p/s : sekarang ni tengah study week. berhenti study sekejap untuk update blog. huhu.
Study mode =) |
"Sanggup tak kahwin dengan sorang doktor?"
Maka jawabnya, "Hmm.. kalau isteri aku doktor, nanti asyik kena tinggal kat rumah je."
See that? Berapa ramai antara kita yang ada mindset sama dengan mamat ni, sila angkat tangan tinggi-tinggi. Jangan risau, saya tak marah. Geram je. Huhu. Agak-agaknya kalau kebanyakan orang fikir macam ni, mesti ramai duktur-duktur dan tabib kat luar sana jadi andartu. Acaner tu?
Takpe, saya pasti tak semua orang yang berfikiran macam tu, betul dak? Mesti ada jugak spesies-spesies Homo sapiens di luar sana yang ada macam-macam pendapat.
Buat apa belajar tinggi-tinggi, lama-lama ke dapur jugak..
La, sume kerja rumah ni kan kerja orang perempuan.
Buat apa nak kerja, kan ada orang tanggung.
Biasa dengar? Biasa kan...
Hmmm... kalau macam tu, pernah dengar cerita para Muslimat dolu-dolu masa zaman Rasulullah s.a.w ikut berperang? Tugas mereka adalah untuk merawat tentera-tentera Muslimin yang tercedera dan juga memasak untuk mereka. Dan pernah dengar cerita tentang Saidatina Aisyah yang menjadi perawi hadith dan menjadi rujukan para sahabat?
Macam mana pula dengan kisah Saidatina Khadijah yang menjadi ahli perniagaan yang sukses pada waktunya dulu?
Jadi, siapa kata tugas wanita setakat di dapur dan rumah sahaja?
Itu adat dan budaya semata-mata. Islam tidak mensyaratkan dan mengehadkan kebebasan wanita untuk bekerjaya asalkan mengikut panduan syariat dan pelaksanaan yang betul, serta niat yang baik.
Islam itu tidak menindas wanita, sebaliknya budaya dalam masyarakat itulah yang menindas. Tidaklah saya ingin menolak budaya masyarakat kita mentah-mentah. Tidak salah mengamalkan budaya, namun apa yang salah apabila budaya itu lebih dijunjung berbanding Islam.
Saya juga tidaklah membantah sekiranya dikatakan wanita sinonim dengan kerja rumah, memasak, dan mengemas. Memang saya tidak nafikan. Sebab itu fitrah wanita, sukakan kekemasan, sukakan orang makan hasil air tangannya. (Saya sendiri suka buat resepi sendiri, huhu.)
Tetapi, apa yang saya tidak setuju apabila tugas itu diletakkan sepenuhnya dan secara total ke atas wanita. Tidakkah kita tahu bahawa Rasulullah s.a.w dulu juga sangat ringan melakukan kerja rumah?
Jadi, tidak salah kan kalau adik lelaki, abang, anak, atau suami nak tolong kakak, adik perempuan, mak atau isteri buat kerja rumah? Kan bagus kalau kita meringankan beban orang lain? (Terutamanya pada wanita yang bekerjaya.)
Untuk kakak-kakak, adik-adik, dan puan-puan yang juga bekerjaya, especially pada yang berkecimpung dalam bidang seperti saya, janganlah risau, jangan bimbang. InshaAllah, apa yang kita lakukan di luar sana (di luar lingkungan rumah) untuk bekerja, Allah akan lihat. Dan semoga memberi manfaat pada orang ramai. Jadilah kita insan yang suka memberi.
Contohnya, di Malaysia, kita memang kekurangan doktor wanita. Jadi, tidak salah kan kalau sekiranya kita mahu menjadi doktor dan menambahkan lagi doktor Muslimah yang inshaAllah menambahkan stok-stok doktor yang berkualiti?
Dan pada yang tidak bekerjaya dan menjadi surirumah, saya amat kagum dengan kamu semua. Sebab kamu sangat bersabar dan sangat tekun dalam menguruskan rumahtangga. Biarpun tidak bekerja, kamu meggalakkan suami, anak dan adik-beradikmu untuk terus beribadah dalam pekerjaan mereka. Itulah sumbangan kamu. Itulah ibadah kamu. Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi. May Allah bless. =)
Ok, rasanya cukup setakat ni entri untuk kali ni. Saya kena sambung balik study. Final exam dah nak mula Isnin minggu depan. Doakan saya. Assalamualaikum. =)
Wallahu'alam.
p/s : pada sesiapa yang berkenankan sorang doktor, sila baca artikel ni. Sila klik sini.
0 ulasan:
Catat Ulasan