Memaparkan catatan dengan label Cerciter. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerciter. Papar semua catatan
Ahad, 21 Oktober 2012 0 ulasan

Beratnya 'bahu' ni.


Credit
Tanggungjawab.

Taklifan.

Amanah.


Semuanya memerlukan komitmen. Semuanya menuntut perhatian. Dan semakin meningkat umur seseorang itu, semakin meningkatlah tanggungjawab yang dipikul. 

Seorang adik mungkin boleh menjadi seorang abang/kakak bila ibunya melahirkan seorang lagi anak.

Seorang kawan bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan kawannya.

Seorang mahasiswa perlu  dengan pelajarannya.

Seorang ayah perlu menjaga ahli  keluarganya.

Seorang doktor bertanggungjawab merawat para pesakit.

Sungguh. Hidup ini tak lari dari tanggungjawab dan taklifan. Siyes. Tak tipu. Kalau tak percaya, sila buat cohort study, case study ataupun cross-sectional study. Ataupun lagi best, experimental test. InsyaAllah dapat data yang sejibik macam yang dinyatakan tadi.

Dan, dalam menjalankan taklifan tersebut, maka banyaklah rintangan yang datang melanda. Ribut,pasir jerlus, banjir, kena baham dek pemangsa rakus, kena tembak dek peluru berpandu dan bermacam-macam lagi.

Biasa la tu. Lumrah kehidupan.

Itulah yang saya sendiri alami selama saya hidup 20 tahun di atas muka bumi ni. Tapi, tak perlulah saya membuka cerita yang panjang berjela tentang hal ni.

Bagi yang bergelar pelajar ataupun mahasiswa macam saya ni, ingatlah, kita ada tanggungjawab yang besar. Baik dari segi tarbiyah, akademik, dakwah, menjaga silaturrahim, pengislahan diri dan yang sama waktu dengannya.

Di sini, saya nak berkongsi cerita sepanjang saya memegang title seorang siswi MBBS.

Credit
Terus-terang saya katakan, jadual kelas saya agak padat (walaupun tak sepadat dental student). Kelas bermula seawal 8 pagi dan berakhir pada pukul 4.30 atau 5.00 petang, bergantung pada hari tersebut. Waktu petang selalunya diisi dengan meeting persatuan ataupun usrah sampailah pukul 7.00 malam (kebiasaannya.).

Waktu malam pulak diisi sama ada dengan meeting projek @ persatuan ataupun study group. Belum dikira lagi gerak kerja projek dan assignment yang perlu dibuat plus revision sendiri. Masa tidur memanglah sangat minimum. Fuhh... kadang-kadang, 24 jam yang diberi tu macam tak cukup.

Kadang-kadang, sampai tak sempat nak study dan akhirnya tersengguk-sengguk dalam dewan kuliah dek kurangnya tidur. Memang sangat-sangat merugikan. Saya selalu terfikir, 'Patut ke aku terus-terusan macam ni? Tak boleh macam ni, aku kena buat something!'

Jadi, solusinya?

Credit
Firstly, betulkan niat. Sentiasa perbaharui niat. Review balik sebab kita buat sesuatu tu. Mesti ada sebab yang kukuh kenapa kita buat benda tu. Contohnya, belajar Pathology. Untuk apa belajar Pathology? Tau tak Pathology tu amat penting untuk buat diagnosis nanti? Kalau salah diagnosis macam mana? Patient jugak yang jadi makin kronik. Bukan ke tu tanggungjawab seorang doktor?

Bukankah Allah dah beri peluang pada kita, beri kepercayaan pada kita untuk pegang tanggungjawab tu? Kalau tak, Allah takkan letakkan kita kat bidang-bidang tertentu. Allah lebih tahu tentang keupayaan dan kemampuan kita. 

Prioritise. Utamakan yang utama. Kadang-kadang, dalam satu masa tu, banyak sangat benda yang kita nak buat.  Yang ni tak siap, yang tu panggil meeting, yang situ ajak keluar. Cuba timbang tara baik buruknya kalau kita buat sesuatu tu.

Contohnya, pada satu malam tu, kita ada 3 hal yang berbeza. Satu, study untuk test 2 hari lagi. Dua, gerak kerja untuk projek yang akan berlangsung seminggu je lagi dan korang adalah ketua biro protokol yang akan menentukan flow majlis. Tiga, family datang dari jauh dan ajak korang keluar makan.

Macam mana nak buat tu? 

Ok, kita lihat dari sudut kebaikan dan keburukan dari jangka masa pendek dan panjang. Yang saya nampak kat sini, study untuk test tu adalah most important and urgent. Projek tu important dan urgent jugak tapi kureng sikit dari test tu. Family pulak important tapi tak urgent. 

So, konklusinya kat sini, untuk tak mengecewakan family yang datang dari jauh, boleh keluar dengan diorang tapi dalam masa terhad, contohnya, sejam. Bincang dengan deme elok-elok dan fahamkan deme yang korang ada test dan korang kena study. InsyaAllah deme faham dan deme akan support kome. Pasal projek tu, mungkin boleh pass pada ahli-ahli yang tiada apa-apa komitmen pada malam tu.

Hmm.. ini pendapat saya. Kalau ada solusi yang lebih bagus, bolehlah guna solusi yang lain. Ok?

Cari kebaikan dalam setiap benda yang dibuat dan sentiasa positif. Kalau rasa terbeban, kalau rasa sangat-sangat penat, berhenti sekejap. Gali balik dalam-dalam. Minta pada Allah kekuatan dan rasa cinta dalam setiap pekerjaan yang kita buat. InsyaAllah, Dia akan bantu. Percayalah, kita tak keseorangan.

Perhubungan dan pergantungan pada Allah.
Inilah yang paling penting dan sangat-sangat perlu diberikan perhatian. Sebab Allahlah yang memberikan kita taklifan tu. Dialah yang paling faham dan paling ambil berat pasal kita. Ada sebabnya kita diletakkan di sini. Ada sebabnya kita diciptakan. Kasih sayang yang dicurahkan melimpah-limpah sampaikan kita tak ambil kisah pun pasal sekecil-kecil nikmat yang diberikan.

Dan kita kena ingat, segala urusan akan dikembalikan pada Allah. Itulah matlamat akhir kita.

Kata-kata terakhir :
Jom review balik diri kita. Muhasabah diri dan cuba perbaiki diri sendiri sebelum cuba memperbaiki diri orang lain. Sama-samalah kita berusaha menjadikan masyarakat ni menjadi lebih baik. Wallahua'lam.
Selasa, 25 September 2012 1 ulasan

Mereka yang bernama...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sempat lagi saya berjumpa balik sahabat-sahabat seperjuangan di SMKAS dulu baru-baru ni. Setelah bertahun-tahun lamanya tak berjumpa. Sungguh, rasa sangat manis untuk dikenang. Agenda utama kami hari Sabtu yang lepas bersamaan 22 September 2012 adalah untuk menghantar salah seorang sahabat kami yang akan berangkat ke United Kingdom.


Gambar terakhir sebelum Piah berangkat masuk.
Sebenarnya, agak kelakar bila diingat balik. Disebabkan kami terlambat bertolak dari tempat masing-masing, kami hampir-hampir tak dapat sempat berjumpa dengan Syafiyyah. Penerbangan dijadualkan pada pukul 7.30 malam. Tapi pada pukul 6.10 petang, dia perlu check in awal (penerbangan antarabangsa memang kena check in awal!) padahal kami belum sampai lagi!

Kami yang masih di dalam perjalanan waktu itu, rasa sangat berdebar-debar dan masing-masing menunjukkan muka ayam berak kapur (sangat keruh muka sume orang waktu tu!). Jadi, untuk menjimatkan masa, Faiz (drebar waktu tu) pun memulakan operasi memecut kereta memotong segala jenis kenderaan yang berada di atas jalan. Fuhh.........

Sesampainya di KLIA, kami dengan semangatnya berlari-lari anak ke aras 5 (macam kami yang tertinggal flight). Destinasi yang dituju : balai perlepasan antarabangsa. Alhamdulillah. Ternampak kelibat Syafiyyah dari jauh. Sempat juga kami bersalaman. Namun, seminit cuma pertemuan kami. Selepas bersalaman dan mengambil gambar beberapa kali, kami terpaksa melepaskan sahabat kami dengan berat hati.


Tengok macam tak nak lepaskan Piah pergi.

Pose terakhir sebelum check in.
Nampaknya, drama ala-ala Korea tak terhenti di situ. Kami mengiringi dan mengekori Piah dari koridor atas sambil melambai-lambai dan memanggil nama Piah dengan semangatnya (terutamanya Sakinah dan Fatin ).Dramatik sungguh. Hehe. Drama swasta ni berterusan sampailah kelibat Piah tak terlihat lagi. 

Gambar yang di'snap' dari koridor atas.

Menunggu flight untuk take off
Pukul 7.30 malam. Terlihat kapal terbang berlepas. May Allah ease her life there. InsyaAllah, she'll become a Muslim engineer whom we can be proud of. Hope to see her again next time, insyaAllah.

Sebenarnya, rasa agak terkilan sebab cuma boleh berjumpa sekejap saja. Tapi, apakan daya. Hmm.. walau apa-apapun, perjalanan harus diteruskan. KLIA ditinggalkan dan akhirnya kami bergerak menuju ke Bandar Baru Bangi untuk makan malam.

Kebetulan pula, hari tu merupakan hari jadi salah sorang kawan kami, iaitu Faiz (drebar yang memecut tadi). 

Birthday boy kontrol macho

Pening tengok makanan?

Nak order apa ye?

Nak kek yang paling besar!
Gambar terakhir sebelum balik.
Alhamdulillah. Harap ukhuwwah ni berkekalan hingga ke akhir hayat. Terima kasih yang tak terhingga pada sume ; yang datang menjemput dan menghantar, yang sediakan kad touch n go, yang ajak pergi KLIA, yang datang dari jauh, yang tukang amik gambar, yang sumbangkan kek dan pada sume yang ada. 

Harap dapat buat reunion yang melibatkan lebih ramai orang lagi, insyaAllah. (^_^)

Khamis, 5 Julai 2012 0 ulasan

Siapa superhero/in kome?

Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah. Sempat lagi tangan ni menaip untuk update blog ni. Sekarang ni orang yang menulis ni sedang dalam mode cuti. InsyaAllah bakal dapat satu berita yang bakal mendebarkan hati, menaikkan blood pressure, meningkatkan cortisol level,dan bakal mempercepatkan pulse rate minggu depan. Nak tau? Berita apa tu? Hmm.. nampaknya kena stay tune untuk tau! hehe.


what's in for holiday?

 Ok, sebelum saya merapu lebih panjang lagi, jom kita masuk topik hari ni.

Eh? Apa topikmya?

Jeng...jeng... jeng...(sound effect ; drum rolling)
mempersembahkan topik kita pada hari ni, saat ni dan ketika ini :

SUPERHERO DI HATIKU  DAN HATIMU!

Ish, cheesy pulak rasa membacanya. Sebelum apa-apa, sila buat 3 perkara ni :

1) Letak tangan di dada.
2) Tutup mata.
3) Dengar degupan jantung sendiri. (lub dub lub dub)

P/S : sambil-sambil tu, boleh kira kadar nadi sendiri ya.

(Mohon kerjasama untuk buat ye, kalau tak , tak menjadi.)

masih berdegup tak? 

Err.... apa motifnya? (tergaru-garu kepala sambil tunjukkan muka tak puas hati.)

Rilek dulu bro. Jadi, masih berdegupkah jantung kome? Masih ada nadi? Masih dapat oksigen yang secukupnya? sihat wal afiat? Takde yang pengsan? Masih bernafas? Otak masih berfungsi? Boleh  digest apa yang sedang dibaca? Masih boleh melihat? Masih boleh membaca?

Alhamdulillah. Segala puji bagiNya. Tak susah pun nak berzikir ni. Zikr = mengingati Allah. Renung balik diri kita, kita akan temui kekuasaanNya di situ, boleh jumpa kasih sayangNya di situ dan boleh juga megenalNya di situ. And that's what I've been learning for almost a year now. Oh,tak semestinya kena amik medic untuk appreciate sistem-sistem yang kompleks dalam kita dan untuk mengenal diri.

Tapi, gunakan cara yang tersendiri. Setiap orang itu unik. Setiap orang tu ada cara yang tersendiri. Dan saya memilih cara ni. InsyaAllah, sedikit ilmu yang saya ada akan saya cuba kongsikan dalam nukilan saya. Hakikatnya, Dialah yang mengilhamkan saya untuk menulis, dan  kepada Allah jualah segala urusan dikembalikan.

Ok, jom kita teruskan perjalanan ni. Hmmm. kome ingat tak masa kome zaman kecik-kecik dulu, zaman kanak-kanak riang ria ribena? Hello, ingat tak?


cuba teka sapa ni...
main apa tu cik abang?
comey lote baby ni, kan?
Aha! Ingat dah? Kalau macam tu, pernah terbaca ayat ni?

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya  dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu."

(Luqman 31 :14)


Jadi, berbalik pada topik kita. Siapa superhero kita? Kalau saya, saya akan menjawab, mak dan abah. Eh, kenapa bukan Rasulullah? Bukan ke baginda patut jadi superhero di hati seseorang muslim?

Rilek la dulu sis,bro. Rasulullah tu lagi up dari superhero dan atas baginda ada lagi yang Maha Tinggi. Kome tau kan?

Kalau kita tengok dalam ayat ni, Allah suruh kita brbuat baik pada kedua ibu bapa kita. Sebab apa? Nah, sebab mak abah kita tulah superhero kita. Rasanya ramai dah tau, dah dengar kat corong-corong radio (klasiknya bahasa!), dan boleh nilai dengan mata kepala dan mata hati sendiri tentang pengorbanan mak dan abah.

Tapi, hari ni, saya nak kongsikan tentang fakta yang menarik yang saya belajar dan saya rasa amat bertepatan dengan ayat 14 surah Luqman ni. Jom tengok balik terjemahannya, "mengandungnya dalam keadaan lemah bertambah-tambah".



Biasa dengar pasal ibu-ibu mengandung selalu dapat kencing manis ataupun diabetes mellitus? Lebih tepat lagi, gestational diabetes mellitus. Nak tau sebab-musabab di sebaliknya? Jangan terkejut kalau saya katakan sumenye berpunca daripada 'parasit' yang mula tumbuh dalam rahimnya, iaitu SAYA, KAMU DAN KITA.

Ha???? Biar betul???

Seriously????
Eh, jangan panik. Bertenang. Ok, biar saya bagi pencerahan sikit. Semasa ibu mengandung, hormon-hormon dalam badan ibu akan berubah parasnya mengikut peringkat. Secara umumnya, fasa bagi ibu-ibu mengandung terbahagi kepada 3, 1st trimester, 2nd trimester dan 3rd timester. Dan yang paling kritikal adalah waktu 3rd trimester.

3rd trimester merujuk kepada 3 bulan terakhir sebelum ibu-ibu dijangka untuk bersalin. Pada waktu nilah, hormon-hormon macam lactogen, prolactin, dan cortisol akan menaik. Dan hormon-hormon inilah yang akan meninggikan paras glukosa dalam sistem aliran darah si ibu.


hormon-hormon yang  terlibat.....


  
Mesti kome tertanya-tanya apa pulak kaitannya dengan baby yang dikandung tu? Sabar ye. Ni yang nak citer ni. Hormon-hormon ni akan menyebabkan ibu kita kurang menggunakan glukosa yang datang dari pemakanan ibu tu sendiri untuk disalurkan pada foetus  dalam badan dia. Macam mana boleh jadi macam tu?

Kebiasaannya, apabila kita makan, satu hormon yang dinamakan insulin akan meningkat dalam badan kita. Dan insulin nilah yang membantu sel-sel badan seperti otot-otot dan sel adipos(lemak) untuk mengambil dan menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Jadi, ia mengurangkan paras glukosa yang tinggi dalam darah lepas kita makan.

Tapi, dalam kes ibu-ibu mengandung, hormon-hormon yang disebutkan mempunyai kesan anti-insulin. Itu yang menyebabkan paras glukosa dalam darah ibu- naik. Dan bila darah ni dihantar ke ginjal, glukosa ini akan ditapis. Disebabkan parasnya yang terlalu tinggi, sebahagian daripada glukosa ini dibuang bersama-sama dengan air kencing.



Nak tau dari mana hormon-hormon ni datang?  Jeng..jeng.. jeng.. jawapannya dari placenta ataupun dalam bahasa Melayunya disebut uri (kalau tak silap). 

 "mengandungnya dalam keadaan lemah bertambah-tambah".


Tapi Allah tak berlaku kejam pada hambaNya. Para ibu masih ada tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian. Dari mana datangnya sumber tenaga tu?Sumber tenaga para ibu datang dari simpanan lemak yang telah dikumpul pada awal-awal kehamilan.


Cantik kan susunan Al-Khaliq. Subhanallah. 


Tapi, jangan pulak abah tu dipandang enteng. Biarpun abah kadang-kadang tidak mahu menunjukkan kasih sayangnya secara terang tang-tang. Tapi ketahuilah, abah kita sangat sayangkan kita. Sewaktu kita lahir, apa yang kita dengar? Laungan azan dan iqamat darinya. Dan siapa yang bekerja sedaya upaya untuk memberikan kita kenyang? 


Jangan lupa tu. Kalaulah tiada sperma dari abah, maka taklah kita lengkap menjadi organisma yang mempunyai 46 kromosom. Ingat tu. 


Tapi, semua ni takkan terjadi tanpa izinNya, betul tak? sebab tu Allah berfirman ;

Bersyukurlah kepadaKu dan kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.

Jadi, betul ke tidak mak dan abah tu superhero kita? 
Renung-renungkan dan selamat beramal. Wallahu a'lam. (^_^)
Selasa, 12 Jun 2012 0 ulasan

Exam. exam. dan exam lagi.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (^_^)

Lama rasanya tak menulis. Dah berhabuk pun blog ni. hehe. Alhamdulillah, masih bernafas pada hari ni. Masih diberikan kesempatan untuk menulis. Dalam beberapa bulan ni, tak sempat nak update blog sebab saya sibuk menjadi busybody. Hehe. Sejak masuk Sem 2, macam-macam ragam yang saya jumpa, macam-macam yang saya tempuhi. 

Dan...
Banyak yang saya belajar. Alhamdulillah. 

Jadi, sempena study week yang baru menjelang ni, saya nak ajak kawan-kawan untuk revise satu tajuk yang sangat penting. Jeng.. jeng.. jeng...(sound effect : bunyi dram berdengung)

Tajuk : Hambalogy

Satu equation yang sangat menarik dan sangat PENTING :

Nikmat input > Syukur output
Ciri-ciri unik equation :

  • Tak akan pernah sama ; Nikmat input = Syukur output  
  • Syukur output perlu ditingkatkan agar tak berlaku hyper'leka'mia.
  • Variable bagi setiap orang.
Menurut sumber rujukan saya,

"...sungguh, Allah benar-benar memiliki kurnia yang dilimpahkan kepada manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur."

(Al-Ghafir 40 : 62) 


Astaghfirullahal 'azim. 
Cuba tanya diri sendiri balik. Sudahkah aku menjadi hamba yang bersyukur? Apa benda pertama yang aku ucapkan lepas bangun tidur tadi? Pernah tak aku cakap, 

"Alhamdulillah, mata aku elok lagi. Tangan aku kuat lagi. Kaki aku boleh berlari lagi."

Hmmm.........

Teringat kisah Rasulullah S.A.W. Walaupun baginda dah dijamin masuk syurga, dah diiktiraf sebagai kekasih Allah, baginda masih solat di waktu malam sampai bengkak-bengkak kakinya. Bila ditanya, baginda hanya menjawab, "Salahkah aku hendak menjadi hamba yang bersyukur?"

Rasa malu menerpa. Saya tidaklah begitu hebat dalam usaha untuk bersyukur padaNya. Saya tau tu. Alhamdulillah, Dia masih sayangkan saya. Dia datangkan banyak peringatan pada saya, banyak melimpahkan kasih sayangNya pada saya dan banyak menyedarkan saya.

Ya, kita memang manusia biasa. Hakikatnya, lumrahnya dan fitrahnya, kita perlukan Allah. Tanpa Dia, siapalah kita. Tapi, di mana tempat Dia di hati kita?

"Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah: dan Dialah Allah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji."

(Al-Fatir 35 : 15)

Dan kadang-kadang, hati kita pun mula berbisik :

"Lecehlah sume benda ni."
"Aku pass exam sebab aku dah usaha betul-betul."
"Aku dah cakap alhamdulillah tadi. Kira dah bersyukurlah tu."

Hmm.. syukur tu bukan sekadar di bibir. Syukur tu merangkumi dari perbuatan, tingkah laku, akhlak kita denganNya. Dan ingatlah, apa-apa kejayaan yang kita dapat tu takkan tercapai kalau Dia tak izinkan. Jangan pernah merasa tidak cukup dengan apa yang ada. Dalam tidak sedar, sebenarnya kita sangat beruntung dapat nikmat yang tak terhitung selama beberapa tahun kita hidup ni. Dan siapa kita untuk membandingkan  dan mempertikaikan nikmat yang Allah bagi pada orang lain.

Ingatlah, Dia Maha Mengetahui apa yang kita tak tau. Dan nikmat yang terbesar yang Dia bagi, nikmat Islam dan nikmat iman. Syukurilah dua nikmat terbesar tu sebab kita takkan pernah tau pengakhiran kita macam mana nanti.

Jadi, sama-samalah kita usaha untuk jadi hamba yang bersyukur. Jom jadi Super Muslim!

Jom jadi Super Muslim!

Final exam nak dekat dah!


Oklah, berbalik pada topik utama kita hari ni.

Sekarang kebanyakan siswa siswi universiti tengah dalam exam mood. Dalam kes saya, sekarang ni kitorang tengah berstudy week. Baru je habis Conass 2.3 ataupun Kuiz 2.3 semalam.

Fuhh!! Sepanjang waktu ni, pandang kiri, orang study, pandang kanan orang tengah buat soalan tahun-tahun lepas, pandang depan, orang tengah berstudy group. Serius. Sume orang macam tu.Tapi tak kurang jugak yang keluar untuk lepaskan tensen, termasuklah saya. Baru je keluar dengan kawan-kawan semalam. Hehe.

Jom study!

Nak kongsi beberapa tips ni dari seorang doktor yang datang memberi pengisian pada kitorang hari tu. Dr. Latiff Mohamed dari CUCMS ada pesan :

1)  Study kena mula dari awal. Kalau lecture hari ni, kena revise balik topik tu hari ni.
2)  Doa tu penting. Dan dalam doa tu, minta Allah kurniakan kejayaan kepada kita bukan untuk kepentingan diri sendiri tapi supaya kita dapat memberi manfaat pada orang lain, boleh memberi sesuatu pada orang lain.
3)  Jadikan stress tu sebagai nikmat.

Sebenarnya, banyak lagi yang dia pesan, tapi saya tak berapa nak ingat. Hmm... terkena penyakit amnesia sekejap. hehe.

Satu lagi tip yang saya nak kongsi, kita kena ada satu diari. Bukan diari untuk luah perasaan segala bagai tu ye. Tapi diari yang memuatkan jadual harian kita. Kira macam planner lebih kurang. Kita kena susun masa dengan betul, bila nak study, bila nak makan, bila nak pegi jogging, bila deadline assignment. Barulah teratur masa. Betul tak?

Betul... betul.. betul... (^_^)

Banyaknya lagi tak baca!
Stres???? Ishk.. ishk.. ishk.. Manusia dan stres memang tak boleh dipisahkan. Setiap orang ada tahap stres yang berbeza-beza. Tak percaya? Nanti pergi check cortisol level setiap orang ye. Hhehe. Sebenarnya cara orang atasi stres tu yang penting. Bak kata Dr. Latiff, jadikan stres tu sebagai nikmat. Kalau hidup ni takde problem, tak best lah hidup ni kan?

Masalah dan dugaan tu pun nikmat sebenarnya. Dia beri pada kita stres, dugaan segala bagai tu untuk melatih diri kita, untuk tarik kita balik ke arahNya. Jangan pernah bersangka buruk denganNya ye. Ingat satu fakta ni, Allah sayangkan hamba-hambaNya, Allah cintakan hamba-hambaNya. Tapi kita? Cinta bermusim. Ishk.. ishk..ishk..

Seriously???
Tetiba teringat pesan senior semalam. Kadang-kadang kita rasa, kita tak ingat apa yang kita dah baca padahal kita ada long list benda yang tak dibaca lagi. Takpe, kita teruskan dengan list kita tu. Sebab kalau kita tertumpu pada satu-satu topik je, memang akan tertinggal yang lain tu. Jadi, janganlah stres sangat ye. Ingat ayat ni:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."


(Al-Baqarah 2 : 286)

Dan, yang paling penting, niat. Kita kena selalu betulkan niat. Sumenya berbalik pada niat. Kalau niat kita nak lulus exam sebab kita memang nak lulus, kita akan dapat  lulus tu, insyaAllah. Tapi kalau niat kita lulus ataupun berjaya dengan harapan kita boleh jadi bermanfaat pada orang lain, insyaAllah itulah yang akan dia dapat. Kalau dengan belajar, kita dapat tanamkan rasa izzah (bangga) dengan Islam, why not?





Ok, sebelum mengakhiri tinta saya hari ni, jom tengok video ni :


Renung-renungkan dan selamat beramal. (^_^)

Ahad, 15 Januari 2012 5 ulasan

Sometimes,failure is a savior.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Lama rasanya tak update blog ni. Alhamdulillah, masih ada peluang untuk update blog ni, masih ada peluang untuk bernafas, masih ada perjalanan untuk ditempuhi.

Macam biasa, saya akan mulakan penulisan saya dengan satu soalan.
Anda pernah gagal?

Gagal dalam peperiksaaan?
Gagal dalam  pekerjaan?
Gagal dalam mengawal emosi?
Gagal dalam pertandingan?

Mesti pernah kan?
Ataupun tak pernah? (Wah, dahsyat sungguh anda ni!)

Sebenarnya, baru-baru ni saya mendapat result Quiz 1.2 (Conass).  Dan, terus-terang saya katakan, saya fail 2 subjek. Satu rekod baru buat saya. Result saya jatuh merundum bagaikan jatuh ditimpa gajah terperosok masuk ke tanah (hiperbola sungguh! hehe).

Waktu dapat result tu, memang rasa down giler. Tetibe je saya teringat semula macam mana saya boleh amik medic ni.

Tak sangka dapat kursus perubatan.

First time check result UPU secara online, rasa macam tak percaya je. Saya tengok dan baca banyak kali. Memang tak salah. Apa yang tertulis kat situ :

Tahniah, anda ditawarkan untuk mengikuti Kursus Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan. (MBBS).

Lebih kurang camtu la ayat dia.Yahoo!Abah dah bersorak kegembiraan. Mak dah tersenyum lebar. Tapi saya? Masih termenung... terdetik kat hati, "Biar betul? Macam mana boleh dapat ni?"

Nak tau kenapa reaksi saya macam tu? Sebabnya saya tak nak amik medic waktu tu! Terkejut? Well, don't be. Sebenarnya, hanya pilihan pertama je yang saya letak Perubatan, yang lain, saya letak biomedic, biochem, biotech dll. Saya letak perubatan untuk pilihan pertama saya semata-mata untuk menjaga hati Abah.

Dan saya tak sangka saya dapat pilihan pertama saya!Dan saya terfikir lagi," Camne la masa depan aku nanti?" Dan saya termenung lagi. (Banyaknya dan...)

Terkecewa, terkesima.

Sebetul-betulnya, dulu, dari kecik, saya memang bercita-cita nak jadi doktor. Bila ditanya nak jadi apa bila dah besar nanti, saya jawab dengan semangat, " Nak jadi doktor!" Pelik, kan? Camne boleh pulak tak nak jadi doktor pulak tetibe ni?

Waktu lepas SPM, untuk UPU, saya letak Tamhidi Perubatan USIM sebagai pilihan pertama saya, dan Asasi Perubatan UIA untuk pilihan kedua. Dan tak lupa jugak, saya memohon untuk sambung pelajaran kat Mesir, course medic jugak.

Tapi, apa yang saya dapat?
UNIMAS, Asasi Sains Hayat. (Salah isi waktu memohon gara-gara salah tengok kod)
Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng. (Padahal tak termasuk pun dalam senarai pilihan saya)
University of Tanta, Mesir ( Tapi Abah tak bagi pi oversea)

Frust tak terkata waktu tu. Mungkin sebab terlalu berharap. Puas saya cuba pujuk diri. Saya tak mahu tewas pada perasaan.

Kehidupan di matrikulasi.

Akhirnya, saya pilih  untuk teruskan study kat Kolej Matrikulasi Perak. Dan kat situ, saya jumpa macam-macam orang. Alhamdulillah, roommate saya baik-baik belaka walaupun adakalanya perangai deme gila-gila sikit. Sikit ke? Macam banyak je. Hehe..Sori ye, angah, ucu n ayunk! Anyway, banyak mende saya belajar dari deme.

Lama-kelamaan, saya faham dan dah mula nampak hikmahnya saya dihantar ke KMPk ni. Rupa-rupanya Dia nak saya belajar bertatih dulu.


Build my self-confidence, toughen up myself and make new friends, be happy no matter what happen. Meet with these incredible people and learn from them. Open my mind, experience something new.


Seriously, Allah tu sweet sangat!! Memang betul sangat-sangat2.. He knows what's best for me!


Menapak di Fakulti Perubatan, UM.


Pertama kali menjejakkan kaki ke fakulti.
Berdebar-debar.
Heart rate increases.
Blood pressure elevates.

Dan soalan killer yang menjadi igauan first year students,"Kenapa amik medic?"  


Berkali-kali soalan tu ditanya. Dan berkali-kali jugak saya tanya diri saya balik, "Can I really do this?" Tak kurang juga inferiority complex yang sering bertandang dalam diri. Rasa-rasanya confidence yang saya cuba bina kat matrik dulu makin lama jatuh merundum, macam jatuh ke gaung yang dalamnya >3000m.

Mujurlah ada yang sudi support saya. Family, especially my parents, my beloved friends, my buddies. And the most important, He who never turns His back on me, who is always there for me and the One who protects me all the time. Thank you Allah!


Dan sekarang, saya dah mula nampak hikmahnya. Kenapa Allah pilih saya untuk masuk UM, amik medic. Dia nak saya jadikan kerja yang mulia ni sebagai kerjaya saya. Setiap pekerjaan yang baik disertakan niat kerana mengharapkan keredhaan Allah adalah suatu ibadah. Seharusnya saya bersyukur. Setiap orang, setiap manusia mempunyai kelebihan masing-masing. Dan kelebihan tulah yang patut dioptimakan.

Salah satu daripada 10 muwasafat tarbiyyah adalah bermanfaat pada orang lain. Setiap hari, memang akan ada orang yang sakit. Memang ada orang yang accident. And this is when the medical personnel come in. Be it a houseman officer, medical officer, general practitioner, medical assistant, specialist, nurse. Just name it. Mereka nilah yang akan memberikan rawatan.

Satu yang kita kena ingat, mereka ini hanyalah perantara. Bukan mereka yang menyembuhkan. Itu tugas Allah. Kuasa menyembuhkan tu terletak padaNya.

Kerjaya sebagai seorang doktor memang bukan mudah. (Bukannya saya nak cakap yang kerja lain senang). Kerjaya ni menuntut kesungguhan, kesabaran, ketabahan dan komitmen yang tinggi.Dan sekarang saya sedang struggle untuk bina nilai-nilai tu dalam diri saya.

 Saya tahu, perjalanan saya masih panjang. Sekarang, saya masih seorang first year student. It's going to be a long journey before I get there. It's going to be a bumpy ride. In fact, it's not just bumpy, but really, really exhausting and will deprive my energy and emotions. But, deep down inside, I know, I will walk upon this journey with my head straight up and stay strong.

Dan apa yang saya rasa sendiri, makin banyak saya belajar tentang complexity manusia ni, makin kagum saya dengan kekuasaanNya. Macam mana jantung yang kecik tu boleh pam darah ke seluruh badan tanpa penat, macam mana cantiknya Allah susun regulation dalam badan kita.


Surah Adz-Dzaariyat: 21
21. Dan juga pada diri kamu sendiri. maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan Bukti itu)?
Surah Al-’Ankabuut: 20
20. Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah Bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) Dalam bentuk kejadian Yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Subhanallah..
Rupa-rupanya Dia nak suruh saya berfikir tentang kekuasaanNya. Dia nak bawak saya dekat dengan Dia. Sweetnya Allah ni kan?

Nak tambah lagi sweet, Dia hantar sahabat-sahabat yang baik pada saya. Yang bagi support waktu saya lemah.Yang sentiasa bagi nasihat. Yang boleh saya harapkan. Yang buatkan hidup saya jadi warna-warni. Yang buat saya jadi ceria riang ria~ =).

Jadi, gagal dalam Conass tak bermakna it's the end of the journey, right? So why do I want to make myself anxious over a tiny picture when there's actually a whole lot enormous picture in front of me? 

Sentiasalah bersangka baik denganNya. Sometimes, a failure is a savior. La tahzan, percayalah, ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian.

Renung-renungkan dan selamat beramal. (^_^)

p/s: Final exam untuk Sem 1 bakal tiba. Doakan saya lulus. InsyaAllah.
Sabtu, 10 Disember 2011 0 ulasan

Ini kisahku....

Nak dengar satu citer?

Oppss... sori, nak baca satu citer?

Citer ape?
Cer citer... cer citer...

Tanggal 6 November 1998, lahirlah sepasang kembar di Hospital Banting, Selangor. Habis keringat si ibu untuk melahirkan anaknya. Tapi....

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un...

Salah sorang dari kembar itu telah meninggal dunia dek kerana lemas dalam rahim. Manakala yang sorang lagi terpaksa dimasukkan ke dalam incubator selama beberapa hari...

Check punye check, doktor mengesahkan bahawa terdapat komplikasi yang terjadi pada baby tu.
Apa yang terjadi sebenarnya? Rupa-rupanya kedua-duanya mengalami hypoxia (kekurangan oksigen).

Akibatnya, sorang meninggal dunia manakala sorang lagi disahkan menghidap Cerebral Palsy. Sedih, kan? Tapi, family diorang terima dengan redha.

So, the question is, who are these twins? Why do I mention them? Sebelum tu, tengok gambar kat bawah ni.

Nampak familiar?




Actually, these twins are my younger sisters. Yang dah meninggal dunia tu dah selamat dikebumikan kat Tanah Perkuburan Masjid Sungai Manggis, Selangaor..

Anyway, budak perempuan dalam gambar ni namanya Hanisah dan sekarang umurnya dah mencecah 13 tahun. Berat baru mencecah 18 kg. Sekarang kerap berjumpa pakar fisioterapi, lebih kurang sekali seminggu. 

Antara simptom yang ada pada adik saya :
1) Penglihatan kabur
2)Scoliosis ( tulang belakang membengkok)
3)Tak boleh bercakap
4)Limb semakin keras
5)Tak boleh berjalan dan berdiri

Dan, yang paling penting, 'keistimewaan' ini permanent... tak boleh disembuhkan dengan ubat dan pembedahan...

Hmm... mesti timbul tanda soal yang besar...

? ? ? ?

Kenapa saya mention pasal diorang? 
Adekah saya nak meraih simpati orang? 
Adekah saya nak tarik perhatian orang?

Hmm.. jawapannya bukan..
Sebenarnya saya nak bukak mata orang kat luar sana untuk....

1) Cuba faham situasi golongan istimewa ini
2) Cuba faham situasi ahli keluarga dan sahabat golongan ni
3) Menerima mereka seadanya
4) Sedar bahawa mereka ada kelebihan di sebalik kekurangan


Kawan-kawan...
ini kisah saya dan family saya..

Waktu adik saya dilahirkan, saya baru je berumur 6 tahun. Saya tak faham lagi dengan keadaan adik-adik saya. Waktu tu, lepas balik dari hospital, mak cik saya bawak balik adik saya (yang dah meninggal) ke rumah.

And then, ramai orang datang ke rumah.Waktu saya tengok baby tu, warna dia dah jadi biru! Lepas tu,baby tu dibalut (dikapan) dan diletakkan kat tengah-tengah ruang tamu. Kenapa dia tak nangis? Saya pun pelik. 'Tido' aje keje dia.

Hanisah pulak diletakkan dalam satu kotak (incubator) kat hospital. Lama dia dok kat dalam tu. Lepas tu ade banyak pulak wayar bersambung kat badan dia.

Memang saya tak tau apa-apa waktu tu.

Bila saya dah makin membesar, barulah saya tau, adik saya adalah orang yang 'istimewa'. Ya, saya tau dan saya hidup dengan fakta tu.In fact, kitorang sume terima keadaan Nisah seadanya.  Family saya, especially mak dan abah memang bagi banyak attention pada adik saya. Memang tabik spring kat mak n abah.

Antara pandangan orang yang dapat saya rasakan ketika berjalan dengan adik saya :
1) Pandangan simpati 
2) Pandangan pelik
3) Pandangan jelik

Dan saya dah lali dengan pandangan tu sume. Kadang-kadang, terlintas di fikiran saya,

" Nape sume orang tengok Nisah macam dia tu alien sedangkan dia pun manusia biasa? Dia tak mintak untuk dilahirkan macam tu."

Hmm... biarlah apa orang lain nak pikir... yang penting, Hanisah tetap family member kitorang... 

Family means nobody gets left behind.(credit to a friend)

Kalau dia takde, tak dapat kitorang nak bayangkan hidup kitorang camne...
Sebab dialah pengarang jantung and hati sume orang..

Bila tengah serabut, hilang rasa serabut bila tengok muka dia...
Bila tengok dia ketawa n happy, kitorang pun happy sekali...
Bila dia tak nak makan, kitorang pun jadi risau sangat...
Bila dia kena sawan, kitorang cepat-cepat peluk dia....

Hmm... tetibe pulak saya touching kali ni...
Maybe sebab baru balik....

Apapun, this is a take home message:

Janganlah kita memandang rendah kepada golongan istimewa ni sebab mereka ni adalah manusia biasa seperti kita juga. Bahkan, mereka lagi hebat sebab mereka tabah dan sabar menempuh dugaan yang diterima.

Setakat ni je... Assalamualaikum....

Rabu, 30 November 2011 0 ulasan

Gemok?? Obes??

Baru je balik dari PSS ( Problem-Solving Session) Biochemistry..
Hmm...
PSS tu ape?
Well, PSS tu lebih kurang macam kelas tutorial la... just jawab soalan yang berkaitan dengan lecture content n ada la sikit clinical case.

Ok lah...
Tadi saya belajar tentang lipid metabolism.
Lipid tu adalah lemak dalam bahasa mudahnya.
Metabolisme tu maksudnya beberapa tindakbalas kimia yang berlaku dalam badan kita untuk meneruskan hidup.

Cuba tengok equation ni..

Banyak lemak = Obesiti = Bahaya = Bawa penyakit

Ok, dalam keadaan rehat, kita akan menggunakan glukosa sebagai sumber utama tenaga kita.
Glukosa tu datangnya daripada karbohidrat ( nasi, roti, bijirin dll).

Kalau kome nak tau, bila kita berpuasa @ kebulur @ bersenam, kandungan glukosa kita akan berkurang.

Kenapa?
1) Badan kita gunakan glukosa untuk hasilkan tenaga.
2) Kita tak top up sumber glukosa kita (tak makan)

Jadi, untuk dapatkan tenaga, kita akan gunakan lemak yang tersimpan (triacylglycerol) dalam badan kita.
Proses ni dipanggil gluconeogenesis.

Bila ini berlaku, takdelah banyak sangat lemak yang terkumpul dalam badan. Takde simpanan lemak yang berlebihan dalam badan. Lemak tu penting sebenarnya. Untuk sumber tenaga selain daripada glucose. Tapi kalau berlebihan, akan bawa padah cam obesiti.

Orang yang obes berisiko tinggi mendapat darah tinggi, diabetes (ketoacidosis) dan sakit jantung tau!


Ok, kalau tak paham diagram kat atas, takpe..
Mende yang penting kat diagram atas adalah acetyl-CoA.
Cuba tengok...
Acetyl-CoA tu boleh disintesis (dibuat) daripada glucose dan fatty acid, glycerol kan..
And then, acetyl-CoA akan masuk ke Citric Acid cycle n electron transport chain (oxidative phosphorylation)... kat 2 step nilah kita akan menghasilkan tenaga dalam bentuk ATP.

Actually, dalam glycolysis pun akan menghasilkan energy, tapi glycolysis hanya untuk glucose aje. 

Camne pulak kalau kita terlebih makan?
Kenapa kalau terlebih makan, jadi makin gemuk?



Tak paham??
Takpe...
Actually, diagram kat atas just nak bagitau, lemak yang berlebihan (dari makanan) akan disimpan di tisu otot dan tisu lemak. Anda sume tau kan ape jadi kalau banyak sangat lemak kan?

Tapi, kalau terlalu banyak glucose (sebab makan banyak sangat), glucose tu akan ditukar ke acetyl-CoA tadi n akan ditukar menjadi lemak jugak. Sebab tu la, kalau makan banyak, kita jadi makin gemuk dan akhirnya obes.

Lepas tu, mula la macam-macam penyakit datang.

Betul tak?

Sekarang, cuba relate pulak dengan ad-deen kita.
Bukan ke kita diwajibkan untuk berpuasa pada bulan Ramadhan?
Bukan ke kita juga disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu?
Bukan ke kita juga digalakkan untuk bersederhana dalam pemakanan kita?

MasyaAllah...
Patutlah waktu zaman Rasulullah dulu, para sahabat sihat-sihat belaka.
Siap boleh pi berperang lagi time Ramadhan.
Tengok..
indahnya syariat Allah ni..
Betul tak?



Setakat tu je untuk kali ni.
Renung-renungkan dan selamat beramal. (^_^)




Jumaat, 18 November 2011 0 ulasan

Sama tapi tak serupa?

Sama tapi tak serupa.

Mula-mula sekali, saya nak tanya,
Macam mana nak interpret frasa kat atas tu?

Apa yang dimaksudkan dengan sama tapi tak serupa?
Apa yang sama?
Apa yang tak serupa?
Apa yang menyebabkan suatu benda yang sama tu tak serupa?
Macam mana boleh dikatakan sama kalau tak serupa?
Adakah kalau serupa boleh juga dikatakan sama?

Oppss...
Nampaknya anda sume dah confuse..
Takpe, jangan risau..
Sebenarnya saya sendiri pun confuse dengan statement sendiri.. hehe..
Saja je nak buat kawan-kawan berfikir.

Oklah, cuba amik contoh...

Antara ayam kampung, ayam Belanda, ayam serama dan ayam biasa tu, adakah mereka serupa?
Tak, kan.... 
Ada kepelbagaian kan?
Tapi diorang datang dari spesies yang sama, betul tak?
Jadi, betul tak kalau saya cakap, yang deme tu sama tapi tak serupa?
Betul kan?

Betul,betul, betul...

Jadi, samalah macam kita kan. Kita sebenarnya sume sama je. Tiada yang lebih superior, dan tiada yang lebih inferior.Sume pun anak cucu Nabi Adam. Sume pun diberi amanah, sume pun diberi masa 24 jam sehari. 

Cuma, apa yang membezakan kita?
Apa yang menyebabkan kita tak serupa?
Definitely bukan sebab rupa...
Nak tau jawapan?
Cuba baca ni...



Dah tau jawapan?

Of course la...
Jadi, apa yang membezakan kita adalah taqwa..
Apa pulak taqwa tu?

Taqwa itu adalah rasa takut kepada Allah dengan melakukan segala perintahNya dan meninggalkan laranganNya. PerintahNya tu bukan solat,puasa,haji dan zakat je. Tapi merangkumi segala aspek kehidupan,contohnya macam cara pergaulan, percakapan, tingkah laku dll.

And then, camne pulak nak ukur ketaqwaan kita?
Hmm.... ketaqwaan itu adalah suatu yang subjektif... Hanya Dia yang boleh menilai.. Apa yang penting, kita mestilah berusaha untuk menjadi orang yang bertaqwa. 

Macam mana?

1)Check amalan kita. Perbaiki dan tingkatkan amalan. 
Tidak semestinya terus kena buat amalan yang banyak sekaligus( tapi yang wajib mestilah buat ya..)Berdikit-dikitlah. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Yang penting, istiqamah (berterusan).

2)Tambah ilmu.
 Janganlah kita membuta-tuli mengamalkan sesuatu tanpa ilmu kerana boleh jadi amalan kita itu adalah salah dan mungkin tidak akan memberi kesan yang positif pada kita.

3)Perbaiki akhlak.
 Contohi akhlak Rasulullah. Ya, kita memang tak mungkin dapat menyaingi akhlak baginda, tapi kita berusaha ke arah itu. 

4)Rapatkan diri dengan orang-orang yang soleh @ kawan-kawan yang baik.
InsyaAllah, kita dapat sama-sama saling mengingatkan di kala terleka.

Dan ada banyak lagi... tapi ini saja yang termampu saya tulis..

Ok, sekarang cuba amik contoh Rasulullah. Walaupun baginda adalah maksum dan dah memang confirm 200% dijamin Allah untuk masuk syurga, baginda tetap melakukan ibadah dengan tekun, without fail. Tapi kita? Have we done enough? Ask ourselves that question.




Jadi, berbalik semula pada topik pokok kita. 
Actually, we are all the same.
Don't you think?
All of us had been born to this world.
All of us had that survived throughout those years.
All of us had been created for the same purpose.

So, we shouldn't underestimate other people right?
Each and everyone of us has our own specialties and weakness, right?

Jadi, siapa kita untuk memandang rendah orang lain?
Adakah kita ini terlalu sempurna?
Adakah kita ini tak pernah buat salah?
Fikir-fikirkanlah..

Kawan-kawan...
Saya tahu saya pun tidak sempurna. 
Tujuan saya menulis blog ini pun bukanlah sebab saya ni adalah orang yang hebat serba-serbi.
Tapi sebagai peringatan untuk diri sendiri yang kadang-kadang terleka.
Dan pastinya untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya ada.

Setakat itu je untuk kali ni. Renung-renungkan dan selamat beramal. Assalamualaikum... (^_^)
Sabtu, 15 Oktober 2011 0 ulasan

What did I do?

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warhmatullahi wabarakatuh



Sebenarnya saya takde idea nak tulis apa untuk kali ni. Jadi, saya just nak recap balik apa yang dah terjadi minggu ni.( skema betul ayat ni kan!) 

Oklah,sebenarnya minggu ni saya taklah sebusy minggu-minggu sebelumnya. Sempatlah jugak petang-petang tu saya keluar dari kolej (bukan pi mid valley ya!). Percaya @ tak, saya yang kaki bangku ni masuk pertandingan bola tampar. Jadi wakil orang2 medic um pi lawan dengan orang-orang medic uitm.

Saya sendiri pun pelik dengan diri sendiri. Maybe nak hilangkan stress?? Hm... takde komen.

Oklah, bukan itu yang saya nak coretkan sebenarnya. Sebenarnya saya nak cerita pasal PSIPUM. Hmm.. PSIPUM tu apa? 

PSIPUM tu nama panjangnya Persatuan Siswa/i Islam Perubatan UM. Kiranya PSIPUM ni sebenarnya satu persatuan kat UM di mana semua ahlinya adalah siswa siswi perubatan yang beragama Islam. Best tau ada persatuan camni kat sini!

Macam-macam aktiviti yang dianjurkan under PSIPUM ni. Antaranya program usrah, seminar (maybe) n rehlah. Ha, baru je hari Rabu minggu lepas, kitorang join rehlah bersama PSIPUM kat Padang Varsiti (depan kolej je).

Sepatutnya kitorang main banyak game, macam funny debate, baling selipar n kayak. Tapi disebabkan kekangan masa, kitorang cuma sempat buat funny debate je. Kenapa tak sempat? Sebabnya, ada sahabat2 yang baru balik dari dewan diseksi, tempat kitorang belajar anatomy ( ada tulang segala bagai n cadaver). 

So, kitorang pun mula lambat. Tapi takpe, yang penting, dapat merapatkan ukhuwwah antara sahabat-sahabat dan jugak antara senior n junior.  Kan Allah suka kita saling berkenal-kenalan dan menghubungkan silaturrahim?



Apa-apa pun, janganlah kita sombong dan jadi kera sumbang. Nanti kita jugak yang merana sorang-sorang. Ok, kat sini saya ada sisipkan gambar waktu rehlah tu...

Panasnya gelanggang debat ni!


Gaya apa tu?


Eh, bincang apa tu?


Nka buat apa ni?


Payung vs baju hujan??


Mana lagi bagus : pen @ pensel??


Tersengih-sengih nampak!


buat apa tu kak?


khusyuknya kawan-kawan kita ni!


we are the future doctors!!









kitorang kat sini la...

Tu je untuk kali ni... insyaAllah kalo panjang umur, saya update lagi..

Assalamualaikum.. (^_^)








Recent Comments

 
;