Selasa, 11 Disember 2012

The ones forgotten.

Assalamualaikum. =)

Pandang kanan, pandang kiri. Oh, bukan aku sorang je kat sini. Pandang depan, pandang belakang. Oh, ada orang berkulit gelap, ada orang berkulit cerah dan ada orang berkulit sawo matang. Sekali lagi kupandang kiri kanan, depan dan belakang. Oh, ada muslim dan non-muslim rupanya.

Hmm.. pernah tak terfikir, kenapa aku dilahirkan sebagai seorang Muslim? Macam mana kalau aku tak dilahirkan dalam keluarga Muslim? Bertuah ke aku dilahirkan sebagai Muslim? Habis tu, kawan-kawan aku yang non-muslim tu tak bertuah ke? Jadi, Allah tu adil ke sebab tak lahirkan semua orang dalam Islam?

Err.... tergaru-garu kepala memikirkan. 



Ya, selama ni kita fikir, ok, aku dah Islam. Aku dah selamat, inshaAllah masuk syurga sebab aku dah mengucap dua kalimah syahadah. Tapi, pernah tak terfikir, macam mana pulak dengan orang yang tak dilahirkan dalam keluarga Islam?  Macam mana diorang nak selamat?

Jujurnya, sebelum ni, saya tak pernah terfikir dengan mendalam pun pasal non-muslim ni. Sebabnya saya pun jarang jumpa diorang memandangkan saya dari sekolah agama, dan rumah saya pun dikelilingi oleh Muslim. Tapi, selepas saya masuk UM, saya berjumpa dengan diorang hari-hari, belajar dalam dewan kuliah yang sama, buat assignment sama-sama, buat projek sama-sama.

Dan.... situasi ni membuatkan saya terfikir. Macam mana dengan kawan-kawan saya yang non-muslim ye? Patut ke saya biarkan je diorang?

 Baru-baru ni, saya dan beberapa kawan saya (Muslims) join satu program yang berkisarkan perbandingan agama. Atau nama glamor dia, Friendly Comparative Religion (FCR). Program ni memang banyak membuka minda saya.


Ok, firstly, memang banyak info yang saya dapat. Jadi, saya rasa nak berkongsi sikit dengan korang sume.

Memang Allah jadikan manusia di dunia ni berbeza bangsa, budaya, bahasa. Untuk tujuan apa? Kenapa Allah tak jadikan manusia ni satu bangsa je? Kan senang? Takde la banyak sangat sentimen dan pergaduhan kan?

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) ciptakan kamu dari seorang laki-laki dan perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

(Hujurat 49 : 13)

Kakak-kakak, abang-abang, adik-adik, pakcik2 dan makcik2...

Allah dah sebut, kita diciptakan dari pelbagai bangsa dan suku untuk kita saling mengenal. Dan Allah juga sebut, orang yang paling mulia antara kita adalah orang yang bertaqwa. Sebenarnya Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui. 

Berbalik pada persoalan  awal tadi. Betul ke Allah ni adil? Kalau adil, mesti Dia lahirkan semua orang dalam Islam, betul tak?

Sebelum saya jelaskan dengan lebih lanjut, saya nak kita tanya pada diri kita.

'Confirm ke saya mati dalam Islam? Confirm ke kawan saya yang non-muslim tu akan mati dalam keadaan belum beriman?'

Apa jawapan awak-awak semua ye? Takpe, tak payah jawab dengan komputer, laptop, ipad, tab atau phone awak ni ye. Jawab dalam hati je. Rahsia kita-kita aje.

Jom kita tengok balik sejarah dan sirah para sahabat dulu. Para sahabat macam Saidina Abu Bakr, Saidina Umar, Saidina Uthman dan Saidina Ali pun tak dilahirkan dalam keluarga Islam. Tapi, mereka ni antara orang-orang yang telah dijanjikan syurga di hari akhirat kelak. 

“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Apakah maksud hadith di atas ni? 

First time saya dengar pasal hadith ni pun saya tak berapa nak faham. Tapi, alhamdulillah, ada yang sudi menerangkan pada saya. 

Untuk senang faham, kita ambil contoh Saidina Umar. Sebelum dia masuk Islam, Saidina Umar memang sangat terkenal dengan sifat tegas, garang lagi ganas. Ramai yang gerun  dengan Saidina Umar disebabkan keberanian dan sifatnya yang tegas.

Tapi, lepas Saidina Umar memeluk Islam, apa yang terjadi? Beliau jadi tokoh yang banyak menyumbang kepada Islam, sanggup berkorban harta dan nyawa untuk Islam.

Kat sini, apa yang penting adalah ayat yang last dalam hadith kat atas, sekiranya mereka faham. 

Nak tau tak apa yang membezakan kita dengan para sahabat dan orang-orang terdahulu dan juga orang yang memeluk Islam setelah dibukakan hatinya oleh Allah? 

Al-Fahmu. Kefahaman. Understanding. 

Apa yang kita faham pasal Islam? Adakah sekadar solat, puasa, dua kalimah syahadah, haji dan zakat? Dan bila ditanya balik, sebenarnya bila kita mula memeluk Islam? Adakah Islamnya kita pada hari ni adalah secara paksa rela atau pilihan kita sendiri?

What is Islam to us? 

We tend to take Islam for granted. Never appreciate it. If someday, Islam is taken away from us, what would we do? 

Do we really love Islam? Do we really love Allah? 

If we really do love Islam, if we really do love Allah, why do we take it for granted? Why do we look down upon the muallafs?

Do we really knew Islam compared to those who really seek for the truth? 

Just ask ourselves. Reflect ourselves back. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Comments

 
;