Sabtu, 21 Julai 2012

Diari Ramadhanku #1

Sabtu, 1 Ramadhan 1433, 21 Julai 2012
10.45 malam - Bilik kesayanganku!

1 Ramadhan. Hari pertama berpuasa dalam bulan mulia ni. Sangat bermakna. Alhamdulillah. Tak kusangka begini jadinya. Betullah kata orang, ada hikmah di sebalik sesuatu.

Rasa sebak sangat waktu solat Subuh pagi tadi. Pertama kali aku merasa begini. Nikmatnya luar biasa! Teringat waktu dolu-dolu. Selalu aje bangun lambat. Subuh pulak, jangan ditanya. Subuh gajah, orang kata! 

Heh. Teruknya aku dolu-dolu. Ya Allah, Kau kuatkanlah dan bimbinglah aku untuk terus memperbaiki diriku ni. Tanamkanlah rasa cinta terhadapmu dalam hatiku ni ya Rabbul 'Alamin. 

Mood : Sebak + Happy + Excited.

********************************************************************************
Diari ditutup. Hana menarik nafas dalam-dalam. Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan untuk berjumpa dengan tetamu spesial ni. Takkan dilepaskan dan disia-siakan lagi peluang keemasan yang terbuka luas ni. InsyaAllah.

Matanya melilau ke sekitar ruang kamarnya. Terhenti pula pada almari pakaiannya. Dia teringat sesuatu.

'Kena mula kemas barang ni. Nanti lambat pulak esok kalau tak kemas sekarang.' Bisik hatinya.

Lantas, langkah diatur. Almari dibuka. Bagasi yang terletak elok di atas almari dicapai. Matanya tertancap pada pakaiannya. Memori lama mula mengetuk minda. 

"Kau ni, nama je anak ustaz. Tapi, perangai tak semenggah betul. Boleh pulak lepak dengan we alls ni. Tapi takpe, I like..." Jane atau nama sebenarnya Jannah dengan selambanya menegur Hana.

"Ala, yang ustaz tu bapak aku. bukannya aku. Suka hati aku la. Best apa lepak dengan korang. Bukannya korang pi clubbing ke apa, kan? Setakat tuang kelas, tengok wayang, pi konsert, berjimba sana sini. Kira ok apa."

"Takde la. Kau tu perempuan bertudung. Tak macam kitorang ni." Mia (nama sebenar : Sumayyah) pulak menyampuk.

"Bertudung ke, tak bertudung ke, hak akulah nak pi mana, nak buat apapun. Yang penting aku tau yang mana baik, yang mana buruk. Aku tau lagilah yang mana halal & yang mana haram."

"Hmm.. ok. Apa-apa la. Wei babe, jom kita pi tengok wayang malam ni. Midnight movie. Nak tak? Jom la.." Sam yang diam sejak tadi mula bersuara.

"Jom!" Serentak Hana, Mia dan Jane menyahut.

Ketukan di pintu mematikan lamunan Hana. Cepat-cepat dia membuka pintu. Kelihatan ibunya terpacul di depan biliknya.

"Ada apa mak panggil Hana?"

"Takde apa-apa. Mak nak ingatkan Hana kemas barang je. Esok abah hantar pukul 7.30. Dah mula kemas dah?"

"Baru je nak kemas mak. Hehehe." Hana tersengih menunjukkan giginya yang memang putih.

"Hmm.. kemaslah cepat. Kalau lambat esok, abah tinggalkan kamu. Mak buat tak tau je nanti."

"Ye la, mak."

Ibu Hana pun berlalu. Pintu ditutup. Hana meneruskan kerjanya yang tergendala tadi. Satu persatu baju dilipat dan dimasukkan ke dalam beg. Tak dilupakan juga tudung-tudung yang baru sahaja dibelinya semalam.

22 Julai 2012.

Esok, Hana akan bertolak dari Kuala Lumpur ke Paka, Terengganu. Mahu temankan kakaknya serta mengambil peluang untuk mengikuti beberapa program menarik di sana sepanjang cuti semester ni.

Bila sahaja teringatkan kakaknya, Kak Najwa, fikiran Hana teringat pada Kak Aisyah. Mereka berkongsi banyak persamaan. Akhlak yang baik, tutur katanya teratur dan sopan, ibadah terpelihara. Dan, yang menariknya, mereka berdua istiqamah mengenakan purdah yang tersemat rapi menutupi wajah mereka yang sememangnya cantik dan gebu.

Alhamdulillah. Suatu ketika dulu, saat hati Hana dilukai oleh teman lelakinya yang bermain kayu tiga, Kak Najwa dan Kak Aisyahlah yang memberinya semangat, yang membawanya kembali untuk mengenali Allah, mendekatkan diri padaNya. 

Hana sangat tertarik pada cara pendekatan Kak Aisyah. Dia tak cepat menghukum dirinya. Terkenang semula detik pertama bertemu dengan Kak Aisyah.

"Sobb... sob.. sob..  Sam! Lelaki tak guna! Sia-sia aku setia dengan kau, camni balasan yang aku dapat!  Boleh pulak dia pergi dating dengan minah celup mana entah! Grr... geramnya!"

Dari kejauhan, ada sepasang mata yang memerhatikan gelagat Hana. Lantas, dia menghampiri Hana.

"Assalamualaikum, dik. Boleh akak duduk kat sini?"

Hana memandang wanita berpurdah tu dengan pandangan yang pelik. Ada tafsir Al-Quran di tangan kanannya.

Kepala diangguk sedikit. Namun, salamnya tidak dijawab. Kak Aisyah pun tanpa berlengah-lengah mengambil tempat di sebelah Hana.

"Terima kasih, dik. Nama akak, Aisyah Humaira' binti Ishak. Salam perkenalan. Nama adik siapa?"

Kening dah mula buat terangkat sebelah.'Apa hal minah ni? Tetiba je perkenalkan diri. Aku tak tanya pun.'

Soalan Kak Aisyah dibiarkan tidak berjawab. Kak Aisyah lalu menyuakan sandwich padanya.

"Takpe la kalau adik tak nak bagitau nama adik. Akak saja je nak kenal-kenal adik. Boleh tambah ramai kenalan. Hmm... akak ada sandwich lebih ni. Adik nak tak?"

Hana memandang sepi sandwich yang dihulurkan itu. Lalu menggeleng.

"Takpe la, kak. Saya takde selera. Saya pergi dulu. Akak duduklah sini ya." Tanpa menoleh ke belakang,  Hana berlalu pergi.

Semenjak pertemuan pertama itu, Kak Aisyah sering mencari peluang untuk berbual dengannya. Mula-mula Hana tidak mempedulikannya. Namun, setelah dilihat kesungguhan Kak Aisyah untuk menghubungkan silaturrahim, lama-lama hatinya terbuka untuk bersahabat dengan Kak Aisyah.

Ketukan di pintu sekali lagi mematikan lamunan Hana. Dari luar, suara ibunya jelas kedengaran.

"Hana, kamu dah siap kemas ke belum?"

"Err.. belum lagi mak. Kejap lagi siaplah ni."

"Ishk.. ishk.. lamanya berkemas. Ni mesti kamu mengelamun dari tadi. Dah sampai mana dah?"

"Planet Marikh! Hehe" Dengan lajunya Hana menjawab.

"Ada-ada je la kamu ni. Dah, cepat siapkan barang kamu tu." 

"Yes, boss!"

Dan, Hana pun meneruskan kembali kerja-kerja mengemas. Ok, sekarang tengok balik checklist barang :

( / )  Baju T-shirt labuh
( / ) Seluar
( / ) Stokin kaki dan tangan
( / ) Tudung warna-warni
( / ) Telekung
( / ) Tafsir Al-Quran 
( / ) Al-Ma'thurat
( / ) Kasut
( / ) Buku ilmiah
( / ) Diari
( / ) Toiletries
( / ) Tuala dan kain batik

Ok, semua dah lengkap. Masa untuk tidur. Eh, nanti dulu. Ambil wudhu' dulu. Al-Mulk tidak dilupakan. 

Tak sabarnya nak tunggu esok!

Bersambung... to be continued...

p/s : ni cubaan pertama menulis cerita bersiri. harap boleh tinggalkan komen selepas membaca. oh ya, kat sini, nak share satu video, baru jumpa kat youtube. enjoy (^_^)




0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Comments

 
;