Sekadar gambar hiasan |
Subhanallah, cantiknya pemandangan! Klik! Nikon DSLR di tangan terus merakamkan keindahan panorama yang terbentang depan mata. Asyik sungguh dengan panorama tersebut sehingga terlupa pada orang sebelah.
"Abang, cantiklah temapt ni. Biru je. Sejuk mata memandang."
"Memang cantik. Wow. Superb. Berbaloi kita datang jauh-jauh ni."
Diam sebentar. Masing-masing melayan perasaan. Klik! Nikon DSLR tu tak lepas dari tanganku sejak tadi. Nilah masanya nak cuba guna kamera mahal. Kalau sebelum ni, guna Olympus je. Tengah aku sibuk dengan kamera baru tu, tiba-tiba je Liyana mengeluh. Eh, minah ni kenapa?
"Abang, adik nak tanya something. Abang rasa, apa maksud kejayaan tu sebenarnya?"
Kening terangkat sebelah. Pelik dengan perangai adikku yang satu ni. Semacam je bunyinya. Ada masalah ke?
"Kenapa tetiba je tanya? Takde ribut, takde angin, tetiba je tanya soalan camtu." Pelik rasanya. Sebelum ni, tak pernah pula dia tanya soalan macam ni.
"Saja nak tau. Yalah, orang selalu cakap, kejayaan tulah matlamat mereka. So, apa yang dimaksudkan dengan kejayaan tu sebenarnya?" Mukanya betul-betul serius.
Aku terdiam. Mencari-cari idea dan menunggu arahan daripada temporal and frontal lobe kat cerebrum tu untuk mengeluarkan jawapan yang bernas lagi munasabah.
"Well, mungkin bagi setiap orang, definition untuk kejayaan tu berbeza. Adik rasa, kejayaan tu apa sebenarnya?" Aku bertanya balik.Soalan dijawab dengan soalan. Ingin memancing reaksi.
"Aik, orang tanya dia, dia tanya kita balik. Hmm.... mungkin apabila seseorang tu dah dapat yang dia cita-citakan, tulah kejayaan bagi dia. Macam abanglah, dari dulu, nak sangat jadi engineer macam abah. Sekarang dah jadi processor engineer. Tu dikira kejayaan kan?"
Aku tersenyum. Memang jawapan tipikal.Rata-rata orang akan menjawab sebegitu apabila soalan ni dikemukakan.
"Ya, itu adalah sebahagian kecil definisi kejayaan. Memang abang dah dapat apa yang abang nak. Tapi abang rasa, abang belum dapat lagi kejayaan tu. Belum lagi mencapai matlamat."
"Apa maksud abang? Abang kan dah ada kerjaya yang stabil dan famili yang happy. Belum masuk lagi kereta Alphard dan banglo besar abang tu. Apa yang kurang lagi?"
Nampaknya, ketidakpuasan Liyana mula menonjol. Ishk,ishk,ishk... Aku menggeleng-geleng kepala. Muka Liyana kat sebelah dah berkerut seribu. Dah macam mak nenek je gayanya.
"Betul, ada lagi benda yang kurang pada abang. Tak percaya? Nak tengok bukti?" Aku lantas mengeluarkan sesuatu daripada begku.
"Ek, eleh, macam CSI pulak nak tunjuk bukti segala." Liyana memuncungkan mulutnya.
Begitu sahaja aku mengeluarkan tafsir Al-Quran dari beg, Liyana terus saja ternganga. Awatnya lah minah ni? Terkejut beruk nampaknya. Beruk pun tak terkejut macam tu.
"Eh, kenapa mulut tu ternganga? Masuk lalat nanti, baru tau."
"Abang memang selalu ke bawa tafsir Al-Quran ke mana-mana? Gaya macam bawa novel je."
"Yang bawa novel tu adik. Abang lain. Kan bagus kalau bawa tasir Al-Quran ke mana-mana. Kalau ada time free, takdelah masa terbuang dengan benda-benda tak berfaedah."
"Perli nampak. Adik tau lah adik suka baca novel." Tambah kerut seribu kat muka Liyana.
"Dahlah tu. Tak payah nak buat muka seposen tu. Tadi abang kata nak tunjuk bukti kan. Kejap ya, abang cari."
Selak punya selak, akhirnya jumpa jugak. Ni dia, buka mukasurat 342. Juz 18, Surah Al-Mu'minun. Aku terus menyuakan Al-Quran tu pada Liyana. Dia macam blur je. Aku pun mengisyaratkan supaya dia membacanya.
'Sungguh beruntunglah orang-orang yang beriman, ( iaitu ) orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna, dan orang yang menunaikan zakat,dan orang yang memelihara kemaluannya,'
(Surah Al-Mukminun 23 : 1-5)
Liyana mengangkat muka. cuba mencerna maksud ayat-ayat tersebut.Lantas dia menyambung lagi bacaannya.
'Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Tetapi barangsiapa mencari di balik itu (zina dan sebagainya), maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan (sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya, serta orang yang memelihara solatnya.'
(Surah Al-Mukminun 23 : 6-9 )
Bacaan Liyana terhenti setakat itu. Kelihatannya, dia menagih penjelasan daripadaku.
"Oklah. Dalam ayat tadi tu, Allah sebutkan bahwa orang yang berjaya ialah orang yang khusyuk dalam solatnya, menjauhkan diri daripada perkara sia-sia, menunaikan zakat, memelihara kesuciannya, menjaga amanah dan memelihara solatnya." Liyana mengangguk-angguk. Aku teruskan lagi.
"Memang betullah apa yang cakap tu." Liyana menggumam sambil menundukkan kepala.
" Lepas tu, tiap-tiap hari, mesti ada je benda sia-sia yang kita buat kan. Berangan lah, mengumpatlah, tengok cerita yang bukan-bukanlah. Cuba kalau tetiba kita ditakdirkan meninggal dunia time tu jugak,tak ke menyesal nanti bila dah ada kat 'sana'?"
"A'ah bang. Adik pun kadang-kadang suka bergosip, melepak kat mall berjam-jam. Belum masuk tengok tv and surf internet berjam-jam."
"Jangan kata adik, abang pun sama. Kadang-kadang lagi payah nak tinggalkan benda yang kita biasa buat daripada sesuatu yang kita tak biasa buat."
Aku mendongak ke langit. Al-Quran tadi disimpan. Liyana pula menyambung butir bicara.
"Macam yang adik baca tadi, orang yang menunaikan zakat dan memelihara kesuciannya pun tergolong dalam orang yang berjaya. Memang kebanyakan orang membayar zakat dan tidak berzina, tapi cukupkah setakat itu?"
"Memang betul apa yang adik cakap tu. Kebanyakan orang membayar zakat dan masih ramai yang tidak berzina. Ada di antara mereka yang mendabik dada mengatakan bahwa kononnya mereka tu adalah tergolong dalam golongan yang disebutkan dalam Al-Quran itu tadi. Tapi, apa gunanya kalau mereka tidak memelihara solat? Apa gunanya jika mereka pecah amanah? Dan apa gunanya kalau mereka tak menutup aurat?"
Sekali lagi Liyana mengangguk-angguk. Mengiakan kata-kataku. Aku menyambung lagi.
"Abang dulu pun macam tu, abang tau. Memang hidup abang senang, tapi macam kosong. Alhamdulillah, abang bersyukur sebab Allah masih beri abang peluang untuk perbaiki kesalahan abang."
Tiba-tiba,handphoneku berbunyi. Mematikan bicara aku. Mak rupanya. Mesti dia nak suruh kami balik. Perbualanku dengan Liyana terhenti di situ. Lalu kami berdua pun melangkah ke kereta.
0 ulasan:
Catat Ulasan