Daripada : Cik Iman
Tarikh : 22 November 2012
Subjek : Semoga cepat sembuh!
Assalamualaikum Cik Hati,
Apa khabar sekarang? Sudah berapa lama ya kita tak bertemu? Rindu rasanya pada Cik Hati. Dengar cerita, Cik Hati terlantar sakit ya? Saya diberitahu oleh Puan Akal yang Cik Hati terkena jangkitan Nafsumia sejak kebelakangan ni. Sedih saya mendengar berita ni. Apakan daya, berat lagi bahu yang memikul.
Minta maaf kerana lama menyepikan diri. InsyaAllah saya akan lebih sering menjenguk Cik Hati selepas ini. Jangan risau sebab saya akan sentiasa berada di samping Cik Hati dengan setianya.
Cik Hati jangan lupa makan ubat Zikiropamine, Qurania dan Solatium. Kawan saya yang juga merupakan seorang doktor pakar amat mengesyorkan Cik Hati untuk melazimi terapi Qiamullail di samping menjalani rawatan Dhuha.
Oh ye, satu lagi, ni yang paling penting, apa-apapun yang terjadi, setiap yang terjadi ada hikmahnya. Allah knows best and He's the one to turn to. He's the answer to our quest in this world. Our sweet and beloved Creator. =)
Syafakillah. Semoga cepat sembuh.
0 ulasan:
Catat Ulasan