Ahad, 9 Oktober 2011 0 ulasan

Pilihlah jalanmu!

In the name of Allah, The Most Gracious and Most Merciful

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Bahayanya jalan ni!

Hidup ini umpama jalan 

Ada jalan lurus, ada jalan berliku, ada jalan curam

Adapun jalan lurus itu umpama waktu kesenangan kita

Tenang, gembira

Lancar sahaja perjalanan kita

Adapun jalan berliku itu 

Umpama waktu ditimpa mehnah dan tribulasi

Payah untuk dilalui

Namun perjalanan harus diteruskan

Agar sampai ke destinasi

Adapun jalan curam itu

Umpama perjalanan kita 

Menuju ke arah kebahagiaan hakiki

Ya, memang sukar

Namun usaha yang gigih 

Disulam semangat yang kental

Dibenteng iman dan taqwa

InsyaAllah akan membawa kita ke sana..




Hidup ini umpama jalan 

Untuk menempuhinya

Selok-belok harus diketahui

Itulah gunanya papan tanda

Jika tiada,

Maka sesatlah kita,

Accidentlah kita..

Begitulah jua hidup kita 

Perlukan panduan dan bimbingan

Tanpanya kita tersesat

Tanpanya maruah tergadai

Tanpanya kita hilang arah

Apakah dia?

Ya, itulah dia

Al-Quran dan Sunnah Nabi

Yang seharusnya menjadi pegangan kita

Untuk mencapai keredhaan-Nya..

"He brought it down upon your heart, by Allah's authority, confirming what came before, and as guidance and good news for the believers.'
(Surah Al-Baqarah : 97 ) 



Jadi, pilihannya sekarang di tangan anda. Jalan mana yang anda pilih?
Renung-renungkan dan selamat beramal.... (^_^)
Jumaat, 7 Oktober 2011 0 ulasan

X-ray dirimu...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Ego.

Bangga diri.

Takbur.

Semua benda ni ada dalam diri semua manusia biasa. Tak percaya? Pernah tak terlintas dalam hati:

'Hebatnya aku ni. Semua benda boleh buat.'
'Orang tu tak boleh lawan aku. Dia kan lembik.'
'Banyak amalan aku dah buat ni. Confirm masuk syurgalah!'
'Aku buat kerja ni sorang-sorang pun takpe. Nak harap orang lain, nanti lingkup kerja aku.'
'Dia tu siapa nak nasihat aku. Aku punya ilmu lagi banyaklah dari dia.'

Ha, pernah tak terlintas dalam hati sahabat-sahabat sume? Mesti pernah kan. Macam mana saya tahu? Biarlah rahsia.. hehe.. Ok, balik pada topik kita hari ni.

Manusia tak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Kita kena akui itu. Tapi kita mestilah belajar dari kesilapan itu supaya ia tak berulang lagi. Dalam konteks ni, kita kena akui bahawa kita bukanlah sempurna. Hanya Allah sahaja yang bersifat begitu.

Siapa kita untuk menilai diri kita sendiri? Kalau kita sendiri yang buat penilaian, mesti kita akan menilai yang baik-baik sahaja pada diri kita. Pada pandangan kita, orang lain sume salah, kita je yang betul. Kita lebih banyak condemn orang lain daripada condemn diri sendiri.

Benda ni tak patut berlaku. Tanya balik pada diri sendiri. Adakah kita ini terlalu sempurna untuk menilai orang lain? Muhasabah diri kita balik. Takkan takde sedikit pun kelemahan? Kita lengkap serba serbikah? Oh, ataupun kita terlalu ego untuk mengakui kelemahan kita.

Ego.Perkataan tu yang timbul apabila kita tak nak mengakui kelemahan kita. Kita fikir diri kita hebat sangat sampai kita tak ambil endah dengan pandangan orang lain. 

Cuba ambil contoh:

Katakanlah anda baru sahaja masuk universiti. Daripada banyak-banyak kawan-kawan anda kat kampung @ sekolah dulu, anda sorang je yang dapat masuk satu universiti terkemuka ni. Adakah anda berasa selesa dan bangga bahawa anda dapat diterima masuk?

Mesti ada perasaan tu kan. Perasaan bangga tu tak salah tapi apabila berlebihan hingga merendahkan orang lain, tu yang salah. Ok, sambung balik cerita. 

Mungkin keputusan anda yang cemerlang membolehkan anda memasuki universiti tersebut.Mungkin sebelum ni anda adalah antara pelajar terbaik di sekolah. Mungkin juga sebelum ni anda adalah pelajar kesayangan cikgu. Mungkin juga sebelum ni anda pelajar yang aktif. Jadi, anda mula fikir anda hebat kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain.

Tapi, anda lupa pada 1 perkara. Orang lain yang masuk ke universiti itu juga adalah antara pelajar-pelajar terbaik dari seluruh pelusuk negara. Anda perlu bersaing dengan mereka. You're not the only one with straight A's and you're not the only one who's intelligent.

Dan yang paling penting sekali, Allah itulah yang Maha Besar. Dialah yang paling hebat, bertrillion kali gandanya daripada daripada kita.

Sahabat-sahabat,
Muhasabah diri kita balik. Perbaiki diri dulu sebelum perbaiki orang lain. Bak kata saya, x-ray dirimu!

Renung-renungkan dan selamat beramal!



Isnin, 3 Oktober 2011 0 ulasan

Belajar di luar kotak

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Bismillahirrahmanirrahim..

Eh, tetibe rajin pulak nak update blog ni. Saja je amik masa sikit nak kongsi something. Tapi ni biology-related lah... Pada yang mengambil subjek biology dan yang bersangkut paut dengannya, mesti awak sume rasa boring kan nak baca buku. Banyak sangat fakta nak diingat kan? ( Bagi yang tak amik biology pun sama gak kan?)

Apa kata kita try cara lain? Apa caranya? Tengok video kat bawah ni.









Amacam? Menarik kan? Boleh cari kat youtube kalau nak download... Oklah, tu je saya nak share untuk kali ni... 

Untuk kawan-kawan dan sahabat-sahabat yang tak amik bidang ni pun boleh try buat lagu sendiri. Senang nak ingat betul tak?

Oklah, minta diri dulu... (^_^)

Ahad, 2 Oktober 2011 0 ulasan

Duhai Adam...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bismillahirrahmanirrahim.



Duhai Adam...

Apakah yang kau cari dalam diriku?

Keindahan paras rupakah?

Kalau begitu, maafkan saya.

Saya bukanlah untukmu...

Kenapa?

Sebab saya tahu

Mata itu banyak menipu

Akal dan juga hati

Kecantikan tu takkan kekal lama

Bila masa beranjak

Kecantikan itu makin pudar

Dan

bila itu terjadi

Tak mustahil awak akan meninggalkan saya...


Duhai Adam...

Apakah yang awak cari dalam diriku?

Ketenteraman dan ketenangan hati?

Kalau begitu, maafkanlah saya...

Saya bukanlah untukmu...

Kenapa?

Sebabnya

Ketenangan itu bukan datang dari saya

Tapi

dikurniakan oleh Yang Maha Esa

Saya ini juga insan yang lemah

Yang tak lepas dari keluh-kesah

Yang juga berusaha untuk mencari

Sebuah ketenangan...

Oleh itu,

serahkanlah diri kepadaNya...

InsyaAllah dada awak terasa lapang..


Duhai Adam...

Apakah yang awak cari dalam diriku?

Sebuah ketulusan hati?

Kalau begitu, saya bukanlah untukmu..

Kenapa?

Sebab

Hanya Dia sahaja yang tahu

Rahsia hati hambaNya..

Ketulusan itu tidak boleh dinilai

Melalui penampilan mahupun kata-kata

Ketulusan itu suatu yang subjektif

Jadi

Biarkan Dia sahaja yang menilai..


Duahai Adam...

Saya tak dapat menjanjikan kebahagiaan

Kerana bahagia itu bukan milik saya

Saya tak dapat menjanjikan ketenteraman

Kerana ketenteraman itu anugerah Tuhan

Namun

Saya hanyalah dapat memberimu

Sebuah kesetiaan

Selagimana awak menjadi imamku

InsyaAllah...


Ahad, 25 September 2011 0 ulasan

Contohilah cell membrane....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Bismillahirrahmanirrahim...

structure of cell membrane...
Dah lama tak bukak blog ni. Maklumlah, tengah busy dengan itu ini. Dalam masa 3 minggu ni rasanya dah banyak kalori dan lemak-lemak tepu yang terbakar dek banyaknya berjalan. Ulang-alik dari fakulti ke kolej, ke sana ke sini. Oklah, tak nak berceloteh panjang lebar. Let's go straight to the point.

Hari ni sebenarnya nak kaitkan tentang cell membrane dengan kehidupan kita. Maklumlah, hari tu baru je belajar pasal cell membrane dalam physiology lecture. 

Ok, antara ciri-ciri cell membrane adalah semi-permeable ataupun dalam bahasa mudahnya, dia hanya akan membenarkan bahan-bahan tertentu sahaja untuk diserap masuk ke dalam sel. 

Cell membrane akan membenarkan lipid-soluble substances untuk diserap dengan mudah ke dalam sel sebab cell membrane terdiri daripada lipid. Cuba kita aplikasikan dalam kehidupan. Manusia semua mempunyai fitrah. Fitrahnya, manusia sukakan kepada kebaikan dan kebenaran.

Semua orang mahukan yang terbaik untuk dirinya. Dan kalau kita selusuri syariat yang telah digariskan dalam Islam, semua perintah Allah itu sebenarnya menepati fitrah manusia itu sendiri. Contohnya, sewaktu Nabi Adam dan Hawa memakan buah khuldi, dengan serta-mertanya aurat mereka terbuka. Lalu dengan kelam-kabutnya mereka menutup aurat mereka dengan daun-daun di situ.

Nah, di sini kita dapat tengok bahawa manusia itu fitrahnya mahu menutup auratnya dan mempunyai perasaan malu apabila auratnya terlihat oleh orang lain. Allah dah susun cantik semua perkara dalam addin kita. Jadi, apa salahnya kalau kita menyerap fitrah-soluble peribadi ke dalam diri kita sebagaimana cell membrane menyerap lipid-soluble substances? Tak salah kan...

Ok, next point.... ada jugak bahan-bahan yang diserap ke dalam sel melalui beberapa carrier molecule dan channel. Cara transport ini dipanggil fasilitated diffusion. Tengok gambar kat bawah ni...




Kat sini, kita boleh nampak yang solute (nutrient @ substance) yang besar macam glucose perlu melalui carrier protein dan channel protein. Tapi carrier dan channel protein ni pun just membenarkan bahan-bahan tertentu sahaja. Macam penapis lah lebih kurang.

So, berbalik pada kehidupan kita. Sebelum kita menerima apa-apa maklumat, ilmu atau informasi, kita mestilah menapis dahulu sebelum kita percaya dan cernakan dalam minda kita. Tapis guna apa? Mestilah guna iman kita. Tepuk dada, tanya iman. 

Katakanlah ada seorang tu cakap, 

"Benda ni bid'ah. Baik kau tinggalkan je."  
"Kawan aku cakap, budak tu jahat tau. Baik kau jangan dekat dengan dia."

Sebelum kita percaya bulat-bulat cakap orang, baik kita selidik dulu dan kenalpasti sama ada perkara itu benar ataupun tak, berguna ataupun tidak. Gunakanlah iman protein dengan sebaik-baiknya sebagaimana carrier protein digunakan dengan begitu efisien.

Disebabkan kesuntukan masa, jom pi straight pada last point. Cell membrane kita ni sebenarnya tak rigid dan lembik-lembik gitu tapi ia dikuatkan oleh cholestrol. Cholesterol sebenarnya ada banyak kepentingan pada diri kita tau. Jangan tak tau pulak.

Samalah kita ni. Iman umat Islam pada zaman sekarang ni diibaratkan macam buih-buih di lautan. Sangat senang untuk pecah. Jadi, bagaimana untuk menguatkan iman? Mestilah dikuatkan dengan rasa taqwa dan amal soleh kepadaNya. 

Tak susah pun. Apa-apa sahaja yang kita buat diniatkan kerana Allah, itu dikira ibadah. Contohnya, kita nak tidur pada waktu malam. Kita niatkan badan kita dapat berehat supaya dapat bangun beribadah pada sepertiga malam untuk qiamullail. Allah ni Maha Pemurah tau! Boleh kan kalau kita contohi cholesterol yang jadi penguat kepada cell membrane.

Oklah, mintak diri dulu. Nak sambung study. Yang baik tu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Selasa, 13 September 2011 0 ulasan

Tribulasi oh mehnah!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Tuntutlah ilmu walau ke negeri China!!!

Bismillahirrahmanirrahim.....

Dengan ucapan basmalah, dengan azam baru, dengan penuh dedikasi (cewah!!), saya nak mula berceloteh kat sini. Bukan berceloteh bukan-bukan, tapi insyaAllah ada input. 

Seperti yang telah saya coretkan dalam post yang lepas, saya baru sahaja mendaftar sebagai siswi MBBS di UM. Jadi, kat sini, nak ceritakan lah sedikit input yang saya dapat sepanjang kat sini.

Selalu kan kita dengar pasal ragging-ragging ni. Budak junior ni kena buat itulah, inilah. Biasalah, asam garam kehidupan. Dan banyak kita dengar desas-desus-desis pasal mende ni.

Pada pandangan sayalah, sebenarnya, kita tak perlu takut sebenarnya tentang ragging ni. Senior tu perlu dihormati bukan ditakuti dan digeruni. Diorang pun manusia jugak.

Sebenarnya diorang nak menolong kita. Kalau setakat yang ni tak tahan, macam mana kita nak berhadapan dengan patient dan keluarga diorang yang mungkin lagi banyak kerenah? Kita kena prepare diri sendiri dari segi mental, fizikal, emosi dan spiritual.

 Kalau dah terkena tu, just anggap sebagai cabaran dan dugaan. Ingat janji Allah, selepas kesusahan akan datang kesenangan.

"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."

(Surah Al-Insyirah 94 : 6 )

Biasalah, bila dah bergelar medical student tu, memang takkan lari dari macam-macam mehnah dan tribulasi (bombastik ayat tu! credits to senior2 dq dulu yang introduce perkataan ni). Dari apa yang saya faham, 2 tahun pertama ni memang kena banyak struggle.

Yalah, 2 tahun pertama ni kena banyak menghafal segala macam system, segala macam fakta. Mula-mula dengar taklimat-taklimat tu, memanglah gerun dengarnya. Sebab macam takde life pulak. Balik-balik study, balik-balik study. Lepas tu, waktu 3rd year kena pulak posting kat hospital. 4th dan 5th year rasanya banyak ulang-alik hospital jugak.

Belum masuk cuti lagi. Memanglah medical student ni kurang cuti. Orang lain cuti, kita kena pi ulang-alik fakulti. Tapi, apakan daya, inilah jalan yang dipilih, jadi, terimalah dengan hati terbuka. 

Mula-mula saya pun rasa macam berat jugak lah nak terima sebab macam susah kan. Tapi, lama-lama, alhamdulillah, lepas dengar prof dan senior-senior bercerita, dah mula terbuka hati ni tuk terima. Dalam family saya pun, kebanyakannya adalah engineer.Jadi,saya amek bidang yang lain sikit lah dari diorang.

Tertarik saya pada kata-kata Prof Dr. Rokiah Che Ismail, "What is it in you that makes you a great doctor?"  Waktu tu, saya pun sendiri tak boleh nak jawab. Tapi prof tak tanya saya pun, dia tanya orang lainlah waktu tu. Jadi, apa yang ada dalam diri saya yang membuatkan saya seorang doktor yang baik?

Actually, sampai sekarang saya tertanya-tanya, cuba introspeksi dan muhasabah diri, cukupkah kualiti yang ada dalam diri? Ataupun banyak yang kurang? Bila saya check balik, memang banyak yang kurang. Jadi, banyak yang perlu saya dan anda juga (dalam apa-apa bidang yang anda ceburi) belajar lagi.

Camkan kata-kata ni,

Learning is a process throughout your life. It doesn't stop when you receive that so called scroll. Never stop learning. For doctors and doctors-to-be, we do not learn from the books nor the lectures, but we learn from the patients.

Saya harap saya dan anda akan enjoy dalam mempelajari apa-apa sahaja bidang yang anda ceburi. Janganlah kita hanya menjadi seorang yang reserved dan nerd sahaja. Seimbangkan antara study dan aktiviti luar jugak.Kat sinilah kita boleh develop soft skills kita (sebenarnya soft skills saya pun tumpul lagi).

Macam mana nak buat ye?Hmm.... sebenarnya saya pun tengah planning time saya ni. Tengah mencari lagi buddy dan kawan-kawan tuk sama-sama study. Cuba mengadaptasi dengan persekitaran baru. Doakan saya agar cekal dan tabah menghadapi tahun-tahun yang akan datang.

Oh ye, sebelum mengundur diri, dengar lagu ni ye....



Renung-renungkan dan selamat beramal...
Rabu, 17 Ogos 2011 0 ulasan

Perfecto!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...


Sempurna! Perfect! Perfecto!

Pernahkah anda berjumpa dengan seorang insan yang sempurna? Tanya pada diri anda sendiri. Pernahkah? Have you? Mungkin anda menjawab ya dan mungkin juga anda menjawab tidak.

Tapi jawapan saya pada soalan tu adalah tak pernah. Apalah saya ni kan, saya yang tanya, saya jugak yang jawab. Takpe lah. Kalau komputer ni yang jawab, alamatnya saya lari dulu, hehee.. Oklah cik Safiah, toksah melalut lagi. Balik pada topik asal ya.

Saya rasa anda sume memang tau. Saya pun tau. No one's perfect termasuklah saya ni. Setiap orang tak boleh lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Tak kiralah yang budak kecik ke, orang muda ke, pak cik mak cik ke, hatta pak haji pun ada melakukan kesilapan.

Namun, terkadang ada juga manusia yang menganggap dirinya terlalu sempurna serba serbi. Sibuk mencari kesalahan orang dan melupakan kekurangan diri sendiri. Terlalu asyik memberi peringatan pada orang lain tetapi lupa pada diri sendiri.

'Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca Kitab? Tidakkah kamu mengerti?'

(Surah Al-Baqarah 2 : 44)
Nauzubillah min zalik.... Harap-harap kita tak tergolong dalam golongan yang disebutkan ini. Lumrahnya, manusia ni memang tidak sempurna. Imannya ada naik turun. Lebih-lebih lagi kita manusia biasa ni. Tapi itu tak bermakna kita boleh gunakan alasan ni untuk terus-menerus melakukan kesilapan.

"....maafkan aku. Biasalah, orang muda. Berdarah panas. Aku kan tak sempurna.."

"...alah, mak. Buat apa mak bebelkan orang. Orang bukan buat salah besar pun. Biasalah, no one's perfectlah, mak.."

"....buat apa susahkan diri kau? Enjoy jelah. Nanti-nanti boleh taubat kan...."

Astaghfirullah.....

Memanglah takde orang yang sempurna dalam dunia ni, tapi kita seharusnya berusaha ke arah kesempurnaan. Fathi Yakan ada menyebut dalam bukunya, 'Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam':

Sekalian manusia melakukan kebaikan dan kejahatan dengan pilihan dan kehendak mereka sendiri. Kebaikan itu berlaku dengan taufiq dan inayah dari Allah. Manakala kejahatan itu bukanlah paksaan dari Allah tetapi termasuk dalam batasan keizinan dan kehendak-Nya.


'Setiap orang bertanggungjawab atas apa yang dilakukannya.'    

(Surah Al-Muddassir 74 : 38)

 Jadi, macam mana ya nak menghindarkan diri daripada kesilapan dan kesalahan? Nah, jawapannya kembali semula kepada ajaran Al-Quran dan as-Sunnah. Tapi, nak mula dari mana ya?

Cuba renung kembali.. Perkara paling basic bagi seseorang Muslim itu adalah mengucap dua kalimah syahadah. Mungkin ada sesetengah orang yang memandang enteng kalimah agung ini.


"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu pesuruh Allah"




Teringat semula waktu sesi usrah di Kolej Matrikulasi Perak. Pada waktu itu, kami membincangkan tentang rukun Islam. Percaya tak kalau saya cakap, waktu sejam itu kami hanya membincangkan tentang kalimah syahadah sahaja.

Banyak perkara yang telah dikupas oleh ahli usrah. Tertarik saya pada cerita seorang tokoh yang telah diceritakan oleh sahabat saya. Cerita tentang Saad bin Abi Waqas. Betapa teguhnya dia berpegang pada kalimah syahadah itu sampaikan tidak tergugat dengan ugutan ibunya sendiri.

Sebenarnya, kalimah syahadah yang selalu kita ucapkan dalam solat itu bukanlah sesuatu yang main-main. Bersama-sama kalimah itu, ada tanggungjawab yang tergalas. Ada amanah yang perlu ditunaikan. Setiap apa yang diperintahkan-Nya itulah kewajipan kita.

Sebelum ni, saya sendiri pun tidak sedar bahawa betapa alpanya saya dalam soal ni. Benda yang begitu basic pun saya tidak begitu kuasai. Alhamdulillah, syukur kerana masih ada yang mengingatkan. Itu tandanya Allah masih sayangkan kita.

Benar,ia bukan cakap kosong. Bukan juga sekadar ucapan di bibir sahaja. Tapi disematkan dalam hati dan diekspresikan melalui amalan serta peribadi. Sedarlah, di bahumu ada kewajipan yang mesti dilaksanakan. Jangan leka dengan dunia yang sementara.

 Sekiranya kita betul-betul berpegang teguh dengan kalimah ni, mestilah kita malu nak buat maksiat kan? Sebab kita tahu Allah itu Maha Mengetahui apa yang kita lakukan dan apa yang ada dalam hati kita jugak. 

Sebab kalimah ini juga adalah 'kontrak' antara kita dengan Allah. Terma dan syaratnya tidak merugikan kita malah memberi profit pada kita. Mungkin kita tak nampak profitnya sekarang, tapi bila kita di 'sana', insyaAllah kita akan dapat menikmatinya. 

Jadi, jika melanggar terma dan syarat yang diberikan, maka kitalah yang kena menanggung 'ganti rugi'. It's as simple as that. If you breach the contract, you'll have to pay.

Jadi, akan adakah lagi alasan untuk menjustifikasi kesilapan kita? Sekiranya ditakdirkan kita akan dijemput Ilahi saat ini, adakah kita sanggup berhadapan dengan malaikat Munkar dan Nakir? Bolehkah kita menjawab soalan yang memang sudah bocor sejak di dunia lagi? Fikir-fikirkanlah...


Renung-renungkan dan selamat beramal....

Recent Comments

 
;