Sabtu, 6 Ogos 2011

Puteriku Sayang.....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



         Untuk entri kali ni, saya nak kongsi satu lagu best.. Saya suka sangat lagu ni. First time dengar waktu kat sekolah dulu. Waktu tu, ada pertandingan nasyid antara dorm kat asrama, tapi tak ingat sempena apa. Meremang bulu roma waktu first time dengar lagu ni. Bila dapat balik rumah, terus je pi cari kat internet. Nak tau lagu apa? Ha, tajuk lagunya Puteriku Sayang. Mula dipopularkan oleh kumpulan Hijjaz dan dinyanyikan semula oleh kumpulan MESTICA. Bawah ni ada liriknya...


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri


Aduhai puteriku sayang..

Aduhai puteriku sayang…

Puteriku sayang..

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya 



 


Harap-harap dapat jadi macam muslimah dalam lagu ni. Best kan lagu ni?Nak download lagu ni? Klik sini!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Comments

 
;