Sabtu, 14 Julai 2012

Tetap di hatiku...

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Labuan. Home sweet home. Ya, saya dah selamat pulang ke pangkuan keluarga setelah berbulan-bulan lamanya merantau belajar over-the-sea. Alhamdulillah. InsyaAllah, dalam masa dua bulan lagi, saya akan menjadi pelajar Tahun Dua. Macam tak percaya. Pejam celik, pejam celik, dah hampir setahun saya berada di Universiti Malaya. 

Oh, dan baru-baru ni, saya baru saja mendapat keputusan peperiksaan. Alhamdulillah, saya lulus. Tapi, ada juga beberapa kawan-kawan saya yang terpaksa masuk kelas tambahan waktu cuti ni. Macam-macam reaksi yang boleh dilihat. 

Dari kaca mata saya, saya melihat bahawa apa yang terjadi tu adalah yang terbaik buat diri kita. Sebab apa-apa pun yang kita buat, semuanya akan berbalik kepada Allah. Betul, tak? 

"..... hanya kepada Allah segala urusan dikembalikan." (Al-Anfal 8 : 44)

Dan apa yang boleh saya simpulkan tentang kehidupan saya sejak bergelar mahasiswi UM :

1. Menarik. Jumpa pelbagai ragam dan cari jalan untuk sesuaikan diri.
2. Meluas. Membuka hati, mata dan minda tentang kehidupan.
3. Adventurous. Macam-macam benda baru yang dapat dipelajari.
4. Seronok. Berbulatan gembira dan melibatkan diri dalam macam-macam aktiviti.
5. Taaruf diri. Mengenal diri dan sistem-sistem dalam diri.
6. dan banyak lagi... tak larat nak tulis panjang-panjang.

Ni beberapa gambar memori sepanjang Tahun Pertama :

Minggu Orientasi




Kem yang best-best :

Nyum... nyum.. sedapnya makan daging kambing panggang!

drama best lakonan peserta.

lagi satu drama best!



Kanak-kanak Ceria Lab 8 :


Alhamdulillah, saya dapat kawan-kawan yang memang baik-baik belaka. Kat makmal nilah kami buat praktikal, tutorial, Problem Solving Session (PSS) dan kelas Histologi. Setiap orang ada meja sendiri (siap ada nama kat meja tu!), mikroskop dan histology slide box. Memang tak boleh lupa waktu dengan diorang. Jumpa lagi sem depan!


Everybody, smileee!!

Tersandar lepas makan kenyang-kenyang..


We are the future docs!

Projek-projek osem :

Kem Kembara Kasih VII (KKK)

Pertama kali saya menjadi fasilitator. Pengalaman yang baru buat saya. Setiap malam selama 2 minggu berturut-turut ada induksi. Macam-macam modul yang diajar dan bermacam-macam games yang kami main. Alhamdulillah, program selama 3 hari dua malam bertempat di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah dapat dijalankan dengan jayanya. Adik-adik ni memang best dan sporting belaka!

Berdebar-debar menunggu hadiah dari adik-adik.

Gaya dugong! Whoop!

Fasi-fasi kena duduk luar. huhu.

dengan adik-adik kumpulan kanggaru.

Smartplan.

Projek Bulan Syiar Islam (PBSI)


Projek yang paling lama. Hampir 2 minggu diadakan. Saya pula diletakkan di bawah biro publisiti dan penerbitan. Sesekali, terdengar suara saya berkumandang di kolej, membuat pengumuman. Glamer sekejap kat situ. Hehe. Macam-macam aktiviti diadakan. Antaranya : forum, sembelihan ayam, pertandingan bilal muda, jualan dan ceramah.


Brader2 dan sistar2 TTK.

Orang-orang yang suka menghias. Huhu.

Jom main game!


Semangatnya pak cik ni bagi taklimat.

Simposium Dunia Perubatan : Dari Kaca Mata Islam 2012

Nilah projek yang paling saya sayang dan paling saya suka. Sebab apa? Sebab daripada projek nilah saya dapat banyak ilmu baru tentang fiqh perubatan. Kat sini jugaklah saya belajar cara untuk kendalikan projek besar. Dan kat sini jugaklah saya dapat lihat kawan-kawan saya satu batch mengerah keringat sama-sama. Terharu dengan semua orang. Mungkin lepas ni, saya akan buat satu entri pasal simposium ni, insyaAllah.



Peserta dari pelbagai universiti

Sesi demonstrasi mengkafankan jenazah

Sesi praktikal bersama fasilitator

Forum : We Are Part of Islamic Hospital

Okie dokie. Rasanya setakat ni je untuk kali ni. Sebenarnya,ada banyak lagi gambar, tapi nanti makin panjang pulak entri ni. Alhamdulillah, suatu tempoh yang menarik dan best untuk dikenang. Jumpa lagi sem depan, insyaAllah. (^_^) 

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Comments

 
;