Memaparkan catatan dengan label Selami Jiwa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selami Jiwa. Papar semua catatan
Selasa, 11 Disember 2012 0 ulasan

The ones forgotten.

Assalamualaikum. =)

Pandang kanan, pandang kiri. Oh, bukan aku sorang je kat sini. Pandang depan, pandang belakang. Oh, ada orang berkulit gelap, ada orang berkulit cerah dan ada orang berkulit sawo matang. Sekali lagi kupandang kiri kanan, depan dan belakang. Oh, ada muslim dan non-muslim rupanya.

Hmm.. pernah tak terfikir, kenapa aku dilahirkan sebagai seorang Muslim? Macam mana kalau aku tak dilahirkan dalam keluarga Muslim? Bertuah ke aku dilahirkan sebagai Muslim? Habis tu, kawan-kawan aku yang non-muslim tu tak bertuah ke? Jadi, Allah tu adil ke sebab tak lahirkan semua orang dalam Islam?

Err.... tergaru-garu kepala memikirkan. 



Ya, selama ni kita fikir, ok, aku dah Islam. Aku dah selamat, inshaAllah masuk syurga sebab aku dah mengucap dua kalimah syahadah. Tapi, pernah tak terfikir, macam mana pulak dengan orang yang tak dilahirkan dalam keluarga Islam?  Macam mana diorang nak selamat?

Jujurnya, sebelum ni, saya tak pernah terfikir dengan mendalam pun pasal non-muslim ni. Sebabnya saya pun jarang jumpa diorang memandangkan saya dari sekolah agama, dan rumah saya pun dikelilingi oleh Muslim. Tapi, selepas saya masuk UM, saya berjumpa dengan diorang hari-hari, belajar dalam dewan kuliah yang sama, buat assignment sama-sama, buat projek sama-sama.

Dan.... situasi ni membuatkan saya terfikir. Macam mana dengan kawan-kawan saya yang non-muslim ye? Patut ke saya biarkan je diorang?

 Baru-baru ni, saya dan beberapa kawan saya (Muslims) join satu program yang berkisarkan perbandingan agama. Atau nama glamor dia, Friendly Comparative Religion (FCR). Program ni memang banyak membuka minda saya.


Ok, firstly, memang banyak info yang saya dapat. Jadi, saya rasa nak berkongsi sikit dengan korang sume.

Memang Allah jadikan manusia di dunia ni berbeza bangsa, budaya, bahasa. Untuk tujuan apa? Kenapa Allah tak jadikan manusia ni satu bangsa je? Kan senang? Takde la banyak sangat sentimen dan pergaduhan kan?

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) ciptakan kamu dari seorang laki-laki dan perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

(Hujurat 49 : 13)

Kakak-kakak, abang-abang, adik-adik, pakcik2 dan makcik2...

Allah dah sebut, kita diciptakan dari pelbagai bangsa dan suku untuk kita saling mengenal. Dan Allah juga sebut, orang yang paling mulia antara kita adalah orang yang bertaqwa. Sebenarnya Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui. 

Berbalik pada persoalan  awal tadi. Betul ke Allah ni adil? Kalau adil, mesti Dia lahirkan semua orang dalam Islam, betul tak?

Sebelum saya jelaskan dengan lebih lanjut, saya nak kita tanya pada diri kita.

'Confirm ke saya mati dalam Islam? Confirm ke kawan saya yang non-muslim tu akan mati dalam keadaan belum beriman?'

Apa jawapan awak-awak semua ye? Takpe, tak payah jawab dengan komputer, laptop, ipad, tab atau phone awak ni ye. Jawab dalam hati je. Rahsia kita-kita aje.

Jom kita tengok balik sejarah dan sirah para sahabat dulu. Para sahabat macam Saidina Abu Bakr, Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali pun tak dilahirkan dalam keluarga Islam. Tapi, mereka ni antara orang-orang yang telah dijanjikan syurga di hari akhirat kelak. 

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Apakah maksud hadith di atas ni? 

First time saya dengar pasal hadith ni pun saya tak berapa nak faham. Tapi, alhamdulillah, ada yang sudi menerangkan pada saya. 

Untuk senang faham, kita ambil contoh Saidina Umar. Sebelum dia masuk Islam, Saidina Umar memang sangat terkenal dengan sifat tegas, garang lagi ganas. Ramai yang gerun  dengan Saidina Umar disebabkan keberanian dan sifatnya yang tegas.

Tapi, lepas Saidina Umar memeluk Islam, apa yang terjadi? Beliau jadi tokoh yang banyak menyumbang kepada Islam, sanggup berkorban harta dan nyawa untuk Islam.

Kat sini, apa yang penting adalah ayat yang last dalam hadith kat atas, sekiranya mereka faham. 

Nak tau tak apa yang membezakan kita dengan para sahabat dan orang-orang terdahulu dan juga orang yang memeluk Islam setelah dibukakan hatinya oleh Allah? 

Al-Fahmu. Kefahaman. Understanding. 

Apa yang kita faham pasal Islam? Adakah sekadar solat, puasa, dua kalimah syahadah, haji dan zakat? Dan bila ditanya balik, sebenarnya bila kita mula memeluk Islam? Adakah Islamnya kita pada hari ni adalah secara paksa rela atau pilihan kita sendiri?

What is Islam to us? 

We tend to take Islam for granted. Never appreciate it. If someday, Islam is taken away from us, what would we do? 

Do we really love Islam? Do we really love Allah? 

If we really do love Islam, if we really do love Allah, why do we take it for granted? Why do we look down upon the muallafs?

Do we really knew Islam compared to those who really seek for the truth? 

Just ask ourselves. Reflect ourselves back. 
Khamis, 27 Oktober 2011 0 ulasan

You are who you are!!!

luaskan pemikiranmu!!




Kawan-kawan,
Nak tanya sikit boleh?

Do you really know yourself?

Hmm... do you?

What??? You don't? How can that be?

Well, actually I think you know but you just don't know that you know. 
Wake up my friend!!

Confuse much?

Eh, janganlah confuse kawan-kawan.

Pernah dengar tak SWAT? Eh, bukan SWAT yang polis tu tau!

Bukan SWAT yang ni ye!


S. T.R.E.N.G.T.H
W. E.A.K.N.E.S.S
A. N.A.L.Y.S.I.S
T. H.O.U.G.H.T

 Apa ya kaitan antara SWAT dengan mengenali diri sendiri ya?

Kawan-kawan, 
mesti kawan-kawan sume tau kelebihan dan kekurangan sendiri kan?

Jadi, apa yang kawan-kawan buat dengan kelebihan n kekurangan anda?
Dah buat analisis dan fikirkan tentang tu?

Apa?? Tak tau kelebihan diri?
Ishk..ishk...ishk...Dah parah ni..

Camnilah,
Tak semestinya sesuatu yang grand je boleh dianggap satu kelebihan.
Sebab kadang-kadang, pada orang lain, kelebihan yang kita ada tu tak la gempak sangat.
Tapi kalau kita percaya pada diri kita n cuba optimumkan kelebihan kita tu, mungkin kita oleh tolong orang lain, betul tak?

Biar saya bagitau pasal sorang budak perempuan ni..

S (bukan nama sebenar) rasa rendah diri yang amat. Dia cakap pada diri sendiri," Aku ni taklah pandai macam orang lain, tak berani cam orang lain, dahlah aku ni orang yang reserved. Camne nak jadi berguna pada orang lain?"

Tapi sebenarnya, S boleh melukis. Takdelah cantik sangat cam pelukis komik tu tapi boleh lah... Satu hari, mak dia, Puan M cakap," S, boleh tak tolong lukiskan isyarat2 tangan ni?"

Sebenarnya, mak dia baru balik dari satu sekolah pendidikan khas. Kebetulan pulak, cikgu kat situ minta tolong untuk lukiskan isyarat2 tangan untuk kanak-kanak istimewa tu belajar. Maka, si S pun setuju. Dia pun lukislah dengan sungguh-sungguh. Siap bercolour lagi tau!

Nilah dia bahasa isyarat!

Bila dah siap, maka dihantarlah ke sekolah khas tu. Cikgu tu berterima kasih yang amat-amat sangat (tunggang langgang BM saya ni!). Kanak-kanak istimewa tu pun, apa lagi. Suka bukan main! Sebab seronok belajar guna lukisan si S ni..

S ni pulak rasa happy bukan main sebab dia pun boleh tolong orang lain. Walaupun tak banyak, tapi at least dia tau usaha dia tu tak sia-sia.


Jadi, kawan-kawan,

Dapat tak pengajarannya kat sini?
Dapat kan... kan... kan...

Jadi, don't think that you are useless or good-for-nothing if you are not as smart as others, not as beautiful as others or not as great as others.

Just be yourself because you have your own specialties.

Renung-renungkan dan selamat beramal!!
Ahad, 9 Oktober 2011 0 ulasan

Pilihlah jalanmu!

In the name of Allah, The Most Gracious and Most Merciful

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Bahayanya jalan ni!

Hidup ini umpama jalan 

Ada jalan lurus, ada jalan berliku, ada jalan curam

Adapun jalan lurus itu umpama waktu kesenangan kita

Tenang, gembira

Lancar sahaja perjalanan kita

Adapun jalan berliku itu 

Umpama waktu ditimpa mehnah dan tribulasi

Payah untuk dilalui

Namun perjalanan harus diteruskan

Agar sampai ke destinasi

Adapun jalan curam itu

Umpama perjalanan kita 

Menuju ke arah kebahagiaan hakiki

Ya, memang sukar

Namun usaha yang gigih 

Disulam semangat yang kental

Dibenteng iman dan taqwa

InsyaAllah akan membawa kita ke sana..




Hidup ini umpama jalan 

Untuk menempuhinya

Selok-belok harus diketahui

Itulah gunanya papan tanda

Jika tiada,

Maka sesatlah kita,

Accidentlah kita..

Begitulah jua hidup kita 

Perlukan panduan dan bimbingan

Tanpanya kita tersesat

Tanpanya maruah tergadai

Tanpanya kita hilang arah

Apakah dia?

Ya, itulah dia

Al-Quran dan Sunnah Nabi

Yang seharusnya menjadi pegangan kita

Untuk mencapai keredhaan-Nya..

"He brought it down upon your heart, by Allah's authority, confirming what came before, and as guidance and good news for the believers.'
(Surah Al-Baqarah : 97 ) 



Jadi, pilihannya sekarang di tangan anda. Jalan mana yang anda pilih?
Renung-renungkan dan selamat beramal.... (^_^)
Selasa, 13 September 2011 0 ulasan

Tribulasi oh mehnah!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Tuntutlah ilmu walau ke negeri China!!!

Bismillahirrahmanirrahim.....

Dengan ucapan basmalah, dengan azam baru, dengan penuh dedikasi (cewah!!), saya nak mula berceloteh kat sini. Bukan berceloteh bukan-bukan, tapi insyaAllah ada input. 

Seperti yang telah saya coretkan dalam post yang lepas, saya baru sahaja mendaftar sebagai siswi MBBS di UM. Jadi, kat sini, nak ceritakan lah sedikit input yang saya dapat sepanjang kat sini.

Selalu kan kita dengar pasal ragging-ragging ni. Budak junior ni kena buat itulah, inilah. Biasalah, asam garam kehidupan. Dan banyak kita dengar desas-desus-desis pasal mende ni.

Pada pandangan sayalah, sebenarnya, kita tak perlu takut sebenarnya tentang ragging ni. Senior tu perlu dihormati bukan ditakuti dan digeruni. Diorang pun manusia jugak.

Sebenarnya diorang nak menolong kita. Kalau setakat yang ni tak tahan, macam mana kita nak berhadapan dengan patient dan keluarga diorang yang mungkin lagi banyak kerenah? Kita kena prepare diri sendiri dari segi mental, fizikal, emosi dan spiritual.

 Kalau dah terkena tu, just anggap sebagai cabaran dan dugaan. Ingat janji Allah, selepas kesusahan akan datang kesenangan.

"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."

(Surah Al-Insyirah 94 : 6 )

Biasalah, bila dah bergelar medical student tu, memang takkan lari dari macam-macam mehnah dan tribulasi (bombastik ayat tu! credits to senior2 dq dulu yang introduce perkataan ni). Dari apa yang saya faham, 2 tahun pertama ni memang kena banyak struggle.

Yalah, 2 tahun pertama ni kena banyak menghafal segala macam system, segala macam fakta. Mula-mula dengar taklimat-taklimat tu, memanglah gerun dengarnya. Sebab macam takde life pulak. Balik-balik study, balik-balik study. Lepas tu, waktu 3rd year kena pulak posting kat hospital. 4th dan 5th year rasanya banyak ulang-alik hospital jugak.

Belum masuk cuti lagi. Memanglah medical student ni kurang cuti. Orang lain cuti, kita kena pi ulang-alik fakulti. Tapi, apakan daya, inilah jalan yang dipilih, jadi, terimalah dengan hati terbuka. 

Mula-mula saya pun rasa macam berat jugak lah nak terima sebab macam susah kan. Tapi, lama-lama, alhamdulillah, lepas dengar prof dan senior-senior bercerita, dah mula terbuka hati ni tuk terima. Dalam family saya pun, kebanyakannya adalah engineer.Jadi,saya amek bidang yang lain sikit lah dari diorang.

Tertarik saya pada kata-kata Prof Dr. Rokiah Che Ismail, "What is it in you that makes you a great doctor?"  Waktu tu, saya pun sendiri tak boleh nak jawab. Tapi prof tak tanya saya pun, dia tanya orang lainlah waktu tu. Jadi, apa yang ada dalam diri saya yang membuatkan saya seorang doktor yang baik?

Actually, sampai sekarang saya tertanya-tanya, cuba introspeksi dan muhasabah diri, cukupkah kualiti yang ada dalam diri? Ataupun banyak yang kurang? Bila saya check balik, memang banyak yang kurang. Jadi, banyak yang perlu saya dan anda juga (dalam apa-apa bidang yang anda ceburi) belajar lagi.

Camkan kata-kata ni,

Learning is a process throughout your life. It doesn't stop when you receive that so called scroll. Never stop learning. For doctors and doctors-to-be, we do not learn from the books nor the lectures, but we learn from the patients.

Saya harap saya dan anda akan enjoy dalam mempelajari apa-apa sahaja bidang yang anda ceburi. Janganlah kita hanya menjadi seorang yang reserved dan nerd sahaja. Seimbangkan antara study dan aktiviti luar jugak.Kat sinilah kita boleh develop soft skills kita (sebenarnya soft skills saya pun tumpul lagi).

Macam mana nak buat ye?Hmm.... sebenarnya saya pun tengah planning time saya ni. Tengah mencari lagi buddy dan kawan-kawan tuk sama-sama study. Cuba mengadaptasi dengan persekitaran baru. Doakan saya agar cekal dan tabah menghadapi tahun-tahun yang akan datang.

Oh ye, sebelum mengundur diri, dengar lagu ni ye....



Renung-renungkan dan selamat beramal...

Recent Comments

 
;