Memaparkan catatan dengan label Specially An-Nisa'. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Specially An-Nisa'. Papar semua catatan
Selasa, 21 Mei 2013 0 ulasan

Hai! Boleh berkenalan?

Betul, betul, betul... ha, banyak betul. betul, betul betul. 

Ringtone ipin menandakan ada satu mesej yang masuk dalam inbox. Nombor yang tak dikenali. Saya pun macam biasa, baca mesej dengan muka takde perasaan.

Dia         : Assalamualaikum dr.

Saya       : Waalaikumussalam. Sapa ni?

Dia         : Saya ****. Harap tak mengganggu dr tengah hari ni.

Saya      : Hmm.. rasanya saya tak layak lagi nak pegang title dr tu. Kalau sakit, nak mintak MC atau nak buat check up, better pi PPUM, hospital atau klinik terdekat. Rasanya saya tak boleh nak tolong.

Dia         : Sebenarnya saya bukan nak mintak tolong. Nak berkenalan je. Boleh tak?

Erk?? Tersentak kat situ. Terdiam sekejap. Tak tau nak jawab camne. Akhirnya....

Saya       : Firstly, saya nak mintak maaf kalau mesej saya bunyinya kasar sikit. Selalunya saya bagi no pada orang yang saya kenal je. n saya tak biasa berkenalan camni. Selalunya saya contact orang yang berlainan jantina kalau ada keperluan je. So, saya nak tanya, ada keperluan ke kita nak contact? Kalau takde, rasanya tak perlu kita nak mesej lagi camni. Sekali lagi saya mintak maaf kalau saya terkasar bahasa.

Azan Zohor pun berkumandang. Langkah diatur ke bilik air untuk berwudhu'. Baru je nak sarung telekung, handset saya berbunyi lagi.

Dia          : It's ok. Saya faham. Kagum dengan pendirian awak. Lepas ni saya takkan ganggu awak lagi. Semoga berjaya dalam kerjaya.

Fuhh... lega. Nasib baik la dia faham. Tapi sebenarnya nak je saya balas, "Tak payah kagum dengan saya, saya orang biasa-biasa je." Hmm.. tapi untuk mengelakkan mesej yang berpanjangan, saya amik keputusan untuk membiarkan je mesej tu tergantung macam tu.

Sungguhlah saya tak sangka ada jugak yang sedar existence saya kat kolej tu (selain student course saya). Hehe. 

Ok. Mesti korang tertanya-tanya kenapa tetibe saya citer pasal ni kan?

Semestinya bukan nak menunjuk yang saya ada admirer. Poyos sangat, kan? Hehe.

Mesti korang rasa saya ni dah macam Ustazah Fatimah Syarha kan? Hehe. Oh, taklah camtu. Saya bukanlah baik macam tu.

Saya cuma rasa, tak proper untuk saya berkenalan dengan orang menerusi mesej (terutamanya orang yang berlainan jantina.) Sebabnya, saya rasa, kalau berkenalan saja-saja macam tu tanpa ada sebarang urusan ataupun hala tuju, takut-takut akan jadi suatu yang sia-sia dan akhirnya membawa fitnah.

Lagipun, Allah kan dah bagi guideline pada kita dalam menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan kan? Bukannya tak boleh berhubung langsung, sume kena duduk asing-asing ke apa. Oh tidak. Islam tak melarang sampai macam tu sekali. 

Boleh je kita berurusan dengan orang yang berlainan jantina dengan kita dalam beberapa perkara :
1) Muamalat - contohnya urusan perniagaan, urusan pos, urusan pejabat, urusan projek, study group, assignment
2) Perubatan 
3) Ilmu - hubungan antara guru dan murid
4) Perundangan - meminta fatwa/ proses perbicaraan.

Hmm...rasanya ada satu lagi, tapi saya tak ingat.

Tapi untuk urusan perkenalan sebelum mendirikan baitulmuslim itu saya tak boleh nak komen dan ulas panjang-panjang sebab saya sendiri tak pernah lalui lagi proses-proses tu. Sori ye.

Ok.. sambung balik cerita. Terus-terang saya cakap, sebelum ni, saya memang agak kekok untuk bergaul dengan orang yang berlainan jantina (since saya dah terbiasa dengan suasana kat sekolah yang biasa mengasingkan muslimin dan muslimat).  Well, sebenarnya sampai sekarang pun masih kekok lagi tapi taklah seteruk dulu, langsung tak boleh nak cakap face-to-face.

Teringat waktu dulu-dulu. Kalau terserempak dengan mana-mana muslimin, kepala mesti tunduk gila-gila sampai tak nampak jalan kat depan. Oh, tapi takdela sampai terlanggar tiang ke apa ye. 

Hmm.. jangan salah faham pulak ye. Kita still kena tundukkan pandangan kita sebab itu perintah Allah. Allah sendiri ada berfirman :

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan".

An-Nur : 30

Apa yang saya maksudkan sebenarnya adalah jangan pulak kita menundukkan kepala sampai tak nampak jalan yang mana akhirnya boleh membawa mudharat pada kita. Cukuplah sekadar menundukkan pandangan mata kita untuk menjaga hati kita yang memang sudah berkarat ni. (Rasanya kena clorox selalu ni!)

Sebenarnya, bila dah masuk alam universiti, nak tak nak, kita kena berurusan dengan orang lain, tak kiralah orang tu perempuan ke, lelaki ke, Melayu ke, Cina ke, India ke, pangkat besar ke, pangkat kecik ke, tak kisahlah. Lagi-lagilah bila dah pegang title Dr. nanti, saya tak boleh memilih patient saya. Mana-mana patient yang datang jumpa saya untuk dapatkan rawatan perlu dilayan dan perlu dirawat.

Dalam suasana sebagai pelajar macam saya ni, ada banyak assignment, projek dan kerja yang memerlukan kerjasama dalam ahli kumpulan. Dalam kumpulan tu semestinya ada orang yang pelbagai agama dan bangsa, dan semestinya akan ada pelajar lelaki dan perempuan dalam kumpulan tersebut.

Jadi, macam mana nak bergaul dalam kelompok yang macam tu?

Jawapannya senang je. Ikut guide Islam, lihat dan nilai pergaulan tu dari kaca mata Islam. Selagimana tak menimbulkan fitnah dan selagimana tak melanggar rules yang digariskan, teruskanlah. 

Tidak berdua-duaan, sekurang-kurangnya bertiga.
Tidak bertepuk tampar.
Bercakap tentang perkara yang berfaedah.
Tak bergurau berlebih-lebihan.
Menjaga jarak antara bukan muhrim.
Menutup aurat.

Dan... banyak lagi kalau nak disenaraikan. Best kan Islam ni kalau kita betul-betul jadikannya as our ad-deen @ cara hidup kita kan? Ada je guideline untuk sume benda. Kita je yang tak mencari atau mengkaji betul-betul ad-deen kita ni.

Janganlah kita memayahkan agama. Dan yang paling penting, janganlah pulak kita terlalu memudahkan agama itu mengikut acuan kita. Yang terbaik adalah bersederhana. Sesungguhnya orang yang paling sederhana adalah Rasulullah, maka seeloknya ikutilah dan contohilah baginda.

Jadi, pesan saya pada diri saya dan sahabat-sahabat sume :
Fahamilah, hayatilah, praktikkanlah ad-din dan sentiasalah bersederhana dalam apa jua yang kita buat. 

Senyum gumbira.

May Allah guide us all the way. Peace be upon all of you. =)
Rabu, 9 Januari 2013 0 ulasan

Wanita vs Kerjaya

Assalamualaikum. =)

p/s : sekarang ni tengah study week. berhenti study sekejap untuk update blog. huhu.

Study mode =)

Sebelum ni, saya pernah bertanya pada sorang hamba Allah ni.

"Sanggup tak kahwin dengan sorang doktor?"

Maka jawabnya, "Hmm.. kalau isteri aku doktor, nanti asyik kena tinggal kat rumah je."

See that? Berapa ramai antara kita yang ada mindset sama dengan mamat ni, sila angkat tangan tinggi-tinggi. Jangan risau, saya tak marah. Geram je. Huhu. Agak-agaknya kalau kebanyakan orang fikir macam ni, mesti ramai duktur-duktur dan tabib kat luar sana jadi andartu. Acaner tu?

Takpe, saya pasti tak semua orang yang berfikiran macam tu, betul dak? Mesti ada jugak spesies-spesies Homo sapiens di luar sana yang ada macam-macam pendapat. 

Buat apa belajar tinggi-tinggi, lama-lama ke dapur jugak..
La, sume kerja rumah ni kan kerja orang perempuan.
Buat apa nak kerja, kan ada orang tanggung.

Biasa dengar? Biasa kan...

Hmmm... kalau macam tu, pernah dengar cerita para Muslimat dolu-dolu masa zaman Rasulullah s.a.w ikut berperang? Tugas mereka adalah untuk merawat tentera-tentera Muslimin yang tercedera dan juga memasak untuk mereka. Dan pernah dengar cerita tentang Saidatina Aisyah yang menjadi perawi hadith dan menjadi rujukan para sahabat? 

Macam mana pula dengan kisah Saidatina Khadijah yang menjadi ahli perniagaan yang sukses pada waktunya dulu? 

Jadi, siapa kata tugas wanita setakat di dapur dan rumah sahaja? 

Itu adat dan budaya semata-mata. Islam tidak mensyaratkan dan mengehadkan kebebasan wanita untuk bekerjaya asalkan mengikut panduan syariat dan pelaksanaan yang betul, serta niat yang baik.

Islam itu tidak menindas wanita, sebaliknya budaya dalam masyarakat itulah yang menindas. Tidaklah saya ingin menolak budaya masyarakat kita mentah-mentah. Tidak salah mengamalkan budaya, namun apa yang salah apabila budaya itu lebih dijunjung berbanding Islam.

Saya juga tidaklah membantah sekiranya dikatakan wanita sinonim dengan kerja rumah, memasak, dan mengemas. Memang saya tidak nafikan. Sebab itu fitrah wanita, sukakan kekemasan, sukakan orang makan hasil air tangannya. (Saya sendiri suka buat resepi sendiri, huhu.)

Tetapi, apa yang saya tidak setuju apabila tugas itu diletakkan sepenuhnya dan secara total ke atas wanita. Tidakkah kita tahu bahawa Rasulullah s.a.w dulu juga sangat ringan melakukan kerja rumah?

Jadi, tidak salah kan kalau adik lelaki, abang, anak, atau suami nak tolong kakak, adik perempuan, mak atau isteri buat kerja rumah? Kan bagus kalau kita meringankan beban orang lain? (Terutamanya pada wanita yang bekerjaya.)

Untuk kakak-kakak, adik-adik, dan puan-puan yang juga bekerjaya, especially pada yang berkecimpung dalam bidang seperti saya, janganlah risau, jangan bimbang. InshaAllah, apa yang kita lakukan di luar sana (di luar lingkungan rumah) untuk bekerja, Allah akan lihat. Dan semoga memberi manfaat pada orang ramai. Jadilah kita insan yang suka memberi.

Contohnya, di Malaysia, kita memang kekurangan doktor wanita. Jadi, tidak salah kan kalau sekiranya kita mahu menjadi doktor dan menambahkan lagi doktor Muslimah yang inshaAllah menambahkan stok-stok doktor yang berkualiti? 

Dan pada yang tidak bekerjaya dan menjadi surirumah, saya amat kagum dengan kamu semua. Sebab kamu sangat bersabar dan sangat tekun dalam menguruskan rumahtangga. Biarpun tidak bekerja, kamu meggalakkan suami, anak dan adik-beradikmu untuk terus beribadah dalam pekerjaan mereka. Itulah sumbangan kamu. Itulah ibadah kamu. Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi. May Allah bless. =)

Ok, rasanya cukup setakat ni entri untuk kali ni. Saya kena sambung balik study. Final exam dah nak mula Isnin minggu depan. Doakan saya. Assalamualaikum. =)

Wallahu'alam.

p/s : pada sesiapa yang berkenankan sorang doktor, sila baca artikel ni. Sila klik sini.
Isnin, 26 November 2012 0 ulasan

Oh Happy Circle!



my happy circle...

Alhamdulillah. Seronok berjogging dan mentadabbur Al-Quran.

Walaupun penat berjogging,

Hati rasa riang ria gumbira.

Zikir sentiasa di hati,

Al-Ma'thurat dilazimi,

Al-Quran dihayati, 

Lalu diamalkan dan disebarkan kebaikannya.


Alhamdulillah.

Ku renung wajah mereka satu persatu,

Lalu ku ukirkan

 senyuman yang paling manis

Buat mereka yang bernama sahabat.

Doaku panjatkan

 Agar ukhuwwah yang sweet ni berkekalan.

In shaa Allah. =)
Jumaat, 28 Oktober 2011 0 ulasan

Aii... sombongnya!!!


Jadilah mawar berduri @ wardah syauqiah...

"Aii.. sombongnya! Tak nak pandang orang pun.."
"Ek eleh, ada emas ke dalam mulut dia tu? Tak nak tegur aku pun."
"Muka masam je. Tak reti nak senyum ke?"

Huh...
Satu keluhan dilepaskan.
Dah lali dah. Banyak kali dengar orang cakap macam tu.( Lelaki je la yang cakap!)

Hmm... sebab apa lelaki je yang cakap macam tu dengan saya? (Tak termasuk family saya ye!)
Sebabnya....

Depan deme, saya buat muka ketat je, tak senyum pun.
Kadang-kadang kalau jumpa classmate lelaki, saya tak tegur pun.
Kalau ada projek dalam group, barulah banyak sikit cakap.

Kalau dengan perempuan, jangan cakaplah..
Senyum sampai ke telinga, macam-macam mende nak cerita.
Kadang-kadang saya yang pi sergah diorang.. hehe..

Bezanya ya cara saya layan orang kan? 

Sombong kan??? Ekstremis ek?

Tapi bagus apa saya camni?
Hah?? Tak percaya? Cuba dengar ustaz Kazim ni cerita..




Cewah!! Cam nak promote diri lah pulak..

Tapi kan...
Saya tau diorang bukan nak ngorat saya pun. Macamlah saya ni gadis pujaan Malaya.

Cuma nak tegur je... Tapi sebenar-benarnya, saya ni pemalu orangnya. Sampai kakak saya cakap saya ni alergik dengan lelaki! Ada ke patut dia cakap camtu! Nak kena sekeh akak ni!! Hehe..

Lagipun, kalau bercakap dengan deme tanpa urusan penting, boleh mendatangkan penyakit kat hati ni. Betul ma wa cakap!

How do I know?
Because I experienced it... 

Hah???
Bila masa??

Sabar la. Ni yang nak cerita ni.
 Waktu tu kat matrik. Saya ada kat bilik dengan roomate2 saya yang agak gila-gila. Tengah makan biskut kering cicah dengan milo. Terbaeek!!

 Tetibe, handset saya berbunyi..

For the rest of my life
I'll be with you
I'll stand by your side
Honest and true
To the end of my time
I'll be loving you

Saya pun buat donno je. Boleh pulak terlupa ringtone sendiri. Sebabnya, mana ada orang nak call saya. Kalau ada pun, mak je lah. Tapi untuk mak, saya dah setkan ringtone lain.

Roomate saya pulak yang ingatkan saya. Hehe... Eh??? Apa halnya dia ni tepon? Agak pelik gak la. Sebab dah lama tak dengar cerita. 

Jeng.. jeng..jeng.. Siapa dia? Takde sape pun. Kawan lama  je. Kawan dari kecik sebenarnya. Roomate saya pun dah start pelik. Bukan ke saya ni alergik dengan lelaki ke? Awatnya boleh sembang dengan dia?

Huhu.. saya pun tak tau. Maybe sebab dah lama tak dengar cerita. Tapi rasanya sebab kredit dia yang 'jalan'. Tu la, sape suruh. Dah tau guna no maxis, lagi mau tepon no celcom.

Sebenarnya, tak ingat pun apa yang kitorang sembangkan. Tapi lepas tu kan, rasa hati cam tak tenteram la. Rasa macam distracted. 

Eh, sori sikit. Jangan nak pikir yang bukan-bukan ye. Ingat ni Kuch Kuch Hota Hai ke.. It's not about that. Tapi saya rasa macam hati ni mula nak tumbuh bintik-bintik hitam. Camne ni? Rasa macam nak clorox je hati ni. And then, saya rasa, saya tak patut jadi camni.

So, saya try sibukkan diri dengan usrah, kawan-kawan and studies. Jangan dilupakan amalan ye.

Jadi, sebab tulah saya cakap, kalau bercakap dengan lelaki ajnabi tanpa ada urusan penting boleh menimbulkan penyakit. Jadi nak elakkan penyakit, kenalah cegah. Betul tak kawan-kawan?

Prevention is better than cure. Biasa dengar? No wonderlah sekarang ni pun ada Preventive Discipline dalam salah satu cabang medicine.



And then, orang cakap saya sombong. Sebenarnya, waktu kat sekolah lagi orang dah cop saya sombong.Tapi, do I even care? Ada aku kesah?

Let them talk. I'll leave the judgement to Him for He is my ghayatuna..

Renung-renungkan dan selamat beramal..


Ahad, 2 Oktober 2011 0 ulasan

Duhai Adam...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bismillahirrahmanirrahim.



Duhai Adam...

Apakah yang kau cari dalam diriku?

Keindahan paras rupakah?

Kalau begitu, maafkan saya.

Saya bukanlah untukmu...

Kenapa?

Sebab saya tahu

Mata itu banyak menipu

Akal dan juga hati

Kecantikan tu takkan kekal lama

Bila masa beranjak

Kecantikan itu makin pudar

Dan

bila itu terjadi

Tak mustahil awak akan meninggalkan saya...


Duhai Adam...

Apakah yang awak cari dalam diriku?

Ketenteraman dan ketenangan hati?

Kalau begitu, maafkanlah saya...

Saya bukanlah untukmu...

Kenapa?

Sebabnya

Ketenangan itu bukan datang dari saya

Tapi

dikurniakan oleh Yang Maha Esa

Saya ini juga insan yang lemah

Yang tak lepas dari keluh-kesah

Yang juga berusaha untuk mencari

Sebuah ketenangan...

Oleh itu,

serahkanlah diri kepadaNya...

InsyaAllah dada awak terasa lapang..


Duhai Adam...

Apakah yang awak cari dalam diriku?

Sebuah ketulusan hati?

Kalau begitu, saya bukanlah untukmu..

Kenapa?

Sebab

Hanya Dia sahaja yang tahu

Rahsia hati hambaNya..

Ketulusan itu tidak boleh dinilai

Melalui penampilan mahupun kata-kata

Ketulusan itu suatu yang subjektif

Jadi

Biarkan Dia sahaja yang menilai..


Duahai Adam...

Saya tak dapat menjanjikan kebahagiaan

Kerana bahagia itu bukan milik saya

Saya tak dapat menjanjikan ketenteraman

Kerana ketenteraman itu anugerah Tuhan

Namun

Saya hanyalah dapat memberimu

Sebuah kesetiaan

Selagimana awak menjadi imamku

InsyaAllah...


Selasa, 2 Ogos 2011 0 ulasan

Istimewanya Wanita!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


 Entri kali ni saya nak membangkitkan tentang isu  wanita. Yelah, nama blog ni pun niswah hasanah yang bermaksud wanita yang baik. Mungkin masih ramai lagi yang mempertikaikan taraf wanita di dalam  masayarakat. Ya, ramai wanita yang bangkit untuk menegakkan kesamarataan antara lelaki dan wanita. Masih ramai yang mempertikaikan pelbagai isu seperti soal warisan pusaka dan aurat.

Mereka sering bertanya,

"Kenapa lelaki dapat lebih banyak bahagian dari perempuan? Ini tak adil!"

"Kenapa lelaki tak payah nak tutup sana sini macam perempuan? Ini tak adil!"

"Kenapa lelaki boleh kahwin sampai empat? Ini tak adil!"

Astaghfirullah... Bagaimana seorang wanita yang beragama Islam boleh mengatakan sedemikian. Di mana mereka mencampakkan agama mereka? Ini adalah hukum Allah yang telah ditetapkan oleh Allah dalam Al-Quran. Sesunnguhnya Allah lebih Maha Mengetahui daripada kita yang mempunyai akal yang terbatas ni.

Cuba anda fikirkan, kenapa lelaki diberi  lebih banyak bahagian dalam pembahagian harta pusaka? Ini kerana lelaki mempunyai lebih banyak tanggungjawab. Siapakah imam dalam keluarga kita? Siapa yang perlu memberi nafkah? Bukan lelakikah?

Dan kenapa kita sebagai wanita disyariatkan menutup seluruh anggota badan? Wanita adalah hiasan dunia dan sebaik-baik wanita  adalah hiasan dunia. Nah, cuba kita telusuri balik, semua wanita adalah cantik walaubagaimanapun rupanya.

Dalam konteks menutup aurat ini, cuba kita analogikan antara gelang yang dijual di pasar dan gelang yang dijual di kedai Habib Jewel. Kalau anda mahu beli gelang, agak-agaknya kualiti gelang yang mana satu lebih baik? Gelang di pasar yang dipamerkan begitu sahaja tanpa kotak atau gelang di Habib Jewel yang sudah pasti dibalut dan disimpan dalam kotak yang cantik?

Jangan beritahu saya jawapannya kerana saya tak akan mendengarnya ( nanti orang lain  akan cakap anda gila pulak cakap dengan komputer.. hehe). Tapi anda tentukanlah sendiri jawapannya.


Gelang yang dijual di pasar

Gelang berlian yang tinggi kualiti


Berbalik kepada wanita tadi, Allah telah mengurniakan mahkota yang bernilai buat kita. Bukankah mahkota itu sangat bernilai harganya? Samalah seperti berlian yang terdapat pada gelang Habib Jewel itu tadi. Jika anda memiliki gelang Habib Jewel itu, adakah anda mahu menunjuk-nunjuk pada orang lain agar orang lain boleh merampoknya?

Mestilah tak kan... Jadi, sekiranya anda tidak mahu mahkota anda tergadai, maka anda haruslah menutupnya. Tengoklah, betapa sayangnya Allah pada kita. Apa yang diperintahkan-Nya hanyalah memberi kebaikan kepada kita. Baca firman Allah dalam kitab Al-Quran;


Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)

       Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan “Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Lagipun, bukankah gelang Habib Jewel yang tertutup dan tersimpan rapi itu mahal harganya? Jadi hanya yang mampu sahaja boleh membelinya. Samalah kita, seorang wanita muslimah yang sentiasa memelihara kehormatan dirinya selalunya akan disunting oleh pemuda yang berkeperibadian mulia.

Nah, tak adil lagikah Allah pada kita? Lagipun, Allah dah berjanji pada kita bahawa perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik. Jadi, jangan risau dan tak perlu berpakaian menjolok mata untuk menarik perhatian lelaki.

Apa lagi yang istimewa tentang wanita? Nah, syurga kan terletak di bawah tapak kaki ibu. Ibu itu bukan wanitakah? Bukankah Rasulullah telah bersabda bahawa ibu itu perlu diutamakan 3 kali sebelum ayah? Jika ayah dan ibu memanggil kita, kita haruslah mengutamakan ibu kita dan menyahut seruannya dahulu. Lagi pula, doa seorang ibu itu mudah dimakbulkan oleh Allah.

Tak puas hati lagi? Masih merasa Allah itu tidak adil pada wanita? Kalau begitu, mari kita lihat layanan terhadap wanita sabelum datangnya Islam.

  • Pada masa Perecles, 500 tahun sebelum Masihi ( perkembangan peradaban Yunani), wanita hanya dianggap berperanan sebagai pelayan cinta dan hawa nafsu, kelas masyarakat yang paling rendah, tak boleh bersekolah dan hamba kepada suami.
  • Aristotles berpendapat, wanita adalah makhluk yang kurang dan lemah serta tak mampu berdikari.
  • Plato pula mengatakan dalam bukunya, Republic, keheningan yang rendah itulah kemuliaan wanita.
  • Pada tahun 586, bangsa Perancis pernah mengadakan pertemuan di salah satu wilayah untuk membahaskan sama ada wanita dianggap manusia atau bukan. Akhirnya, mereka memutuskan bahawa wanita adalah manusia yang dicipta untuk melayani lelaki.
Begitu rendah sekali martabat wanita sebelum datangnya Islam. Tapi, kenapa kita masih tak bersyukur lagi? Allah dah meletakkan martabat wanita di tempat yang tinggi tetapi kita sendiri yang menjatuhkan martabat kita. Sama-samalah kita (terutamanya untuk diri sendiri) agar berubah menjadi yang lebih baik, insyaAllah.


Mehlah sama-sama kita jadi muslimah solehah!

Ahad, 31 Julai 2011 0 ulasan

Siapa itu Safiyya?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Kalau dibaca tajuk post ni, mesti orang ingat saya nak memperkenalkan diri bukan? Ha, meleset sama sekali sangkaan anda itu. Sebenarnya saya ingin menceritakan tentang seorang Ummul Mukminin yang mungkin ada di antara anda  yang tidak pernah mengetahuinya. Kebanyakan orang hanya mengenali Ummul Mukminin seperti Saidatina Khadijah dan Saidatina 'Aisyah. Sepertimana yang anda semua sedia  maklum, Saidatina Khadijah adalah isteri pertama baginda dan beliau tidak pernah dimadukan oleh sesiapapun sepanjang beliau menjadi isteri Rasulullah. Wah, begitu istimewanya  Saidatina Khadijah ini di hati Rasulullah s.a.w!

  Anda sudah rasa mengantuk? Bosan? Eh, janganlah begitu. Saya amat berharap anda boleh mencelikkan mata anda dan membuka dada anda ( hmm, bukan belah dada, operate hati macam cerita P. Ramlee tu ya!) untuk meneruskan bacaan. Baiklah, sebenarnya saya pun baru tahu tentang Ummul Mukminin yang bernama Safiyya binti Huyayy ini beberapa tahun yang lepas. Teruja lagi tambah excited bila dapat tahu bahawa saya diberi nama sempena Ummul Mukminin. Memanglah teruja tapi  taklah sampai kembang hidung ya! ( Melalut pulak)...  Minta maaf ya, saya ni memang macam ni.

   Sambung balik cerita. Jangan terkejut ya, sebenarnya Saidatina Safiyya binti Huyayy ini sebenarnya berketurunan Yahudi! Beliau merupakan anak kepada pemimpin Bani Nadir, Huyayy ibn Akhtab, seorang manusia yang sangat bencikan Rasulullah. Beliau dilahirkan di Madinah  oleh ibunya, Barra binti Samawal, seorang wanita dari Bani Qurayza.

    Hah, mesti anda terfikirkan, macam mana seorang wanita berbangsa Yahudi boleh menjadi Ummul Mukminin? Mesti anda semua penasaran kan? Kalau  nak tau, kenalah baca lagi. Baca, jangan tak baca. Rugi kalau tak baca. Bak kata kumpulan Snada dalam lagunya, Membaca.. Yuk.. mari membaca.. ( Kalau nak dengar lagu dia, carilah kat 4shared @ youtube ya!)

  Pernah anda dengar @ terbaca tentang perang Khaybar? Nah, inilah peristiwa yang membawa kepada perkahwinan antara Nabi Muhammad s.a.w dengan Saidatina Safiyya. Ketika  itu, Safiyya baru sahaja berusia 17 tahun. Perang Khaybar menyaksikan pertarungan antara kaum Yahudi dan umat Islam pada tahun 7 Hijrah. Perang itu telah dimenangi oleh kaum Muslimin dengan izin Allah.

    Saidatina Safiyya yang telah kematian ayah dan suaminya dijadikan tawanan. Ketika itu, Saidatina bersama sepupunya dibawa menghadap Rasulullah. Awalnya, Saidatina Safiyya seharusnya bernikah dengan Dihya Ibn Khalifa, namun akhirnya beliau ditakdirkan untuk bernikah dengan baginda Rasulullah. Ketika itu, baginda berusia 60 tahun. Manakala, Dihya dinikahkan dengan sepupu Saidatina Safiyya.

    Maka, Saidatina Safiyya pun memeluk agama Islam. Hmm... sebenarnya, ada suatu yang menarik telah berlaku sebelum pernikahan mereka. Kalau anda semua mahu tau, semasa Saidatina masih menjadi isteri Kinana ibn Al-Rabi, beliau pernah bermimpi bahawa bulan telah jatuh ke ribanya. Mendengarkan perkara ni, Kinana menjadi sangat marah kerana ini menandakan bahawa Saidatina Safiyya bercita-cita untuk berkahwin dengan Rasulullah s.a.w.

   Oh ya, kalau diselusuri keturunan Saidatina Safiyya ni, beliau merupakan  keturunan 'direct' daripada Nabi Harun Alaihissalam. Sebenarnya, banyak benda lagi nak cerita, tapi masa tak mengizinkan pulak..Takpe, anda boleh search kat mana-mana search engine tuk mengetahui kisah beliau dengan lebih lanjut..  

Jadi, anda semua dah tau serba sedikit tentang Saidatina Safiyya bukan? Ya, itulah antara kisah hidup beliau. Tapiiiiiii................ ( panjangnya tapi, hehe) anda belum mengenali saya yang juga seorang Safiah. Banyak benda yang teman nak tulis,nak kabo kat kome. Hah, tu dia, kan dah keluar slang Perak tu... Jadi, kalau rasa tulisan saya ni bermanfaat untuk anda semua, bolehlah follow blog saya ye.....

amacam? ada gaya tak macam blogger?

     




  

Recent Comments

 
;