Ahad, 22 Julai 2012

Diari Ramadhanku #2

Ahad, 2 Ramadhan 1433, 22 Julai 2012
9.30 malam - Bilik Kak Najwa

Alhamdulillah. Selamat jugak aku sampai ke Paka. Rasa rindu yang menggunung pada kakak terchenta terubat. Bila difikir-fikir balik, tak pernah aku naik bas berjam-jam lamanya macam ni. Memang satu pengalaman baru.

Naik kematu dibuatnya. Hehe. Dari pukul 10.00 pagi hingga pukul 3.00 petang lamanya. Mana taknya, jarak antara Kuala Lumpur dan Terengganu kan jauh. Tapi perjalanan yang lama itu sempat aku isi dengan bacaan Al-Quran serta tafsirnya.

Sungguh, sebelum ni, mata aku hampir terjojol keluar saat pertama kali aku melihat Kak Aisyah mengeluarkan Al-Quran untuk dibaca ketika di dalam LRT. Memang pelik bin ajaib sungguh pada aku.  Memang boleh bagi aku shock waktu tu! Ye la, waktu tu aku ni jarang sangat nak baca Al-Quran. Dibiarkan je berhabuk kat dalam almari.

Alhamdulillah, kini baru aku tau, baru aku rasa indahnya jika sentiasa bertemankan Al-Quran.Bagaikan membaca surat cinta dariNya. (^_^) Best giler!!

Yang paling tak boleh lupa, hari ini dalam sejarah, buat pertama kalinya aku memasak juadah untuk berbuka puasa. Masakan pertama aku : Ikan kerapu bakar yang hangus terbakar. Hehe. Tapi kan, yang terharunya, Kak Najwa sanggup habiskan ikan tu dengan muka yang manis sekali. 

Wah, begitu sekali dia menghargai masakanku yang aku sendiri tak lalu nak makan!

*************************************************************************

Jam menunjukkan pukul 7.20 pagi. Cermin besar itu dihadap dan pin disemat ke tudung. Hana meneliti penampilannya sekali lagi. 

Tudung Akel bidang 55' yang dipakai hanya dibiarkan lepas tanpa ikatan melilit kepala. Muka disapu tipis dengan bedak. Lip bum dioles sedikit pada bibir. Matanya melurut ke bajunya. Baju T-shirt labuh berwarna hijau kekuningan dipadankan dengan seluar slack hitam. Oh ya, stokin juga tak dilupakan.

Ok, sudah rapi dan kemas. 

Pintu bilik Hana diketuk. Kedengaran suara ibunya di luar bilik.

"Hana, kamu dah siap ke belum? Lamanya bersiap... macam anak dara je."

'Ek eh, mak aku ni. Memang la aku ni anak dara. Hehehe. Macam-macam la mak ni. Ada-ada aja idea nak kenakan orang.' Bisik hatinya.

"Dah siap dah mak. Mesti la lama, kan orang ni puteri raja, kenalah bersiap lama sikit. Betul tak, mak?"

"Ish.. kamu ni. Umur dah lanjut pun nak main puteri raja segala. Tak padan la. Lain la kalau mak ni. Muda remaja lagi."

Gelak ketawa kami terus meletus. Ada-ada saja kerenah mereka berdua anak-beranak. Bahagia sungguh gamaknya.Sedang mereka asyik bergurau senda, satu suara garau menyampuk perbualan mereka. Suara abah Hana mematikan gelak tawa mereka.

"Sudah-sudah la ketawa tu. Hana, dah siap semua barang-barang kamu? Abah nak pergi kerja dah ni."

Kelam-kabut Hana dibuatnya. Lantas, dia terus berlari mendapatkan barang-barangnya dan memasukkannya ke dalam kereta.

*********************************************************************************

Pukul 9.00 pagi. Matanya liar memerhatikan beberapa bas yang berada di Hentian Putra waktu itu. Keadaan stesen bas yang hingar-bingar tidak mengganggu dirinya.

'Ada banyak masa lagi ni. Rugi kalau aku duduk melongo je kat sini.' Hati Hana berbisik.

Kaki dihayun laju ke arah surau. Hana terus berwudhu'. Tidak mahu melepaskan kesempatan yang ada, solat sunat Dhuha ditunaikan.

Ada beberapa pendapat ulama' tentang hukum menunaikan solat Dhuha ini. Ada yang mengatakan ia adalah sunat secara mutlak dan dilakukan setiap hari. Ada juga yang berpendapat bahawa hukumnya adalah sunat dan tidak dilakukan pada setiap hari.

Namun, jumhur ulama' mengatakan bahawa solat sunat Dhuha adalah termasuk amalan sunat muakkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin. Rasulullah S.A.W sering melakukannya, bahkan menganjurkan para sahabat untuk melaksanakannya. Baginda juga pernah mewasiatkan perlaksanaannya kepada beberapa sahabat.


Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata:

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ

صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَام.َ

Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.


Jam tangan kesayangannya itu dikerling. Pukul 9.15 pagi. Masih awal lagi ni. Lalu Al-Quran berserta tafsir berwarna merah jambu ditarik keluar dari beg sandangnya. Hana menyambung semula bacaannya yang terhenti pada muka surat 31.

Sewaktu membaca ayat 208 surah Al-Baqarah, hatinya dipagut sayu. Sebak datang menyerbu. Kenangan lalu menggamit rasa.

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalm Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu."

Sungguhlah terasa terkena di batang hidung sendiri. Hana tersenyum kelat mengenangkan dirinya yang dulu.

Hana yang dulu jarang baca Al-Quran, apatah lagi menghayati tafsirannya.

Hana yang dulu sangat liat nak solat. Kalau solat pun, selalunya di penghujung waktu.

Hana yang dulu tidak pernah menghayati Islam sebagai cara hidup, sebagai Ad-din.

Hana yang dulu selalu merungut, tak pernah rasa puas dengan apa yang dia ada.

Hana yang dulu suka menghabiskan masa dengan benda-benda yang lagha.

Hana yang dulu....

Pendek katanya, dulu dia tak pernah menghargai dua nikmat terbesar di dunia ini, iaitu nikmat islam dan nikmat iman. Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan buat dirinya untuk memperbaiki dirinya. Syukur tak terhingga atas kurniaan Ilahi.

Hana menamatkan bacaannya pada muka surat 33. Al-Quran mini tersebut disimpan. Langkah kaki dihayun ke ruangan menunggu bas. Kedengaran satu pengumuman sebaik saja Hana tiba.

"Perhatian kepada penumpang yang akan menaiki bas Sani Ekspres ke Dungun pada pukul 10.00 pagi, anda dipersilakan naik ke dalam bas yang bernombor PKT 2."

Bismillahirrahmanirrahim. Paka, here I come!

Bersambung..................

p/s : ada satu lagi video yang saya nak share kat sini. happy ramadhan and enjoy.(^_^)



0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Comments

 
;