Isnin, 25 Februari 2013

Aku dan Mereka.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

"Pak cik, duduk sini ya. Lepas tu, letak tangan atas meja ni dan luruskan tangan."

Dia mengikut sahaja arahan lelaki berkaca mata tu. Tangannya diletakkan di atas meja. Cuff segera dipakaikan pada lengan pak cik tersebut. 

"Rasa tak selesa ke, pak cik? Ketat sangat ke?"

Pak Hassan hanya menggeleng. Melihatkan gelengan Pak Hassan, Safwan meneruskan kerjanya. Dua jarinya diletakkan di pergelangan tangan Pak Hassan. Mencari-cari kedudukan radial artery. Aha! Dah jumpa.

Bismillahirrahmanirrahim.

Prosedur untuk mengambil tekanan darah diteruskan. Inflating the cuff. Tangan kanannya berhenti apabila nadi Pak Hassan tidak lagi dirasakan. Mata Safwan tertumpu pada manometer di hadapannya.

155 mmHg.

Stethoscope yang tergantung di leher sejak dari tadi dicapai. Earpiece disumbat ke telinga. Tangan kanan memegang diaphragm (of stethoscope) yang diletakkan di pelipat tangan Pak Hassan. Tangan kirinya pula mengepam rubber bulb sehingga nilai tekanan mencecah 175 mmHg. Lalu Safwan melonggarkan valve perlahan-lahan sambil melihat manometer.

Earpiece ditarik. Tangannya menulis sesuatu pada kertas laporan pemeriksaan Pak Hassan.

"Pak cik, tekanan darah pak cik ni tinggi sikit dari biasa. Sebelum ni, pak cik ada sakit darah tinggi ke?"

Belum sempat Pak Hassan menjawab, anaknya menyampuk, "A'ah, doktor. Ayah saya ni ada penyakit darah tinggi, kencing manis. Tu la, tak nak jaga makan. Dah berbuih mulut saya."

Pak Hassan cuma tersenyum. Safwan pun mula membuka mulut.

"Pak cik kena jaga makan tau. Jangan makan benda-benda masin. Kurangkan minum air manis-manis. Makan nasi yang kurang kanji. Dan satu lagi, pak cik jangan lupa makan ubat ye."

Kelihatan Pak Hassan terangguk-angguk.

"Lagi satu, sebelum pak cik makan ubat,jangan lupa baca bismillah dulu. Sebab yang tukang menyembuhkan tu Allah, bukan ubat ataupun saya. Saya cuma pengantara. Pak cik kena jaga kesihatan tau. Nanti barulah kuat nak buat kerja rumah, nak beribadah, nak keluar jumpa orang. Betul kan, pak cik?"

"InsyaAllah. Terima kasih ye, nak. Jarang jumpa doktor yang nasihatkan orang macam kamu ni. Pak cik doakan kamu yang baik-baik ye, nak."

Anak Pak Hassan membantunya untuk bangun. Mereka bersalaman sebelum berpapasan pergi.

Alhamdulillah.Fuhh... lega! Nampaknya tugasnya untuk hari itu selesai. Matanya tertancap pada dua orang juniornya yang bertugas untuk memeriksa paras gula dalam darah (blood glucose level). Masih ada dua orang yang beratur untuk pemeriksaan.

Wardah.

Nama juniornya itu disebut perlahan. Ada rasa yang tercuit di hati. Namun, perasaan itu dibuang jauh-jauh. Lantas, matanya dialihkan ke tempat lain. Bimbang ada rasa lain yang bertamu.

Sambutan penduduk kampung pada pemeriksaan kesihatan secara percuma itu amatlah memberangsangkan. Buktinya, tak putus-putus penduduk kampung tak kira yang muda ataupun tua datang untuk mendapatkan pemeriksaan. Pemeriksaan kesihatan itu diadakan bersempena Karnival 'Mari Menjadi Muslim Super Duper'  bertempat di Masjid Al-Jam'iyah, Telok Panglima Garang, Selangor.

Sebenarnya, Safwan dan sembilan lagi rakannya masih bergelar mahasiswa. Kini, Safwan dan beberapa rakannya seperti Amin, Kazim dan Jannah merupakan pelajar tahun akhir Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan di Universiti Malaya. Apabila ada masa terluang, mereka akan melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarela seperti pemeriksaan kesihatan ini.

Kesempatan yang ada digunakan sebaik-baiknya. Beginilah cara mereka untuk berbakti kepada komuniti. Dan di sinilah tempat untuk mereka melatih diri berhadapan dengan pesakit. Dan di sini jugalah mereka lihat peluang dakwah yang sangat luas. InsyaAllah.

Dikerlingnya jam di tangan. 'Dah nak masuk Zohor ni. Baik aku kemas-kemas dulu.' Bisik hatinya.

Amin dan Kazim dilihatnya masih sedang berbincang dengan pesakit. Jannah, Wardah dan Ruqayyah nampaknya juga sedang berkemas. Syafiq dan Zaid pula siap untuk mengangkut barang ke dalam kereta. Syafinaz pula terkocoh-kocoh berlari dari tandas.

10 minit kemudian, mereka selesai berkemas. Laungan azan Zohor sayup-sayup kedengaran. Dan langkah kaki pun dihayun menuju ke masjid.

Hayya 'Alal Falah... Marilah menuju kejayaan. Ya, marilah menghadap Tuhan Yang Maha Esa.

*********************************************************************

Selesai solat berjemaah, mereka semua sepakat untuk makan tengah hari di restoran yang berdekatan. Disebabkan mereka semua sibuk dari pagi tadi, hampir kesemuanya tidak bersarapan. Perut sudah berdondang sayang, minta diisi. Pelik, kan? Bakal doktor sendiri tak menjaga kesihatan . Ishk.. ishk.. ishk..

Pesanan makanan diambil. Banyak juga makanan yang dipesan. Takut pula kalau membazir. Bukannya apa, membazir itu kan amalan syaitan.

Jam di tangan dikerling. 'Dah pukul tiga ni. Rasanya elok jugak kalau buat sesi sharing sikit.'

"Apa kata sementara kita tunggu makanan sampai, kita dengar sedikit pengisian daripada Amin?" Safwan mengutarakan pendapatnya.

"Bagus jugak tu. Apa lagi, Sheikh Amin. Tafaddol masykura." Yang lain nampaknya bersetuju dengan cadangan Safwan.

Amin yang memang terkenal dengan sifat rendah dirinya tu pun memulakan bicara. Bismillah. Ok, here goes.

"Antum pernah baca buku Reclaim Your Heart by Yasmin Mogahed?"

Satu pertanyaan dilontarkan. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng dan ada juga yang menampakkan wajah blur.

Wardah dan Jannah pula mengangguk laju, menandakan mereka telah membacanya.

Lalu Amin meneruskan bicara.

"Ana ingin memetik satu bahagian kecil daripada buku tu tentang sifat wahan. Ana sangat tertarik dengan cara penulisan sister Yasmin yang suka memberikan analogi yang menarik. Dalam bukunya, Yasmin mengumpamakan dunia ini sebagai lautan air."

'Lautan air?' Terdetik rasa kehairanan dalam hati Safwan. Kenapa ya?

"Air tu merupakan keperluan asas kepada manusia untuk terus hidup. Dengannya, manusia boleh minum, memasak, membasuh baju, memandu kenderaan, mandi dan sebagainya. Samalah seperti dunia as a whole. Kita perlukan dunia untuk hidup. Perlukan manusia di sekeliling, kepakaran untuk meneruskan hidup, mesin-mesin untuk memudahkan kerja, dan sebagainya."

Amin memandang rakan-rakannya satu per satu sebelum meneruskan.

"Walaupun air banyak kegunaannya pada kita, tapi air juga boleh melemaskan kita jika kita tidak pandai menguruskannya ataupun tidak pandai berenang. Samalah seperti dunia. Jika kita tidak pandai menguruskan urusan dunia, kemungkinan besar kita akan lemas dalam keindahan palsu dunia."

Safwan terangguk-angguk, setuju dengan kenyataan Amin.

"Hati kita pula ibarat sampan/bot. Jika terdapat lubang pada bot tersebut walaupun sekecil penutup botol, kita akan karam di lautan. Samalah seperti kita membiarkan hati kita ditembusi oleh sifat wahan (sifat cintakan dunia), kita akan mula karam dan tenggelam."

"Berapa ramai antara kita yang selalu mementingkan facebook berbanding menunaikan solat fardhu bila azan berkumandang? Berapa ramai antara kita yang lebih suka melihat Melodi, Propaganza berbanding melihat Al-Kuliyyah, Al-hidayah dan Semanis Kurma? Berapa ramai antara kita yang lebih suka menghadap laptop berbanding menghadap Al-Quran? Berapa ramai yang memenuhi panggung berbanding program kesukarelawanan? Dan berapa ramai antara kita yang sedar dan mahu berubah ke arah lebih baik? Inilah padahnya bila wahan dah merajai hati."

"Kadang-kadang, kita merasakan diri ni tak berdosa sebab tak melakukan dosa-dosa besar macam mencuri, berzina dan membunuh. Tapi, kita lupa pada dosa-dosa kecil yang kita lakukan. Kita rasa diri kita ni cukup baik. Dengan cukup solat, puasa, siap solat sunat n puasa sunat lagi. Belum ditambah lagi dengan kerja-kerja membantu orang, baca Al-Quran hari-hari, derma banyak-banyak. Rasa macam kitalah yang paling dekat dengan Allah."

Zupp!! Rasa bagai ditusuk sembilu. Terkena pada batang hidung sendiri.

"Jangan lupa sahabat, kita kena selalu beristighfar, selalu reset niat, selalu muhasabah diri. Jangan-jangan sebab sifat wahan yang mencengkam diri, kita lakukan kebaikan. Untuk dipuji, untuk disanjung orang. Tapi, akhirnya kita jauh dari Tuhan kita. Ana pun berharap kita dapat mengingatkan satu sama lain dan jom kita sama-sama muhasabah balik diri kita yang tak seberapa ni. Ana rasa setakat ni je la untuk kali ni. Wallahua'lam."

Seusainya tazkirah ringkas Amin tamat, makanan yang dipesan pun sampai. Masing-masing nampaknya sudah tidak sabar untuk menjamu selera. Tangan diangkat,

"Allahumma bariklana fima razaktana wa kina 'azabannar....."

Makanan pun disua ke mulut.

Alhamdulillah. Amin dan Safwan berpandangan sesama mereka lalu tersenyum.

'Terima kasih Allah sebab temukan aku dengan sahabat yang baik.'

Wallahua'lam. The end.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Comments

 
;