Rabu, 30 November 2011 0 ulasan

Gemok?? Obes??

Baru je balik dari PSS ( Problem-Solving Session) Biochemistry..
Hmm...
PSS tu ape?
Well, PSS tu lebih kurang macam kelas tutorial la... just jawab soalan yang berkaitan dengan lecture content n ada la sikit clinical case.

Ok lah...
Tadi saya belajar tentang lipid metabolism.
Lipid tu adalah lemak dalam bahasa mudahnya.
Metabolisme tu maksudnya beberapa tindakbalas kimia yang berlaku dalam badan kita untuk meneruskan hidup.

Cuba tengok equation ni..

Banyak lemak = Obesiti = Bahaya = Bawa penyakit

Ok, dalam keadaan rehat, kita akan menggunakan glukosa sebagai sumber utama tenaga kita.
Glukosa tu datangnya daripada karbohidrat ( nasi, roti, bijirin dll).

Kalau kome nak tau, bila kita berpuasa @ kebulur @ bersenam, kandungan glukosa kita akan berkurang.

Kenapa?
1) Badan kita gunakan glukosa untuk hasilkan tenaga.
2) Kita tak top up sumber glukosa kita (tak makan)

Jadi, untuk dapatkan tenaga, kita akan gunakan lemak yang tersimpan (triacylglycerol) dalam badan kita.
Proses ni dipanggil gluconeogenesis.

Bila ini berlaku, takdelah banyak sangat lemak yang terkumpul dalam badan. Takde simpanan lemak yang berlebihan dalam badan. Lemak tu penting sebenarnya. Untuk sumber tenaga selain daripada glucose. Tapi kalau berlebihan, akan bawa padah cam obesiti.

Orang yang obes berisiko tinggi mendapat darah tinggi, diabetes (ketoacidosis) dan sakit jantung tau!


Ok, kalau tak paham diagram kat atas, takpe..
Mende yang penting kat diagram atas adalah acetyl-CoA.
Cuba tengok...
Acetyl-CoA tu boleh disintesis (dibuat) daripada glucose dan fatty acid, glycerol kan..
And then, acetyl-CoA akan masuk ke Citric Acid cycle n electron transport chain (oxidative phosphorylation)... kat 2 step nilah kita akan menghasilkan tenaga dalam bentuk ATP.

Actually, dalam glycolysis pun akan menghasilkan energy, tapi glycolysis hanya untuk glucose aje. 

Camne pulak kalau kita terlebih makan?
Kenapa kalau terlebih makan, jadi makin gemuk?



Tak paham??
Takpe...
Actually, diagram kat atas just nak bagitau, lemak yang berlebihan (dari makanan) akan disimpan di tisu otot dan tisu lemak. Anda sume tau kan ape jadi kalau banyak sangat lemak kan?

Tapi, kalau terlalu banyak glucose (sebab makan banyak sangat), glucose tu akan ditukar ke acetyl-CoA tadi n akan ditukar menjadi lemak jugak. Sebab tu la, kalau makan banyak, kita jadi makin gemuk dan akhirnya obes.

Lepas tu, mula la macam-macam penyakit datang.

Betul tak?

Sekarang, cuba relate pulak dengan ad-deen kita.
Bukan ke kita diwajibkan untuk berpuasa pada bulan Ramadhan?
Bukan ke kita juga disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu?
Bukan ke kita juga digalakkan untuk bersederhana dalam pemakanan kita?

MasyaAllah...
Patutlah waktu zaman Rasulullah dulu, para sahabat sihat-sihat belaka.
Siap boleh pi berperang lagi time Ramadhan.
Tengok..
indahnya syariat Allah ni..
Betul tak?



Setakat tu je untuk kali ni.
Renung-renungkan dan selamat beramal. (^_^)




Jumaat, 18 November 2011 0 ulasan

Sama tapi tak serupa?

Sama tapi tak serupa.

Mula-mula sekali, saya nak tanya,
Macam mana nak interpret frasa kat atas tu?

Apa yang dimaksudkan dengan sama tapi tak serupa?
Apa yang sama?
Apa yang tak serupa?
Apa yang menyebabkan suatu benda yang sama tu tak serupa?
Macam mana boleh dikatakan sama kalau tak serupa?
Adakah kalau serupa boleh juga dikatakan sama?

Oppss...
Nampaknya anda sume dah confuse..
Takpe, jangan risau..
Sebenarnya saya sendiri pun confuse dengan statement sendiri.. hehe..
Saja je nak buat kawan-kawan berfikir.

Oklah, cuba amik contoh...

Antara ayam kampung, ayam Belanda, ayam serama dan ayam biasa tu, adakah mereka serupa?
Tak, kan.... 
Ada kepelbagaian kan?
Tapi diorang datang dari spesies yang sama, betul tak?
Jadi, betul tak kalau saya cakap, yang deme tu sama tapi tak serupa?
Betul kan?

Betul,betul, betul...

Jadi, samalah macam kita kan. Kita sebenarnya sume sama je. Tiada yang lebih superior, dan tiada yang lebih inferior.Sume pun anak cucu Nabi Adam. Sume pun diberi amanah, sume pun diberi masa 24 jam sehari. 

Cuma, apa yang membezakan kita?
Apa yang menyebabkan kita tak serupa?
Definitely bukan sebab rupa...
Nak tau jawapan?
Cuba baca ni...



Dah tau jawapan?

Of course la...
Jadi, apa yang membezakan kita adalah taqwa..
Apa pulak taqwa tu?

Taqwa itu adalah rasa takut kepada Allah dengan melakukan segala perintahNya dan meninggalkan laranganNya. PerintahNya tu bukan solat,puasa,haji dan zakat je. Tapi merangkumi segala aspek kehidupan,contohnya macam cara pergaulan, percakapan, tingkah laku dll.

And then, camne pulak nak ukur ketaqwaan kita?
Hmm.... ketaqwaan itu adalah suatu yang subjektif... Hanya Dia yang boleh menilai.. Apa yang penting, kita mestilah berusaha untuk menjadi orang yang bertaqwa. 

Macam mana?

1)Check amalan kita. Perbaiki dan tingkatkan amalan. 
Tidak semestinya terus kena buat amalan yang banyak sekaligus( tapi yang wajib mestilah buat ya..)Berdikit-dikitlah. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Yang penting, istiqamah (berterusan).

2)Tambah ilmu.
 Janganlah kita membuta-tuli mengamalkan sesuatu tanpa ilmu kerana boleh jadi amalan kita itu adalah salah dan mungkin tidak akan memberi kesan yang positif pada kita.

3)Perbaiki akhlak.
 Contohi akhlak Rasulullah. Ya, kita memang tak mungkin dapat menyaingi akhlak baginda, tapi kita berusaha ke arah itu. 

4)Rapatkan diri dengan orang-orang yang soleh @ kawan-kawan yang baik.
InsyaAllah, kita dapat sama-sama saling mengingatkan di kala terleka.

Dan ada banyak lagi... tapi ini saja yang termampu saya tulis..

Ok, sekarang cuba amik contoh Rasulullah. Walaupun baginda adalah maksum dan dah memang confirm 200% dijamin Allah untuk masuk syurga, baginda tetap melakukan ibadah dengan tekun, without fail. Tapi kita? Have we done enough? Ask ourselves that question.




Jadi, berbalik semula pada topik pokok kita. 
Actually, we are all the same.
Don't you think?
All of us had been born to this world.
All of us had that survived throughout those years.
All of us had been created for the same purpose.

So, we shouldn't underestimate other people right?
Each and everyone of us has our own specialties and weakness, right?

Jadi, siapa kita untuk memandang rendah orang lain?
Adakah kita ini terlalu sempurna?
Adakah kita ini tak pernah buat salah?
Fikir-fikirkanlah..

Kawan-kawan...
Saya tahu saya pun tidak sempurna. 
Tujuan saya menulis blog ini pun bukanlah sebab saya ni adalah orang yang hebat serba-serbi.
Tapi sebagai peringatan untuk diri sendiri yang kadang-kadang terleka.
Dan pastinya untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya ada.

Setakat itu je untuk kali ni. Renung-renungkan dan selamat beramal. Assalamualaikum... (^_^)
Isnin, 14 November 2011 0 ulasan

Kenapa??



Alhamdulillah, baru je lepas habis Conass (kuiz 1.1) n computer test. So, di waktu dan kesempatan yang ada ni, baik saya update blog saya.

Nak tau tak?
Lepas beberapa sleepless night, akhirnya mata saya dah jadi macam mata panda.

Saya buat apa sampai tidur lambat??
Hmm... of course study...
Banyak betul fakta yang kena diingat, konsep yang kena faham...
Gross anatomy, histo, physiology, biochemistry..
Sampai saya rasa otak saya dah hampir ke saturation point..
Kenapalah susah sangat jadi medical student ni...
Rasa cam tak layak pulak rasanya...
And then,
Why did He choose me to take this course?

Ishk2...
Safiah, tak baik mengeluh... relaks dulu!!!
Mesti ada sebab di sebalik setiap sesuatu tu..
Allah tu kan Maha Mengetahui segala sesuatu berbanding kita, insan yang kerdil ni.
Kan Allah dah sebut dalam Al-Quran :

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya...."


(Surah Al-Baqarah 2 : 286 )

Kan ada jugak hadith yang berbunyi :


Dari Jabir bin Abdillah ra bahwa ia mendengar Nabi SAW berkata tiga hari sebelum wafatnya : "Jangan seorang di antara kalian mati kecuali dia berbaik sangka kepada Allah.” (HR Muslim)



Astaghfirullahal 'azim....
Apa lah yang saya fikir ni?
Sanggup saya berburuk sangka dengan Allah...
Mesti ada sebabnya kenapa Dia pilih saya untuk jadi seorang bakal doktor..

Cuba amik contoh ni:

Kan kita tau manusia itu adalah sebaik-baik kejadian. Jadi, saya patutlah bersyukur sebab diberikan peluang untuk belajar pasal kejadian manusia yang kompleks, betul tak?

Jadi, saya boleh dapat relate antara study and tanda-tanda kebesaran Allah. And then, ini boleh buat saya sedar yang memang Allah itu Maha Teliti. Jika ada sikit perubahan pun dalam sistem yang normal, mesti ada mekanisme yang akan betulkan balik. Cuba tengok ni;

Dan (juga ada tanda-tanda kekuasaan Allah) pada diri kamu sendiri. Kenapa tidak kamu perhatikan?” 

(az-Zaariyat: 21)..

Memang sangat kompleks dan sempurna manusia yang telah diciptakan Allah ni... Dah namanya kompleks, mestilah banyak mende nak kena tau, betul tak?

Betul,betul, betul...

 So, konklusinya, janganlah kita mengeluh sekiranya kita rasa tension..
Janganlah kita bersangka buruk kepada-Nya sekiranya kita tak dapat apa yang kita nak...
Mesti ada hikmah di sebaliknya...

Renung-renungkan dan selamat beramal. (^_^)
Khamis, 10 November 2011 0 ulasan

Ish... stressnya!!!



Hari ni baru aje belajar pasal autonomic nervous system (ANS). Autonomic nervous system tu adalah sistem saraf  yang terlibat dalam action involuntary dalam badan kita macam kadar pengepaman jantung dan berpeluh.

Tengah-tengah dengar lecture tadi, tetibe idea datang. Apa ideanya? hehe... jeng..jeng..jeng...

Actually, saya nak relate antara kadar ke'stres'an kita dengan meditasi yang sangat berkesan yang kita selalu amalkan.Kawan-kawan mungkin terfikir, 

"Zaman bila pulak aku bermeditasi?"
 Kalau tak pun, mesti korang tanya,
"Meditasi tu mende alah ape?"

Ha, kalau nak tau, meditasi yang selalu kita buat adalah S.O.L.A.T. Apa dia kawan-kawan? Sebut kuat-kuat... Saya tak dengar lah.. 

SOLAT!!!

Ok, camnilah. Dalam ANS, ada dua sistem, iaitu parasympathetic dan sympathetic. Saya nak cerita pasal sympathetic je sebenarnye sebab tak nak korang pening.. (macamlah diri sendiri x pening, ishk..ishk..)

Ok, tadi, Prof Kim (lecturer physiology) ada sebut nama lain bagi sympathetic nervous system adalah fight or flight. Selalunya, sistem ni akan berfungsi waktu kita berada dalam keadaan stres, takut, dan keadaan yang membuatkan kita rasa panik.

Dia jugak ada mention, kalau terlalu stres, kita akan menyebabkan heart rate jadi laju, exocrine excretion (affect liver)  akan bertambah, dan macam-macam lagi. Jadi, kalau kita terlalu stres, efek-efek tadi akan jadi ekstrem dan boleh bawak penyakit. Contohnya, hypertension.

Jadi, untuk kurangkan stres, antara perkara yang Prof Kim sarankan adalah  meditasi.  And then, minda saya terus terbayang solat.

"....Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang." (13 : 28)

Wow!! Subhanallah. Allah dah bagi formula untuk kita elakkan diri daripada penyakit dalam Al-Quran. Cuba baca ni...



Subhanallah... Allah bagi kita satu lagi formula. Sesiapa yang khusyuk dalam solatnya adalah orang-ornag mukmin yang berjaya. Jadi, equationnya:

Solat = tenang = tak stres = jauh dari penyakit

Yang lebih baik lagi,

Solat + Khusyuk = Tenang = Jauh dari penyakit fizikal dan rohani = Mukmin Berjaya

So, apa lagi kawan-kawan...Tak ke rasa seronok bila kita dapat capai sepertimana dalam equation kat atas.
Tak payah lagi kita nak sibuk-sibuk buat tai chi ke, qi gong ke yoga ke... Kita dah ada meditasi yang terbaik  
dan berkesan. Cuma kita je yang buat tak tau.  

Hmm...
Tak rasa tenang pun lepas solat?
Rasa letih je?
Tak rasa segar bugar?
Stres tak hilang?

Kalau camtu, kita kena check balik solat kita. Kenapa ya?

Mungkin sebab time solat kita....
Teringat kat kertas kerja yang berlambak atas meja?
Teringat kat assignment yang tak siap-siap?
Teringat kat baju yang basah dek hujan?
Teringat kat kampung halaman?

Oh, sebab tu rupanya. Tak concentrate... Tak fokus.... Tak khusyuk....

So, get my point here? I know you do... And I'm sure you know what to do right?

Renung-renungkan dan selamat beramal. (^_^)


Khamis, 3 November 2011 0 ulasan

Terjaga dari lena...

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagi kamu." 

(Al-Baqarah 2 : 208)

Pangg!!!

Macam baru lepas kena penampar..

Kenapa?

Bila saya baca ayat ni, saya tanya diri saya sendiri,
" Aku dah cuba jadikan Islam as a way of life. And I don't want to stop doing that. Tapi aku dah amalkan sepenuhnya ke? Have I been a true Muslimah? Sudahkah aku masuk ke dalam Islam sepenuhnya?"

Astaghfirullah..
Rupa-rupanya, banyak  lagi benda-benda lagha yang saya buat.
Rasa macam dah lama terlena..
Now, I feel  like I've not been a true muslimah for all this time.

And then, saya tanya diri saya lagi, macam mana kalau saya dijemput Ilahi ketika saya masih terlena?
Tentulah saya akan menyesal yang amat.

Dari ayat ni, saya dapat belajar satu benda.
Ad-Deen is the way of life.
And the Ad-Deen is Islam.

The equation is simple,
 Way of life = Ad-Deen = Islam

Macam yang kita sume tau, Islam itu syumul.
Syumul maksudnya sempurna dan merangkumi pelbagai aspek kehidupan kita termasuklah ibadah, akhlak, aqidah, muamalat, cara makan, tidur dan banyak lagi. Even nak buang air pun, Islam ada ajar caranya.
Tengok!!
Hebat kan syariat Allah ni..

Islamnya kita bukan terletak pada tudung yang kita pakai,
Bukannya pada serban yang sentiasa melilit kepala,
Bukannya pada lidah yang petah berbicara tentang hukum,
Bukannya pada sudut fizikal sahaja,
Tapi Islamnya kita merangkumi semuanya..
Buat baik saja tak cukup kalau kita masih buat benda lagha.
Because our good deeds would be canceled out by the bad deeds, don't you think?

So, don't you think we should make Islam as our way of life?
Because...
We don't want to be Muslim sekerat aje kan?

Hmmm...
Kenapa kawan-kawan?
Rasa susah?
Rasa berat?
Rasa payah?
Toksah risau, baca ni....

Wahai orang-orang yang beriman!Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam 

mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih 

daripada kesabaran musuh,di medan perjuangan,dan bersedialah (dengan kekuatan 

pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah s.w.t. 

supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

(Surah Al-Imran : 200)


Bermujahadahlah melawan nafsu.
Mujahadah itu memang pahit kerana syurga itu manis.




Renung-renungkan dan selamat beramal. (^_^)

Recent Comments

 
;