Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Entri kali ni saya nak membangkitkan tentang isu wanita. Yelah, nama blog ni pun niswah hasanah yang bermaksud wanita yang baik. Mungkin masih ramai lagi yang mempertikaikan taraf wanita di dalam masayarakat. Ya, ramai wanita yang bangkit untuk menegakkan kesamarataan antara lelaki dan wanita. Masih ramai yang mempertikaikan pelbagai isu seperti soal warisan pusaka dan aurat.
Mereka sering bertanya,
"Kenapa lelaki dapat lebih banyak bahagian dari perempuan? Ini tak adil!"
"Kenapa lelaki tak payah nak tutup sana sini macam perempuan? Ini tak adil!"
"Kenapa lelaki boleh kahwin sampai empat? Ini tak adil!"
Astaghfirullah... Bagaimana seorang wanita yang beragama Islam boleh mengatakan sedemikian. Di mana mereka mencampakkan agama mereka? Ini adalah hukum Allah yang telah ditetapkan oleh Allah dalam Al-Quran. Sesunnguhnya Allah lebih Maha Mengetahui daripada kita yang mempunyai akal yang terbatas ni.
Cuba anda fikirkan, kenapa lelaki diberi lebih banyak bahagian dalam pembahagian harta pusaka? Ini kerana lelaki mempunyai lebih banyak tanggungjawab. Siapakah imam dalam keluarga kita? Siapa yang perlu memberi nafkah? Bukan lelakikah?
Dan kenapa kita sebagai wanita disyariatkan menutup seluruh anggota badan? Wanita adalah hiasan dunia dan sebaik-baik wanita adalah hiasan dunia. Nah, cuba kita telusuri balik, semua wanita adalah cantik walaubagaimanapun rupanya.
Dan kenapa kita sebagai wanita disyariatkan menutup seluruh anggota badan? Wanita adalah hiasan dunia dan sebaik-baik wanita adalah hiasan dunia. Nah, cuba kita telusuri balik, semua wanita adalah cantik walaubagaimanapun rupanya.
Dalam konteks menutup aurat ini, cuba kita analogikan antara gelang yang dijual di pasar dan gelang yang dijual di kedai Habib Jewel. Kalau anda mahu beli gelang, agak-agaknya kualiti gelang yang mana satu lebih baik? Gelang di pasar yang dipamerkan begitu sahaja tanpa kotak atau gelang di Habib Jewel yang sudah pasti dibalut dan disimpan dalam kotak yang cantik?
Jangan beritahu saya jawapannya kerana saya tak akan mendengarnya ( nanti orang lain akan cakap anda gila pulak cakap dengan komputer.. hehe). Tapi anda tentukanlah sendiri jawapannya.
Jangan beritahu saya jawapannya kerana saya tak akan mendengarnya ( nanti orang lain akan cakap anda gila pulak cakap dengan komputer.. hehe). Tapi anda tentukanlah sendiri jawapannya.
Gelang yang dijual di pasar |
Gelang berlian yang tinggi kualiti |
Berbalik kepada wanita tadi, Allah telah mengurniakan mahkota yang bernilai buat kita. Bukankah mahkota itu sangat bernilai harganya? Samalah seperti berlian yang terdapat pada gelang Habib Jewel itu tadi. Jika anda memiliki gelang Habib Jewel itu, adakah anda mahu menunjuk-nunjuk pada orang lain agar orang lain boleh merampoknya?
Mestilah tak kan... Jadi, sekiranya anda tidak mahu mahkota anda tergadai, maka anda haruslah menutupnya. Tengoklah, betapa sayangnya Allah pada kita. Apa yang diperintahkan-Nya hanyalah memberi kebaikan kepada kita. Baca firman Allah dalam kitab Al-Quran;
Mestilah tak kan... Jadi, sekiranya anda tidak mahu mahkota anda tergadai, maka anda haruslah menutupnya. Tengoklah, betapa sayangnya Allah pada kita. Apa yang diperintahkan-Nya hanyalah memberi kebaikan kepada kita. Baca firman Allah dalam kitab Al-Quran;
Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59)
Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan “Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.
Lagipun, bukankah gelang Habib Jewel yang tertutup dan tersimpan rapi itu mahal harganya? Jadi hanya yang mampu sahaja boleh membelinya. Samalah kita, seorang wanita muslimah yang sentiasa memelihara kehormatan dirinya selalunya akan disunting oleh pemuda yang berkeperibadian mulia.
Nah, tak adil lagikah Allah pada kita? Lagipun, Allah dah berjanji pada kita bahawa perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik. Jadi, jangan risau dan tak perlu berpakaian menjolok mata untuk menarik perhatian lelaki.
Apa lagi yang istimewa tentang wanita? Nah, syurga kan terletak di bawah tapak kaki ibu. Ibu itu bukan wanitakah? Bukankah Rasulullah telah bersabda bahawa ibu itu perlu diutamakan 3 kali sebelum ayah? Jika ayah dan ibu memanggil kita, kita haruslah mengutamakan ibu kita dan menyahut seruannya dahulu. Lagi pula, doa seorang ibu itu mudah dimakbulkan oleh Allah.
Tak puas hati lagi? Masih merasa Allah itu tidak adil pada wanita? Kalau begitu, mari kita lihat layanan terhadap wanita sabelum datangnya Islam.
- Pada masa Perecles, 500 tahun sebelum Masihi ( perkembangan peradaban Yunani), wanita hanya dianggap berperanan sebagai pelayan cinta dan hawa nafsu, kelas masyarakat yang paling rendah, tak boleh bersekolah dan hamba kepada suami.
- Aristotles berpendapat, wanita adalah makhluk yang kurang dan lemah serta tak mampu berdikari.
- Plato pula mengatakan dalam bukunya, Republic, keheningan yang rendah itulah kemuliaan wanita.
- Pada tahun 586, bangsa Perancis pernah mengadakan pertemuan di salah satu wilayah untuk membahaskan sama ada wanita dianggap manusia atau bukan. Akhirnya, mereka memutuskan bahawa wanita adalah manusia yang dicipta untuk melayani lelaki.
Begitu rendah sekali martabat wanita sebelum datangnya Islam. Tapi, kenapa kita masih tak bersyukur lagi? Allah dah meletakkan martabat wanita di tempat yang tinggi tetapi kita sendiri yang menjatuhkan martabat kita. Sama-samalah kita (terutamanya untuk diri sendiri) agar berubah menjadi yang lebih baik, insyaAllah.
Mehlah sama-sama kita jadi muslimah solehah! |
0 ulasan:
Catat Ulasan