Memaparkan catatan dengan label Analogi kehidupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Analogi kehidupan. Papar semua catatan
Isnin, 10 Jun 2013 0 ulasan

Hati yang terinfeksi..

Bismillahirrahmirrahim. 

Pada hari Isnin dua minggu yang lepas, saya berpeluang untuk masuk ke Operation theater  (OT) waktu posting ke Jabatan Ortopedik (walaupun just berpeluang tengok minor surgery). Alhamdulillah.

Sebelum masuk ke OT, kami ditanya dengan satu soalan yang simple je. Tapi kebanyakan kami tak dapat memberikan jawapan yang memuaskan hati doktor. 

Soalannya?

"How to prevent infection? I know you guys learned this in your lectures right?"

Ada salah seorang yang menjawab, "Use autoclave."

Doktor tu pun mengangguk-angguk. "Ok, explain more about that."

Dan dia pun menerangkan dengan panjang lebarnya. Bla.. bla.. bla.. Lepas tu, doktor pun tanya lagi.
"What else is there?"

Seorang lagi kawan saya menjawab, " Erm.. handwashing?"

Angguk lagi. Dan doktor pun buka soalan ni pada semua orang, "Why do we have to wash our hands? What is the importance of it?"

Macam-macam jawapan ada...

"To sterilise our hands."
"To disinfect our hands."
"To reduce the risk of infection to the patients."
"To reduce the amount of bacteria in our hands."

Bla.. bla.. bla.. dan macam-macam lagi jawapan yang diberi.

Tetiba, doktor tu pun menggeleng-geleng. 

"You should get your facts right. The purpose of handwashing is to disinfect our hands, we cannot sterilise our hands. Sterilisation can only be done on instruments. Unless you guys want to be irradiated. But then again, you'll be the one who's going to be lying on the bed."

Ketawa meletus.

'Aah la. Betul jugak tu.' Kataku dalam hati.

"We should take precautions before touching the patients. The mortality rate are going much less now  since the doctors practice prevention measures such as handwashing, autoclave, special OT settings, prophylactic antibiotics etc. We are here to save lives, not to endanger them."

"Anyway, you guys SHOULD KNOW this. We are not teaching you guys these things for nothing. After this, please go back and study."

Terdiam kitorang dibuatnya. Ingatkan lecture yang satu tu tak berapa penting. Hmm.. tapi kalau difikir-fikir balik, kalau tak penting, kenapa lecturer nak ajar kan? 

Dan..

Bila difikir-fikir balik, direnung-renung balik, macam mana seekor mikroorganisma yang sekecik-kecik alam tu boleh mendatangkan bahaya pada kita, makhluk yang diciptakan sebaik-baik kejadian ni? Subhanallah. Mungkin inilah yang Allah katakan dalam kalam suci :

Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia."
[Al Baqarah:117]

Memanglah ada penjelasan saintifik, pathogenesis macam mana sesuatu penyakit itu boleh terjadi akibat jangkitan bakteria. Tapi, sesuatu perkara itu takkan terjadi tanpa izin-Nya. Hmm.. kalau korang nak tau, kat badan kita ni memang ada bakteria yang hidup kat kulit kita, kat dalam mulut dan macam-macam lagi tempat. Tapi, kenapa ada masa kita sihat, ada masa kita sakit padahal takkan ada masa yang badan kita memang bersih 100% daripada mikroorganisma?

Jawapannya senang. 

Sebab semuanya berlaku atas kehendak Allah. 

Ada masanya Allah bagi sistem imuniti kita berfungsi dengan baik, boleh terus melawan bakteria jahat yang cuba untuk melemahkan sistem badan kita.

Ada masanya jugak Allah tarik sikit nikmat sistem immuniti kita. 

Dan.. kita jatuh sakit. 

Tapi, Allah tak biarkan kita macam tu je. Dia bagi kita pilihan untuk mencari inisiatif untuk berubat. 

Ceftriaxone untuk septic arthritis dan bacterial meningitis.
Paracetamol dan aspirin untuk demam.
Chemotherapy, bleomycin dan methotrexate untuk kanser.
Bisacodyl dan senna untuk sembelit.
Probenecid dan sulfinpyrazine untuk gout.

Lepas beberapa ketika, Allah bagi balik nikmat kesihatan tu pada kita.

bergambar sebelum dr sampai
 Macam tu jugaklah hati kita.

Ada masanya kita terlalai dan ada masanya kita beringat. Semua tu adalah dalam pengetahuan-Nya. Kalau kita tak amik langkah berjaga-jaga, boleh jadi hati kita akan terinfeksi dengan jangkitan! Kalaulah jangkitan tu boleh dihilangkan dengan antibiotik yang sedia ada.

Al-An`aam:110
وَنُقَلِّبُ أَفْـِٔدَتَهُمْ وَأَبْصَٰرَهُمْ كَمَا لَمْ يُؤْمِنُوا۟ بِهِۦٓ أَوَّلَ مَرَّةٍۢ وَنَذَرُهُمْ فِى طُغْيَٰنِهِمْ يَعْمَهُونَ
Dan (begitu pula) Kami memalingkan hati dan penglihatan mereka seperti mereka belum pernah beriman kepadanya (Al Quraan) pada permulaannya, dan Kami biarkan mereka bergelimang dalam kesesatannya yang sangat.


Astaghfirullah.

Bila timbul satu bintik hitam dalam hati, dia boleh metastasize (spread) dengan mudahnya kalau kita tak ambil prophylaxis (pencegahan). Sebab itulah diri selalu terasa kosong. Selalu mengeluh. Selalu menjauh.

Di saat diri ni menulis, rasa banyak lagi titik hitam yang bersarang di hati. Betapa susahnya nak buang, betapa susahnya nak sucikan hati ni.

Diri ni terlalu tertarik pada kebendaan sampaikan terlupa pada matlamat yang satu. Kadang-kadang terasa diri ni bagaikan seorang hipokrit. Selalu berhujah itu dan ini, sering berbulatan gembira mengajak pada Yang Satu, tapi hati ni sendiri gagal menundukkan diri.

Ya Allah, kuatkanlah hati hamba-hambaMu ini Ya Allah.

Berikanlah kekuatan kepada kami untuk terus membaca dan menghayati ayat-ayat cintaMu serta mengamalkannya.

Khamis, 22 November 2012 0 ulasan

You've got a memo!

Kepada        : Cik Hati

Daripada     : Cik Iman

Tarikh         : 22 November 2012

Subjek         : Semoga cepat sembuh!

Assalamualaikum Cik Hati,

Apa khabar sekarang? Sudah berapa lama ya kita tak bertemu? Rindu rasanya pada Cik Hati. Dengar cerita, Cik Hati terlantar sakit ya? Saya diberitahu oleh Puan Akal yang Cik Hati terkena  jangkitan Nafsumia sejak kebelakangan ni. Sedih saya mendengar berita ni. Apakan daya, berat lagi bahu yang memikul.

Minta maaf kerana lama menyepikan diri. InsyaAllah saya akan lebih sering menjenguk Cik Hati selepas ini. Jangan risau sebab saya akan sentiasa berada di samping Cik Hati dengan setianya.

Cik Hati jangan lupa makan ubat Zikiropamine, Qurania dan Solatium. Kawan saya yang juga merupakan seorang doktor pakar amat mengesyorkan Cik Hati untuk melazimi terapi Qiamullail di samping menjalani rawatan Dhuha.

Oh ye, satu lagi, ni yang paling penting, apa-apapun yang terjadi, setiap yang terjadi ada hikmahnya. Allah knows best and He's the one to turn to. He's the answer to our quest in this world. Our sweet and beloved Creator. =)

Syafakillah. Semoga cepat sembuh.
Khamis, 10 November 2011 0 ulasan

Ish... stressnya!!!



Hari ni baru aje belajar pasal autonomic nervous system (ANS). Autonomic nervous system tu adalah sistem saraf  yang terlibat dalam action involuntary dalam badan kita macam kadar pengepaman jantung dan berpeluh.

Tengah-tengah dengar lecture tadi, tetibe idea datang. Apa ideanya? hehe... jeng..jeng..jeng...

Actually, saya nak relate antara kadar ke'stres'an kita dengan meditasi yang sangat berkesan yang kita selalu amalkan.Kawan-kawan mungkin terfikir, 

"Zaman bila pulak aku bermeditasi?"
 Kalau tak pun, mesti korang tanya,
"Meditasi tu mende alah ape?"

Ha, kalau nak tau, meditasi yang selalu kita buat adalah S.O.L.A.T. Apa dia kawan-kawan? Sebut kuat-kuat... Saya tak dengar lah.. 

SOLAT!!!

Ok, camnilah. Dalam ANS, ada dua sistem, iaitu parasympathetic dan sympathetic. Saya nak cerita pasal sympathetic je sebenarnye sebab tak nak korang pening.. (macamlah diri sendiri x pening, ishk..ishk..)

Ok, tadi, Prof Kim (lecturer physiology) ada sebut nama lain bagi sympathetic nervous system adalah fight or flight. Selalunya, sistem ni akan berfungsi waktu kita berada dalam keadaan stres, takut, dan keadaan yang membuatkan kita rasa panik.

Dia jugak ada mention, kalau terlalu stres, kita akan menyebabkan heart rate jadi laju, exocrine excretion (affect liver)  akan bertambah, dan macam-macam lagi. Jadi, kalau kita terlalu stres, efek-efek tadi akan jadi ekstrem dan boleh bawak penyakit. Contohnya, hypertension.

Jadi, untuk kurangkan stres, antara perkara yang Prof Kim sarankan adalah  meditasi.  And then, minda saya terus terbayang solat.

"....Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang." (13 : 28)

Wow!! Subhanallah. Allah dah bagi formula untuk kita elakkan diri daripada penyakit dalam Al-Quran. Cuba baca ni...



Subhanallah... Allah bagi kita satu lagi formula. Sesiapa yang khusyuk dalam solatnya adalah orang-ornag mukmin yang berjaya. Jadi, equationnya:

Solat = tenang = tak stres = jauh dari penyakit

Yang lebih baik lagi,

Solat + Khusyuk = Tenang = Jauh dari penyakit fizikal dan rohani = Mukmin Berjaya

So, apa lagi kawan-kawan...Tak ke rasa seronok bila kita dapat capai sepertimana dalam equation kat atas.
Tak payah lagi kita nak sibuk-sibuk buat tai chi ke, qi gong ke yoga ke... Kita dah ada meditasi yang terbaik  
dan berkesan. Cuma kita je yang buat tak tau.  

Hmm...
Tak rasa tenang pun lepas solat?
Rasa letih je?
Tak rasa segar bugar?
Stres tak hilang?

Kalau camtu, kita kena check balik solat kita. Kenapa ya?

Mungkin sebab time solat kita....
Teringat kat kertas kerja yang berlambak atas meja?
Teringat kat assignment yang tak siap-siap?
Teringat kat baju yang basah dek hujan?
Teringat kat kampung halaman?

Oh, sebab tu rupanya. Tak concentrate... Tak fokus.... Tak khusyuk....

So, get my point here? I know you do... And I'm sure you know what to do right?

Renung-renungkan dan selamat beramal. (^_^)


Ahad, 25 September 2011 0 ulasan

Contohilah cell membrane....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Bismillahirrahmanirrahim...

structure of cell membrane...
Dah lama tak bukak blog ni. Maklumlah, tengah busy dengan itu ini. Dalam masa 3 minggu ni rasanya dah banyak kalori dan lemak-lemak tepu yang terbakar dek banyaknya berjalan. Ulang-alik dari fakulti ke kolej, ke sana ke sini. Oklah, tak nak berceloteh panjang lebar. Let's go straight to the point.

Hari ni sebenarnya nak kaitkan tentang cell membrane dengan kehidupan kita. Maklumlah, hari tu baru je belajar pasal cell membrane dalam physiology lecture. 

Ok, antara ciri-ciri cell membrane adalah semi-permeable ataupun dalam bahasa mudahnya, dia hanya akan membenarkan bahan-bahan tertentu sahaja untuk diserap masuk ke dalam sel. 

Cell membrane akan membenarkan lipid-soluble substances untuk diserap dengan mudah ke dalam sel sebab cell membrane terdiri daripada lipid. Cuba kita aplikasikan dalam kehidupan. Manusia semua mempunyai fitrah. Fitrahnya, manusia sukakan kepada kebaikan dan kebenaran.

Semua orang mahukan yang terbaik untuk dirinya. Dan kalau kita selusuri syariat yang telah digariskan dalam Islam, semua perintah Allah itu sebenarnya menepati fitrah manusia itu sendiri. Contohnya, sewaktu Nabi Adam dan Hawa memakan buah khuldi, dengan serta-mertanya aurat mereka terbuka. Lalu dengan kelam-kabutnya mereka menutup aurat mereka dengan daun-daun di situ.

Nah, di sini kita dapat tengok bahawa manusia itu fitrahnya mahu menutup auratnya dan mempunyai perasaan malu apabila auratnya terlihat oleh orang lain. Allah dah susun cantik semua perkara dalam addin kita. Jadi, apa salahnya kalau kita menyerap fitrah-soluble peribadi ke dalam diri kita sebagaimana cell membrane menyerap lipid-soluble substances? Tak salah kan...

Ok, next point.... ada jugak bahan-bahan yang diserap ke dalam sel melalui beberapa carrier molecule dan channel. Cara transport ini dipanggil fasilitated diffusion. Tengok gambar kat bawah ni...




Kat sini, kita boleh nampak yang solute (nutrient @ substance) yang besar macam glucose perlu melalui carrier protein dan channel protein. Tapi carrier dan channel protein ni pun just membenarkan bahan-bahan tertentu sahaja. Macam penapis lah lebih kurang.

So, berbalik pada kehidupan kita. Sebelum kita menerima apa-apa maklumat, ilmu atau informasi, kita mestilah menapis dahulu sebelum kita percaya dan cernakan dalam minda kita. Tapis guna apa? Mestilah guna iman kita. Tepuk dada, tanya iman. 

Katakanlah ada seorang tu cakap, 

"Benda ni bid'ah. Baik kau tinggalkan je."  
"Kawan aku cakap, budak tu jahat tau. Baik kau jangan dekat dengan dia."

Sebelum kita percaya bulat-bulat cakap orang, baik kita selidik dulu dan kenalpasti sama ada perkara itu benar ataupun tak, berguna ataupun tidak. Gunakanlah iman protein dengan sebaik-baiknya sebagaimana carrier protein digunakan dengan begitu efisien.

Disebabkan kesuntukan masa, jom pi straight pada last point. Cell membrane kita ni sebenarnya tak rigid dan lembik-lembik gitu tapi ia dikuatkan oleh cholestrol. Cholesterol sebenarnya ada banyak kepentingan pada diri kita tau. Jangan tak tau pulak.

Samalah kita ni. Iman umat Islam pada zaman sekarang ni diibaratkan macam buih-buih di lautan. Sangat senang untuk pecah. Jadi, bagaimana untuk menguatkan iman? Mestilah dikuatkan dengan rasa taqwa dan amal soleh kepadaNya. 

Tak susah pun. Apa-apa sahaja yang kita buat diniatkan kerana Allah, itu dikira ibadah. Contohnya, kita nak tidur pada waktu malam. Kita niatkan badan kita dapat berehat supaya dapat bangun beribadah pada sepertiga malam untuk qiamullail. Allah ni Maha Pemurah tau! Boleh kan kalau kita contohi cholesterol yang jadi penguat kepada cell membrane.

Oklah, mintak diri dulu. Nak sambung study. Yang baik tu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Selasa, 9 Ogos 2011 0 ulasan

AWAS, Anda diperhatikan!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Awas, tindak-tanduk anda diperhatikan!


 Anda semua mesti tahu apa itu CCTV bukan? Nama panjangnya ikut dalam IC ( ada IC konon, hehe) adalah closed-circuit television. Kalau diterjemah ke dalam bahasa Melayu ( guna Google Translate tu!), namanya televisyen litar tertutup.

Malaysia ni, rata-rata orang-orang kaya yang rumahnya gedabak macam rumah-rumah dalam rancangan Astana kat Astro Ria mesti ada pasang CCTV. Kat bank, hotel-hotel dan bangunan pejabat lagilah banyak.Biasalah, langkah keselamatan  @ security katanya.

Yalah, takut pencuri ke, penyamun ke, tetiba menceroboh. Ataupun ada benda yang mencurigakan, bolehlah kita tau. Contohnya, kalau ada orang curi-curi makan waktu bulan Ramadhan ni kan. Senang la nak tau, betul tak? 

Manusia ni, bila dia tau ada orang dok perhatikan dia, mestilah dia nak jaga tingkah laku dan nak tunjukkan benda yang baik-baik je. Biasalah tu, kan?

Tapi kan, manusia ni memang panjang akalnya. Kalaulah dia nak merompak ke, menceroboh ke, atau buat onar ke, pandai je dia cari jalan matikan CCTV tu. Memanglah panjang akalnya. Tapi, anda semua nak tau tak?

Selain CCTV tu, ada lagi 'CCTV' lain yang memerhatikan anda. Bukan tu je, Dia ada kat mana-mana pun kita pergi. Apa yang kita fikirkan pun Dia dok perhatikan. Memang canggihlah CCTV ni. Kenapa, tak percaya?


" Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."

(Surah Qaf : Ayat 16)


Kalaulah kita tengok dalam tv kan, contohnya, dalam cite Leverage, di mana ada CCTV, di situ mesti ada pengawal ( cipta peribahasa sendiri pulak ). Betul tak? Sekurang-kurangnya mesti ada dua orang, paling banyak tiga.

Mestilah ada orang yang kena jaga, nanti kalau ada apa-apa, siapa yang susah? Mereka dan famili mereka jugak. Tapi kan, pengawal ni kadang-kadang boleh je terlelap, pi berehat jap ataupun lebih teruk, pengsan sebab kena belasah dengan penceroboh tak bertauliah. 

Sekarang, kita beralih pulak pada pengawal 'CCTV' yang canggih tadi. Mereka ni berdua je. Memang dedicated betul dengan kerja mereka. Tak cuti, tak tidur, tak berehat dan tak pi makan pun. Sentiasa on duty, 24/7. Memang boleh dapat 'Best Employee Award' la kiranya. Huh, tak percaya lagi?


"(Ingatlah) ketika dua malaikat mencatat (perbuatannya), yang satu duduk di sebelah kanan dan yang lain di sebelah kiri. Tidak ada suatu kata yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu siap (mencatit)."    

(Surah Qaf  :  17-18)

Best Employee Award (sekadar gambar hiasan)

  
sebut pasal CCTV, mestilah ada rekod dan rakamannya kan? Mestilah kena ada. Itulah yang akan bahan bukti yang dapat membantu siasatan kalau ada terjadi apa-apa. Tapi kan, manusia ni memanglah panjang akalnya. Boleh je dia curi ataupun padamkan rekod tu. Jadi, terlepaslah dia kan.

             Jangan risau, rekod CCTV yang itu memanglah dia boleh padam, tapi rekod 'CCTV' yang satu ni, tak boleh dipadam langsung, confirm!  Bukan tu je, sekecil-kecil butiran pun akan disimpan rekodnya. Ishk,ishk, ishk,tak percaya jugak?


"Dan diletakkanlah kitab (catatan amal), lalu engkau akan melihat orang yang berdosa merasa ketakutan terhadap apa yang(tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata," Betapa celaka kami, kitab apakah ini, tidak ada yang tertinggal, yang kecil dan yang besar melainkan tercatat semuanya," dan mereka dapati (semua) apa yang mereka kerjakan (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang jua pun."

(Surah Al-Kahfi  :  49)  
             

Renung-renungkan dan selamat beramal!            
Khamis, 4 Ogos 2011 0 ulasan

Interview Eksklusif!!

       Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca semua! Kali ini, majalah Niswah Hasanah ingin menampilkan tiga figura yang tidak asing lagi buat kita. Siapa mereka? Mereka tak lain tak bukan, En. Akal, En. Nafsu dan En. Iman. Ayuh ikuti temubual wartawan kami, Cik Badaniah bersama mereka.

Cik Badaniah : Assalamualaikum, encik bertiga. Tujuan saya ke sini
                       adalah untuk menemubual  anda.Saya harap saya tak

                       mengganggu  masa encik semua.
    
En. Akal        : Waalaikumussalam. Oh, takpe. Boleh saja.

En. Nafsu      : Interview? Saya 'on' je...

En. Iman        : Waalaikumussalam. InsyaAllah boleh.


Cik Badaniah : Apa rahsia kejayaan anda?

En. Akal        : Oh, takde rahsia. Saya memang dilahirkan
                       untuk berjaya. Jadi, takde halangan untuk
                       saya.

En. Nafsu      : Mudah sahaja. Anda perlulah ada skil untuk
                       mempengaruhi orang. Dengan cara itu,kita
                       boleh mendapatkan apa yang kita mahu.

En. Iman       : Perlu ada usaha yang gigih, doa dan tawakal.
                      Janganlah kita berserah pada takdir semata-
                      mata. Salah tu!


Cik Badaniah: Seperti yang kita tahu, anda adalah businessmen.
                      Siapakah target market anda?

En. Akal       : Orang yang merasakan mereka bijak dan
                      berintelektual. Saya percaya mereka pandai
                      menggunakan peluang yang ada.

En. Nafsu     : Target market saya merangkumi semua lapisan
                      masyarakat. Tiada yang spesifik.

En. Iman      : Target market saya juga merangkumi semua
                      lapisan masyarakat. Strategi untuk memancing
                      pelanggan sudah diatur rapi oleh staf saya.

             
Cik Badaniah: Apakah projek yang sedang anda usahakan sekarang?

En. Akal       : Buat masa sekarang, saya sedang mengusahakan
                      projek pengukuhan MINDA Sdn Bhd dan
                      pemantapan anak syarikat saya, IQ Enterprise.

En. Nafsu     : Baru-baru ini, saya dan Mr. Devil mengadakan
                     usahasama untuk menggabungkan syarikat kami.
                     Saya juga sedang mengusahakan untuk membina
                     syarikat baru, iaitu MAZMUMAH Corp.
   
En.Iman        : Saya pula terlibat dalam beberapa projek besar seperti
                     pemantapan TAQWA Enterprise, pembinaan bangunan
                     AKHLAK dan penambahbaikan projek IBADAH.


Cik Badaniah: Wah, nampaknya encik bertiga ni masing-masing
                      busy sekarang. Apakah  yang  anda harapkan
                      daripada projek anda?

En. Akal       : Hmm... saya berharap agar MINDA Sdn Bhd dan IQ  
                     Enterprise dapat bersaing menandingi syarikat-syarikat
                     besar yang lain.

En. Nafsu     : Harapan saya? Saya harap agar saya dapat meluaskan
                     cawangan syarikat saya ke seluruh pelusuk negara.
                     Maknanya, makin ramailah yang akan menggunakan
                     perkhidmatan kami.

En. Iman      : Harapan saya agar TAQWA Enterprise semakin mantap
                     kedudukannya. Bangunan AKHLAK pula diharap dapat
                     disiapkan sebelum dateline.

Cik Badaniah: Semoga harapan anda tercapai hendaknya. Jadi, apa
                      pula  perancangan anda untuk masa depan?

En. Akal       : Saya berharap dapat membawa syarikat saya ke tahap
                      yang lebih tinggi. Mungkin ke peringkat antarabangsa.

En. Nafsu      : Setakat ini, saya tiada perancangan lagi. Kiranya 
                      sekarang waktu saya enjoy! Hidup cuma sekali beb!

En. Iman       : Kemungkinan saya akan berkolaborasi dengan En. Hati
                      dalam sebuah projek besar.Nantikan sajalah!


Cik Badaniah: Nampaknya masa mencemburui kita. Baiklah, sebelum
                      menamatkan temubual kita anda ada apa-apa pesanan
                      buat para pembaca kita?

En. Akal       : Jangan lupa untuk melabur dalam syarikat saya!

En. Nafsu     : Saya amatlah mengalu-alukan anda untuk
                      menggunakan perkhidmatan kami.

En. Iman       : Jangan segan-segan untuk menggunakan khidmat  
                      kami.Kebajikan anda adalah tanggungjawab kami.


Cik Badaniah : Baiklah, nampaknya temubual kita berakhir di sini.
                       Terima kasih kerana meluangkan masa anda.

Ketiga-tiganya : Sama-sama.
Isnin, 1 Ogos 2011 0 ulasan

Hati adalah Catalyst?



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…


“ Di dalam tubuh manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggotanya. Tetapi jika buruk daging itu, maka buruklah seluruh anggotanya.”

Anda mesti tau apa itu catalyst ( pemangkin )? Jika dalam subjek kimia ataupun biologi, catalyst dikatakan dapat mempercepatkan dan meningkatkan efisiensi sesuatu tindak balas kimia ( chemical reaction ). Kalau dikaitkan dengan perkara di atas, bolehlah kita analogikan hati kita sebagai catalyst.

 Jom ambil contoh mudah. Mesti anda pernah mendengar tentang enzim bukan? Enzim adalah sejenis protein dalam badan kita yang menjadi catalyst untuk mencernakan makanan. Dari konteks hati pula, hati kitalah yang akan menjadi catalyst kita dalam membentuk peribadi seorang muslim yang mukmin. Mahu tahu bagaimana hati kita boleh menjadi catalyst?


Pernah dengar tentang konsep lock and key? Dalam konsep  ini, enzim bertindak sebagai lock dan substrate (makanan yang hendak diuraikan) bertindak sebagai key. Enzim mempunyai  bentuk yang spesifik dan mempunyai 2 ‘site’, iaitu ‘active site’  dan ‘allosteric site’.


‘Active site’ pada hati kita adalah bahagian hati yang selalu ingin menerima dan mencerna substrate kebaikan, kebenaran dan  diserap masuk menjadi darah daging lalu membentuk sebuah peribadi mukmin yang cemerlang. Nah, bila produk kebaikan telah dicerna, maka virus nafsu dan bacteria amarah dapat dikawal. Beginilah catalyst hati membantu membentuk keperibadian mulia.


Manakala ‘allosteric site’ pada hati kita  boleh dianalogikan sebagai bahagian hati yang menerima inhibitor kegelapan dan kejahilan lalu menyebabkan ‘active site’ tadi berubah bentuk. Ini menyebabkan substrate kebaikan tidak dapat attach pada ‘active site’ lalu menyebabkan catalyst hati tidak berfungsi. 


Ilustrasi bagaimana catalyst membantu untuk mencerna substrate



Ilustrasi menunjukkan bagaimana inhibitor mengganggu proses pencernaan.


 
      Tetapi catalyst juga perlu diaktifkan. Enzim yang tidak aktif dipanggil apoenzyme. Apoenzyme ini memerlukan bahan bukan protein yang tertentu seperti coenzyme dan cofactor untuk diaktifkan. Samalah dengan catalyst hati kita yang perlu diaktifkan dengan cofactor taqwa dan coenzyme zikrullah agar catalyst hati kita mencerna substrate kebaikan dengan lebih efisien. Sekiranya tidak, catalyst hati kita akan menjadi apoenzyme sahaja dan ini boleh membantutkan system keperibadian kita.

Ilustrasi menunjukkan bagaimana cofactor mengaktifkan enzim

          Jadi, konklusinya, kita haruslah bersama-sama menyuburkan catalyst hati kita dengan cofactor taqwa dan coenzyme zikrullah   agar dapat membentuk system keperibadian mulia dalam sebuah organisma mukmin.



Renung-renungkan, dan selamat beramal!





Recent Comments

 
;