Jumaat, 18 November 2011

Sama tapi tak serupa?

Sama tapi tak serupa.

Mula-mula sekali, saya nak tanya,
Macam mana nak interpret frasa kat atas tu?

Apa yang dimaksudkan dengan sama tapi tak serupa?
Apa yang sama?
Apa yang tak serupa?
Apa yang menyebabkan suatu benda yang sama tu tak serupa?
Macam mana boleh dikatakan sama kalau tak serupa?
Adakah kalau serupa boleh juga dikatakan sama?

Oppss...
Nampaknya anda sume dah confuse..
Takpe, jangan risau..
Sebenarnya saya sendiri pun confuse dengan statement sendiri.. hehe..
Saja je nak buat kawan-kawan berfikir.

Oklah, cuba amik contoh...

Antara ayam kampung, ayam Belanda, ayam serama dan ayam biasa tu, adakah mereka serupa?
Tak, kan.... 
Ada kepelbagaian kan?
Tapi diorang datang dari spesies yang sama, betul tak?
Jadi, betul tak kalau saya cakap, yang deme tu sama tapi tak serupa?
Betul kan?

Betul,betul, betul...

Jadi, samalah macam kita kan. Kita sebenarnya sume sama je. Tiada yang lebih superior, dan tiada yang lebih inferior.Sume pun anak cucu Nabi Adam. Sume pun diberi amanah, sume pun diberi masa 24 jam sehari. 

Cuma, apa yang membezakan kita?
Apa yang menyebabkan kita tak serupa?
Definitely bukan sebab rupa...
Nak tau jawapan?
Cuba baca ni...



Dah tau jawapan?

Of course la...
Jadi, apa yang membezakan kita adalah taqwa..
Apa pulak taqwa tu?

Taqwa itu adalah rasa takut kepada Allah dengan melakukan segala perintahNya dan meninggalkan laranganNya. PerintahNya tu bukan solat,puasa,haji dan zakat je. Tapi merangkumi segala aspek kehidupan,contohnya macam cara pergaulan, percakapan, tingkah laku dll.

And then, camne pulak nak ukur ketaqwaan kita?
Hmm.... ketaqwaan itu adalah suatu yang subjektif... Hanya Dia yang boleh menilai.. Apa yang penting, kita mestilah berusaha untuk menjadi orang yang bertaqwa. 

Macam mana?

1)Check amalan kita. Perbaiki dan tingkatkan amalan. 
Tidak semestinya terus kena buat amalan yang banyak sekaligus( tapi yang wajib mestilah buat ya..)Berdikit-dikitlah. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Yang penting, istiqamah (berterusan).

2)Tambah ilmu.
 Janganlah kita membuta-tuli mengamalkan sesuatu tanpa ilmu kerana boleh jadi amalan kita itu adalah salah dan mungkin tidak akan memberi kesan yang positif pada kita.

3)Perbaiki akhlak.
 Contohi akhlak Rasulullah. Ya, kita memang tak mungkin dapat menyaingi akhlak baginda, tapi kita berusaha ke arah itu. 

4)Rapatkan diri dengan orang-orang yang soleh @ kawan-kawan yang baik.
InsyaAllah, kita dapat sama-sama saling mengingatkan di kala terleka.

Dan ada banyak lagi... tapi ini saja yang termampu saya tulis..

Ok, sekarang cuba amik contoh Rasulullah. Walaupun baginda adalah maksum dan dah memang confirm 200% dijamin Allah untuk masuk syurga, baginda tetap melakukan ibadah dengan tekun, without fail. Tapi kita? Have we done enough? Ask ourselves that question.




Jadi, berbalik semula pada topik pokok kita. 
Actually, we are all the same.
Don't you think?
All of us had been born to this world.
All of us had that survived throughout those years.
All of us had been created for the same purpose.

So, we shouldn't underestimate other people right?
Each and everyone of us has our own specialties and weakness, right?

Jadi, siapa kita untuk memandang rendah orang lain?
Adakah kita ini terlalu sempurna?
Adakah kita ini tak pernah buat salah?
Fikir-fikirkanlah..

Kawan-kawan...
Saya tahu saya pun tidak sempurna. 
Tujuan saya menulis blog ini pun bukanlah sebab saya ni adalah orang yang hebat serba-serbi.
Tapi sebagai peringatan untuk diri sendiri yang kadang-kadang terleka.
Dan pastinya untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya ada.

Setakat itu je untuk kali ni. Renung-renungkan dan selamat beramal. Assalamualaikum... (^_^)

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Comments

 
;