Isnin, 28 Januari 2013

Kembara ke Banting!

Assalamualaikum. =)

Jumaat, Sabtu, Ahad = cuti. Di saat orang lain berkemas-kemas nak balik, saya ditinggalkan di kolej. Huhu, sedihnya. Tak dapat nak balik. Tapi takpe, ada hikmahnya, bolehlah saya update blog + tengok Runningman dengan licin (baca : smoothly)  sekali. Hehe.

Eh, tapi, takdela sepanjang masa saya dok mengadap laptop je. Tak elok, rabun nanti.

Alhamdulillah, semalam baru aje saya berkembara ke Banting dengan sahabat-sahabat saya. Alhamdulillah, dapat satu lagi pengalaman yang menarik. Kami berkonvoi dari UM (dan sempat lagi amik kawan-kawan dari Klang dan Shah Alam) seawal 8.30 pagi. 

Destinasi yang dituju : Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Solihin, Kanchong Darat. 

Bermacam-macam mende yang ada dalam kepala saya masa kitorang sampai kat situ. Contohnya....

'Nak buat apa ek?'

'Camne nak buat diorang rasa selesa dengan kitorang?'

'Camne nak jaga perasaan diorang n elakkan dari cakap mende-mende yang sensitif?'

Perasaan bercampur-baur masa tu.

Gumbira sebab nampak diorang ni excited jumpa kitorang. 
Risau sebab tak tau nak handle situasi macam tu. 
Sedih sebab diorang dah kehilangan kasih sayang ibubapa kandung dari umur yang kecik.
Sejuk hati sebab diorang ni adik-adik yang baik dan patuh pada abi dan umi (pengasas rumah anak yatim tu.)

Kredit
Sesampai je kitorang kat situ, terus aje disambut oleh adik-adik ni. Nampak sangat diorang ni seronok sekali bila ada orang yang datang melawat n nak luangkan masa dengan diorang. Apa yang saya nampak di sini, sebenarnya, adik-adik ni lebih dengan cara pendekatan macam ni. Sebenarnya, diorang sangat memerlukan orang untuk luangkan masa, berkongsi pengalaman n bermain dengan diorang.

Memang tidak dinafikan, sekarang ni sangat banyak kerja-kerja amal dan derma diberikan kepada anak-anak yatim dan asnaf ni. Dengan ada majlis, konsert amal, derma dan macam-macam lagi. Semua ni memang  dapat menolong diorang ni.

Tapi, kita juga jangan lupa. Mereka ni juga manusia. Mereka juga ingin diberikan perhatian. Ye, memang selama ni kita memberikan perhatian pada mereka. Tapi, perhatian yang macam mana? Sekadar bila ada majlis kesyukuran sahaja? Ataupun bila hari raya sahaja? Ataupun, sekadar waktu majlis amal sahaja?

Oh, jangan pula salah faham ye. Saya taklah menghalang ataupun membantah diadakan majlis-majlis seperti tu. Bantuan perlu dihulur, kasih perlu disemai. Pada pendapat saya, dua-dua perlu seiring. Kita kena mendekati mereka dan jika ada apa-apa yang boleh kita bantu, jadi, bantulah. Mungkin ada yang tiada masa ataupun sangat sibuk. Takpe, jangan risau. Bantulah setakat yang kita mampu. Allah tak melihat hasil kita tapi Allah melihat usaha kita.

Tau kan kisah burung yang cuba memadamkan api masa Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup zaman dolu-dolu? 

Percayalah, bila kita ada rasa nak membantu orang, hati kita akan rasa bahagia. Walaupun rasa payah dan penat, percayalah, kita akan rasa hilang penat tu bila kita tengok orang yang kita tolong tu tersenyum gembira. 

Dengan adik-adik yang comel

Lagi gambar dengan adik-adik comel

Bersalam-salaman sebelum balik.
Ok, sambung citer. 

Kitorang dibahagikan pada beberapa kumpulan. Saya dan Kak Nabiha (senior dental 4th year) ditugaskan untuk handle adik-adik muslimat berumur 12-13 tahun. Mulanya, saya rasa agak kekok sebab saya tak terbiasa lagi untuk handle adik-adik macam deme ni. Tapi, lama-kelamaan, saya jadi seronok melihatkan kesungguhan diorang.

Pada hari tu, tema yang kitorang nak bawa adalah pasal pentingnya pendidikan. Disebabkan tak nak diorang jadi bosan dan mengantuk dengar kitorang membebel dan berceloteh, kitorang mulakan dengan taaruf ringkas. Cara pendekatan yang digunakan adalah dengan jadi macam diorang. Selesakan diri dengan diorang.

Mula-mula, kami tanya pasal sekolah, kerja rumah, apa subjek feveret, bla.bla. bla.. Lepas tu, kami minta adik-adik sume amik kerja rumah diorang dan siapkan depan kami. Sambil-sambil diorang buat kerja rumah, kitorang pun mengajar n bagi motivasi pada adik-adik ni. 

Bila saya pandang ke kanan, ada sorang adik ni bernama Sakinah. Jadi, saya pun tanya pada adik ni.

Saya       : Sakinah ada homework apa?
Sakinah  : BM. Kena buat karangan. Cikgu suruh tulis pasal ibu. Akak tolong ajarkan macam mana.
Saya       : Ok. Firstly, awak tulislah nama mak awak apa, asal dari mana, hobi apa.

Sakinah terdiam. Lepas tu, terus menulis. Lepas beberapa ayat, dia berhenti. Saya pun pelik. Kenapa dia berhenti? Sakinah berpaling pada kawan kat sebelah.

Sakinah   : Nak tulis mak aku dari mana? Aku bukannya tau pun.

Erkk.. tersentak saya dibuatnya. Macam manalah saya boleh jadi tak sensitif dengan mende-mende ni. Terlupa sekejap pasal tu.

Saya        : Hmm.. kalau macam tu, apa kata Sakinah tulis pasal umi? Mesti Sakinah tau kan pasal umi?
Sakinah    : Kalau macam tu,saya tulis pasal umi je la.

Lepas tu, ada sorang adik ni, namanya Nurul. Dia minta saya ajarkan matematik, bab pecahan. Jadi, saya pun fokus pada adik Nurul dan cuba explain pasal soalan homework dia.

Bila saya pandang ke kanan lagi sekali, Sakinah dah menutup muka dan bukunya. Terdetik dalam hati. Sedihkah dia? Ok ke dia? 

Akhirnya, saya cuma memeluknya dari belakang. Lidah saya kelu. Tak tau apa yang perlu dicakapkan. Takut-takut makin menghiris hati. 

Jujurnya, saya kagum dengan adik-adik ni. Walaupun tiada ayah dan ibu, mereka sangat kuat untuk teruskan hidup. Mungkin saya tak nampak tangisan mereka, saya tak faham penderitaan mereka, tapi, apa yang saya nampak, mereka ni sangat memerlukan perhatian. Beria-ia mereka mengajak kami datang lagi. Tersentuh hati saya melihatnya.

Semoga Allah masih memberi peluang pada saya dan sahabat-sahabat untuk bertemu diorang ni semula. 

Wallahua'lam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Comments

 
;