Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah. Sempat lagi tangan ni menaip untuk update blog ni. Sekarang ni orang yang menulis ni sedang dalam mode cuti. InsyaAllah bakal dapat satu berita yang bakal mendebarkan hati, menaikkan blood pressure, meningkatkan cortisol level,dan bakal mempercepatkan pulse rate minggu depan. Nak tau? Berita apa tu? Hmm.. nampaknya kena stay tune untuk tau! hehe.
Ok, sebelum saya merapu lebih panjang lagi, jom kita masuk topik hari ni.
Eh? Apa topikmya?
Jeng...jeng... jeng...(sound effect ; drum rolling)
mempersembahkan topik kita pada hari ni, saat ni dan ketika ini :
SUPERHERO DI HATIKU DAN HATIMU!
Ish, cheesy pulak rasa membacanya. Sebelum apa-apa, sila buat 3 perkara ni :
1) Letak tangan di dada.
2) Tutup mata.
3) Dengar degupan jantung sendiri. (lub dub lub dub)
P/S : sambil-sambil tu, boleh kira kadar nadi sendiri ya.
(Mohon kerjasama untuk buat ye, kalau tak , tak menjadi.)
Err.... apa motifnya? (tergaru-garu kepala sambil tunjukkan muka tak puas hati.)
Rilek dulu bro. Jadi, masih berdegupkah jantung kome? Masih ada nadi? Masih dapat oksigen yang secukupnya? sihat wal afiat? Takde yang pengsan? Masih bernafas? Otak masih berfungsi? Boleh digest apa yang sedang dibaca? Masih boleh melihat? Masih boleh membaca?
Alhamdulillah. Segala puji bagiNya. Tak susah pun nak berzikir ni. Zikr = mengingati Allah. Renung balik diri kita, kita akan temui kekuasaanNya di situ, boleh jumpa kasih sayangNya di situ dan boleh juga megenalNya di situ. And that's what I've been learning for almost a year now. Oh,tak semestinya kena amik medic untuk appreciate sistem-sistem yang kompleks dalam kita dan untuk mengenal diri.
Tapi, gunakan cara yang tersendiri. Setiap orang itu unik. Setiap orang tu ada cara yang tersendiri. Dan saya memilih cara ni. InsyaAllah, sedikit ilmu yang saya ada akan saya cuba kongsikan dalam nukilan saya. Hakikatnya, Dialah yang mengilhamkan saya untuk menulis, dan kepada Allah jualah segala urusan dikembalikan.
Ok, jom kita teruskan perjalanan ni. Hmmm. kome ingat tak masa kome zaman kecik-kecik dulu, zaman kanak-kanak riang ria ribena? Hello, ingat tak?
Jadi, berbalik pada topik kita. Siapa superhero kita? Kalau saya, saya akan menjawab, mak dan abah. Eh, kenapa bukan Rasulullah? Bukan ke baginda patut jadi superhero di hati seseorang muslim?
Rilek la dulu sis,bro. Rasulullah tu lagi up dari superhero dan atas baginda ada lagi yang Maha Tinggi. Kome tau kan?
Kalau kita tengok dalam ayat ni, Allah suruh kita brbuat baik pada kedua ibu bapa kita. Sebab apa? Nah, sebab mak abah kita tulah superhero kita. Rasanya ramai dah tau, dah dengar kat corong-corong radio (klasiknya bahasa!), dan boleh nilai dengan mata kepala dan mata hati sendiri tentang pengorbanan mak dan abah.
Tapi, hari ni, saya nak kongsikan tentang fakta yang menarik yang saya belajar dan saya rasa amat bertepatan dengan ayat 14 surah Luqman ni. Jom tengok balik terjemahannya, "mengandungnya dalam keadaan lemah bertambah-tambah".
Ha???? Biar betul???
Mesti kome tertanya-tanya apa pulak kaitannya dengan baby yang dikandung tu? Sabar ye. Ni yang nak citer ni. Hormon-hormon ni akan menyebabkan ibu kita kurang menggunakan glukosa yang datang dari pemakanan ibu tu sendiri untuk disalurkan pada foetus dalam badan dia. Macam mana boleh jadi macam tu?
Kebiasaannya, apabila kita makan, satu hormon yang dinamakan insulin akan meningkat dalam badan kita. Dan insulin nilah yang membantu sel-sel badan seperti otot-otot dan sel adipos(lemak) untuk mengambil dan menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Jadi, ia mengurangkan paras glukosa yang tinggi dalam darah lepas kita makan.
Tapi, dalam kes ibu-ibu mengandung, hormon-hormon yang disebutkan mempunyai kesan anti-insulin. Itu yang menyebabkan paras glukosa dalam darah ibu- naik. Dan bila darah ni dihantar ke ginjal, glukosa ini akan ditapis. Disebabkan parasnya yang terlalu tinggi, sebahagian daripada glukosa ini dibuang bersama-sama dengan air kencing.
"mengandungnya dalam keadaan lemah bertambah-tambah".
Tapi Allah tak berlaku kejam pada hambaNya. Para ibu masih ada tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian. Dari mana datangnya sumber tenaga tu?Sumber tenaga para ibu datang dari simpanan lemak yang telah dikumpul pada awal-awal kehamilan.
Cantik kan susunan Al-Khaliq. Subhanallah.
Tapi, jangan pulak abah tu dipandang enteng. Biarpun abah kadang-kadang tidak mahu menunjukkan kasih sayangnya secara terang tang-tang. Tapi ketahuilah, abah kita sangat sayangkan kita. Sewaktu kita lahir, apa yang kita dengar? Laungan azan dan iqamat darinya. Dan siapa yang bekerja sedaya upaya untuk memberikan kita kenyang?
Jangan lupa tu. Kalaulah tiada sperma dari abah, maka taklah kita lengkap menjadi organisma yang mempunyai 46 kromosom. Ingat tu.
Tapi, semua ni takkan terjadi tanpa izinNya, betul tak? sebab tu Allah berfirman ;
Bersyukurlah kepadaKu dan kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.
Jadi, betul ke tidak mak dan abah tu superhero kita?
Renung-renungkan dan selamat beramal. Wallahu a'lam. (^_^)
what's in for holiday? |
Eh? Apa topikmya?
Jeng...jeng... jeng...(sound effect ; drum rolling)
mempersembahkan topik kita pada hari ni, saat ni dan ketika ini :
SUPERHERO DI HATIKU DAN HATIMU!
Ish, cheesy pulak rasa membacanya. Sebelum apa-apa, sila buat 3 perkara ni :
1) Letak tangan di dada.
2) Tutup mata.
3) Dengar degupan jantung sendiri. (lub dub lub dub)
P/S : sambil-sambil tu, boleh kira kadar nadi sendiri ya.
(Mohon kerjasama untuk buat ye, kalau tak , tak menjadi.)
masih berdegup tak? |
Rilek dulu bro. Jadi, masih berdegupkah jantung kome? Masih ada nadi? Masih dapat oksigen yang secukupnya? sihat wal afiat? Takde yang pengsan? Masih bernafas? Otak masih berfungsi? Boleh digest apa yang sedang dibaca? Masih boleh melihat? Masih boleh membaca?
Alhamdulillah. Segala puji bagiNya. Tak susah pun nak berzikir ni. Zikr = mengingati Allah. Renung balik diri kita, kita akan temui kekuasaanNya di situ, boleh jumpa kasih sayangNya di situ dan boleh juga megenalNya di situ. And that's what I've been learning for almost a year now. Oh,tak semestinya kena amik medic untuk appreciate sistem-sistem yang kompleks dalam kita dan untuk mengenal diri.
Tapi, gunakan cara yang tersendiri. Setiap orang itu unik. Setiap orang tu ada cara yang tersendiri. Dan saya memilih cara ni. InsyaAllah, sedikit ilmu yang saya ada akan saya cuba kongsikan dalam nukilan saya. Hakikatnya, Dialah yang mengilhamkan saya untuk menulis, dan kepada Allah jualah segala urusan dikembalikan.
Ok, jom kita teruskan perjalanan ni. Hmmm. kome ingat tak masa kome zaman kecik-kecik dulu, zaman kanak-kanak riang ria ribena? Hello, ingat tak?
cuba teka sapa ni... |
main apa tu cik abang? |
comey lote baby ni, kan? |
Aha! Ingat dah? Kalau macam tu, pernah terbaca ayat ni?
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu."
(Luqman 31 :14)
Jadi, berbalik pada topik kita. Siapa superhero kita? Kalau saya, saya akan menjawab, mak dan abah. Eh, kenapa bukan Rasulullah? Bukan ke baginda patut jadi superhero di hati seseorang muslim?
Rilek la dulu sis,bro. Rasulullah tu lagi up dari superhero dan atas baginda ada lagi yang Maha Tinggi. Kome tau kan?
Kalau kita tengok dalam ayat ni, Allah suruh kita brbuat baik pada kedua ibu bapa kita. Sebab apa? Nah, sebab mak abah kita tulah superhero kita. Rasanya ramai dah tau, dah dengar kat corong-corong radio (klasiknya bahasa!), dan boleh nilai dengan mata kepala dan mata hati sendiri tentang pengorbanan mak dan abah.
Tapi, hari ni, saya nak kongsikan tentang fakta yang menarik yang saya belajar dan saya rasa amat bertepatan dengan ayat 14 surah Luqman ni. Jom tengok balik terjemahannya, "mengandungnya dalam keadaan lemah bertambah-tambah".
Biasa dengar pasal ibu-ibu mengandung selalu dapat kencing manis ataupun diabetes mellitus? Lebih tepat lagi, gestational diabetes mellitus. Nak tau sebab-musabab di sebaliknya? Jangan terkejut kalau saya katakan sumenye berpunca daripada 'parasit' yang mula tumbuh dalam rahimnya, iaitu SAYA, KAMU DAN KITA.
Seriously???? |
Eh, jangan panik. Bertenang. Ok, biar saya bagi pencerahan sikit. Semasa ibu mengandung, hormon-hormon dalam badan ibu akan berubah parasnya mengikut peringkat. Secara umumnya, fasa bagi ibu-ibu mengandung terbahagi kepada 3, 1st trimester, 2nd trimester dan 3rd timester. Dan yang paling kritikal adalah waktu 3rd trimester.
3rd trimester merujuk kepada 3 bulan terakhir sebelum ibu-ibu dijangka untuk bersalin. Pada waktu nilah, hormon-hormon macam lactogen, prolactin, dan cortisol akan menaik. Dan hormon-hormon inilah yang akan meninggikan paras glukosa dalam sistem aliran darah si ibu.
hormon-hormon yang terlibat..... |
Kebiasaannya, apabila kita makan, satu hormon yang dinamakan insulin akan meningkat dalam badan kita. Dan insulin nilah yang membantu sel-sel badan seperti otot-otot dan sel adipos(lemak) untuk mengambil dan menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Jadi, ia mengurangkan paras glukosa yang tinggi dalam darah lepas kita makan.
Tapi, dalam kes ibu-ibu mengandung, hormon-hormon yang disebutkan mempunyai kesan anti-insulin. Itu yang menyebabkan paras glukosa dalam darah ibu- naik. Dan bila darah ni dihantar ke ginjal, glukosa ini akan ditapis. Disebabkan parasnya yang terlalu tinggi, sebahagian daripada glukosa ini dibuang bersama-sama dengan air kencing.
Nak tau dari mana hormon-hormon ni datang? Jeng..jeng.. jeng.. jawapannya dari placenta ataupun dalam bahasa Melayunya disebut uri (kalau tak silap).
"mengandungnya dalam keadaan lemah bertambah-tambah".
Tapi Allah tak berlaku kejam pada hambaNya. Para ibu masih ada tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian. Dari mana datangnya sumber tenaga tu?Sumber tenaga para ibu datang dari simpanan lemak yang telah dikumpul pada awal-awal kehamilan.
Cantik kan susunan Al-Khaliq. Subhanallah.
Tapi, jangan pulak abah tu dipandang enteng. Biarpun abah kadang-kadang tidak mahu menunjukkan kasih sayangnya secara terang tang-tang. Tapi ketahuilah, abah kita sangat sayangkan kita. Sewaktu kita lahir, apa yang kita dengar? Laungan azan dan iqamat darinya. Dan siapa yang bekerja sedaya upaya untuk memberikan kita kenyang?
Jangan lupa tu. Kalaulah tiada sperma dari abah, maka taklah kita lengkap menjadi organisma yang mempunyai 46 kromosom. Ingat tu.
Tapi, semua ni takkan terjadi tanpa izinNya, betul tak? sebab tu Allah berfirman ;
Bersyukurlah kepadaKu dan kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.
Jadi, betul ke tidak mak dan abah tu superhero kita?
Renung-renungkan dan selamat beramal. Wallahu a'lam. (^_^)
0 ulasan:
Catat Ulasan