lagi ke?"

Tak semena-menanya dua orang di depan saya tu tersengih-sengih.

'Dah kenapa mamat dua orang ni?' Pelik saya dengan reaksi diorang.

"Kelas batal la. Tadi Kai Xian ada post kat fb."

"Ha? Apa??" Saya dengan refleksnya ternganga luas.

Maka, lagilah deme tersengih-sengih.

Saya terdiam sekejap. Yang dua orang tadi dah mula pergi mencari patient. Tetiba terlintas kat kepala.

"Apa kata kita pi bilik prosedur? Pi tolong apa-apa yang patut?" Cadangan dimuntahkan.

"Hmm.. Ok la, jom la."

Dalam perjalanan ke bahagian emergency, terserempak pulak dengan sorang lagi kawan kitorang yang jugak tak tau kelas kitorang cancel. Makanya, kami berempat pun menapak pi emergency department.

Sesampainya di bilik prosedur, sorang medical assistant (MA) tengah memasukkan catheter dalam pundi kencing ( urinary bladder) sorang patient ni. 

'Oh, macam ni rupanya masukkan catheter.'

Kami berempat berdiri je kat sebelah sebab tak tau nak buat apa. Tapi, prosedur tu sekejap je, dalam masa beberapa minit. Lepas tu, disebabkan takde prosedur yang lain, maka langkah diatur ke tempat amik darah.

Tok! Tok!

Masuk-masuk je bilik tu, nampak ada sorang MA tengah amik darah sorang pak cik ni. Ada sorang lagi tengah amik darah sorang baby comel. Menangis-nangis baby tu, sakit agaknya.

"Assalamualaikum, kami ni medical student. Boleh tak kitorang tolong apa-apa yang patut?"

Salah sorang MA menjawab, " Ok. Boleh je. Dah biasa dah medical student datang sini. Nak amik darah ke?"

" Kalau boleh, kitorang nak try amik darah."

"Boleh, tapi tunggu patient tinggal sikit. Takut lambat nanti prosedur. Saya kena observe kalau korang nak amik darah. Sementara tu, tolonglah apa yang patut."

Fuh.. Memang ramai patient yang datang untuk amik darah. Tak kira yang muda atau tua. Rasanya babies yang umur 5 ke 10 hari pun ramai. Rasanya ada jugakla mencecah 10-12 orang dalam masa 3 jam. 

Macam-macam ragam boleh saya lihat. Ada yang menangis-nangis sebab takut kena cucuk, ada yang tunduk je, dan ada jugak yang dok tengok je MA tu masukkan jarum dalam vein dia.

Best sebenarnya observe orang-orang kat bilik prosedur ni. Baru kita nampak realiti dan praktikalnya. Macam mana nak cari vein, macam mana cara nak cucuk, macam mana ragam patient. Yang paling pentingnya, dapat pengalaman (walaupun akhirnya saya tak amik darah pun.)

Most of the time waktu saya kat situ, saya lebih banyak tengok dan tolong MA yang amik darah babies. Selalunya, mak dan ayah baby tersebut diminta tunggu kat luar sebab ramai yang tak sanggup tengok anak diorang yang masih merah dicucuk dengan jarum. 

Lagi-lagilah bila anak tu mula menangis. Saya dapat melihat kerisauan terlukis di muka deme. Saya cuba meletakkan diri saya di kasut mereka. ( baca : put myself in their shoes). Hati ibu bapa mana yang tahan melihat bayi mereka melalak sebegitu rupa. Sungguhlah, kasih ibu bapa tu memang tak dapat dinilai. Kebanyakannya, bila disuruh tunggu di luar, diorang akan tunggu betul-betul di depan pintu. Nampak sangat kerisauan tu.

Ada pulak sorang baby ni, dah banyak kali cucuk pun, still tak dapat amik darah dia. Tangan dia yang comel lagi mulus tu dah nampak bengkak. Bukannya senang nak amik darah baby sebenarnya. Dengan tangan yang masih merah dan vein yang halus, kadang-kadang, jarum boleh ter'miss'. Baby pulak menangis-nangis ditambah pula ada yang meronta-ronta.

Akhirnya, doktor sendiri yang amik darah baby tersebut (yang banyak kali dicucuk tadi). Selalunya darah baby diamik dari kaki. Heel prick nama dia. 

'Oh, macam tu rupanya.'

Selepas tu, datang lagi beberapa baby yang lain. Macam babies yang sebelum ni, diorang menangis dengan lantangnya. Saya dan sorang lagi kawan pun cuba untuk menenangkan baby tu dengan menepuk-nepuk sikit badan dia dan kadang-kadang berselawat. MA kat sebelah pun memulakan operasi.

Bismillah.

Sebelah tangan baby diikat sikit dengan glove di bahagian pergelangan tangannya. Vein mula dikesan. Alcohol swap disapu ke tangan baby. Jarum pun mula diambil dan... cuk!! Darah mula mengalir keluar. Botol kecil berpenutup oren dibuka dan diisi dengan darah. Tangan baby tersebut ditekan sikit untuk mengeluarkan darah. Maka, dengan itu, makin kuatlah tangisan baby tersebut.

Rasa kesian timbul dalam hati. Tapi, semua tu perlu untuk diagnosis penyakit. Jangan dek kerana kesian, kita tak buat perkara yang sepatutnya kita buat.

Banyak pilihan yang perlu ditimbang tara dalam bidang ni rupa-rupanya. Pilihan yang mungkin membawa perubahan dalam diri orang. Sama ada makin baik ataupun makin teruk. Tapi, apa-apapun natijahnya, tu sume terletak pada Allah. Kita hanya berusaha. Kuasa mengubat tu hanya pada Allah. 

Terdetik dalam hati saya. 'Aku belum jadi doktor lagi. Medical student je pun. Patient pulak, bila aku lalu dengan berbaju labcoat dan stetoskop kat dalam kocek, mesti memandang dengan penuh harapan. Ada yang buat muka macam puss in the boots yang mengharap aku buat sesuatu.'

Banyak kali saya terfikir. 'Losernya aku ni. Macam tak dapat tolong apa-apa pun pada patient.'

Tapi bila dikorek-korek, digali-gali, sebenarnya ada je mende yang saya yang hanya sebagai medical student ni tolong. Contohnya, kalau diorang ada apa-apa yang diorang tak sure pasal penyakit diorang, boleh je kalau saya tolong explain. Macam orang yang ada diabetes. Kalau diabetes tu tak terkawal, mata dan buah pinggang boleh rosak. Yang lagi teruk, boleh dapat sakit jantung dan strok. Kebanyakkannya disebabkan gula yang tak dapat dihadam tu berkumpul dalam salur darah dan menyebabkan berlakunya blockage. 

Sebab tulah, salah satu cara mengawal diabetes adalah dengan mengurangkan pengambilan gula dan makanan berkarbohidrat dalam diet kita.

Tu cuma salah satu contoh dia. Kita kena selalu tengok patient tu as a whole. Diorang pun ada kehidupan macam kita. Diorang pun ada keluarga, diorang pun ada yang ada anak, kakak, abang, adik yang lebih kurang baya-baya saya. Kalau tak dapat tolong rawat pun, kita boleh bersembang dengan diorang. Kadang-kadang, dengan medical student la tempat diorang mengadu, tempat diorang bersembang.

Pada awalnya, saya agak segan jugak untuk bersembang memandangkan diri saya ni memang sorang yang pemalu dan pendiam pada nature. Tapi, saya gagahkan jugak diri saya untuk memulakan perbualan. Lama-lama, jadi seronok pulak. Ada jugak beberapa kali, pak cik dan mak cik kat wad tu memberi nasihat yang berguna untuk saya. Ada juga yang berkata, "Mak cik doakan anak ni jadi doktor yang baik dan hebat. Belajar elok-elok ye." 

Amin.. Moga doa tu akan termakbul dalam beberapa tahun akan datang.

Jadi, konklusinya, saya kena sentiasa positif dan sentiasa cari peluang untuk memperbaiki diri supaya dapat jadi seorang Muslim yang kompeten dalam urusannya, terutama dalam bidang yang saya ceburi ni. Saya teringat dengan kata-kata doktor pada doktor saya.

"May your knowledge be a blessing to your patients." 

Apa-apapun, masih banyak yang saya kena tempuhi dalam perjalanan ni. May Allah bless.

Wallahua'lam.

P/s : rasa macam panjang berjela je. Maklum la lama tak menulis. Huhu.


Ahad, 6 Oktober 2013 0 ulasan

Posting situ sini..

Assalamualaikum. :)

Lama dah tak update blog. Alhamdulillah, dah nak dekat sebulan masuk fasa klinikal 3A. Untuk pengetahuan semua, pelajar tahun ketiga atau fasa 3A MBBS akan dihantar ke Hospital Klang untuk memulakan fasa klinikal.

Alhamdulillah, penginapan kolej semua disediakan dan kitorang tak perlu risau pasal kenderaan, sewa rumah atau bil-bil lain yang sama waktu dengannya. Mulai tahun ketiga, kami akan dibahagikan kepada beberapa jabatan (department). Antaranya adalah medicine, paediatrics, obstetric and gynaecology, primary care medicine dan surgery.

Untuk posting yang pertama, saya telah dimasukkan ke dalam department of medicine. Ok, sebelum saya berceloteh lebih panjang pasal pengalaman saya selama 3 minggu lebih ni, lebih baik saya explain serba sedikit pasal medicine ni.

Medicine ni luas skopnya. Ia merangkumi cardiovascular system (peraliran darah), respiratory system (sistem pernafasan), gastrointestinal system (abdomen), central nervous system (otak dan urat saraf) dan macam-macam lagi.

Sebenarnya, saya rasa bersyukur sangat sebab 1st posting saya adalah medicine sebab medicine ni adalah mende yang paling asas. Macam mana nak clerk patient, macam mana nak buat physical examination. Dapat pulak doktor yang sporting, strict plus mementingkan skills.


Sekarang, setiap hari kena pergi wad, prepare long case dan bersedia untuk present pada doktor. Kadang-kadang, kena buat physical examination on the spot depan doktor. 

Macam-macam keletah dan ragam manusia yang boleh dilihat kat wad. Lagilah wad medikal kat Hospital Klang yang sangat sesak, sampaikan kena tambah extension bed kat depan tandas sebab takde ruang lain. Ada patient yang suka merayau-rayau, ada yang terbaring je kat katil, ada yang tidur aje dan ada jugak yang duduk baca suratkhabar. Ada jugak yang tak suka dikacau, especially by medical students. Dah beberapa kali jugak saya ditolak. Huhu.Tapi takpe, hidup perlu diteruskan. Kena move on pada patient yang lain pulak.

Suasana yang macam ni selalu buat saya terfikir, 

'Kalau aku yang berada kat tempat patient tu, camne agaknya condition aku ye? Adakah aku akan beria-ia meratapi penyakit aku? Ataupun mungkinkah aku dapat menjaga aurat dan jaga solatku waktu kena tahan kat wad? Atau mungkin aku akan membuang masa dengan termenung aje? Sanggup ke aku melayanmedical students yang berduyun-duyun, Houseman Officer, Medical Officer and specialist?  '

Hmm... banyak persoalan yang timbul kat situ. Mungkin sebab saya belum pernah kena tahan kat wad sebelum ni.

Teringat pulak pada cerita patient kawan saya. Seorang mak cik dalam umur lingkungan 40-an menangis sebab katanya dia terpaksa meninggalkan solat selama ditahan di wad. Sebelum ni, tak pernah pun mak cik tu tinggalkan solat dengan sengaja. Mungkin disebabkan faktor suasana dan keadaan mak cik tu sendiri yang menyebabkan mak cik tu waswas untuk solat. 

Tergamam saya mendengar cerita tersebut. 

Baru saya sedar, selama beberapa minggu ni, saya tak pernah pun menyentuh soal-soal macam ni dengan patient saya. Kat dalam fikiran saya, cuma nak habiskan clerk patient je. Tetiba rasa diri sendiri macam robot yang dah diprogramkan untuk buat diagnosis. 

Terlupa pada cita-cita yang sebelum ni disemat. Dari dulu asyik menyebut Hospital Islam, Perubatan Islam. Tapi apakah sebenarnya yang dimaksudkan Hospital Islam itu sendiri saya pun masih tercari-cari.

Memanglah manusia ni alpa. Kita perlukan peringatan tak kiralah dari sudut mana pun. Dari atas, dari bawah, dari kiri dan kanan. Kita ni ada naik dan turunnya. Sebab itulah kita tak boleh berhenti dalam perjalanan 'mencari' tu sendiri. Sehingga ke akhir hayat. 

Pada saya, sekarang saya tengah mencari-cari jawapan untuk persoalan kat bawah :

Apakah ertinya menjadi seorang muslim pada saya?
Apakah ertinya menjadi seorang doktor pada saya?

Mungkin pencarian ini akan amik masa yang lama. Mungkin amik masa berpuluh-puluh tahun pun. Moga tak kecundang di tengah jalan.

Macam mana dengan awak? Mesti awak ada perjalanan awak sendiri kan?

Moga Allah berkati perjalanan awak, saya dan kita.Wallahua'lam. :)

Selasa, 3 September 2013 0 ulasan

Aku masih di sini.


Pejam celik, pejam celik.

Dah 2 tahun berlalu. 

Dua tahun yang menguji, menguja dan mengajar.

Pengalaman yang mematangkan fikiran,

Namun belum cukup mendewasakan.

Tak sangka aku masih berdiri di sini,

Walau pernah menangisi diri.


Alhamdulillah.

Doakan semoga perjalananku tak terhenti sekadar cuma.


Hospital Tengku Ampuan Rahimah, here I come!!
Isnin, 10 Jun 2013 0 ulasan

Hati yang terinfeksi..

Bismillahirrahmirrahim. 

Pada hari Isnin dua minggu yang lepas, saya berpeluang untuk masuk ke Operation theater  (OT) waktu posting ke Jabatan Ortopedik (walaupun just berpeluang tengok minor surgery). Alhamdulillah.

Sebelum masuk ke OT, kami ditanya dengan satu soalan yang simple je. Tapi kebanyakan kami tak dapat memberikan jawapan yang memuaskan hati doktor. 

Soalannya?

"How to prevent infection? I know you guys learned this in your lectures right?"

Ada salah seorang yang menjawab, "Use autoclave."

Doktor tu pun mengangguk-angguk. "Ok, explain more about that."

Dan dia pun menerangkan dengan panjang lebarnya. Bla.. bla.. bla.. Lepas tu, doktor pun tanya lagi.
"What else is there?"

Seorang lagi kawan saya menjawab, " Erm.. handwashing?"

Angguk lagi. Dan doktor pun buka soalan ni pada semua orang, "Why do we have to wash our hands? What is the importance of it?"

Macam-macam jawapan ada...

"To sterilise our hands."
"To disinfect our hands."
"To reduce the risk of infection to the patients."
"To reduce the amount of bacteria in our hands."

Bla.. bla.. bla.. dan macam-macam lagi jawapan yang diberi.

Tetiba, doktor tu pun menggeleng-geleng. 

"You should get your facts right. The purpose of handwashing is to disinfect our hands, we cannot sterilise our hands. Sterilisation can only be done on instruments. Unless you guys want to be irradiated. But then again, you'll be the one who's going to be lying on the bed."

Ketawa meletus.

'Aah la. Betul jugak tu.' Kataku dalam hati.

"We should take precautions before touching the patients. The mortality rate are going much less now  since the doctors practice prevention measures such as handwashing, autoclave, special OT settings, prophylactic antibiotics etc. We are here to save lives, not to endanger them."

"Anyway, you guys SHOULD KNOW this. We are not teaching you guys these things for nothing. After this, please go back and study."

Terdiam kitorang dibuatnya. Ingatkan lecture yang satu tu tak berapa penting. Hmm.. tapi kalau difikir-fikir balik, kalau tak penting, kenapa lecturer nak ajar kan? 

Dan..

Bila difikir-fikir balik, direnung-renung balik, macam mana seekor mikroorganisma yang sekecik-kecik alam tu boleh mendatangkan bahaya pada kita, makhluk yang diciptakan sebaik-baik kejadian ni? Subhanallah. Mungkin inilah yang Allah katakan dalam kalam suci :

Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."
[Al Baqarah:117]

Memanglah ada penjelasan saintifik, pathogenesis macam mana sesuatu penyakit itu boleh terjadi akibat jangkitan bakteria. Tapi, sesuatu perkara itu takkan terjadi tanpa izin-Nya. Hmm.. kalau korang nak tau, kat badan kita ni memang ada bakteria yang hidup kat kulit kita, kat dalam mulut dan macam-macam lagi tempat. Tapi, kenapa ada masa kita sihat, ada masa kita sakit padahal takkan ada masa yang badan kita memang bersih 100% daripada mikroorganisma?

Jawapannya senang. 

Sebab semuanya berlaku atas kehendak Allah. 

Ada masanya Allah bagi sistem imuniti kita berfungsi dengan baik, boleh terus melawan bakteria jahat yang cuba untuk melemahkan sistem badan kita.

Ada masanya jugak Allah tarik sikit nikmat sistem immuniti kita. 

Dan.. kita jatuh sakit. 

Tapi, Allah tak biarkan kita macam tu je. Dia bagi kita pilihan untuk mencari inisiatif untuk berubat. 

Ceftriaxone untuk septic arthritis dan bacterial meningitis.
Paracetamol dan aspirin untuk demam.
Chemotherapy, bleomycin dan methotrexate untuk kanser.
Bisacodyl dan senna untuk sembelit.
Probenecid dan sulfinpyrazine untuk gout.

Lepas beberapa ketika, Allah bagi balik nikmat kesihatan tu pada kita.

bergambar sebelum dr sampai
 Macam tu jugaklah hati kita.

Ada masanya kita terlalai dan ada masanya kita beringat. Semua tu adalah dalam pengetahuan-Nya. Kalau kita tak amik langkah berjaga-jaga, boleh jadi hati kita akan terinfeksi dengan jangkitan! Kalaulah jangkitan tu boleh dihilangkan dengan antibiotik yang sedia ada.

Al-An`aam:110
وَنُقَلِّبُ أَفْـِٔدَتَهُمْ وَأَبْصَٰرَهُمْ كَمَا لَمْ يُؤْمِنُوا۟ بِهِۦٓ أَوَّلَ مَرَّةٍۢ وَنَذَرُهُمْ فِى طُغْيَٰنِهِمْ يَعْمَهُونَ
Dan (begitu pula) Kami memalingkan hati dan penglihatan mereka seperti mereka belum pernah beriman kepadanya (Al Quraan) pada permulaannya, dan Kami biarkan mereka bergelimang dalam kesesatannya yang sangat.


Astaghfirullah.

Bila timbul satu bintik hitam dalam hati, dia boleh metastasize (spread) dengan mudahnya kalau kita tak ambil prophylaxis (pencegahan). Sebab itulah diri selalu terasa kosong. Selalu mengeluh. Selalu menjauh.

Di saat diri ni menulis, rasa banyak lagi titik hitam yang bersarang di hati. Betapa susahnya nak buang, betapa susahnya nak sucikan hati ni.

Diri ni terlalu tertarik pada kebendaan sampaikan terlupa pada matlamat yang satu. Kadang-kadang terasa diri ni bagaikan seorang hipokrit. Selalu berhujah itu dan ini, sering berbulatan gembira mengajak pada Yang Satu, tapi hati ni sendiri gagal menundukkan diri.

Ya Allah, kuatkanlah hati hamba-hambaMu ini Ya Allah.

Berikanlah kekuatan kepada kami untuk terus membaca dan menghayati ayat-ayat cintaMu serta mengamalkannya.

Khamis, 11 April 2013 1 ulasan

Learning from the patient.

Assalamualaikum. =)

Lama dah tak menconteng lagi mencoret-coret dalam blog ni. Sebulan lebih dah. Well,there's times when I didn't get the chance to write. There's also the times when I want to write, but I didn't have the idea to write.

Ok, untuk kali ni, saya nak bercerita pasal patient saya.

OMG! Baru tahun kedua dah ada pesakit? Walaupun tak masuk lagi tahun klinikal?

Okie dokie, don't be too shocked. Bukannya saya rawat pesakit tu pun, ni cuma satu program di bawah kursus MBBS, namanya Community Family Case Study (CFCS). Kitorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan tu terdiri daripada 2-3 orang. 

Apa yang kami perlu buat?

Sebenarnya kami cuma perlu melawat pesakit tu beberapa kali dan follow up dalam masa 3 tahun pertama. Paling minimum adalah sekali lawatan pada setiap semester. Dan untuk setiap semester, kami juga dikehendaki untuk  membentangkan tentang lawatan kami ke rumah pesakit tersebut.

Ok, back to the topic.

Sebenarnya, setiap maklumat tentang pesakit adalah sulit dan kami tidak dibenarkan untuk membongkarkan maklumat kecuali untuk dibincangkan sesama kami.

Ooookayy?? Habis tu nak cerita jugak ke?

Eh, tak la.

Saya bukan nak bincangkan pasal past medical history dan mende yang sewaktu dengannya. Tapi apa yang saya nak kongsikan adalah sikapnya yang optimistik lagi positif.

Jujurnya, jika diikutkan, peluang untuk dia sembuh adalah rendah dan kemungkinan besar terpaksa menjalani pemindahan organ. Tapi, apa yang menyentuh hati saya adalah dia sangat positif dan optimistik.

Katanya...

"Well, I do believe that this is a lesson that God sent to me. Although it was hard for me at first. My days were filled with sadness and tears. I cried everyday. Not only that, my family also suffered. However, I am thankful to Him because I think it had make me grow up. Being through all of this, make me learn something about life. Well, I don't know when I am going to die. I just want to live it to the fullest."

Kalau kome nak tau, dia cerita sume ni sambil tersenyum. Saya yang tengok pun tergamam. Dia pun sambung lagi,

"Actually, exam is not a problem, money is not a problem. But our health, when it is gone, IT IS A PROBLEM. You'll only realize it when it is gone. And yes, death is a sure thing."

Pergh. Ayat yang terus masuk menusuk ke kalbu.

Alhamdulillah. Peringatan yang sangat bermakna buat saya, walaupun datangnya dari seorang not-yet-Muslim. Teringat satu ayat ini,

"Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan nilai akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat)"

Al-Ankabut : 64

Dunia.

Saat dilahirkan ke dunia, Allah dah menetapkan ketentuan ke atas kita.

Ajal. Rezeki. Jodoh.

Dan Allah juga dah memberi lesen dan green light kepada kita untuk memilih tindakan kita sendiri dalam pengetahuan dan ketentuanNya. Panduan sudah ada, cuma kita yang perlu pandai mengemudi bahtera kehidupan kita ini mengikut panduan tersebut.

Kita tak nak karam di lautan kan?

Ya, Muslim boleh cakap dia bertuah dilahirkan dan dididik dalam suasana Islam. Cuba tanya balik diri kita. Bertuahkah kita, dan malangkah mereka? Oh, of koslah tidak. Apa yang penting adalah pengakhiran kita, bukan permulaannya. Mampukah kita mendabik dada mengatakan dengan yakinnya bahawa kita akan mati dalam Islam? Oh, tidak semudah itu. Usaha dan doalah. Ambil pengajaran dan sentiasalah beringat.

Ya Allah, tetapkanlah hati-hati ini dalam agamaMu.

Kita semua ada Pemilik. Dan akan tiba masanya untuk kita dijemput balik, cuma kita tak tau bila masanya. Masa semakin singkat, kubur semakin dekat.

Cuma, sudah bersediakah kita untuk 'kembali'? 


Kadang-kadang, kita terlalu fokus menyiapkan diri untuk bertemu jodoh sampaikan terlupa menyiapkan diri untuk bertemu ajal. Kadang-kadang, kita pula terlalu fokus untuk mencari rezeki sampaikan terlupa pada Pemberi Rezeki (Ar-Razzaq).

Hmm.. pelik kan?

Jadi, awak-awak sekalian, jom kita muhasabah diri balik.

Jangan toleh kiri kanan lagi. Ya, saya maksudkan awak, saya dan kita.

Wallahua'lam.

Jumaat, 22 Februari 2013 0 ulasan

Gadis berkot putih..

Assalamualaikum. =)
Lama tak menulis. Banyak menyibukkan diri. Hehe. Alhamdulillah, masih diberikan masa untuk meneruskan perjalanan. Nampaknya kena push diri untuk hapdet blog ni, kalau tak, tinggallah bersawang dan berabuk-abuk.

Huk! uhuk! uhuk!
Ha, kan dah cakap, banyak habuk. Ishk..ishk..ishk..

Ok, now back to the topic. Mesti kome tertanya-tanya, sapa gadis cun-melecun berkot putih yang dimaksudkan dalam tajuk post ni kan?

Cer teka.. cer teka..

Hehe. Orang yang dimaksudkan tu semestinyalah saya. (Jangan jeles ye) Baru-baru ni, kami sume (pelajar Fasa 2) telah mula join pusing2 wad (baca : ward round) bersama doktor-doktor hensem lagi comel. Kami dibahagikan pada 25 kumpulan dan dihantar ke wad-wad yang berbeza untuk mengelakkan jem bertambah-tambah dalam hospital yang terhad ruangnya.

Oh ya, kami akan masuk dalam 6 jabatan yang berbeza (Medicine, Paediatric, Primary Care, Obstetric and Gynaecology, Orthopedic, Surgery)  sepanjang semester 2 ni. Sebenarnya dan sejujurnya, ini adalah kali pertama sistem begini diperkenalkan, sebab, batch sebelum kami hanya didedahkan dengan ward round selama 1-2 jam sewaktu mereka masih lagi pelajar Fasa 2.

gambar sekadar hiasan


Kali pertama melangkah ke wad.... 

Lub dup lub dup.... ada mata-mata yang memandang. 

House officer (HO), medical officer (MO), specialist, nurse dan tak lupa juga senior final year. Dalam hati mula berkata-kata,

'Apalah yang aku nak buat kat sini ni? Scary betul tengok environment camni.'

Tapi dipujuk jua hati. Diteguhkan juga semangat. Alhamdulillah. Kurenung sahabat-sahabatku yang lain. David, Jason, Syahirah, Faseeha, Husayn, See Man dan Suthan. Masing-masing dengan ragamnya yang tersendiri.

Senyum sendiri. =)

David (ketua kumpulan kami) mula mencari doktor yang ditugaskan kepada kami. Cari punya cari, akhirnya, jumpalah sorang doktor wanita berumur sekitar 30-an bernama Dr. Rizah. Oh ye, terlupa pulak saya nak bagitau, pada bulan ni, kami dihantar ke Medicine Department dan kali ni kami memulakan operasi di wad 13UA, iaitu wad geriatrik.

Mesti ada yang tertanya-tanya, wad geriatrik tu apa? Cuba tengok gambar kat bawah dan teka. Ok, saya bagi 10 saat.

kredit
10..9..8..7..6............3.........1..

Teetttt... masa dah tamat. 
Hmm.. still tak dapat teka? Berkerut-kerut je dahi tu. 

Okie dokie, biarlah saya bagi jawapan. Wad geriatrik ni adalah wad yang menempatkan golongan warga emas yang berusia 65 tahun ke atas yang menghidap pelbagai penyakit. Antara contoh-contoh penyakitnya  : strok, rheumatoid arthritis, dementia dan macam-macam lagi jenis penyakit.

Kumpulan kami dibahagikan kepada dua untuk memudahkan lagi melancarkan urusan. Saya, Syahirah, Faseeha dan Husayn mula mengikut 2 orang HO dan seorang specialist. Bergerak dari satu katil ke satu katil. 

Case notes akan dilihat dan dipantau oleh mereka ni dan mereka akan adjust medication and management ikut perkembangan pesakit tu sendiri. Sangat best tengok deme examine and assess patient. Dan saya sangat suka dengar perbincangan mereka tentang pesakit ni. 

Oh, rupa-rupanya satu penyakit ni boleh bawak pada banyak komplikasi lain dan kadang-kadang rawatan yang diberi jika tidak ditimbang tara, mungkin akan menjadikan penyakit tu semakin kronik. Nak contoh? Ok, saya bagi satu situasi.

Katakanlah yang pesakit ni tak boleh makan dan menelan makanan (swallowing reflex dah tak berfungsi). Nak masukkan nasogastric tube pun tak boleh sebab ada obstruction kat esofagus. Jadi, perlu ke kita buat gastroctomy (buat opening kat perut untuk bagi makanan) sedangkan pesakit tu ada gastric varices (dilated vein at stomach). Kalau salah buat, kemungkinan besar akan tercucuk bahagian salur darah tu, dan akhirnya akan berlaku pendarahan yang banyak.

Gastric varices

Jangan main-main ya, pendarahan yang berlebihan boleh menyebabkan kematian. Jadi, apa yang patut team doktor ni buat ye? Hmm... 

Entah la. Saya pun takde jawapan untuk tu. Sebab saya pun dalam proses untuk belajar. Suasana hospital masih lagi asing buat saya yang masih merangkak. Siyesly, sesi ward round ni banyak mengajar saya.

Macam-macam ragam pesakit yang boleh dilihat.
Macam mana bertungkus-lumusnya para team medical (HO, MO, GP, specialist, nurse, medical assistant) untuk handle satu-satu pesakit.
Macam mana pentingnya keputusan seseorang doktor tu pada kehidupan pesakitnya.
Macam mana situasi berdepan dengan keluarga pesakit.

Dan... macam-macam lagi.

Sekarang, saya selalu tanya diri saya. 

Safiah, apa yang kau dah buat selama 2 tahun kat UM ni? 
Have you done enough to be entitled a doctor? 
Kenapa cepat sangat mengalah?
Mana usaha untuk improve diri?
Apa akan jadi pada bakal-bakal patient kau kalau kau tak mula bersungguh-sungguh dari sekarang?

Dan saya akan selalu jawab.

"Ya Allah, aku tau Kau dah tetapkan jalan ni untuk aku. Aku pasti pilihan ni adalah yang terbaik buat aku sebab nilah jalan yang Kau tunjukkan. Maka Ya Allah, bantulah aku untuk meneruskan perjalananku ni. Teguhkan imanku, kuatkan semangatku untuk meneruskan perjalanan. Kirimkan rasa kasih dan belas dalam hatiku ni untuk bakal-bakal patientku seolah-olah mereka ni saudaraku."

Jangan rasa rendah diri, jangan malu dengan diri sendiri. Teruskan berjalan ke hujung perjalanan yang panjang tu. 

Jom, ikut sekali? Tak nak tinggal sorang-sorang kan? Jom sama-sama improve diri. =)

Rabbi yassir wa la tuassir. Wallahua'lam.
Sabtu, 12 Januari 2013 0 ulasan

Oh My Exam!


Bismillahirrahmanirrahim

2 more days to go.

It's almost been a week.

Books, notes and past year questions here and there.

Pathology, Medical Microbiology, Pharmacology and Parasitology.

All of them will be asked in 3 papers.

Integrated questions,

which means, in every paper, there will be questions on these 4 subjects.


Motivations and perspiration.

Hard work and planning strategies.

Passion and determination. 

Motivating words from friends
May Allah ease and bless my journey to the end.

Yes, my journey does not end here.

It will only end when my Creator says so.

And before that time comes, I will continue my quest.

Guide us all the way, Ya Rabbul 'Alamin.

Recent Comments

 
;