Selasa, 9 Ogos 2011

AWAS, Anda diperhatikan!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Awas, tindak-tanduk anda diperhatikan!


 Anda semua mesti tahu apa itu CCTV bukan? Nama panjangnya ikut dalam IC ( ada IC konon, hehe) adalah closed-circuit television. Kalau diterjemah ke dalam bahasa Melayu ( guna Google Translate tu!), namanya televisyen litar tertutup.

Malaysia ni, rata-rata orang-orang kaya yang rumahnya gedabak macam rumah-rumah dalam rancangan Astana kat Astro Ria mesti ada pasang CCTV. Kat bank, hotel-hotel dan bangunan pejabat lagilah banyak.Biasalah, langkah keselamatan  @ security katanya.

Yalah, takut pencuri ke, penyamun ke, tetiba menceroboh. Ataupun ada benda yang mencurigakan, bolehlah kita tau. Contohnya, kalau ada orang curi-curi makan waktu bulan Ramadhan ni kan. Senang la nak tau, betul tak? 

Manusia ni, bila dia tau ada orang dok perhatikan dia, mestilah dia nak jaga tingkah laku dan nak tunjukkan benda yang baik-baik je. Biasalah tu, kan?

Tapi kan, manusia ni memang panjang akalnya. Kalaulah dia nak merompak ke, menceroboh ke, atau buat onar ke, pandai je dia cari jalan matikan CCTV tu. Memanglah panjang akalnya. Tapi, anda semua nak tau tak?

Selain CCTV tu, ada lagi 'CCTV' lain yang memerhatikan anda. Bukan tu je, Dia ada kat mana-mana pun kita pergi. Apa yang kita fikirkan pun Dia dok perhatikan. Memang canggihlah CCTV ni. Kenapa, tak percaya?


" Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."

(Surah Qaf : Ayat 16)


Kalaulah kita tengok dalam tv kan, contohnya, dalam cite Leverage, di mana ada CCTV, di situ mesti ada pengawal ( cipta peribahasa sendiri pulak ). Betul tak? Sekurang-kurangnya mesti ada dua orang, paling banyak tiga.

Mestilah ada orang yang kena jaga, nanti kalau ada apa-apa, siapa yang susah? Mereka dan famili mereka jugak. Tapi kan, pengawal ni kadang-kadang boleh je terlelap, pi berehat jap ataupun lebih teruk, pengsan sebab kena belasah dengan penceroboh tak bertauliah. 

Sekarang, kita beralih pulak pada pengawal 'CCTV' yang canggih tadi. Mereka ni berdua je. Memang dedicated betul dengan kerja mereka. Tak cuti, tak tidur, tak berehat dan tak pi makan pun. Sentiasa on duty, 24/7. Memang boleh dapat 'Best Employee Award' la kiranya. Huh, tak percaya lagi?


"(Ingatlah) ketika dua malaikat mencatat (perbuatannya), yang satu duduk di sebelah kanan dan yang lain di sebelah kiri. Tidak ada suatu kata yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu siap (mencatit)."    

(Surah Qaf  :  17-18)

Best Employee Award (sekadar gambar hiasan)

  
sebut pasal CCTV, mestilah ada rekod dan rakamannya kan? Mestilah kena ada. Itulah yang akan bahan bukti yang dapat membantu siasatan kalau ada terjadi apa-apa. Tapi kan, manusia ni memanglah panjang akalnya. Boleh je dia curi ataupun padamkan rekod tu. Jadi, terlepaslah dia kan.

             Jangan risau, rekod CCTV yang itu memanglah dia boleh padam, tapi rekod 'CCTV' yang satu ni, tak boleh dipadam langsung, confirm!  Bukan tu je, sekecil-kecil butiran pun akan disimpan rekodnya. Ishk,ishk, ishk,tak percaya jugak?


"Dan diletakkanlah kitab (catatan amal), lalu engkau akan melihat orang yang berdosa merasa ketakutan terhadap apa yang(tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata," Betapa celaka kami, kitab apakah ini, tidak ada yang tertinggal, yang kecil dan yang besar melainkan tercatat semuanya," dan mereka dapati (semua) apa yang mereka kerjakan (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang jua pun."

(Surah Al-Kahfi  :  49)  
             

Renung-renungkan dan selamat beramal!            

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Comments

 
;