Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca semua! Kali ini, majalah Niswah Hasanah ingin menampilkan tiga figura yang tidak asing lagi buat kita. Siapa mereka? Mereka tak lain tak bukan, En. Akal, En. Nafsu dan En. Iman. Ayuh ikuti temubual wartawan kami, Cik Badaniah bersama mereka.
Cik Badaniah : Assalamualaikum, encik bertiga. Tujuan saya ke sini
adalah untuk menemubual anda.Saya harap saya tak
mengganggu masa encik semua.
En. Akal : Waalaikumussalam. Oh, takpe. Boleh saja.
En. Nafsu : Interview? Saya 'on' je...
En. Iman : Waalaikumussalam. InsyaAllah boleh.
Cik Badaniah : Apa rahsia kejayaan anda?
En. Akal : Oh, takde rahsia. Saya memang dilahirkan
untuk berjaya. Jadi, takde halangan untuk
saya.
En. Nafsu : Mudah sahaja. Anda perlulah ada skil untuk
mempengaruhi orang. Dengan cara itu,kita
boleh mendapatkan apa yang kita mahu.
En. Iman : Perlu ada usaha yang gigih, doa dan tawakal.
Janganlah kita berserah pada takdir semata-
mata. Salah tu!
Cik Badaniah: Seperti yang kita tahu, anda adalah businessmen.
Siapakah target market anda?
En. Akal : Orang yang merasakan mereka bijak dan
berintelektual. Saya percaya mereka pandai
menggunakan peluang yang ada.
En. Nafsu : Target market saya merangkumi semua lapisan
masyarakat. Tiada yang spesifik.
En. Iman : Target market saya juga merangkumi semua
lapisan masyarakat. Strategi untuk memancing
pelanggan sudah diatur rapi oleh staf saya.
Cik Badaniah: Apakah projek yang sedang anda usahakan sekarang?
En. Akal : Buat masa sekarang, saya sedang mengusahakan
projek pengukuhan MINDA Sdn Bhd dan
pemantapan anak syarikat saya, IQ Enterprise.
En. Nafsu : Baru-baru ini, saya dan Mr. Devil mengadakan
usahasama untuk menggabungkan syarikat kami.
Saya juga sedang mengusahakan untuk membina
syarikat baru, iaitu MAZMUMAH Corp.
En.Iman : Saya pula terlibat dalam beberapa projek besar seperti
pemantapan TAQWA Enterprise, pembinaan bangunan
AKHLAK dan penambahbaikan projek IBADAH.
Cik Badaniah: Wah, nampaknya encik bertiga ni masing-masing
busy sekarang. Apakah yang anda harapkan
daripada projek anda?
En. Akal : Hmm... saya berharap agar MINDA Sdn Bhd dan IQ
Enterprise dapat bersaing menandingi syarikat-syarikat
besar yang lain.
En. Nafsu : Harapan saya? Saya harap agar saya dapat meluaskan
cawangan syarikat saya ke seluruh pelusuk negara.
Maknanya, makin ramailah yang akan menggunakan
perkhidmatan kami.
En. Iman : Harapan saya agar TAQWA Enterprise semakin mantap
kedudukannya. Bangunan AKHLAK pula diharap dapat
disiapkan sebelum dateline.
Cik Badaniah: Semoga harapan anda tercapai hendaknya. Jadi, apa
pula perancangan anda untuk masa depan?
En. Akal : Saya berharap dapat membawa syarikat saya ke tahap
yang lebih tinggi. Mungkin ke peringkat antarabangsa.
En. Nafsu : Setakat ini, saya tiada perancangan lagi. Kiranya
sekarang waktu saya enjoy! Hidup cuma sekali beb!
En. Iman : Kemungkinan saya akan berkolaborasi dengan En. Hati
dalam sebuah projek besar.Nantikan sajalah!
Cik Badaniah: Nampaknya masa mencemburui kita. Baiklah, sebelum
menamatkan temubual kita anda ada apa-apa pesanan
buat para pembaca kita?
En. Akal : Jangan lupa untuk melabur dalam syarikat saya!
En. Nafsu : Saya amatlah mengalu-alukan anda untuk
menggunakan perkhidmatan kami.
En. Iman : Jangan segan-segan untuk menggunakan khidmat
kami.Kebajikan anda adalah tanggungjawab kami.
Cik Badaniah : Baiklah, nampaknya temubual kita berakhir di sini.
Terima kasih kerana meluangkan masa anda.
Ketiga-tiganya : Sama-sama.
#81 Susahnya nak solat
7 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan