Memaparkan catatan dengan label Cerpen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerpen. Papar semua catatan
Isnin, 20 Mei 2013 0 ulasan

Cerpen : Arigatou!


Dia menjenguk ke luar tingkap. Kepalanya mendongak sedikit melihat bintang-bintang bertaburan di dada langit.

Southern cross.

Subhanallah! Cantiknya…

Angin sepoi-sepoi bahasa membelai muka. Selendang di kepala dibetulkan kedudukannya. Ya Allah, rindunya pada family!!

“Hunny bunny? Buat apa kat tepi tingkap tu?”

Tersentak Hani dibuatnya. Lantas memusingkan badannya menghadap suami tercinta.

“Takde pape la. Teringat kat ayah dengan ibu kat kampung. Rindu rasanya.”

“Ye ke? Bukannya teringat kat pakwe lama?”

Hani tertawa. Manalah dia pernah ada pakwe. Macamlah suaminya tak tau. Betapa dia menjaga dirinya sebelum bertemu Zahin. Saja je la tu.

“You’re the first and the last for me, inshaAllah. Until jannah.”

Zahin tersenyum ceria. Bukannya dia tak tau, tapi saja mengusik sang isteri. Zahin menapak mendekati isterinya dan menariknya ke luar bilik.

“Dahlah tu. Jom!”

Jom ke mana? Hani menunjukkan muka blur sambil tergaru-garu kepala yang jelas tak gatal.

“Jom ke mana? Balik kampong?”

Terangkat kening Zahin. Takkan dah lupa kot? Amnesia much? Ishk.. ishk.. ishk.. Macam mana la hunny bunny aku ni boleh lupa?

“Hmm.. Bukan kita dah janji nak pi Bait Mahabbah ke? Lupa ke?”

“Ohhh… baru ingat. Sori, terlupa,” Balas Hani sambil menayangkan muka comel ala-ala Puss in the Boots. Hehe.

Zahin menggelengkan kepala saja melihat keletah isterinya tu. Sejak akhir-akhir ni, banyak betul benda yang dia lupa. Tak patut betul. 

Akhirnya, kedua-duanya memandang sesama sendiri sebelum tersenyum.

(^_^) (^_^) (^_^) (^_^)

“Assalamualaikum sume! Sori sangat lambat. Hunny bunny sorang ni lambat sangat siap.”

Merah pipi Hani dibuatnya, dah macam udang dibakar. Terus dia melajukan langkah ke dapur. Tak boleh berlama di situ, nanti makin ramai yang menyakat. Di dapur, Hani tercari-cari bayang Amirah, sahabat rapat dan juga naqibahnya yang sweet lagi terchenta. 

"Wah, Hani. Awat dah sampai tak habaq? Terkejut cheq." 

Hani tersentak. La, baru nak buat surprise, alih-alih dia yang terkejut. Lantas, sahabatnya yang amat dirinduiya itu dipeluk seerat mungkin. 

"Amirah! Lamanya tak jumpa hang! Cheq rindu la."

"Tau pun rindu. Hang tu la, sibok dengan laki hang ja, dah lupa kat cheq."

"Hehe. Biasalah, pengantin baru kan." 

"Amboi, bukan main lagi."

"Eh, diorang dah nak mula tu. Jom kita ke depan."

Dengan terkocoh-kocoh mereka menuju ke ruang tamu.

(^_^) (^_^) (^_^) (^_^)

Hani tertunduk merenung lantai. Matanya sedikit berair. Tertusuk hati, menikam jiwa.

"Kadang-kadang kita terlupa tujuan hidup kita di dunia. Kita alpa. Terleka. Terlampau memikirkan tentang AKU, AKU, dan AKU. Tapi terlupa pasal KAMI, DIA dan KITA. Kita selalu rasa, masa muda ni masa untuk enjoy. So, kita enjoy la puas-puas."

"Ya, memang kita tak mencuri. Memang kita tak minum arak. Memang kita tak berzina. Dan ya, kita solat 5 waktu, kita puasa dan kita jugak bersedekah. Tapi cukupkah setakat tu? Pernah tak kita nilai semula akhlak kita? Pernah tak kita nilai semula solat kita? Adakah solat yang kita lakukan tu cukup efektif untuk kita jauhkan diri dari benda yang sia-sia? Ataupun kita cuma solat pada fizikal je, hati tidak pernah masuk ke dalam solat, fikiran terawang-awang mengingatkan assignment, "

Zahin berhenti sebentar. Melihat satu persatu wajah sahabat tercinta.

"Kadang-kadang, kita rasa diri kita ni dah cukup baik. Selalu rasa kitalah orang-orang beriman yang selalu disebut-sebut dalam Al-Quran. Dah berpuas hati dengan apa yang kita buat. Tapi, hakikatnya, kita belum capai lagi tahap tu. Kita masih dalam zon selesa. Selesa dengan apa yang kita ada. Selesa dengan keadaan kita yang macam ni. Tapi, bila datang ujian Allah, macam mana pegangan kita? Firman Allah s.w.t :

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."

Al-Ankabut 29 : 2-3

"Sahabat-sahabatku, 

Berapa ramai antara kita yang tinggalkan facebook bila dengar azan? Berapa ramai antara kita yang sanggup tolong pak cik kat tepi jalan yang terkandas sebab kereta dia rosak? Berapa ramai antara kita yang sanggup terima teguran dengan positif walau datangnya dari seorang budak kecik? Berapa ramai antara kita yang sanggup mengaku kesalahannya di khalayak ramai? Berapa ramai yang sanggup ajak kawan dia buat baik?"

Hani tersedu-sedu. Ya, dia masih bertatih lagi. Dalam sendu, dia mengakui kebenaran kata-kata suaminya. 

" Bukan tu je, kadang-kadang hati kecil kita terdetik perasaan yang kita lebih hebat dari orang lain. Contohnya, bila jumpa dengan mak cik cleaner. Kebanyakan kita buat tak peduli je dengan mak cik tu. Padahal, mak cik tulah yang bersusah payah membersihkan kawasan tempat kerja kita. Boleh jadi amalan mak cik tu lebih mulia daripada kita yang asyik dok rawat patient ni. Dan boleh jadi mak cik tu lebih ikhlas berbanding kita ni.

Pernah tak terdetik untuk berterima kasih pada mak cik tu yang secara indirectly tolong kita jaga kesihatan kita dan patient kita. Yela, bila kawasan persekitaran kita bersih, kita akan terhindar dari jangkitan kuman dan bakteria kan?"

Zupp! Tersentak seketika. 

' Astaghfirullah.. Aku pernah maki-maki mak cik Saedah sebab stres sangat hari tu. Padahal aku bukannya tak tau yang mak cik Saedah tak salah apa-apa pun.' Hati kecil Amirah berbicara.

'Nampaknya, lepas ni aku kena minta maaf.' Sekali lagi hati kecilnya berbicara.

Amirah menoleh ke kiri. Terlihat bahu Hani terhinggut-hinggut menahan tangisan. Lembut sungguh hati Hani ni. Mudah tersentuh dan senang menerima nasihat. Sekarang, banyak perubahan yang dilihatnya pada sahabatnya itu sejak perkahwinan Hani dengan Zahin.

Alhamdulillah.

(>_<) (>_<) (>_<) (>_<)

"Hani, jomlah keluar weekend ni. Kitorang ingat nak jalan-jalan pi Jalan TAR. Boleh shopping baju baru ke, tudung baru ke. Nak ikut tak?"

Mendengarkan perkataan shopping, terus je Hani bangkit dari pembaringannya. 

"Eh, shopping? Nak.. Nak.. Lama dah tak shopping. Provided kau yang bawak keta ye. Hehe." Kata Hani sambil menunjukkan tanda peace.

"Ye la. Yela. Tau la perangai kau tu. Malas nak bawak keta." Amirah mula menyakat.

"Excuse me. Bukan malas ye, tapi tak berani je. Hehe." 

Amirah menjulingkan matanya, "Whatever..."

(>_<) (>_<) (>_<) (>_<)

"Huh... Penatnya. Ada nak ke mana-mana lagi ke ni?" Hani bertanya.

Tiga kawannya yang lain tersenyum-senyum.

'Eh, kenapa diorang tersengih macam kerang busuk ni? Macam ada udang di sebalik mee je.'

Baru je Hani mahu membuka mulut, Amirah bersuara. "Jom, kita lepak kat Taman Suria KLCC."

Berkerut dahi Hani. 'Sejak bila Amirah, si ustazah bertudung labuh ni suka melepak? Ish, musykil aku. Takpe la, ikut je la.'

Di Taman Suria KLCC...

"Jom kita makan! Sebelum tu, baca doa makan dulu. Yati, tolong bacakan."

"Okie dokie. Bismillehirrahmanirrahim. Allahumma bariklana fiima rozaktana wakina a'zabannar." Tersenyum Amirah dibuatnya. Amirah memang murah dengan senyuman.

'Yeah! Makan jangan tak makan. Perut pun dah lapar ni.' Hati kecil Hani berbicara.

Tetiba ada satu tangan yang menyuakan makanan padanya. Hani mengangkat mukanya, melihat siapa gerangannya yang baik hati nak suapkan dia ni. 'Oh, Sarah rupanya.'

Hani sedikit teragak-agak untuk membuka mulutnya. Segan barangkali. "Bukaklah mulut tu luas-luas. Sarah kan nak suapkan kau tu." Yati menegur Hani yang kelihatan kaget.

Bismillah. Aah... "Hmm.. Sedapnya! Nak lagi! Nak lagi!" 

Aduhai.. Manjanya la anak Pak Cik Hassan ni. Hehe.  

Sebenarnya Hani tersentuh dengan perbuatan Sarah tadi. Dah lama dia tak makan bersuap. Kalau tak silap, paling latest pun masa umur dia Darjah 1. Lama jugak tu. Dah berbelas tahun jugak la.

Dan.. Lepas tu, upacara suap-menyuap pun diteruskan. Kali ni, Hani pulak yang menyuap Sarah, Amirah dan Yati. Sweet kan deme ni?

Selesai makan, Amirah pun memulakan agenda seterusnya. Kali ni dia mengeluarkan Ipad mininya yang kiut miut tu. Sambil tersenyum, Amirah berkata, "Jom, kita tadabbur Al-quran."

Mendengarkan statement tu, dengan refleksnya mulut Hani ternganga. 'Hah? Nak baca Al-quran kat tengah-tengah taman ni? Biar betul?'

Melihatkan kawan-kawannya mengeluarkan Al-quran masing-masing, Hani teragak-agak mengeluarkan iPhone 5 dan membuka app iQuran. Mata dijalarkan ke sekeliling.

"Jangan la buat muka camtu. Takdenya pak guard nak halau kita. Hehe." Seperti mengerti maksud pandangan Hani, Sarah pun bersuara.

Tersipu-sipu Hani dibuatnya.

"Ok, sekarang sume tengok ayat 78 surah an-Nahl."

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur.

An-Nahl 16 : 78

Awan pun berarak tenang. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Terasa nyaman di bawah langit yang tercipta luas.

 (^_^) (^_^) (^_^) (^_^) 

Minggu berikutnya...

"Amirah, minggu ni ada lagi tak.. apa mende yang korang selalu buat tu.. hmm, apa ke namanya.. surah?"

Amirah tertawa kecil. "Usrah lah. Bukan surah. Hehe. Ada, inshaAllah. Nak ikut ke?"

Hani mengangguk. "Nak join. Best pulak aku ikut korang hari tu."

Alhamdulilah. Amirah tersenyum. 

"Jom siap. Jap lagi kita pergi ye."

"Hah! Sekarang ke? Kali ni nak pi mana pulak?"

Sekali lagi, Amirah tersenyum. "Ikut je la. Tak surprise la nanti kalau aku bagitau. Hehe."

"Hmm.. Yela. Jap eh, aku nak iron baju sat. Jangan tinggalkan aku sudah."

(^_^) (=_=) (>_<) ($_$)

Hani memandang wajah polos kanak-kanak yang berada di hadapannya tu. Comel! Lantas, bungkusan makanan di tangan dihulurkan pada kanak-kanak tersebut. Diselitkan juga beberapa keping not RM50.

Terkejut kanak-kanak tersebut menerima 'hadiah' tersebut. Air matanya mengalir. Selama ni, semua orang menghina dia cacat, OKU, budak bisu dan macam-macam lagi. Tak sangka, ada lagi rupanya orang yang baik hati begini. Sangkanya, orang-orang macam ni dah pupus ditelan bumi.

Tersentuh hati Hani melihat air mata kanak-kanak tersebut. Dikesatnya air mata di pipi.

"Ambillah. Ni untuk adik. Nanti kongsi dengan adik-adik ye."

Kanak-kanak tersebut mengangguk-angguk banyak kali. Sebagai tanda terima kasih, dia memberikan sebuah harmonika lama miliknya pada Hani.

"Untuk akak ke?"

Adam mengangguk-angguk sambil tersenyum.

"Terima kasih."

Adam pun berlalu mendapatkan adik-adiknya yang menunggu di seberang jalan. Pandangan Hani turut mengikut arah pergerakan Adam.

Dari jauh, tingkah laku Hani diperhatikan seseorang. 'Cute!' Ujar Zahin dalam hati. Kelibat Amirah yang muncul tiba-tiba mengejutkan Zahin. Lantas langkah dicepatkan ke booth makanan.

"Hani, sini kejap. Ada banyak lagi makanan ni. Jom pi sana pulak." Suara Amirah menyapa.

"Okie dokie. Kejap."

Hari tu, Amirah mengajak Hani dan teman-teman usrahnya untuk membuat kerja sukarela, iaitu memberi makanan pada homeless people sekitar Kuala Lumpur yang dikendalikan oleh pihak MERCY. 

Sungguhlah Hani tak menyangka, rupa-rupanya ramai lagi yang menderita dalam kemiskinan sedangkan dia bersenang-lenang menghabiskan duit ibubapanya. Selama ni, Hani hanya memikirkan tentang kesenangan dirinya saja.

'Teruknya aku ni. Asyik pikir pasal diri sendiri je. Asyik rasa tak cukup je. Rupa-rupanya ujian untuk orang lain lagi besar. Tak boleh macam ni. Aku kena buat something ni.'

Mulai hari tu, Hani menanam azam untuk lebih menghargai apa yang dia ada dan juga berazam untuk menyumbang kepada masyarakat dalam apa jua bentuk. InshaAllah.

Hani menoleh ke arah rakan-rakannya. Terima kasih Allah sebab temukan aku dengan mereka.

(@_@) (+_+) (~_~) (T_T)

"Hunny bunny?"

Terkejut bukan main Hani bila dipanggil. Jauh sangat mengelamun tu.

"Abang ni. Terkejut kita tau." 

"Tu la. Sapa suruh termenung. Abang panggil 2,3 kali pun tak dengar. Teringatkan nostalgia lama kita la tu."

Hani terdiam.

"Betulla tu. Abang tau, abang ni kan handsome lagi kacak. Tu yang sampai hunny bunny sorang ni angau sampai sekarang kan. Hehe."

"Hee.. perasan betul."

Ketawa Zahin meletus. Seronok betul kacau hunny bunny dia sorang ni. Hani pun turut mengukir senyuman.

Alhamdulillah, terima kasih Tuhan atas segala yang Engkau berikan. Arigatou!

TAMAT.

p/s : cerita ni hanyalah fiktif belaka. Kalau terdapat persamaan pada mana-mana cerita atau kisah, tu hanyalah secara kebetulan semata-mata. Peace.



Isnin, 25 Februari 2013 0 ulasan

Aku dan Mereka.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

"Pak cik, duduk sini ya. Lepas tu, letak tangan atas meja ni dan luruskan tangan."

Dia mengikut sahaja arahan lelaki berkaca mata tu. Tangannya diletakkan di atas meja. Cuff segera dipakaikan pada lengan pak cik tersebut. 

"Rasa tak selesa ke, pak cik? Ketat sangat ke?"

Pak Hassan hanya menggeleng. Melihatkan gelengan Pak Hassan, Safwan meneruskan kerjanya. Dua jarinya diletakkan di pergelangan tangan Pak Hassan. Mencari-cari kedudukan radial artery. Aha! Dah jumpa.

Bismillahirrahmanirrahim.

Prosedur untuk mengambil tekanan darah diteruskan. Inflating the cuff. Tangan kanannya berhenti apabila nadi Pak Hassan tidak lagi dirasakan. Mata Safwan tertumpu pada manometer di hadapannya.

155 mmHg.

Stethoscope yang tergantung di leher sejak dari tadi dicapai. Earpiece disumbat ke telinga. Tangan kanan memegang diaphragm (of stethoscope) yang diletakkan di pelipat tangan Pak Hassan. Tangan kirinya pula mengepam rubber bulb sehingga nilai tekanan mencecah 175 mmHg. Lalu Safwan melonggarkan valve perlahan-lahan sambil melihat manometer.

Earpiece ditarik. Tangannya menulis sesuatu pada kertas laporan pemeriksaan Pak Hassan.

"Pak cik, tekanan darah pak cik ni tinggi sikit dari biasa. Sebelum ni, pak cik ada sakit darah tinggi ke?"

Belum sempat Pak Hassan menjawab, anaknya menyampuk, "A'ah, doktor. Ayah saya ni ada penyakit darah tinggi, kencing manis. Tu la, tak nak jaga makan. Dah berbuih mulut saya."

Pak Hassan cuma tersenyum. Safwan pun mula membuka mulut.

"Pak cik kena jaga makan tau. Jangan makan benda-benda masin. Kurangkan minum air manis-manis. Makan nasi yang kurang kanji. Dan satu lagi, pak cik jangan lupa makan ubat ye."

Kelihatan Pak Hassan terangguk-angguk.

"Lagi satu, sebelum pak cik makan ubat,jangan lupa baca bismillah dulu. Sebab yang tukang menyembuhkan tu Allah, bukan ubat ataupun saya. Saya cuma pengantara. Pak cik kena jaga kesihatan tau. Nanti barulah kuat nak buat kerja rumah, nak beribadah, nak keluar jumpa orang. Betul kan, pak cik?"

"InsyaAllah. Terima kasih ye, nak. Jarang jumpa doktor yang nasihatkan orang macam kamu ni. Pak cik doakan kamu yang baik-baik ye, nak."

Anak Pak Hassan membantunya untuk bangun. Mereka bersalaman sebelum berpapasan pergi.

Alhamdulillah.Fuhh... lega! Nampaknya tugasnya untuk hari itu selesai. Matanya tertancap pada dua orang juniornya yang bertugas untuk memeriksa paras gula dalam darah (blood glucose level). Masih ada dua orang yang beratur untuk pemeriksaan.

Wardah.

Nama juniornya itu disebut perlahan. Ada rasa yang tercuit di hati. Namun, perasaan itu dibuang jauh-jauh. Lantas, matanya dialihkan ke tempat lain. Bimbang ada rasa lain yang bertamu.

Sambutan penduduk kampung pada pemeriksaan kesihatan secara percuma itu amatlah memberangsangkan. Buktinya, tak putus-putus penduduk kampung tak kira yang muda ataupun tua datang untuk mendapatkan pemeriksaan. Pemeriksaan kesihatan itu diadakan bersempena Karnival 'Mari Menjadi Muslim Super Duper'  bertempat di Masjid Al-Jam'iyah, Telok Panglima Garang, Selangor.

Sebenarnya, Safwan dan sembilan lagi rakannya masih bergelar mahasiswa. Kini, Safwan dan beberapa rakannya seperti Amin, Kazim dan Jannah merupakan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan di Universiti Malaya. Apabila ada masa terluang, mereka akan melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarela seperti pemeriksaan kesihatan ini.

Kesempatan yang ada digunakan sebaik-baiknya. Beginilah cara mereka untuk berbakti kepada komuniti. Dan di sinilah tempat untuk mereka melatih diri berhadapan dengan pesakit. Dan di sini jugalah mereka lihat peluang dakwah yang sangat luas. InsyaAllah.

Dikerlingnya jam di tangan. 'Dah nak masuk Zohor ni. Baik aku kemas-kemas dulu.' Bisik hatinya.

Amin dan Kazim dilihatnya masih sedang berbincang dengan pesakit. Jannah, Wardah dan Ruqayyah nampaknya juga sedang berkemas. Syafiq dan Zaid pula siap untuk mengangkut barang ke dalam kereta. Syafinaz pula terkocoh-kocoh berlari dari tandas.

10 minit kemudian, mereka selesai berkemas. Laungan azan Zohor sayup-sayup kedengaran. Dan langkah kaki pun dihayun menuju ke masjid.

Hayya 'Alal Falah... Marilah menuju kejayaan. Ya, marilah menghadap Tuhan Yang Maha Esa.

*********************************************************************

Selesai solat berjemaah, mereka semua sepakat untuk makan tengah hari di restoran yang berdekatan. Disebabkan mereka semua sibuk dari pagi tadi, hampir kesemuanya tidak bersarapan. Perut sudah berdondang sayang, minta diisi. Pelik, kan? Bakal doktor sendiri tak menjaga kesihatan . Ishk.. ishk.. ishk..

Pesanan makanan diambil. Banyak juga makanan yang dipesan. Takut pula kalau membazir. Bukannya apa, membazir itu kan amalan syaitan.

Jam di tangan dikerling. 'Dah pukul tiga ni. Rasanya elok jugak kalau buat sesi sharing sikit.'

"Apa kata sementara kita tunggu makanan sampai, kita dengar sedikit pengisian daripada Amin?" Safwan mengutarakan pendapatnya.

"Bagus jugak tu. Apa lagi, Sheikh Amin. Tafaddol masykura." Yang lain nampaknya bersetuju dengan cadangan Safwan.

Amin yang memang terkenal dengan sifat rendah dirinya tu pun memulakan bicara. Bismillah. Ok, here goes.

"Antum pernah baca buku Reclaim Your Heart by Yasmin Mogahed?"

Satu pertanyaan dilontarkan. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng dan ada juga yang menampakkan wajah blur.

Wardah dan Jannah pula mengangguk laju, menandakan mereka telah membacanya.

Lalu Amin meneruskan bicara.

"Ana ingin memetik satu bahagian kecil daripada buku tu tentang sifat wahan. Ana sangat tertarik dengan cara penulisan sister Yasmin yang suka memberikan analogi yang menarik. Dalam bukunya, Yasmin mengumpamakan dunia ini sebagai lautan air."

'Lautan air?' Terdetik rasa kehairanan dalam hati Safwan. Kenapa ya?

"Air tu merupakan keperluan asas kepada manusia untuk terus hidup. Dengannya, manusia boleh minum, memasak, membasuh baju, memandu kenderaan, mandi dan sebagainya. Samalah seperti dunia as a whole. Kita perlukan dunia untuk hidup. Perlukan manusia di sekeliling, kepakaran untuk meneruskan hidup, mesin-mesin untuk memudahkan kerja, dan sebagainya."

Amin memandang rakan-rakannya satu per satu sebelum meneruskan.

"Walaupun air banyak kegunaannya pada kita, tapi air juga boleh melemaskan kita jika kita tidak pandai menguruskannya ataupun tidak pandai berenang. Samalah seperti dunia. Jika kita tidak pandai menguruskan urusan dunia, kemungkinan besar kita akan lemas dalam keindahan palsu dunia."

Safwan terangguk-angguk, setuju dengan kenyataan Amin.

"Hati kita pula ibarat sampan/bot. Jika terdapat lubang pada bot tersebut walaupun sekecil penutup botol, kita akan karam di lautan. Samalah seperti kita membiarkan hati kita ditembusi oleh sifat wahan (sifat cintakan dunia), kita akan mula karam dan tenggelam."

"Berapa ramai antara kita yang selalu mementingkan facebook berbanding menunaikan solat fardhu bila azan berkumandang? Berapa ramai antara kita yang lebih suka melihat Melodi, Propaganza berbanding melihat Al-Kuliyyah, Al-hidayah dan Semanis Kurma? Berapa ramai antara kita yang lebih suka menghadap laptop berbanding menghadap Al-Quran? Berapa ramai yang memenuhi panggung berbanding program kesukarelawanan? Dan berapa ramai antara kita yang sedar dan mahu berubah ke arah lebih baik? Inilah padahnya bila wahan dah merajai hati."

"Kadang-kadang, kita merasakan diri ni tak berdosa sebab tak melakukan dosa-dosa besar macam mencuri, berzina dan membunuh. Tapi, kita lupa pada dosa-dosa kecil yang kita lakukan. Kita rasa diri kita ni cukup baik. Dengan cukup solat, puasa, siap solat sunat n puasa sunat lagi. Belum ditambah lagi dengan kerja-kerja membantu orang, baca Al-Quran hari-hari, derma banyak-banyak. Rasa macam kitalah yang paling dekat dengan Allah."

Zupp!! Rasa bagai ditusuk sembilu. Terkena pada batang hidung sendiri.

"Jangan lupa sahabat, kita kena selalu beristighfar, selalu reset niat, selalu muhasabah diri. Jangan-jangan sebab sifat wahan yang mencengkam diri, kita lakukan kebaikan. Untuk dipuji, untuk disanjung orang. Tapi, akhirnya kita jauh dari Tuhan kita. Ana pun berharap kita dapat mengingatkan satu sama lain dan jom kita sama-sama muhasabah balik diri kita yang tak seberapa ni. Ana rasa setakat ni je la untuk kali ni. Wallahua'lam."

Seusainya tazkirah ringkas Amin tamat, makanan yang dipesan pun sampai. Masing-masing nampaknya sudah tidak sabar untuk menjamu selera. Tangan diangkat,

"Allahumma bariklana fima razaktana wa kina 'azabannar....."

Makanan pun disua ke mulut.

Alhamdulillah. Amin dan Safwan berpandangan sesama mereka lalu tersenyum.

'Terima kasih Allah sebab temukan aku dengan sahabat yang baik.'

Wallahua'lam. The end.
Jumaat, 12 Ogos 2011 0 ulasan

Hayya 'Alal Falah!

Sekadar gambar hiasan

Subhanallah, cantiknya pemandangan! Klik! Nikon DSLR di tangan terus merakamkan keindahan panorama yang terbentang depan mata. Asyik sungguh dengan panorama tersebut sehingga terlupa pada orang sebelah.

"Abang, cantiklah temapt ni. Biru je. Sejuk mata memandang."

"Memang cantik. Wow. Superb. Berbaloi kita datang jauh-jauh ni."

Diam sebentar. Masing-masing melayan perasaan. Klik! Nikon DSLR tu tak lepas dari tanganku sejak tadi. Nilah masanya nak cuba guna kamera mahal. Kalau sebelum ni, guna Olympus je. Tengah aku sibuk dengan kamera baru tu, tiba-tiba je Liyana mengeluh. Eh, minah ni kenapa?

"Abang, adik nak tanya something. Abang rasa, apa maksud kejayaan tu sebenarnya?"
Kening terangkat sebelah. Pelik dengan perangai adikku yang satu ni. Semacam je bunyinya. Ada masalah ke?

"Kenapa tetiba je tanya? Takde ribut, takde angin, tetiba je tanya soalan camtu." Pelik rasanya. Sebelum ni, tak pernah pula dia tanya soalan macam ni.

"Saja nak tau. Yalah, orang selalu cakap, kejayaan tulah matlamat mereka. So, apa yang dimaksudkan dengan kejayaan tu sebenarnya?" Mukanya betul-betul serius.

Aku terdiam. Mencari-cari idea dan menunggu arahan daripada temporal and frontal lobe kat cerebrum tu untuk mengeluarkan jawapan yang bernas lagi munasabah.

"Well, mungkin bagi setiap orang, definition untuk kejayaan tu berbeza. Adik rasa, kejayaan tu apa sebenarnya?" Aku bertanya balik.Soalan dijawab dengan soalan. Ingin memancing reaksi.
"Aik, orang tanya dia, dia tanya kita balik. Hmm.... mungkin apabila seseorang tu dah dapat yang dia cita-citakan, tulah kejayaan bagi dia. Macam abanglah, dari dulu, nak sangat jadi engineer macam abah. Sekarang dah jadi processor engineer. Tu dikira kejayaan kan?"
Aku tersenyum. Memang jawapan tipikal.Rata-rata orang akan menjawab sebegitu apabila soalan ni dikemukakan.

"Ya, itu adalah sebahagian kecil definisi kejayaan. Memang abang dah dapat apa yang abang nak. Tapi abang rasa, abang belum dapat lagi kejayaan tu. Belum lagi mencapai matlamat."

"Apa maksud abang? Abang kan dah ada kerjaya yang stabil dan famili yang happy. Belum masuk lagi kereta Alphard dan banglo besar abang tu. Apa yang kurang lagi?"

 Nampaknya, ketidakpuasan Liyana mula menonjol. Ishk,ishk,ishk... Aku menggeleng-geleng kepala. Muka Liyana kat sebelah dah berkerut seribu. Dah macam mak nenek je gayanya.

"Betul, ada lagi benda yang kurang pada abang. Tak percaya? Nak tengok bukti?" Aku lantas mengeluarkan sesuatu daripada begku.

"Ek, eleh, macam CSI pulak nak tunjuk bukti segala." Liyana memuncungkan mulutnya.

Begitu sahaja aku mengeluarkan tafsir Al-Quran dari beg, Liyana terus saja ternganga. Awatnya lah minah ni? Terkejut beruk nampaknya. Beruk pun tak terkejut macam tu.

"Eh, kenapa mulut tu ternganga? Masuk lalat nanti, baru tau." 

"Abang memang selalu ke bawa tafsir Al-Quran ke mana-mana? Gaya macam bawa novel je."

"Yang bawa novel tu adik. Abang lain. Kan bagus kalau bawa tasir Al-Quran ke mana-mana. Kalau ada time free, takdelah masa terbuang dengan benda-benda tak berfaedah."

"Perli nampak. Adik tau lah adik suka baca novel."  Tambah kerut seribu kat muka Liyana.

"Dahlah tu. Tak payah nak buat muka seposen tu. Tadi abang kata nak tunjuk bukti kan. Kejap ya, abang cari."

Selak punya selak, akhirnya jumpa jugak. Ni dia, buka mukasurat 342. Juz 18, Surah Al-Mu'minun. Aku terus menyuakan Al-Quran tu pada Liyana. Dia macam blur je. Aku pun mengisyaratkan supaya dia membacanya.

'Sungguh beruntunglah orang-orang yang beriman, ( iaitu ) orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna, dan orang yang menunaikan zakat,dan orang yang memelihara kemaluannya,'
 (Surah Al-Mukminun 23 : 1-5)

Liyana mengangkat muka. cuba mencerna maksud ayat-ayat tersebut.Lantas dia menyambung lagi bacaannya.
'Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Tetapi barangsiapa mencari di balik itu (zina dan sebagainya), maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya, serta orang yang memelihara solatnya.' 

(Surah Al-Mukminun 23 : 6-9 )

Bacaan Liyana terhenti setakat itu. Kelihatannya, dia menagih penjelasan daripadaku.

"Oklah. Dalam ayat tadi tu, Allah sebutkan bahwa orang yang berjaya ialah orang yang khusyuk dalam solatnya, menjauhkan diri daripada perkara sia-sia, menunaikan zakat, memelihara kesuciannya, menjaga amanah dan memelihara solatnya." Liyana mengangguk-angguk. Aku teruskan lagi.

"Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya. Nah, cuba kita nilai balik solat kita. Betul-betul ke kita dah khusyuk? Ataupun, waktu solat, kita ingat benda lain. Kita tegah hadap Allah, boleh pulak ingat benda lain. Cuba kalau bini kat depan mata, tapi  kita ingat orang lain, tak ke dia marah? Khusyuk tu memang payah tapi tak mustahil."

"Memang betullah apa yang cakap tu." Liyana menggumam sambil menundukkan kepala.

" Lepas tu, tiap-tiap hari, mesti ada je benda sia-sia yang kita buat kan. Berangan lah, mengumpatlah, tengok cerita yang bukan-bukanlah. Cuba kalau tetiba kita ditakdirkan meninggal dunia time tu jugak,tak ke menyesal nanti bila dah ada kat 'sana'?"

"A'ah bang. Adik pun kadang-kadang suka bergosip, melepak kat mall berjam-jam. Belum masuk tengok tv and surf internet berjam-jam."

"Jangan kata adik, abang pun sama. Kadang-kadang lagi payah nak tinggalkan benda yang kita biasa buat daripada sesuatu yang kita tak biasa buat."

Aku mendongak ke langit. Al-Quran tadi disimpan. Liyana pula menyambung butir bicara.

"Macam yang adik baca tadi, orang yang menunaikan zakat dan memelihara kesuciannya pun tergolong dalam orang yang berjaya. Memang kebanyakan orang membayar zakat dan tidak berzina, tapi cukupkah setakat itu?"

"Memang betul apa yang adik cakap tu. Kebanyakan orang membayar zakat dan masih ramai yang tidak berzina. Ada di antara mereka yang mendabik dada mengatakan bahwa kononnya mereka tu adalah tergolong dalam golongan yang disebutkan dalam Al-Quran itu tadi. Tapi, apa gunanya kalau mereka tidak memelihara solat? Apa gunanya jika mereka pecah amanah? Dan apa gunanya kalau mereka tak menutup aurat?"

Sekali lagi Liyana mengangguk-angguk. Mengiakan kata-kataku. Aku menyambung lagi.

"Kadang-kadang, kita rasa kita ni dah hebat sangat. Solat cukup 5 waktu, puasa cukup 30 hari, zakat semua langsai. Tapi solat yang macam mana kita buat. Subuh gajah? Solat macam patuk ayam? Solat setakat cukup syarat? Puasa yang macam mana? Setakat tak makan dan tak minum?" Sebak menusuk jiwa. Suara makin tenggelam.

"Abang dulu pun macam tu, abang tau. Memang hidup abang senang, tapi macam kosong. Alhamdulillah, abang bersyukur sebab Allah masih beri abang peluang untuk perbaiki kesalahan abang."

Tiba-tiba,handphoneku berbunyi. Mematikan bicara aku. Mak rupanya. Mesti dia nak suruh kami balik. Perbualanku dengan Liyana terhenti di situ. Lalu kami berdua pun melangkah ke kereta.









Selasa, 2 Ogos 2011 0 ulasan

Awak, saya jatuh cintalah.....

"Awak, mulai hari ni kita putus ya."

" Haa?? Apa awak cakap ni? Awak main-main, kan?"

Diam sebentar. Nafas Imran turun naik. Menahan rasa marah dan terkejut barangkali. Mungkin tidak sangka Syafiqah senekad itu.

"Saya tak main-main. Saya tengah serius ni dan saya nak minta maaf sangat kat awak."

"Kenapa tiba-tiba je? Takde ribut, takde angin, tup tup awak mintak putus. Saya ada buat salah ke?"

"Tak, awak tak salah. Cuma...."

"Cuma apa?"

"Saya dah jatuh cinta dengan yang lain. Jadi saya harap sangat awak lupakan saya. Dan tolonglah maafkan saya."

       Tanpa menunggu jawapan Imran, Syafiqah terus  memutuskan talian. Telefon segera dimatikan.Takut seandainya hati yang ditekadkan tadi berubah. Kejamkah dia? Kejamkah dia kerana melukakan hati seorang lelaki? Ah, masa pasti akan menyembuhkannya.Khali seketika. 'Betulkah tindakan aku ini?' Hatinya berbicara. Buntu rasanya.

        'Ah, tak boleh jadi ni. Nampaknya aku kena consult dengan 'kekasih'ku ni.' Lantas, Syafiqah pun bangun dan menuju ke kamar mandi.

(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)?(^_^)(^_^)(^_^)


"Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku ini dalam addin-Mu. Sucikanlah hatiku dan jiwaku yang kotor ini. Limpahkanlah taufiq dan inayah-Mu. Janganlah Engkau palingkan nur hidayah-Mu daripadaku.

Ya Allah, teguhkanlah imanku,
Tanamkan kecintaan yang kukuh kepada-Mu,
Hadirkanlah rasa rindu dalam jiwaku ini untuk mengecap redha-Mu,
Ya Allah, terbitkanlah rasa kasih kepada syariat-Mu dalam diriku ini.

Ya Allah yang Maha Pengasih,selama ini aku alpa ya Allah. Aku lebih mengasihi makhluk-Mu dan mengabaikan-Mu padahal Kau tak pernah lupakan aku. Aku khilaf ya Allah.  Aku telah sia-siakan kasih sayang-Mu ya Allah."

         Usai berdoa, Syafiqah menangis sepuas-puasnya. Betapa selama ini dia lalai dan leka  dengan dunia sekelilingnya. Dia lupa pada Allah. Bukannya dia tak solat dan tak puasa. Ya, solatnya  cukup lima waktu. Namun pengisiannya kosong. Jasad di atas tikar sejadah tapi fikiran melayang. Sekadar memenuhi syarat sahaja. Kini Syafiqah sedar akan kekhilafannya. Mungkin inilah hikmahnya Ramadhan pada tahun ini. Alhamdulillah, Allah masih sayangkan Syafiqah.

          Perasaannya yang berbaur tadi kini semakin tenang. Memang betullah kata orang, ketenangan itu akan datang apabila kita mengingati-Nya. Telekungnya dibuka dan dilipat.Lalu,  dia memutuskan untuk menulis surat kepada Imran.


(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)(^_^)?(^_^)(^_^)(^_^)


Gugur air mata Imran selepas membaca surat daripada Syafiqah itu. Dia terkelu. Tak sangka Syafiqah akan berubah sedemikian. Imran membaca lagi surat itu.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

       Pertama sekali, saya ingin meminta maaf kerana memutuskan hubungan dengan awak. Itupun melalui telefon. Saya tahu, mesti awak terkejut, marah dan hampir naik hantu bila saya mintak putus. Mungkin awak menganggap saya perempuan yang memungkiri janji. Saya memang sayangkan awak, tapi saya dah terlanjur jatuh cinta dengan yang lain. Nak tahu siapa? Dialah pencipta saya dan awak, yang dah lama saya abaikan.

Saya tak sangkal, awak memang baik,
Selalu jaga saya, tolong saya,
Bila saya susah, awaklah orang pertama yang hulurkan tangan,
Kalau saya sedih, awak akan hiburkan saya,
Tapi kan, Dia langsung tak pernah tinggalkan saya,
Sentiasa menjaga dan mengawasi saya 24 jam,
Tak pernah pun Dia rasa penat,
Kalau saya susah, Dia selalu ada dengan saya,
Siap tunjukkan jalan keluar lagi,
Tapi bila senang,saya selalu lupa balik pada Dia,
Saya tinggalkan Dia, abaikan Dia,
Tapi apapun yang saya buat, Dia tak pernah lupakan saya,
Buktinya, Dia tetap nak terima saya.
Saya tak sangkal, awak memang pemurah,
Selalu belikan hadiah untuk saya,
Selalu belanja saya kat restoran mahal-mahal,
Celebrate birthday saya lagi,
Tapi kan awak, Dia lagi pemurah,
Dia bagi saya mata untuk melihat, telinga untuk mendengar,
Mulut untuk berkata-kata, hidung untuk menghidu,
Dia tak pernah kedekut nak bagi rezeki pada saya,
Dari saya kecik sampailah saya besar,
Walaupun saya tak pernah minta,
Tapi tak pernah pun Dia minta balasan.

   Jadi, saya harap awak faham akan keadaan saya. Saya dah lama tinggalkan Dia. Sekarang saya tak nak sia-siakan kasih Dia pada saya lagi.Terus-terang saya katakan, saya memang sayangkan awak, tapi buat masa ni,saya nak fokus pada Dia. Kalaulah awak jodoh saya, insyaAllah kita akan bertemu di jinjang pelamin. Maafkan saya sekali lagi.
Ikhlas,
Syafiqah


  

Recent Comments

 
;