11.00 malam - Guest room
Bermulalah hari pertama aku tinggal di rumah Kak Najwa. Hari ni Terengganu diberi cuti sempena memenangi SUKMA yang baru je berakhir hari tu. Aku dan Kak Najwa mengambil kesempatan ni untuk mengemas rumah. Mestila kena jadi muslim produktif musim-musim cuti ni.
Al-maklum la, dah berapa hari ditinggalkan. Kak Najwa baru je balik dari Singapura. Katanya, dia ada meeting dengan consultant kat sana.Hmm.. tu la kerja Kak Najwa. Selalu kena pergi oversea atas urusan kerja. Nama pun bekerja dengan Petronas.
Sedang berkemas, aku terjumpa beberapa album lama. Kerja-kerja kitorang tergendala sekejap dek kerana excited tengok gambar-gambar lama.
Nostalgia betul. Dah macam orang tua yang mengenang zaman muda remaja dulu. Hehe. Rindunya zaman budak-budak dulu. Teringat dulu suka sangat main batu seremban dengan Anna. Belum masuk main galah panjang, ayam dengan musang dan tinting.
Bestnyer... (^_^)
Oh, lupa pulak. Hari ni, kitorang diajak untuk iftar beramai-ramai kat rumah bos Kak Najwa. Haji Abu Bakar namanya. Haji Abu Bakar dan isterinya sangatlah peramah. Biarpun ada rumah banglo yang besar dan pangkat yang tinggi (Senior Manager tu!), diorang sangat humble dan tak bermegah-megah.
Thumbs up!
Sangat-sangat best suasananya. Ramai kawan-kawan sekerja Kak Najwa yang datang. Macam... satu family. Jangan jeles ye, kitorang buat bbq untuk iftar. Hehe.
Malam tu, kitorang solat Maghrib, Isya' dan tarawih berjemaah di rumah Haji Abu Bakar diimamkan oleh salah seorang kawan sekerja Kak Najwa. Usai solat, sedikit pengisian dikongsikan oleh Encik Hassan, salah seorang Senior Manager jugak.
Meskipun disampaikan dalam keadaan yang santai, tapi masih mampu menusuk kalbu dan menyentuh jiwa sesiapa yang mendengarnya. Siapa kata engineer tak boleh jadi macam ustaz? Ish.. ish.. stereotaip ni PERLU dibuang.Oh, tak dilupakan juga tadarus Al-Quran selepas tu.
Alhamdulillah, syukur untuk hari ni. (^_^)
********************************************************************************
"Kak Najwa, kita nak pergi rumah siapa ni?" Hana bertanya.
"Kita nak pergi rumah bos akak. Haji Abu Bakar namanya. Dia ajak kita dan kawan-kawan sekerja akak sekali. Iftar kat sana. Solat pun sume kat sana."
"Oh, okie dokie. Tapi kan, Hana ni macam menyibuk je ikut akak. Boleh ke?" Hana tergaru-garu kepalanya yang tak gatal.
Kak Najwa tersenyum.
"Tak lah. Bos akak tu baik orangnya. Dia suruh bawak family sekali. Baru meriah."
Hana terdiam. Bermacam-macam andaian yang bermain dalam kotak fikirannya. Macam mana agaknya bos Kak Najwa ni? Kawan-kawan sekerja dia? Macam mana pulak dengan makanan nanti? Cukup ke? Solat kat sana sekali? Kat masjid yang dekat-dekat situ?
"Ok, kita dah sampai."
"Hah? Cepatnya!" Hana tersentak.
"Memang la rasa cepat kalau awak tu asyik berangan je. Entah dah sampai mana entah. England kot?" Kak Najwa cuba berseloroh.
"Taklah. Dah sampai bulan. Sampai dulu dari Mejar Faiz. Hehe."
"Ishk.. ishk.. ishk.. apa-apa je la Hana. Dah, jom kita masuk. Diorang dah nak mula masak tu. Baik kita tolong apa-apa yang patut."
"Okie dokie. Aiyay, boss!"
Lantas, salam diberi. Kelihatan seorang wanita berusia dalam lingkungan lewat 30-an membuka pintu. Waduh, sangat manis tampan mukanya. Bagaikan ada nur di wajah. Itulah dia isteri Haji Abu Bakar. Hajah Sumayyah namanya. Indah namanya secantik tuan punya badan.
"Waalaikumussalam. Oh, kamu rupanya Najwa! Siapa yang kamu bawak ni? Cantik dan ayunya!"
Hana tersipu-sipu malu diperkatakan begitu. Terus dicapai tangan Hajah Sumayyah untuk disalami.
"Ni adik saya, Hana. Baru sampai dari Kuala Lumpur semalam. Saja ajak dia sekali."
"Oh, ye ke? Jemputlah masuk, Najwa, Hana. Sila, sila. Jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri."
Ketiga-tiga mereka tersenyum. Langkah kaki dihayun ke dapur. Nampaknya, ramai juga yang menolong. Kak Najwa memperkenalkan aku kepada teman-temannya. Aku disambut baik oleh mereka. Peramah sungguh orang-orang Petronas ni ye!
Tanpa membuang masa, aku dan Kak Najwa menolong apa yang patut. Mengisar campuran bawang merah, bawang besar, bawang putih dan lada kering untuk dibuat sambal. Menyediakan air minuman, membuat sos pencicah untuk ikan bakar.
"Kak Sumayyah, ada arang lagi? Arang kat luar dah nak habis." Kedengaran satu suara dari luar.
Tergendala kerja-kerja Hana seketika.'Macam pernah dengar suara tu.' Hati Hana berbisik. Lalu dibuka tingkap di hadapannya. Hana terpempan.
'Abang Malik?'
*********************************************************************************
Tamam solat tarawih berjamaah, hadirin yang berada di situ bersalaman. Ceria sungguh muka mereka. Oh, indahnya sebuah pertemuan! Bertemu dan berpisah kerana Allah. Rasa seperti sebuah keluarga yang besar di sini.
Usai bersalaman, mereka membentuk satu halaqah ataupun bulatan besar di ruang tamu yang sedia besar itu. Sofa berwarna kuning cair dialihkan sedikit untuk memberi ruang kepada hadirin. Kelihatan Malik mengambil tempat di penjuru ruang tamu tersebut.
Atas permintaan ramai, satu sesi pengisian diadakan untuk menambahkan ilmu di dada. Bukankah menuntut ilmu itu sangat dituntut dalam Islam? Di sinilah tempat untuk menimba dan menghargai ilmu. Dan yang penting sekali, ilmu perlulah diamalkan.
Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah. Tapi jika beramal tanpa ilmu, huru-hara jadinya.
"Ilmu tanpa amal, gila dan amal tanpa ilmu, sia-sia." ~Imam Al-Ghazali~
Majlis dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah. Encik Fariz bertindak selaku pengerusi majlis. Coolio. Stylo. Dah lama Hana tidak merasakan suasana begini sejak meninggalkan SMKA Kuala Lumpur tiga tahun yang lepas. Hampir menitis air matanya.
'Oh, rindunya suasana macam ni. Dulu aku berpeluang ada dalam suasana macam ni. Tapi aku sia-siakan. Memanglah aku manusia yang tak tau bersyukur.' Rasa menyesal dan insaf meresapi jiwa Hana.
Hana cuba menumpukan fokusnya. Tak mahu lagi mensia-siakan peluang yang ada! Kena rebut ni! Haji Abu Bakar pun memulakan bicara setelah dipersilakan oleh Encik Fariz.
"Bismillahirrahmanirrahim. Sebelum saya mulakan, saya nak tanya satu teka-teki. Dalam banyak-banyak benda, apa dia yang mesti ada sebelum kita masuk bilik?" Haji Abu Bakar memandang hadirin di depannya satu persatu.
"Badan kita sendiri!" Jawab salah seorang yang berada di situ.
"Pintu!"
"Tombol pintu!"
"Isteri! Hehe.." Jawapan itu mengundang ketawa semua yang berada di situ. Ish, ke situ pulak!
Haji Abu Bakar hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersengih.
"Ish.. ish.. ish..macam-macam. tettt... jawapan yang kamu sume bagi sumenya salah. Jawapannya yang sebenar mestilah kunci. Kalau takde kunci, macam mana nak masuk bilik, ye dak?"
Para hadirin mengangguk-angguk mengiakan kenyataan tu.
"Jadi, apa sebenarnya yang saya nak bawak hari ni adalah pasal kunci. Bukan sebarang kunci, bukan kunci rumah, bukan kunci kereta dan bukan jugak kunci peti simpanan emas. Kunci ni sangat spesial, dan selalu disebut-sebut oleh Muslim serata dunia."
"Itulah dia Kunci Al-Quran, iaitu Al-Fatihah. Al-Fatihah membawa maksud pembukaan. Surah pertama dalam Al-Quran. Surah yang sangat istimewa hingga dipanggil Ummul Kitab yang bermaksud ibu dari Kitab. Al-Fatihah juga ada beberapa nama yang lain seperti al-Kanz (Perbendaharaan), al-Wafiyah (yang melengkapi), al-Hamd (puji-pujian) dan surah As-Shalah (solat) menurut penulis Tafsir al-Kasysyaaf."
Hana laju mencatat di dalam buku nota kecilnya. Al-Quran mini yang sentiasa dibawanya kini dibuka.
"Dipanggil Perbendaharaan kerana ia diturunkan dari Perbendaharaan di bawah Arsy. Ia bernama Melengkapi sebab seluruh syariat tersimpul dalamnya. Ianya juga dipanggil Puji-pujian sebab dimulakan dengan puji-pujian kepada Allah."
Haji Abu Bakar berhenti sebentar. Memandang lagi hadirin di hadapannya.
Kenapa Al-Fatihah wajib dibaca dalam solat? Kenapa mesti surah Al-Fatihah? Kenapa majlis dimulakan dengan Al-Fatihah? Apa lebihnya Al-Fatihah berbanding surah lain?"
"Al-Fatihah tu cuma ada 7 ayat je. Kenapa tak amik Surah Yasin yang ada , Surah Al-Baqarah sebagai Ummul Kitab? Lagipun, Al-Fatihah bukan surah pertama yang diturunkan. Kenapa bukan Surah Al-'Alaq? Kenapa?" Intonasi Haji Abu Bakar ditegaskan.
Hadirin semua berpandangan sesama sendiri. Mungkin sebab tidak pernah terfikir sebelum ni. Kak Najwa di sebelah dikerling. Khusyuk mendengarkan pengisian yang mantap.
"Ini sebab seluruh isi Al-Quran yang mempunyai 114 surah dan 6,236 ayat tu telah tersimpul dalam Al-Fatihah. Ia merangkumi aspek aqidah, ibadah dan syariah.
"Aqidah adalah persoalan pokok yang perlu kita dalami. Bayangkan plant kita yang beso gedabak tu. Kalau takde foundation yang kuat, nescaya runtuhlah bangunan tu. Sebatang pokok tanpa akar yang mencengkam tanah pastilah tumbang menyembah bumi."
"Al-Fatihah dimulakan dengan puji-pujian kepada Allah yang menyatakan Allah sebagai Rabbi yang bererti Pemelihara, Pengasuh, Pendidik dan Penyubur. Diikuti oleh ayat yang menyebut 2 nama Allah, iaitu Ar-Rahman, Yang Maha Pemurah dan Ar-Rahim, Yang Maha Penyayang. Kita boleh nampak kat sini betapa pertalian Khaliq dengan hambaNya, yang akan dihuraikan berulang-ulang dalam Al-Quran."
"Cuba kita tengok balik diri kita. Check balik diri kita. Allah tu sangat-sangatlah sayangkan kita. Sangat-sangat sweet. Tapi adakah terukir namanya dalam hati? Ada ke ruang dalam hati kita untuk cintaNya? Pernah tak kita menangis sebab teringat Dia? Pernah tak rasa rindu nak berdua-duaan dengan Dia macam kita rindukan buah ahti pengarang jantung kita?"
Hana terpana. Air mata mengalir deras. Ya Allah, ampunkan hambaMu ni!
Bersambung...................
p/s : Kalau nak tau lagi lanjut pasal tafsir Al-Fatihah, boleh rujuk link kat bawah :
Tafsir Ibn Kathir
Tafsir Surah Al-Fatihah
Sumber :
1) Al-Quran Al-Karim
2)Prof Dr. Haji Abdul Malik Abdul Karim (HAMKA). "Surat Al-Fatihah." Tafsir Al-Azhar. 2nd ed. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd, 1993. 59-68. Print.

0 ulasan:
Catat Ulasan