Memaparkan catatan dengan label Siri : Diari Ramadhanku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Siri : Diari Ramadhanku. Papar semua catatan
Selasa, 24 Julai 2012 0 ulasan

Diari Ramadhanku #3

Isnin, 3 Ramadhan 1433, 23 Julai 2012
11.00 malam - Guest room


Bermulalah hari pertama aku tinggal di rumah Kak Najwa. Hari ni Terengganu diberi cuti sempena memenangi SUKMA yang baru je berakhir hari tu. Aku dan Kak Najwa mengambil kesempatan ni untuk mengemas rumah. Mestila kena jadi muslim produktif musim-musim cuti ni.

Al-maklum la, dah berapa hari ditinggalkan. Kak Najwa baru je balik dari Singapura. Katanya, dia ada meeting dengan consultant kat sana.Hmm..  tu la kerja Kak Najwa. Selalu kena pergi oversea atas urusan kerja. Nama pun bekerja dengan Petronas. 

Sedang berkemas, aku terjumpa beberapa album lama. Kerja-kerja kitorang tergendala sekejap dek kerana excited tengok gambar-gambar lama.

Nostalgia betul. Dah macam orang tua yang mengenang zaman muda remaja dulu. Hehe. Rindunya zaman budak-budak dulu. Teringat dulu suka sangat main batu seremban dengan Anna. Belum masuk main galah panjang, ayam dengan musang dan tinting. 

Bestnyer... (^_^)

Oh, lupa pulak. Hari ni, kitorang diajak untuk iftar beramai-ramai kat rumah bos Kak Najwa. Haji Abu Bakar namanya. Haji Abu Bakar dan isterinya sangatlah peramah. Biarpun ada rumah banglo  yang besar dan pangkat yang tinggi (Senior Manager tu!), diorang sangat humble dan tak bermegah-megah.

Thumbs up!

Sangat-sangat best suasananya. Ramai kawan-kawan sekerja Kak Najwa yang datang. Macam... satu family.  Jangan jeles ye, kitorang buat bbq untuk iftar. Hehe.

Malam tu, kitorang solat Maghrib, Isya' dan tarawih berjemaah di rumah Haji Abu Bakar diimamkan oleh salah seorang kawan sekerja Kak Najwa. Usai solat, sedikit pengisian dikongsikan oleh Encik Hassan, salah seorang Senior Manager jugak. 

Meskipun disampaikan dalam keadaan yang santai, tapi masih mampu menusuk kalbu dan menyentuh jiwa sesiapa yang mendengarnya. Siapa kata engineer tak boleh jadi macam ustaz? Ish.. ish.. stereotaip ni PERLU dibuang.Oh, tak dilupakan juga tadarus Al-Quran selepas tu. 

Alhamdulillah, syukur untuk hari ni. (^_^)

********************************************************************************

"Kak Najwa, kita nak pergi rumah siapa ni?" Hana bertanya.

"Kita nak pergi rumah bos akak. Haji Abu Bakar namanya. Dia ajak kita dan kawan-kawan sekerja akak sekali. Iftar kat sana. Solat pun sume kat sana."

"Oh, okie dokie. Tapi kan, Hana ni macam menyibuk je ikut akak. Boleh ke?" Hana tergaru-garu kepalanya yang tak gatal.

Kak Najwa tersenyum. 

"Tak lah. Bos akak tu baik orangnya. Dia suruh bawak family sekali. Baru meriah."

Hana terdiam. Bermacam-macam andaian yang bermain dalam kotak fikirannya. Macam mana agaknya bos Kak Najwa ni? Kawan-kawan sekerja dia? Macam mana pulak dengan makanan nanti? Cukup ke? Solat kat sana sekali? Kat masjid yang dekat-dekat situ?

"Ok, kita dah sampai."

"Hah? Cepatnya!" Hana tersentak.

"Memang la rasa cepat kalau awak tu asyik berangan je. Entah dah sampai mana entah. England kot?" Kak Najwa cuba berseloroh.

"Taklah. Dah sampai bulan. Sampai dulu dari Mejar Faiz. Hehe."

"Ishk.. ishk.. ishk.. apa-apa je la Hana. Dah, jom kita masuk. Diorang dah nak mula masak tu. Baik kita tolong apa-apa yang patut."

"Okie dokie. Aiyay, boss!"

Lantas, salam diberi. Kelihatan seorang wanita berusia dalam  lingkungan lewat 30-an membuka pintu. Waduh, sangat manis tampan mukanya. Bagaikan ada nur di wajah. Itulah dia isteri Haji Abu Bakar. Hajah Sumayyah namanya. Indah namanya secantik tuan punya badan.

"Waalaikumussalam. Oh, kamu rupanya Najwa! Siapa yang kamu bawak ni? Cantik dan ayunya!"

Hana tersipu-sipu malu diperkatakan begitu. Terus dicapai tangan Hajah Sumayyah untuk disalami.

"Ni adik saya, Hana. Baru sampai dari Kuala Lumpur semalam. Saja ajak dia sekali."

"Oh, ye ke? Jemputlah masuk, Najwa, Hana. Sila, sila. Jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri."

Ketiga-tiga mereka tersenyum. Langkah kaki dihayun ke dapur. Nampaknya, ramai juga yang menolong. Kak Najwa memperkenalkan aku kepada teman-temannya. Aku disambut baik oleh mereka. Peramah sungguh orang-orang Petronas ni ye!

Tanpa membuang masa, aku dan Kak Najwa menolong apa yang patut. Mengisar campuran bawang merah, bawang besar, bawang putih dan lada kering untuk dibuat sambal. Menyediakan air minuman, membuat sos pencicah untuk ikan bakar.

"Kak Sumayyah, ada arang lagi? Arang kat luar dah nak habis." Kedengaran satu suara dari luar.

Tergendala kerja-kerja Hana seketika.'Macam pernah dengar suara tu.' Hati Hana berbisik. Lalu dibuka tingkap di hadapannya. Hana terpempan.

'Abang Malik?'

*********************************************************************************

Tamam solat tarawih berjamaah, hadirin yang berada di situ bersalaman. Ceria sungguh muka mereka. Oh, indahnya sebuah pertemuan! Bertemu dan berpisah kerana Allah. Rasa seperti sebuah keluarga yang besar di sini.

Usai bersalaman, mereka membentuk satu halaqah ataupun bulatan besar di ruang tamu yang sedia besar itu. Sofa berwarna kuning cair dialihkan sedikit untuk memberi ruang kepada hadirin. Kelihatan Malik mengambil tempat di penjuru ruang tamu tersebut.

Atas permintaan ramai, satu sesi pengisian diadakan untuk menambahkan ilmu di dada. Bukankah menuntut ilmu itu sangat dituntut dalam Islam? Di sinilah tempat untuk menimba dan menghargai ilmu. Dan yang penting sekali, ilmu perlulah diamalkan.

Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah. Tapi jika beramal tanpa ilmu, huru-hara jadinya.

"Ilmu tanpa amal, gila dan amal tanpa ilmu, sia-sia." ~Imam Al-Ghazali~

Majlis dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah. Encik Fariz bertindak selaku pengerusi majlis. Coolio. Stylo. Dah lama Hana tidak merasakan suasana begini sejak meninggalkan SMKA Kuala Lumpur tiga tahun yang lepas. Hampir menitis air matanya.

'Oh, rindunya suasana macam ni. Dulu aku berpeluang ada dalam suasana macam ni. Tapi aku sia-siakan. Memanglah aku manusia yang tak tau bersyukur.' Rasa menyesal dan insaf meresapi jiwa Hana.

Hana cuba menumpukan fokusnya. Tak mahu lagi mensia-siakan peluang yang ada! Kena rebut ni! Haji Abu Bakar pun memulakan bicara setelah dipersilakan oleh Encik Fariz.

"Bismillahirrahmanirrahim. Sebelum saya mulakan, saya nak tanya satu teka-teki. Dalam banyak-banyak benda, apa dia yang mesti ada sebelum kita masuk bilik?" Haji Abu Bakar memandang hadirin di depannya satu persatu.

"Badan kita sendiri!" Jawab salah seorang yang berada di situ.

"Pintu!"

"Tombol pintu!"

"Isteri! Hehe.." Jawapan itu mengundang ketawa semua yang berada di situ. Ish, ke situ pulak!

Haji Abu Bakar hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersengih.

"Ish.. ish.. ish..macam-macam. tettt... jawapan yang kamu sume bagi sumenya salah. Jawapannya yang sebenar mestilah kunci. Kalau takde kunci, macam mana nak masuk bilik, ye dak?"

Para hadirin mengangguk-angguk mengiakan kenyataan tu.

"Jadi, apa sebenarnya yang saya nak bawak hari ni adalah pasal kunci. Bukan sebarang kunci, bukan kunci rumah, bukan kunci kereta dan bukan jugak kunci peti simpanan emas. Kunci ni sangat spesial, dan selalu disebut-sebut oleh Muslim serata dunia."

"Itulah dia Kunci Al-Quran, iaitu Al-Fatihah. Al-Fatihah membawa maksud pembukaan. Surah pertama dalam Al-Quran. Surah yang sangat istimewa hingga dipanggil Ummul Kitab yang bermaksud ibu dari Kitab. Al-Fatihah juga ada beberapa nama yang lain seperti al-Kanz (Perbendaharaan), al-Wafiyah (yang melengkapi), al-Hamd (puji-pujian) dan surah As-Shalah (solat)  menurut penulis Tafsir al-Kasysyaaf."

Hana laju mencatat di dalam buku nota kecilnya. Al-Quran mini yang sentiasa dibawanya kini dibuka.

"Dipanggil Perbendaharaan kerana ia diturunkan dari Perbendaharaan di bawah Arsy. Ia bernama Melengkapi sebab seluruh syariat tersimpul dalamnya. Ianya juga dipanggil Puji-pujian sebab dimulakan dengan puji-pujian kepada Allah."

Haji Abu Bakar berhenti sebentar. Memandang lagi hadirin di hadapannya.

Kenapa Al-Fatihah wajib dibaca dalam solat? Kenapa mesti surah Al-Fatihah? Kenapa majlis dimulakan dengan Al-Fatihah? Apa lebihnya Al-Fatihah berbanding surah lain?"

"Al-Fatihah tu cuma ada 7 ayat je. Kenapa tak amik Surah Yasin yang ada , Surah Al-Baqarah sebagai Ummul Kitab? Lagipun, Al-Fatihah bukan surah pertama yang diturunkan. Kenapa bukan Surah Al-'Alaq? Kenapa?" Intonasi Haji Abu Bakar ditegaskan.

Hadirin semua berpandangan sesama sendiri. Mungkin sebab tidak pernah terfikir sebelum ni. Kak Najwa di sebelah dikerling. Khusyuk mendengarkan pengisian yang mantap.

"Ini sebab seluruh isi Al-Quran yang mempunyai 114 surah dan 6,236 ayat tu telah tersimpul dalam Al-Fatihah. Ia merangkumi aspek aqidah, ibadah dan syariah.

"Aqidah adalah persoalan pokok yang perlu kita dalami. Bayangkan plant kita yang beso gedabak tu. Kalau takde foundation yang kuat, nescaya runtuhlah bangunan tu. Sebatang pokok tanpa akar yang mencengkam tanah pastilah tumbang menyembah bumi."

"Al-Fatihah dimulakan dengan puji-pujian kepada Allah yang menyatakan Allah sebagai Rabbi yang bererti Pemelihara, Pengasuh, Pendidik dan Penyubur. Diikuti oleh ayat yang menyebut 2 nama Allah, iaitu Ar-Rahman, Yang Maha Pemurah dan Ar-Rahim, Yang Maha Penyayang. Kita boleh nampak kat sini betapa pertalian Khaliq dengan hambaNya, yang akan dihuraikan berulang-ulang dalam Al-Quran."

"Cuba kita tengok balik diri kita. Check balik diri kita. Allah tu sangat-sangatlah sayangkan kita. Sangat-sangat sweet. Tapi adakah terukir namanya dalam hati? Ada ke ruang dalam hati kita untuk cintaNya? Pernah tak kita menangis sebab teringat Dia? Pernah tak rasa rindu nak berdua-duaan dengan Dia macam kita rindukan buah ahti pengarang jantung kita?"

Hana terpana. Air mata mengalir deras. Ya Allah, ampunkan hambaMu ni!

Bersambung...................

p/s : Kalau nak tau lagi lanjut pasal tafsir Al-Fatihah, boleh rujuk link kat bawah :
Tafsir Ibn Kathir
Tafsir Surah Al-Fatihah

Sumber :
1) Al-Quran Al-Karim
2)Prof Dr. Haji Abdul Malik Abdul Karim (HAMKA). "Surat Al-Fatihah." Tafsir Al-Azhar. 2nd ed. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd, 1993. 59-68. Print.
Ahad, 22 Julai 2012 0 ulasan

Diari Ramadhanku #2

Ahad, 2 Ramadhan 1433, 22 Julai 2012
9.30 malam - Bilik Kak Najwa

Alhamdulillah. Selamat jugak aku sampai ke Paka. Rasa rindu yang menggunung pada kakak terchenta terubat. Bila difikir-fikir balik, tak pernah aku naik bas berjam-jam lamanya macam ni. Memang satu pengalaman baru.

Naik kematu dibuatnya. Hehe. Dari pukul 10.00 pagi hingga pukul 3.00 petang lamanya. Mana taknya, jarak antara Kuala Lumpur dan Terengganu kan jauh. Tapi perjalanan yang lama itu sempat aku isi dengan bacaan Al-Quran serta tafsirnya.

Sungguh, sebelum ni, mata aku hampir terjojol keluar saat pertama kali aku melihat Kak Aisyah mengeluarkan Al-Quran untuk dibaca ketika di dalam LRT. Memang pelik bin ajaib sungguh pada aku.  Memang boleh bagi aku shock waktu tu! Ye la, waktu tu aku ni jarang sangat nak baca Al-Quran. Dibiarkan je berhabuk kat dalam almari.

Alhamdulillah, kini baru aku tau, baru aku rasa indahnya jika sentiasa bertemankan Al-Quran.Bagaikan membaca surat cinta dariNya. (^_^) Best giler!!

Yang paling tak boleh lupa, hari ini dalam sejarah, buat pertama kalinya aku memasak juadah untuk berbuka puasa. Masakan pertama aku : Ikan kerapu bakar yang hangus terbakar. Hehe. Tapi kan, yang terharunya, Kak Najwa sanggup habiskan ikan tu dengan muka yang manis sekali. 

Wah, begitu sekali dia menghargai masakanku yang aku sendiri tak lalu nak makan!

*************************************************************************

Jam menunjukkan pukul 7.20 pagi. Cermin besar itu dihadap dan pin disemat ke tudung. Hana meneliti penampilannya sekali lagi. 

Tudung Akel bidang 55' yang dipakai hanya dibiarkan lepas tanpa ikatan melilit kepala. Muka disapu tipis dengan bedak. Lip bum dioles sedikit pada bibir. Matanya melurut ke bajunya. Baju T-shirt labuh berwarna hijau kekuningan dipadankan dengan seluar slack hitam. Oh ya, stokin juga tak dilupakan.

Ok, sudah rapi dan kemas. 

Pintu bilik Hana diketuk. Kedengaran suara ibunya di luar bilik.

"Hana, kamu dah siap ke belum? Lamanya bersiap... macam anak dara je."

'Ek eh, mak aku ni. Memang la aku ni anak dara. Hehehe. Macam-macam la mak ni. Ada-ada aja idea nak kenakan orang.' Bisik hatinya.

"Dah siap dah mak. Mesti la lama, kan orang ni puteri raja, kenalah bersiap lama sikit. Betul tak, mak?"

"Ish.. kamu ni. Umur dah lanjut pun nak main puteri raja segala. Tak padan la. Lain la kalau mak ni. Muda remaja lagi."

Gelak ketawa kami terus meletus. Ada-ada saja kerenah mereka berdua anak-beranak. Bahagia sungguh gamaknya.Sedang mereka asyik bergurau senda, satu suara garau menyampuk perbualan mereka. Suara abah Hana mematikan gelak tawa mereka.

"Sudah-sudah la ketawa tu. Hana, dah siap semua barang-barang kamu? Abah nak pergi kerja dah ni."

Kelam-kabut Hana dibuatnya. Lantas, dia terus berlari mendapatkan barang-barangnya dan memasukkannya ke dalam kereta.

*********************************************************************************

Pukul 9.00 pagi. Matanya liar memerhatikan beberapa bas yang berada di Hentian Putra waktu itu. Keadaan stesen bas yang hingar-bingar tidak mengganggu dirinya.

'Ada banyak masa lagi ni. Rugi kalau aku duduk melongo je kat sini.' Hati Hana berbisik.

Kaki dihayun laju ke arah surau. Hana terus berwudhu'. Tidak mahu melepaskan kesempatan yang ada, solat sunat Dhuha ditunaikan.

Ada beberapa pendapat ulama' tentang hukum menunaikan solat Dhuha ini. Ada yang mengatakan ia adalah sunat secara mutlak dan dilakukan setiap hari. Ada juga yang berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat dan tidak dilakukan pada setiap hari.

Namun, jumhur ulama' mengatakan bahawa solat sunat Dhuha adalah termasuk amalan sunat muakkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin. Rasulullah S.A.W sering melakukannya, bahkan menganjurkan para sahabat untuk melaksanakannya. Baginda juga pernah mewasiatkan perlaksanaannya kepada beberapa sahabat.


Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata:

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ

صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَام.َ

Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.


Jam tangan kesayangannya itu dikerling. Pukul 9.15 pagi. Masih awal lagi ni. Lalu Al-Quran berserta tafsir berwarna merah jambu ditarik keluar dari beg sandangnya. Hana menyambung semula bacaannya yang terhenti pada muka surat 31.

Sewaktu membaca ayat 208 surah Al-Baqarah, hatinya dipagut sayu. Sebak datang menyerbu. Kenangan lalu menggamit rasa.

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalm Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu."

Sungguhlah terasa terkena di batang hidung sendiri. Hana tersenyum kelat mengenangkan dirinya yang dulu.

Hana yang dulu jarang baca Al-Quran, apatah lagi menghayati tafsirannya.

Hana yang dulu sangat liat nak solat. Kalau solat pun, selalunya di penghujung waktu.

Hana yang dulu tidak pernah menghayati Islam sebagai cara hidup, sebagai Ad-din.

Hana yang dulu selalu merungut, tak pernah rasa puas dengan apa yang dia ada.

Hana yang dulu suka menghabiskan masa dengan benda-benda yang lagha.

Hana yang dulu....

Pendek katanya, dulu dia tak pernah menghargai dua nikmat terbesar di dunia ini, iaitu nikmat islam dan nikmat iman. Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan buat dirinya untuk memperbaiki dirinya. Syukur tak terhingga atas kurniaan Ilahi.

Hana menamatkan bacaannya pada muka surat 33. Al-Quran mini tersebut disimpan. Langkah kaki dihayun ke ruangan menunggu bas. Kedengaran satu pengumuman sebaik saja Hana tiba.

"Perhatian kepada penumpang yang akan menaiki bas Sani Ekspres ke Dungun pada pukul 10.00 pagi, anda dipersilakan naik ke dalam bas yang bernombor PKT 2."

Bismillahirrahmanirrahim. Paka, here I come!

Bersambung..................

p/s : ada satu lagi video yang saya nak share kat sini. happy ramadhan and enjoy.(^_^)



Sabtu, 21 Julai 2012 0 ulasan

Diari Ramadhanku #1

Sabtu, 1 Ramadhan 1433, 21 Julai 2012
10.45 malam - Bilik kesayanganku!

1 Ramadhan. Hari pertama berpuasa dalam bulan mulia ni. Sangat bermakna. Alhamdulillah. Tak kusangka begini jadinya. Betullah kata orang, ada hikmah di sebalik sesuatu.

Rasa sebak sangat waktu solat Subuh pagi tadi. Pertama kali aku merasa begini. Nikmatnya luar biasa! Teringat waktu dolu-dolu. Selalu aje bangun lambat. Subuh pulak, jangan ditanya. Subuh gajah, orang kata! 

Heh. Teruknya aku dolu-dolu. Ya Allah, Kau kuatkanlah dan bimbinglah aku untuk terus memperbaiki diriku ni. Tanamkanlah rasa cinta terhadapmu dalam hatiku ni ya Rabbul 'Alamin. 

Mood : Sebak + Happy + Excited.

********************************************************************************
Diari ditutup. Hana menarik nafas dalam-dalam. Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan untuk berjumpa dengan tetamu spesial ni. Takkan dilepaskan dan disia-siakan lagi peluang keemasan yang terbuka luas ni. InsyaAllah.

Matanya melilau ke sekitar ruang kamarnya. Terhenti pula pada almari pakaiannya. Dia teringat sesuatu.

'Kena mula kemas barang ni. Nanti lambat pulak esok kalau tak kemas sekarang.' Bisik hatinya.

Lantas, langkah diatur. Almari dibuka. Bagasi yang terletak elok di atas almari dicapai. Matanya tertancap pada pakaiannya. Memori lama mula mengetuk minda. 

"Kau ni, nama je anak ustaz. Tapi, perangai tak semenggah betul. Boleh pulak lepak dengan we alls ni. Tapi takpe, I like..." Jane atau nama sebenarnya Jannah dengan selambanya menegur Hana.

"Ala, yang ustaz tu bapak aku. bukannya aku. Suka hati aku la. Best apa lepak dengan korang. Bukannya korang pi clubbing ke apa, kan? Setakat tuang kelas, tengok wayang, pi konsert, berjimba sana sini. Kira ok apa."

"Takde la. Kau tu perempuan bertudung. Tak macam kitorang ni." Mia (nama sebenar : Sumayyah) pulak menyampuk.

"Bertudung ke, tak bertudung ke, hak akulah nak pi mana, nak buat apapun. Yang penting aku tau yang mana baik, yang mana buruk. Aku tau lagilah yang mana halal & yang mana haram."

"Hmm.. ok. Apa-apa la. Wei babe, jom kita pi tengok wayang malam ni. Midnight movie. Nak tak? Jom la.." Sam yang diam sejak tadi mula bersuara.

"Jom!" Serentak Hana, Mia dan Jane menyahut.

Ketukan di pintu mematikan lamunan Hana. Cepat-cepat dia membuka pintu. Kelihatan ibunya terpacul di depan biliknya.

"Ada apa mak panggil Hana?"

"Takde apa-apa. Mak nak ingatkan Hana kemas barang je. Esok abah hantar pukul 7.30. Dah mula kemas dah?"

"Baru je nak kemas mak. Hehehe." Hana tersengih menunjukkan giginya yang memang putih.

"Hmm.. kemaslah cepat. Kalau lambat esok, abah tinggalkan kamu. Mak buat tak tau je nanti."

"Ye la, mak."

Ibu Hana pun berlalu. Pintu ditutup. Hana meneruskan kerjanya yang tergendala tadi. Satu persatu baju dilipat dan dimasukkan ke dalam beg. Tak dilupakan juga tudung-tudung yang baru sahaja dibelinya semalam.

22 Julai 2012.

Esok, Hana akan bertolak dari Kuala Lumpur ke Paka, Terengganu. Mahu temankan kakaknya serta mengambil peluang untuk mengikuti beberapa program menarik di sana sepanjang cuti semester ni.

Bila sahaja teringatkan kakaknya, Kak Najwa, fikiran Hana teringat pada Kak Aisyah. Mereka berkongsi banyak persamaan. Akhlak yang baik, tutur katanya teratur dan sopan, ibadah terpelihara. Dan, yang menariknya, mereka berdua istiqamah mengenakan purdah yang tersemat rapi menutupi wajah mereka yang sememangnya cantik dan gebu.

Alhamdulillah. Suatu ketika dulu, saat hati Hana dilukai oleh teman lelakinya yang bermain kayu tiga, Kak Najwa dan Kak Aisyahlah yang memberinya semangat, yang membawanya kembali untuk mengenali Allah, mendekatkan diri padaNya. 

Hana sangat tertarik pada cara pendekatan Kak Aisyah. Dia tak cepat menghukum dirinya. Terkenang semula detik pertama bertemu dengan Kak Aisyah.

"Sobb... sob.. sob..  Sam! Lelaki tak guna! Sia-sia aku setia dengan kau, camni balasan yang aku dapat!  Boleh pulak dia pergi dating dengan minah celup mana entah! Grr... geramnya!"

Dari kejauhan, ada sepasang mata yang memerhatikan gelagat Hana. Lantas, dia menghampiri Hana.

"Assalamualaikum, dik. Boleh akak duduk kat sini?"

Hana memandang wanita berpurdah tu dengan pandangan yang pelik. Ada tafsir Al-Quran di tangan kanannya.

Kepala diangguk sedikit. Namun, salamnya tidak dijawab. Kak Aisyah pun tanpa berlengah-lengah mengambil tempat di sebelah Hana.

"Terima kasih, dik. Nama akak, Aisyah Humaira' binti Ishak. Salam perkenalan. Nama adik siapa?"

Kening dah mula buat terangkat sebelah.'Apa hal minah ni? Tetiba je perkenalkan diri. Aku tak tanya pun.'

Soalan Kak Aisyah dibiarkan tidak berjawab. Kak Aisyah lalu menyuakan sandwich padanya.

"Takpe la kalau adik tak nak bagitau nama adik. Akak saja je nak kenal-kenal adik. Boleh tambah ramai kenalan. Hmm... akak ada sandwich lebih ni. Adik nak tak?"

Hana memandang sepi sandwich yang dihulurkan itu. Lalu menggeleng.

"Takpe la, kak. Saya takde selera. Saya pergi dulu. Akak duduklah sini ya." Tanpa menoleh ke belakang,  Hana berlalu pergi.

Semenjak pertemuan pertama itu, Kak Aisyah sering mencari peluang untuk berbual dengannya. Mula-mula Hana tidak mempedulikannya. Namun, setelah dilihat kesungguhan Kak Aisyah untuk menghubungkan silaturrahim, lama-lama hatinya terbuka untuk bersahabat dengan Kak Aisyah.

Ketukan di pintu sekali lagi mematikan lamunan Hana. Dari luar, suara ibunya jelas kedengaran.

"Hana, kamu dah siap kemas ke belum?"

"Err.. belum lagi mak. Kejap lagi siaplah ni."

"Ishk.. ishk.. lamanya berkemas. Ni mesti kamu mengelamun dari tadi. Dah sampai mana dah?"

"Planet Marikh! Hehe" Dengan lajunya Hana menjawab.

"Ada-ada je la kamu ni. Dah, cepat siapkan barang kamu tu." 

"Yes, boss!"

Dan, Hana pun meneruskan kembali kerja-kerja mengemas. Ok, sekarang tengok balik checklist barang :

( / )  Baju T-shirt labuh
( / ) Seluar
( / ) Stokin kaki dan tangan
( / ) Tudung warna-warni
( / ) Telekung
( / ) Tafsir Al-Quran 
( / ) Al-Ma'thurat
( / ) Kasut
( / ) Buku ilmiah
( / ) Diari
( / ) Toiletries
( / ) Tuala dan kain batik

Ok, semua dah lengkap. Masa untuk tidur. Eh, nanti dulu. Ambil wudhu' dulu. Al-Mulk tidak dilupakan. 

Tak sabarnya nak tunggu esok!

Bersambung... to be continued...

p/s : ni cubaan pertama menulis cerita bersiri. harap boleh tinggalkan komen selepas membaca. oh ya, kat sini, nak share satu video, baru jumpa kat youtube. enjoy (^_^)




Recent Comments

 
;