Selasa, 20 November 2012

Relevankah sains dalam Islam? II

Assalamualaikum.
Entri kali ni adalah sambungan entri sebelum ni. Jom baca. Baca, jangan tak baca. =)

Sains yang terbatas? 

Ya, Islam telah memberi kebebasan dan sangat menggalakkan umatnya untuk mengkaji mengamalkan ilmu sains. Namun begitu, sepertimana yang kita tahu, akal dan intelektual manusia adalah terbatas. Ada perkara yang tidak tercapai dek akal dan tak terlerai dek fikiran. Oleh itu, Islam menjadikan wahyu iaitu Al-Quran itu sebagai sumber rujukan yang tertinggi. 

Menurut Dr. Danial Zainal Abidin dalam sebuah artikel, hal ini kerana wahyu itu datang dari kuasa yang tidak terbatas, iaitu Pencipta kita yang mempunyai sains-Nya sendiri yang tak tercapai dek akal kita yang cetek. Oleh itu, apa-apa konsep sains yang bercanggah dengan Al-Quran tidak boleh diterima. Sebagai contoh, teori Darwin yang mengemukakan bahawa manusia itu berevolusi daripada monyet. 

Walhal dalam Al-Quran, Allah telah berfirman bahawa Dia menciptakan manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s yang berasal dari tanah. 


".. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, 'Sesungguhnya, Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka, apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud" (Al Hijr: 28-29). 


Nah, sudah terang lagi bersuluh bahawa teori Darwin ini bercanggah dengan firman Allah. Teori tetap menjadi teori, yang tercetus daripada kajian manusia dan pemikirannya. Hakikatnya, manusia mempunyai akal yang terbatas. Sebab itulah, sains itu perlu didasari oleh wahyu yang sifatnya tidak terbatas. 

Manusia berevolusi daripada monyet?


Sejarah telah membuktikan! 


Apakah Islam itu hanya mengajarkan tentang aqidah, ibadah dan akhlak sahaja? Ataupun ilmu yang berkaitan fiqh, tauhid sahaja? Oh, sudah tentu tidak. Sila buka minda, luaskan pandangan. Islam itu syumul, meliputi semua aspek. Islam adalah ad-din, a way of life bak kata omputeh. Sebenarnya, Islam juga mempunyai cabang-cabang lain seperti muamalat (sebarang interaksi sesama kita), munakahat, faraid dan pelbagai lagi cabang yang lain.

Jadi, di sinilah kita memainkan peranan. Luaskan skop. Cari dan tanamkan nilai Islam dalam setiap perkara yang dilakukan. Ingat, kita adalah duta Islam. Jika kita sebagai umat Islam menyempitkan definisi Islam itu sendiri, bagaimana pula dengan kawan-kawan kita yang non-muslim? Mari renungkan bersama sahabat-sahabat.

Jika kita telusuri dan hayati makna kalimah-kalimah agung Pencipta kita, banyak ayat-ayat yang menyeru kita untuk mengkaji dan berfikir. 


Dan di bumi terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri, apakah kamu tidak memerhatikan? 

(Az-Zariyat : 20-21) 

“Banyak perumpamaan yang Kami hadapkan (dalam al-Qur’an) kepada manusia, tetapi tidak dimengerti, kecuali ahli-ahli ilmu pengetahuan” 

(Al-Ankabut 29 : 43) 


Maka, tidak hairanlah ilmuwan dan sarjana-sarjana pada waktu zaman kegemilangan Islam dahulu berlumba-lumba untuk mengkaji dan mendalami ilmu sains Allah yang pelbagai cabang dan menarik. Mereka mengambil keputusan untuk menyahut seruan dan telah membuat kajian dengan tekun kerana mempunyai sikap cintakan ilmu. Marilah kita mengimbau kembali waktu zaman kegemilangan Islam dahulu. 

Di antara abad ke-6 hingga abad ke-13, kita dapat melihat bahawa ilmu sains itu berkembang seiring dengan perkembangan kerajaan Islam pada ketika itu. Perkembangan sains ketika itu dinamakan sebagai ‘Science in Medieval Islam’ oleh tokoh sejarawan. Pelbagai bidang ilmu termasuklah perubatan, matematik, astronomi, fizik, kimia, geografi, kosmologi, sosiologi dan psikologi telah berkembang pesat pada Zaman Keemasan Islam (The Islamic Golden Age) iaitu sekitar 750 hingga 1258 Masihi. 

Pada zaman ini juga, kita dapat lihat ramai tokoh-tokoh ilmuwan yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan pesat ilmu sains. Antara tokoh-tokoh tersebut ialah Al-Razi (841-926M), Al-Zahrawi (931-1013M), Ibnu Sina (890-1037M), Ibnu Rushd (1126-1198M) dan Ibnu Al-Nafis (1208-1288M). Mereka telah menemui dan mengasaskan pelbagai konsep dan penemuan sains yang masih boleh digunakan hingga sekarang. 

Sebagai contoh, Kitab al-Qanun fi al-tibb (Canon of Medicine) yang telah ditulis oleh Ibnu Sina telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa dan dijadikan sebagai buku teks di institusi pengajian selama 6 abad lamanya (sehingga abad ke-18). 

Qanun fi At-Tibb
Canon of Medicine

Al-Zahrawi, seorang pakar bedah yang tersohor ketika zamannya juga telah menulis sebuah buku yang bertajuk ‘al-Tasrif’ yang mempunyai 30 jilid. Buku ini merupakan buku perubatan mengenai tanda-tanda penyakit, rawatan dan ubat-ubatan. Jilid terakhir pula mengenai alat-alat pembedahan. 

kitab al-Tasrif
Fuhh.... hebat betul usaha mereka ini mengkaji. Sampai boleh digunakan ke waktu ini. Tapi, bagaimana pulak dengan kita? Adakah kita juga mempunyai semangat cintakan ilmu sebegini rupa? Ataupun sekadar bermalas-malasan cuma?

Hmmmm.............. tepuk dada, tanya iman.

Wallahua'lam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Recent Comments

 
;