Jumaat, 20 Julai 2012

Dia datang lagi!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bestnya! Dia dah datang la!
Pssstt... pssstt... pssstt..

Awak.. awak... oh awak...

Awak yang kat depan skrin tu..

Eh, kenapa toleh kiri kanan?

Saya panggil awak la.

Ye, awak yang comel lote. (^_^)

Ada satu benda saya nak kongsi ni.

Nak tau tak?



Takpe kalau awak tak nak tau.

Saya nak cerita jugak.


Sebenarnya, saya tengah bergumbira riang ria ribena.

 Eh, bukan saya je.

Orang-orang lain pun sama juga.

Senyum meleret ke telinga.

Hati rasa melonjak-lonjak.

Oh, bahagianya!


Sebab???

Ada 'tetamu spesial' datang bertamu.

Tetamu yang dinanti-nanti.

Datangnya sekali saja setahun.

Tak pernah lupa dan tak pernah miss.

Datang pula,

Tak pernah bertangan kosong.

Ada sahaja buah tangan yang dibawa.


Selamat datang! Ahlan wasahlan! Welcome!

Namakan sahaja.

Buah pahala berlipat ganda.

Kuih tarawih pelbagai perisa.

Kek Lailatul Qadr yang enak tak terkata.

Sajian tarbiyah yang menyelerakan.

Lauk-pauk syukur penambah selera.

Dan....

Macam-macam lagi.




Alhamdulillah.

Tahun ni 'dia' masih sudi menjenguk

Diriku yang kerdil ini.

Alhamdulillah.

Masih dipanjangkan umur untuk bertemu

Tetamu spesial ni.

Alhamdulillah.

Allah masih sayangkan saya.

Tak pernah lupakan saya.

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah.


Soalan saya :

Siapakah tetamu spesial ni?

Tak perlu saya sebut.

Saya tahu.

Awak tahu.

Mereka tahu.

Jadi, apa yang kita tunggu lagi?

Fastabiqul khairat!

Jom berlumba kejar kebaikan!

p/s : kawan saya ada kongsi satu video ni kat fb. jadi, saya nak kongsikan jugak dengan sahabat-sahabat, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, pak cik-pakcik dan makcik-makcik. Enjoy! (^_^)


0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Comments

 
;